klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Thursday, January 28, 2010

Bukit Kepong - Sinopsis Bab 6

[BAHASA MELAYU TINGKATAN 4]

SINOPSIS BUKIT KEPONG

BAB 6: SERANGAN


            OCPD Pagoh, Inspektor J.J. Raj Jr. membuat lawatan ke Rumah Pasung Bukit Kepong. Lawatannya bertujuan untuk memeriksa sistem pertahanan polis di samping membawa senjata dan bekalan peluru tambahan. Seluruh anggota rumah pasung mengadakan jamuan makan tengah hari untuknya.

            Sementara itu, Lektuan telah tiba semula ke markas. Segala maklumat dan hasil risikan keselamatan yang diperolehinya terus dibincangkan dengan Chanfei, Lausan dan Pengtuan. Strategi gempur dan tarikh serangan ditentukan. pada hari itu.

            Pada 22 Februari 1950, Chanfei dan anggota-anggota komunis yang lain meninggalkan markas dan meredah hutan hingga sampai ke hutan lenga berhampiran Bukit Kepong. Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan ke pinggir hutan Bukit Kepong berhampiran Kampung Durian Chondong. Mereka disambut oleh Lektuan yang telah bersedia di situ. Tidak lama kemudian, Tucksai datang berjumpa dengan Chanfei dan komander-komander yang lain. Tucksai mencadangkan supaya mereka mengumpan ketua polis rumah pasung kawasan tersebut. Tucksai dan Ahmeng diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan misi tersebut.

            Tucksai dan Ahmeng memulakan misi mereka dengan pergi ke Rumah Pasung Bukit Kepong dan berpura-pura membuat laporan polis. Mereka berpura-pura kononnya anak Ahmeng telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. Mereka berkeras ingin Sarjan Jamil Mohd. Shah pergi ke tempat mereka pada waktu itu untuk membuat siasatan. Namun, Sarjan Jamil menyuruh mereka pulang dahulu. Tucksai dan Ahmeng mengira bahawa helah mereka menjadi, tetapi mereka gagal.

            Pada malam itu, isteri-isteri polis yang tinggal di berek kelamin seakan ternampak lembaga hitam bergerak-gerak ketika mereka turun untuk membuang air. Anjing-anjing liar juga menyalak tidak berhenti-henti. Tetapi, mereka sekadar mengambil ringan perkara itu dan menganggap tidak ada apa-apa yang berlaku.

            Dalam pada itu, anggota-anggota polis yang bertugas tetap setia menjalankan tugas mereka dengan tekun.

           





No comments: