klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

[Review] Guilty Crown

Hari tu aku berjaya menghabiskan 22 episod "Guilty Crown" dalam masa 48 jam (2 hari la~~ bukan straight 48 hours..ada la pitt stop in between)

Ha? Guilty Crown tu menatang apa?
Anime la... animasi Jepun

Pertama sekali, maaflah kepada peminat-peminat anime yang rasa aku ni outdated (dah la ni baru nak spazzing pasal "Guilty Crown", orang dah tengok berkurun lama dulu la...)
Aku baru je berkesempatan nak tengok sekarang setelah dipujuk oleh Cik Majidah Samli (hardcore otaku kat kelas aku). Maklumlah...setelah meng-abandon dunia manganime dan beralih ke dunia k-pop, aku memang susah sikit nak layan anime ni... (lagi sanggup layan drama Korea)

Baru aku tahu! apa yang best sangat pasal "Guilty Crown"  (yo Jah!! memang best mak datuk!)

oh...itu dia hero kita dengan void Inori yang osem!

Aku nak puji pasal art anime ni...
memang osem! nampak real!
aku memang picky bab art ni.... (kadang-kadang aku tengok anime tu kalau art dia buruk, memang aku tak tengok la...)

Nice arts mean good looking characters! Nampak tak modus operandi dia kat situ.... hahaha :D

and.... the plot of the story is good, maybe agak berat sikit la dengan perang sana-sini, apocalypse virus la, bioterrorism la, undertakers, anti-bodies, void genome, endlave dan macam-macam lagi terms (dah macam belajar Physics---banyak sangat terms---kadang-kadang aku pun tak berapa faham)
Aku tak nak komen banyak...      >>baca sendiri kat sini<<

AMARAN: SPOILERS!

hero kita Ouma Shu yang sangat cool~ bila fight pakai void
kalau takde void genome...memang loser la mamat nih..


this is when he said "Kindness is pointless"
oh! 0_o  Ouma-kun how come you become a bad person...

Inori yang comey and mysterious
She has the most awesome void eva!

masa Hare mati...sedih kot T_T

Kuhouin Arisa - - - apesal la kau bodoh sangat? Gai tak pandang kau pun...
sanggup kau bunuh datuk sendiri

last-last dia mati. Padanlah muka!

Daryl yang macam psiko sikit...
sedih jugak la dia tak ada happy ending dengan Tsugumi

aku tak faham betul dengan Ouma Mana
perempuan tu insane ye?

cinta Inori hanya untuk Shu
ahh~~ sweetnya~~

Tapi.... ending dia memang tak syok sangat la...
sedih gila kot....
and aku memang tak boleh terima kematian Tsutsugami Gai buat kali kedua
(Gai-sama~~~ huhuhuhuhu T__T)

p/s: lepas ni nak tengok Code Geass pulak - - - Lelouch-sama~

Sunday, July 31, 2011

[Oishi desu!] Nasi Ayam Wira Sejati

Salam 12.53 pagi sekalian~
Pengumuman....aku nak buka segmen baru dalam blog ni. Segmen "Oishi desu!", diambil dari bahasa Jepun (perghh..semenjak kawan dengan Surizawa ni...Jepun saje!) yang bermaksud "Sedapnya!".
Basically, segmen ni mengenai makanan-makanan yang pernah aku makan, especially around seksyen 18. Kalau sedap, aku akan feature dalam blog ni. In short, it's a food review la...

Ok, first review is
Nasi Ayam Wira Sejati

recommended by my classmate, Chok. This afternoon aku dan housemate aku cuba this menu as our lunch.

RM4.00
Quite reasonable, actually Restoran Wira Sejati ialah antara tempat makan pilihan aku dan housemate aku coz harga makananya yang agak murah.
Nasi ayam ni memang sedap, I'm not saying it's the best in Malaysia or what, but its really good.
Try it!
Tak caya sedap?
tanya Fazlin...
p/s: INPRO dah tamat~
Penat giler (penat sorak and jerit for AUSMAT)
I'll make full report of INPRO, maybe tomorrow?

