klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Tuesday, May 31, 2011

Review : Nur Kasih The Movie

Sebenarnya dah lama aku nak buat review ni, tapi asyik tangguh-tangguh je (malas la katakan...)
So, last week aku dengan my big sis, Rose out ke Midvalley untuk menonton sequel Nur Kasih ni. Sebagai salah seorang dari 19 juta peminat drama Nur Kasih, of course la aku kena tengok ye tak?
Nur Kasih (drama) ni lain daripada yang lain. As a hardcore Korean Drama watcher. Sah-sahlah aku pandang kebanyakan drama Melayu ni sebelah mata jer... Sebab? Jalan cerita dia terlalu cliche! balik-balik cerita sama, balik-balik drama korporat. Anak Datuk ini dengan anak Tan Sri itulah... rebut harta, konflik cinta. Bosan!
Tapi aku salute produksi drama Nur Kasih. Memang the best drama Melayu yang pernah aku tengok so far.

So, nak cerita pasal sequel Nur Kasih yang didatangkan dalam bentuk filem.
Dah tengok trailer die? Nah... tengoklah...


kredit: aeinbad86

Trailer yang cukup hebat, cukup mendebarkan! Mampu membuat jiwa aku ni berkobar-kobar nak pergi tengok. So hasilnya?

Nak kata aku cukup terkesan dan terkesima tatkala menonton tu memang tak sampai la...
Memang benar kata-kata yang aku dengar "Ending ada twist" "Lagi best dia punya drama" "Okay jer la.."
Memang aku akan cakap "Okay jer la...".

CERITA
Dimulakan dengan kesedihan yang ditanggung oleh Aidil setelah kehilangan isteri tercinta. Disambung pula dengan ujian demi ujian yang menimpa Adam dan Nur. Memang kali ni, kesedihan dan ujian yang mereka terpaksa lalui lebih mendalam dan dramatik! (kemalangan train kat Jordan tu beb! kan dramatik tu!).
Memang agak berat story line dia sebab satu demi satu masalah menimpa. Jalan ceritanya nak menarik penonton mengalami kesedihan yang dialami karakter Adam, Nur dan Aidil. Memang ada satu dua scene yang orang kata "scene banjir sampai boleh habis tisu dua kotak", tapi aku tak feeling sangat la... (Rose la ni asyik kacau aje! Baru aku nak feeling sikit!).
Scene suspen dan mendebarkan memang menjadi habis! Time Adam mimpi pasal insiden tembak-menembak and jugak scene time Aidil gaduh dengan budak-budak samseng tu. Perghh!! memang bergoyang jantung aku time tu!

SINEMATOGRAFI & BGM
Satu benda aku suka Kabir Bhatia ni ialah sinematografi dia (macam iklan!). Memang salah satu faktor yang menarik aku untuk menonton filem ni. Gambar dia cantik, full of art. Tambah pulak dengan shooting location dekat Jordan dan sawah padi. Memang cantik gila!
Background music memang superb... favourite aku sah-sah OST Nur Kasih nyanyian Yassin & Tiz Zaqiyah. Lagu yang Mila Jirin nyanyi tu pun tak kurang hebatnya.

PENGAJARAN
Sarat dengan pengaran dan nilai-nilai Islamic. Aku paling suka time Nur tolak job dari satu syarikat ni yang mintak firm diorang reka sebuah bangunan untuk club. Nur tolak dan bagi alasan yang benda tu 'haram' (dah nama pun club, sah-sah la tempat tonggang kencing setan, clubbing tertonggeng-tonggeng tu semua). Walaupun hakikatnya Nur sangat-sangat perlukan job untuk bayar medical treatment Adam. Haram tetap haram. Selain tu banyak la lagi! kalau feel betul-betul, memang banyak mesej yang nak disampaikan.

KONKLUSI
All in all, takdelah teruk mana... best jugak sebenarnye. Tapi untuk membuat aku pergi ke pawagam untuk menonton kali kedua tu...TIDAK.
Kurang sedikit x-factor kat situ....aku tak tau tang mana pulak..
Oh ya, aku kurang minat ending dia. I prefer something else...

p/s: terasa ada lebih baik aku tonton "Pirates of The Caribbean : On Stranger Tides" (macam best jerr)
oh tidak...GERENTI BEST! rindu Jack Sparrow!

Monday, May 23, 2011

When everyone started parting...Sunyi~

Haizzzz................
I can't help but to sigh...
Everyone seems to separate away, my bff Cik Frankie pun dah selamat ke Matrik Perlis.
My bro Alan will be going soon too...
Nic seems busy with his college..
Kenzo with her form 6
My big sis Rose pun akan start form 6 in SAMTAR, Banting.
Ayunk will be going to UNIMAS soon


Me? still kena sambung holiday sampai July.
It seems that I got the best tawaran among us, but I'll bored for a while..
(takde sape nak teman I skype and YM lg....huhuhu T.T)


Facebook pun seems very quiet and boring....most my schoolmates dah start sambung study.
Aduhai boringnyerr......


p/s: going out for movies with my big sis Rose!!! Tak sabar~ dah cramped kepala otak aku duduk kat rumah jerr! 

Resepi Ayam Ungkep

Sebagai anak Melayu keturunan Jawa, masakan jawa style memang tak boleh lari dari kehidupan aku....
So kali ni, nak share sikit resepi masakan jawa.

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
2 batang serai - dititik
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
4 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Bahan dikisar/ditumbuk
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA-CARA

1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan serai. Perap seketika.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan ayam yang telah diperap. Masukkan air secukupnya.
3. Tambahkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa dan biarkan ayam sehingga empuk.

Dah siap! mudah kan?





Maybe you all akan jumpa resepi dengan cara yang lain, tapi kalau ikut cara aku, macam nilah cara masaknya.
So, selamat mencuba!

Wednesday, May 18, 2011

an apple at 6.00 am

Recently, I've always starving at early in the morning...
Sebabnya...tidur yang tak menentu(you know... sleep at 9.00pm, wake up at 4.00am. Sleep at 3.00am, wake up at 7.00am or sleep at 11.00pm, wake up at 6.00am)
So, sometimes I tend to wake up at 5.00am to 6.00am and mulalah perut ni nyanyi lagu keroncong.


Definitely, breakfast is not served yet..and I'm too lazy to make anything to eat. I'll just grab an apple from the fridge and my hungry gone!
It become a habit..
habit yang bagus rasanya...
an apple at early in the morning..

Tuesday, May 17, 2011

Berakhirnya debaran MARA

a/n : aku boleh menarik nafas lega...
Akhirnya....


Dari semalam, dengar-dengar keputusan tajaan MARA untuk PILN/PIDN keluar. Aku try check laman web MARA, tapi tak ada apa-apa announcement pun.


Pagi ni, tiba-tiba...


MAMA : Dah check MARA belum?
AKU : Dah check dah semalam tak ada apa-apa pun...
MAMA : Pergi check sekarang.


So, aku bukaklah website tu semula....
"Oh! link dia dah ada la!", excitednya aku nak check keputusan tawaran. So, enter la I.C no dan tekan SEMAK.



Tahniah anda berjaya
Tarikh Pendaftaran:3 JULAI 2011 
Kursus:BIOTEKNOLOGI 
Program / Tempat:AUSTRALIAN MATRICULATION / INTEC UiTM

Alhamdulillah

Syukur....syukur Ya Allah

a/n: nampaknya....tak jadilah aku ke UIA untuk asasi undang-undang tu... still...long holiday to go~ and.....AUSTRALIA....wait for me ya!

