klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Friday, January 9, 2015

Koleksi Gambar Kucing-Kucing Kak Tin & Sejarahnya (Bahagian 1)

Assalamualaikum.

Kucing lovers? No? Why??
Kak Tin tak faham dengan orang yang tak suka dengan kucing, kucing tu the most adorable creatures on Earth tau tak!

How can you hate a kucing??

Oklah kalau korang tak suka kucing, pergi main jauh-jauh ok.
Orang lain suka! Saya suka! saya suka!

Alright, to begin...aku tak pernah ingat rumah aku tak pernah ada kucing. Tak kiralah kucing datang ke, kucing dapat ke, kucing pungut ke, the point is rumah aku memang sentiasa ada kucing daripada mula-mula aku duduk rumah ni (around darjah 4) sampailah sekarang

So marilah aku share koleksi gambar kucing-kucing yang pernah menjadi sebahagian daripada aku dan keluarga aku

Kimi. 

Aku pernah story pasal Kimi dekat SINI
Mungkin sebab aku besarkan Kimi dari kecik sampai besar, so bonding tu macam kuatlah kot.
Kematian Kimi memang bagi impak yang besar sangat dekat aku, Kimi mati sebab sakit, kemurungan setelah dia kehilangan semua anaknya, macam tulah bunyinya teori yang dibuat oleh adik

Kisah kematian anaknya yang terakhir tu agak tragis sekali

Historynya aku jumpa Kimi dekat sekolah, masa tu hari merentas desa tak silap (masa aku form 2 or 3 camtu). Nabil yang jumpa anak kucing dalam koperasi, lepas tu dia bagi kat aku. Masa nak balik tu aku ingat nak tinggal je kat sekolah sebab takut mama tak bagi bawa balik, tapi mama perasan, disuruhnya bawa balik. Kesian katanya.

Macam goddess gitu mama I.

Aira

Aira ni anak Adik. Ha? Siapa Adik? Bukan adik aku, ada satu kucing tu namanya 'Adik'. Nanti aku cerita.

Aira ni antaranya kucing-kucing yang agak disayang lebih sebab matanya yang cantik, biasalah kekadang ada jugak pilih kasih antara kucing. Mata dia macam pakai celak, perasan tak?

So practically Aira ni membesar kat rumah aku la, dan dia pun membesarkan anak pun dekat rumah inilah jugak

Baby kitty. Comel giler!


Kalau tak salah aku anak Aira ni tak panjang umurnya. So, tak menyempat nak dibagi nama.
Additional info dari Mera. Inilah satu-satunya anak Aira, Mera cakap Aira melahirkan di tempat yang terbuka (biasa kan kucing akan cari tempat tertutup).

Kadar pertumbuhan sihat anak-anak kucing dekat rumah aku ni pada tahap yang membimbangkan jugak sebenarnya. Jarang-jarang ada anak kucing yang boleh membesar sihat dan cerdas sampai dewasa. Kebanyakannya mati sewaktu masih bayi lagi. Kadang-kadang belum sempat bukak mata dah mati dah.

Kalau ada anak kucing yang membesar sihat sampai besar, itu kira reproductive success yang sangat bermakna. Boleh buat partayyy! Baby shower ke :-)

Banyak dah usaha dilakukan untuk membantu ibu-ibu tunggal yang membesarkan anak-anak kucing. Antaranya memberi tempat yang selesa dan hangat serta memastikan nutrien cukup untuk ibu-ibu kucing. Wah...dah macam jabatan kebajikan masyarakat dah.

Aira? Aira tak mati, err.....dia dipindahkan ke tempat lain atas alasan-alasan tertentu?

Ok fine let me be honest... Aira kena buang. Alkisahnya mem besar suruh buang anak-anak kucing zuriat Adik, so maknanya brothers and sisters Aira nilah jugak. Atas sebab apa mem besar suruh buang aku tak ingat. Tapi kata-katanya tidak boleh dibantah ye.
Tak bolehlah pulak kan kita nak buang anak-anak kucing tanpa ibunya kan, tapi nak tangkap Adik ni punyalah payah! So, in the end...solutionnya kitorang buang anak-anak kucing tu bersama-sama dengan Aira dengan harapan Aira boleh menjaga mereka (sebab Aira memang baik dengan anak-anak kucing tu, tolong jilat-jilatkan, share makanan bagai). Anak-anak kucing tu dah besarlah jugak semasa dibuang, dah bercerai susu.

Dengan berat hatinya kitorang buang Aira ni. Begitulah berlalunya kisah Aira dari rumah ni.

Lama jugak aku dan adik-adik berdebat mengenai siapa gerangannya si comel ni


Oh! Anak si dia ni...
Lepas tu kitorang berdebat pulak tentang si 'dia' ni
Siapa? Macam familiar sangat...

Lama aku fikir baru teringat
Ini Cynthia! (kelas tak nama dia *main angkat-angkat kening*)

Cynthia ni kucing datang yang tetibe jadi manja pulak dengan kitorang. Aku tak ingat dia hilang ke mana.



Sumpah aku tak ingat siapa budak berdua ni.
Kalau tak silap yang oren tu Jojo, kalau itu Jojo maksudnya budak berdua ni anak Cynthia la!
Tadi gambar diorang masih kecik, ni dah besar dah

Jojo

Jojo pun aku mention sekali dalam entri pasal Kimi

Shimo

Moment aku dengan Shimo ni sekejap je. Shimo banyak mengingatkan aku pada Kimi.
Mungkin faktor warna

Aku jumpa Shimo kat tepi jalan masa jemput Raziq dari tadika. Beberapa hari kemudian aku dengan family pergi bercuti ke Langkawi, bila balik je tengok Shimo dah hilang! Adik sepupu yang jadi tukang bagi makan pun tak pasti Shimo ke mana. Berakhir kat situ jelah moment bersama Shimo ni

Sampai sini dululah setakat ni, nanti aku sambung lagi bahagian 2 (mungkin bahagian 3)



p/s: mama saya bukannya tak suka kucing tau, dia ok je... cuma bila kucing dah mula buat hal. Contohnya kencing dan berak merata (ini boleh toleransi lagi sebab nanti aku yang bersihkan) atau bergaduh dengan kucing lain (biasanya jantan) sampai terkencing-kencing, maka itu boleh menaikkan tahap boiling point dia. Ada jugak kucing yang kitorang buang untuk mengelakkan jangkitan penyakit, contohnya satu kucing tu terlalu teruk sangat kurap dia dan susah untuk diubati, kita taknaklah lima kucing kita yang lain kena jangkitan

1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Saya pun peminat kucing tapi tak pernah bela sebegitu banyak lah... pernah juga bela tapi berulang ulang lah.. yg lama mati bela lagi lepas tu bela lain... pernah jugak bela kucing parsi tapi mati... tu lah saat paling sedih sekali sampai pindah rumah...