klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Saturday, December 27, 2014

Resepi Cheesekut

Assalamualaikum semua~

Rajin tak I update baru-baru ni *main angkat-angkat kening*

Hahaha. Tengah semangat nak blogging ni, rajinlah! Nanti dah tak rajin... mahu berhabuk bersawang blog aku takde update langsung!

Tengah rajin nak mencuba semua benda yang aku tak pernah buat. Kalau menjadi aku share la, kalau tak menjadi diam-diam je. Hehehehe

Kali ni jom buat Cheesekut.


Aku kurang pasti pulak bila benda ni jadi fenomena dekat Malaysia, tapi yang aku ingat, aku mula-mula rasa Cheesekut ni masa balik summer break tahun lepas (Disember 2014). Abang yang bagi aku rasa, beli dari kawan katanya.


Maaflah... trend-trend terbaru Malaysia ni kadang-kadang aku lambat sikit tahu. Orang jauh la katakan... Kalau tak ada orang bagitahu, atau aku tak terserempak dekat FB, tak tahulah jadinya.

Mula-mula pelik la jugak, apa benda Cheesekut ni? Nama pun lain macam kan? Tak pernah dengar sebelum-sebelum ni. Bila makan... rasa cream cheese...eh? eh? rasa biskut Hup Seng feveret aku tu. Sedap jugak

Sudah setahun lepas aku makan benda ni, tahun ni baru terasa nak buat sendiri.
Pergi merayau cari resepi. Allah! mudah je benda ni rupanya...

Bahan sikit je nak pakai. Nak buat pun insyaallah senang je. Nak makan pun lagilah senang kan!?

Jom sama-sama kita buat Cheesekut!


Kalau nak Cheesekut terbaik dari langit, usahakan cari deluxe crackers macam dalam gambar. Kalau tak jumpa, cream crackers pun bolehlah

Untuk topping, selain Milo boleh jugak guna Nestum, coklat atau apa-apalah yang korang suka. Jadi kreatif. Aku kurang kreatif sikit.

Bahan-bahan

  • 1 paket biskut HUP SENG Deluxe Crackers
  • 250 g krim keju
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250 ml susu segar
  • 1 paket Milo 3 dalam 1
Cara-cara


1. Potong krim keju dalam saiz kecil supaya mudah diputar



2. Menggunakan mesin pengadun (mixer), putar krim keju, susu pekat manis dan gunakan 4 hingga 6 sudu susu untuk mencairkan krim keju. Jika tidak mahu terlalu manis, gunakan 1/4 tin sahaja susu pekat manis. Adunan krim keju hendaklah tidak terlalu cair dan tidak pula terlalu pekat.
Bagi yang tidak memiliki mesin pengadun, bolehlah menggunakan pengisar makanan (blender). Pastikan pengisar anda bebas dari bau dan rasa bawang atau cili atau yang sewaktu dengannya.



3. Celupkan biskut ke dalam susu dan susunkan biskut di dalam bekas yang sesuai. Buat satu lapisan biskut


4. Tuangkan krim keju ke atas biskut yang telah disusun tadi untuk membuat satu lapisan rata krim keju.

5. Ulangi langkah menyusun lapisan biskut dan lapisan krim keju sehingga memenuhi bekas


6. Habiskan dengan lapisan krim keju di lapisan paling atas. Taburkan serbuk Milo atau topping lain mengikut cita rasa

7. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.

Siap sudah Cheesekut yang aku idam-idamkan ni.


Aku buat dalam bekas-bekas kecil ni sebab senang nak makan. Korek je pakai sudu, kalau tak habis, tutup simpan, nanti-nanti boleh makan lagi!

Mari kita korek dan tengok dalamnya


Ada layer-layer gitu

This one was nicely done, layer dia cantik tersusun. Sebab tu dapat masuk blog!
Hahaha

Tengok-tengok je...rasa macam mana? Sedap ke tidak?

Ngap!


Mashaallah sister!! Sedap gilos!

Lemak berkrim disukai ramai gitu! Cuma rasanya topping tu kena tabur lebih sikit baru lagi sedap!
Ataupun tabur serbuk Milo tu layer by layer masa buat tu. Ha? Idea bernas! Mungkin aku boleh cuba lagi lepas ni

Selamat mencuba!

p/s: takutnya tengok banjir di Pantai Timur. Tinggi bukan main air naik! Yang dah lama tak banjir pun ikut bah sama. Semoga Allah ringankan beban mereka yang terkena musibah banjir

2 comments:

Aisyah Ghazi said...

Hello admin. I dh try dh your recepi ni. Mmg sedap and menjadi. Anak2 sedara datang rumah, makan semua kata suke and sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Fatin Shahirah Rahmat said...

@Aisyah Ghazi Hai! Terima kasih sudi singgah blog I :-)