Monday, May 16, 2011

Tugas dan Tanggungjawab itu Amanah

Beberapa hari lalu aku mendengar kisah seorang rakan Cik Mek (bukan nama sebenar) daripada seorang rakan yang lain Cik Irama (bukan nama sebenar).
Memang panas sungguh Cik Irama bercerita mengenangkan sakit hatinya pada Cik Mek. 
Kisahnya Cik Mek tidak menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh seorang guru, tugasan dibahagikan antara Cik Mek dan Cik Irama. Cik Irama dah lama menyiapkan tugasan tapi Cik Mek pula mengabaikan tugasan tersebut sehinggalah guru itu menuntut tugasan yang diberikan. Lebih teruk lagi, Cik Mek telah menghilangkan tugasan yang diberi. Bertegas guru itu mahukan tugasan yang diberi dipulangkan dan disiapkan kerana telah cukup lama tempoh sudah diberi.


Cik Mek mengelak bersua muka dengan guru tersebut, malahan dia menarik muka masam saat berselisih dengan guru itu, dia juga mengelak untuk bertanggungjawab atas segala yang telah terjadi. Akhirnya terpaksalah Cik Irama menyiapkan tugasan itu (sebab tu Cik Irama sakit hati!)


In short, Cik Mek sebenarnya dah mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. And tindakan dia mengelak dan menyorok adalah sangat-sangat tidak matured. Bagi aku, setiap tugasan dan tanggungjwab yang diberikan ialah amanah yang MESTI kita selesaikan sebaik mungkin.


Sebab itu orang kata tanggungjwab itu suatu beban, sebab di dalamnya terkandung amanah. Tak kisahlah tugas apa pun... hatta mak kita suruh pergi kedai beli sawi sekalipun, itu satu amanah. Kita mesti balik dari kedai membawa sawi yang dipesan (kalau ada halangan lain contohnya sawi habis ke apa...itu cerita lainlah)


Kalau aku (aku bukan nak membangga diri ke apa, sekadar dikongsi menjadi peringatan dan iktibar). Aku memang jenis yang susah cakap "TIDAK" bila orang minta tolong. Especially cikgu-cikgu aku time sekolah dulu, member-member apatah lagi... selalu sangat suruh aku buat ini, buat itu.
So, bila dah terima suatu tugasan tu...aku akan siapkan juga tak kira apa (lagi pun aku dah berjanji akan tolong). Hatta terpaksa berjaga malam, tak makan tengah hari, korban tidur petang atau korban shopping trip dengan family. Mulut aku memang akan bising mengomel, merungut itu ini....but in the end, apa yang diberi mesti akan beres jugak akhirnya (kalau darurat teramat sangat, mintak time extension la..)


Sebab kalau aku abaikan tugas tu or buat cincai-cincai jerr....hati aku rasa tak sedap, rasa macam...tak senanglah...
Lagipun everyone knows me, aku ada reputasi untuk dijaga. Kalau aku buat sambil lewa jer... jatuh la air muka aku. Thats why, aku cukup terkejut dan hairan dengan orang yang ambil mudah dengan tugasan dan tanggungjawab yang diberi.


You all mesti pernah berdepan dengan spesis-spesis makhluk Allah yang suka-suka lepas tangan dalam tugas dia, tak kisahlah kat sekolah ke, kolej ke, tempat kerja ke. Tak ke mereka-mereka ni menyakitkan hati? Kita tertanya-tanya... tak ada rasa tanggungjawab ke? Rasa bersalah? Rasa malu dengan yang lain-lain? Sikit rasa pun tak ada?


Kita kenalah ada rasa tanggungjawab, baru orang respect kita and put their trust on us. Contohnya kes Cik Mek tu, you all rasa guru tu akan bagi lagi ke tugasan lain pada dia? Of course la tidak, unless maybe dia pergi minta maaf dan berjanji akan berubah.


Tugas dan tanggungjwab tu amanah...jangan pernah kita abaikan.




p/s: Tak berniat nak menyakitkan hati Cik Mek, sekadar nak menegur dia supaya berubah menjadi lebih baik. Apa yang dia buat tu dah kira menyakitkan hati guru, kan tak baik tu...

Saturday, May 14, 2011

JPA, result dah keluar

ya..memang la aku tak apply untuk JPA (aku apply MARA)
Tapi, kira lebih kurang jer... so terasa la jugak kan.


