klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Sunday, July 14, 2013

Resepi Puding Roti

Assalamualaikum.
Perghh....dah lama aku tak berlagak ala-ala chef and konon-kononnye share resepi terhebat aku di abad ini.
Ehh, over pulak.
Haha

Ok. Kali ni nak kongsi resepi puding roti yang simple dan sedap ni.
Resepi ni aku culik dari blog http://www.nabeelstories.com/2013/03/resepi-puding-roti-empuk-dan-gebu.html. Silalah melawat blog beliau sekiranya nak resepi penuh yang original berserta celotehnya. Aku cuma ringkaskan resepinya dan tambahkan anjakan paradigma aku sendiri. Cehh...masak pun ada anjakan paradigma?
Tertarik dengan nama tuan empunya blog sebab hampir nak sama dengan nama kawan aku seorang ni. The so called Encik Nicholas Saputra tu~~

And let the cooking begin!

Bahan-bahan

8 keping roti putih (dengar kata kalau pakai roti butterscotch lagi sedap)
2 cawan susu segar (500 ml)
4 sudu besar gula kaster
2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
2 biji telur (suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara

1. Panaskan ketuhar dalam suhu 180 darjah celcius
2. Carik-carikkan roti dan rendamkan dalam susu segar selama 30 minit. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk pengadun yang lain, campurkan telur, gula, mentega,tepung jagung dan esen vanila. Pukul sebati.
4. Masukkan roti yang telah direndam tadi dan gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius

Dah siap! 
Kalau ada kismis atau chocolate chips, bolehlah taburkan atas adunan atau campurkan sekali dalam ke adunan sebelum dibakar. Mesti lagi sedap~ yum~ yum~

Puding roti ni bolehlah dihidangkan bersama sos kastad.


Dekat sini aku jumpa sos kastad yang ready-made ni. So, mudah je tinggal tuang tak perlu nak buat bagai. Almaklumlah, cara mudah~
Tak pasti ada jual dekat Malaysia ke tak. Tapi kalau tak ada jangan risau, boleh je buat sendiri.

Sos kastad vanila

Bahan-bahan

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk atau non-stick pan.
2. Kacau atas api sehingga pekat.

Bila dah siap sos kastad, bolehlah tuang atas puding roti tadi dan sejukkan dalam peti ais atau hidangkan sekali masa nak makan puding roti tu. Kalau dapat secedok aiskrim vanila sekali, perghh....meleleh!

selamat mencuba!

Ramadhan kareem :-)

p/s: buat puding ni untuk dibawa ke majlis berbuka puasa dekat Malaysia High Commision semalam. Alhamdulillah habis licin~ ehehehehe