Tuesday, May 31, 2011

Review : Nur Kasih The Movie

Sebenarnya dah lama aku nak buat review ni, tapi asyik tangguh-tangguh je (malas la katakan...)
So, last week aku dengan my big sis, Rose out ke Midvalley untuk menonton sequel Nur Kasih ni. Sebagai salah seorang dari 19 juta peminat drama Nur Kasih, of course la aku kena tengok ye tak?
Nur Kasih (drama) ni lain daripada yang lain. As a hardcore Korean Drama watcher. Sah-sahlah aku pandang kebanyakan drama Melayu ni sebelah mata jer... Sebab? Jalan cerita dia terlalu cliche! balik-balik cerita sama, balik-balik drama korporat. Anak Datuk ini dengan anak Tan Sri itulah... rebut harta, konflik cinta. Bosan!
Tapi aku salute produksi drama Nur Kasih. Memang the best drama Melayu yang pernah aku tengok so far.

So, nak cerita pasal sequel Nur Kasih yang didatangkan dalam bentuk filem.
Dah tengok trailer die? Nah... tengoklah...


kredit: aeinbad86

Trailer yang cukup hebat, cukup mendebarkan! Mampu membuat jiwa aku ni berkobar-kobar nak pergi tengok. So hasilnya?

Nak kata aku cukup terkesan dan terkesima tatkala menonton tu memang tak sampai la...
Memang benar kata-kata yang aku dengar "Ending ada twist" "Lagi best dia punya drama" "Okay jer la.."
Memang aku akan cakap "Okay jer la...".

CERITA
Dimulakan dengan kesedihan yang ditanggung oleh Aidil setelah kehilangan isteri tercinta. Disambung pula dengan ujian demi ujian yang menimpa Adam dan Nur. Memang kali ni, kesedihan dan ujian yang mereka terpaksa lalui lebih mendalam dan dramatik! (kemalangan train kat Jordan tu beb! kan dramatik tu!).
Memang agak berat story line dia sebab satu demi satu masalah menimpa. Jalan ceritanya nak menarik penonton mengalami kesedihan yang dialami karakter Adam, Nur dan Aidil. Memang ada satu dua scene yang orang kata "scene banjir sampai boleh habis tisu dua kotak", tapi aku tak feeling sangat la... (Rose la ni asyik kacau aje! Baru aku nak feeling sikit!).
Scene suspen dan mendebarkan memang menjadi habis! Time Adam mimpi pasal insiden tembak-menembak and jugak scene time Aidil gaduh dengan budak-budak samseng tu. Perghh!! memang bergoyang jantung aku time tu!

SINEMATOGRAFI & BGM
Satu benda aku suka Kabir Bhatia ni ialah sinematografi dia (macam iklan!). Memang salah satu faktor yang menarik aku untuk menonton filem ni. Gambar dia cantik, full of art. Tambah pulak dengan shooting location dekat Jordan dan sawah padi. Memang cantik gila!
Background music memang superb... favourite aku sah-sah OST Nur Kasih nyanyian Yassin & Tiz Zaqiyah. Lagu yang Mila Jirin nyanyi tu pun tak kurang hebatnya.

PENGAJARAN
Sarat dengan pengaran dan nilai-nilai Islamic. Aku paling suka time Nur tolak job dari satu syarikat ni yang mintak firm diorang reka sebuah bangunan untuk club. Nur tolak dan bagi alasan yang benda tu 'haram' (dah nama pun club, sah-sah la tempat tonggang kencing setan, clubbing tertonggeng-tonggeng tu semua). Walaupun hakikatnya Nur sangat-sangat perlukan job untuk bayar medical treatment Adam. Haram tetap haram. Selain tu banyak la lagi! kalau feel betul-betul, memang banyak mesej yang nak disampaikan.

KONKLUSI
All in all, takdelah teruk mana... best jugak sebenarnye. Tapi untuk membuat aku pergi ke pawagam untuk menonton kali kedua tu...TIDAK.
Kurang sedikit x-factor kat situ....aku tak tau tang mana pulak..
Oh ya, aku kurang minat ending dia. I prefer something else...

p/s: terasa ada lebih baik aku tonton "Pirates of The Caribbean : On Stranger Tides" (macam best jerr)
oh tidak...GERENTI BEST! rindu Jack Sparrow!