So, dengar-dengar result untuk PILN under JPA dah keluar semalam (or hari ni?)
Ramai classmates chinese and indian aku apply for it, luckily!! ada jugak yang dapat...
(dah memang rezeki depa kan...)


So congrats la pada mana-mana yang bakal fly oversea to further your study, you deserve it after all your effort you've done so far...
For those yang kurang bernasib baik, jangan sedih-sedih, jangan frust-frust. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita di tempat lain or maybe our chance tu akan datang next time.
(Sebenarnya ini juga satu peringatan untuk aku bila result for MARA keluar nanti, jangan aku frust menonggeng sudah)


Lepas JPA, MARA pasti akan menyusul kan?
Aku memang berdebar sangat menanti keputusan permohonan aku. Walaupun aku dah dapat asasi UIA, tapi aku sangat-sangat mengharap permohonan MARA tu.


Honestly, asasi UIA tu macam nak tak nak jer aku pergi....sebab aku tak nak ambik matrikulasi, kena la aku terima UIA (kalau tak 
nak terima, pergi mana lagi??)
Aku pasti kecewa tahap gaban dan frust tertonggeng-tonggeng la kalau betul-betul tak dapat MARA.


Ya ALLAH, permudahkan la rezeki hambamu ini...

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu

first thing first . . .

Hari Ibu disambut meriah setiap tahun, jatuh pada hari Ahad ke-2 bulan Mei,
2011 ini Hari Ibu jatuh pada tanggal 8 Mei 2011.

Tidak ketinggalan, aku pun celebrate la jugak.
After meeting tergempar adik-beradik pada hari Jumaat, we all come out with a small plan..


cappucino flavour..
yummy~


I guess our mom kinda surprise??
coz dia langsung tak tahu sampailah aku bawa keluar kek around 8pm
We all mostly buat bodoh je time siang..
HA! HA! HA! jahat punya anak
kalau tahu...tak surprise la kan?

gift, my brother bought from Melaka
(ohh..he went to Melaka the day before...)


let me reveal a secret...
this is actually, after 18 years aku hidup..
the FIRST TIME WE CELEBRATE "HARI IBU"

yes!
aku tak tipu, sumpah! ini first time we all sambut
sebelum ni, kalau tiba je hari ibu...we all semua buat biasa-biasa je..
nothing special...
NOTHING

"Pantai lagikan berubah, inikan pula manusia"
Tahun ni, aku rasa my family need satu perubahan...
apa lah salahnye "Hari Ibu" we all jadikan special sikit

Maybe sebab, me and my siblings dibesarkan in a family where affection is not shown clearly..
So..we're kinda...shy??? with this kind of thing?
So, as kakak paling tua...I'm responsible to make some change right?
Tak kan nak harapkan adik kita yang baru 5 tahun to start something new?

If YOU haven't do anything for HARI IBU
Please do something...
you're still not too late
we still dalam mood hari ibu kan?
in fact...hari-hari HARI IBU
do something while you still can
while you still have a chance
coz we don't know
apa ALLAH sudah rancangkan...

p/s: my mom's smile yesterday, is the most precious thing in the world

Friday, May 6, 2011

Tawaran ke IPTA

Huishh....hari ni hari yang ditunggu-tunggu kebanyakan lepasan SPM macam aku.
Keputusan kemasukan ke IPTA akan keluar hari ni.
Berdebar, takut, excited, cuak.....sah-sah la semua tu ada...


Tak ketinggalan.....after 12.00 tengah hari, aku pun turut online check sama..


NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:930412******
NAMA:FATIN SHAHIRAH BINTI RAHMAT

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
Y0600 - ASASI UNDANG-UNDANG (Bumiputera sahaja)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

Benda first yang aku buat ialah menjerit!
Bukan excited atau apa....tapi terkejut!

Memang aku dah fikir masak-masak pasal Law, tapi tak sangka.... entah la! aku tak tahu nak cakap apa. (masih dalam keadaan terkejut, tapi boleh pulak minah ni berblogging)

Aku lega yang aku tak tercampak jauh je UNIMAS, memang ada aku masukkan dalam pilihan untuk 'asasi sains hayat', TAPI aku tak pernah berharap akan dapat. Jauh wooo!!!

Tapi.... rezeki Ayunk dapat UNIMAS 
(tahniah beb! ha!ha!ha!ha! jauh ko merantau...)

Frankie pulak tepat mengena sasaran Diploma account di UiTM, tapi nampaknya beliau tetap ke Matrikulasi Perlis
(jauh jugak kau merantau...)

Bagi Kenzo dan Nabil yang tidak berjaya, aku doakan rezeki korang ada untuk rayuan beb.
All the best, aku sayang kau Kenzo!

Ira dapat pulak sama UIAM dengan aku, 'asasi sains hayat'. Memandangkan bidang lain-lain...aku rasa mesti kampus lain-lain. Entahlah..nanti aku check..

Dayah, Yaya & Alan....aku tak tahu berita lagi...

Rasanya dah bermula saat perpisahan....semua akan merantau jauh-jauh
Sedih pulak bila pikir-pikirkan....tapi nilah hakikat kan...

Aku doakan kita semua berjaya mengejar cita-cita masing-masing...
baik-baik jaga diri...
AKU SAYANG KORANG SEMUA!!!!

hugs and kisses


Wednesday, May 4, 2011

Hari-hari yang kosong...

Ish..ish..ish..
dah berhabuk blog aku ni (kejap nak sapu-sapu sikit)
Aku sebenarnya nak update blog ni, tapi tak tau nak cerita apa....dah tak ada cerita. Tu sebab tajuk entry "Hari-hari yang kosong".


Emm..nak cerita apa? Oh...aku tengah tak sihat ni, entah la....macam demam tapi kejap "on" kejap "off". Heh..dah macam suis lampu pulak. Kekadang rasa sihat, tapi nanti bila malam sikit dah mula hangat-hangat satu badan pastu terasa sejuk pulak. Tambah pulak dengan batuk dan selsema.
Alahai....
Dua tiga hari ni asyik perang besar dengan budak kecik tuh! (adik aku yang bongsu sekali la...)
Buat perangai pulak dia tu, orang cakap tak mau dengar (boleh dia buat aku macam rak buku jerr).Pastu mengada-ngada pulak dia (akibatnya kalau dimanjakan sangat dari kecik!)


kau memang adik aku paling comel, tapi kekadang akak geram betul dengan kau!


Contohnya macam semalam, memang perang besar. Memang tak logik tengok kakak yang dah 18 tahun boleh fight dengan adik yang baru umur 5 tahun (When I said fight, fist, slap and kick included...tapi minimum la..agak-agak la, budak baru 5 tahun). Mesti korang akan cakap aku ni childish la, tak mature la, temper sangat la... tapi seriously semalam memang senang betul aku naik angin, si kecik tu pulak buat perangai dia....apa lagi...meletuslah gunung berapi.



Hmm....maybe sebab aku kurang sihat kot, emosi pun jadi kurang stabil.
Tapi perang semalam dah disejukkan dengan ice-cream "Mat Kool" perisa vanilla and chocolate.
Ha! ha! ha! sah macam kanak-kanak aku ni!
Nak cakap aku tak sayang adik aku? Ishh! Gila hapa? sah-sah la aku sayang...diorang semua tu memang kadang-kadang menyakitkan hati, tapi dioranglah darah daging aku.


Oh ya, satu lagi...aku dapat tawaran "Kolej Matrikulasi Perak", 23 Mei ni kena pergi daftar.
Aku tak taulah aku pergi ke tidak, actually aku tunggu UPU and MARA.
Tengoklah macam mana.


P/S: Mama ajak datang SEMESRA, katanya ada novelis Ain Maisarah kat sana. Malaslah aku nak pergi, bukan aku baca pun novel Ain Maisarah tu...