klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Wednesday, July 28, 2010

Sahabat dan Chemistry

sahabat ibarat isotop...walaupun nukleon prinsip brbeza tp 
proton kesefahaman yg sama..
dan berlaku hidrolisis untuk membuang unsur2
negatif pada terminal positif bagi menghasilkan polimer 
persahabatan yg mencapai tahap kestabilan 
...ukhwah yg oktet..;)

======================================

pening dan agak mengelirukan? memang....jika dibaca sekali imbas, tetapi kalau baca berulang kali, cuba mendalami (dan sambil-sambil tu cuba revise balik buku Chemistry) maknanya sangat indah dan bermakna.

Saturday, July 10, 2010

Malunya aku......glamour je lebih! [Festival Nasyid SMKSP]


Hari ni selamat sudah berlangsungnya Festival Nasyid SMKSP.
Lebih 20 kumpulan dari Form 1 sampai la Pra-U bawah menyertai pertandingan nasyid nie.
Of course my group, (aku, Muazz, Fatiqah, Dayah, Yaya, Azira, Ika) dah buat persediaan untuk pertandingan nie. Mecca 2 Medina, itu nama yang kitorang pilih untuk kumpulan kitorang. Bersesuaian dengan tema ala Arabian. Dengan serba berjubah hitam ala minah saudi, kitorang membawa kelainan dengan membawa gimik istimewa (kami berpurdah!). Ya...purdah tu gimik semata-mata, hanya permulaan saja berpurdah.
Kitorang dah berlatih setengah mati untuk hari nie....

Semalam...tuisyen pukul 2, habis jer class about 3.30 aku terus ke sekolah untuk Jazz Chant's practice (ada persembahan Isnin nie) lepas tu...aku teman Fatiqah & Dayah practice, diorang nak "smooth"kan lagi muzik. Sampai serak-serak aku nyanyi, biasa jadi bass jer..nie kne jadi lead vocal plak. Sure la kantoi kat part high pitch. About 6.30 baru aku balik (thank god my mom tak soal apa-apa).

So...hari nie, Mecca 2 Medina is the 1st group to perform. Menggigil siot...terketar-ketar aku pegang microphone!
Kitorang mulakan intro dengan "Annalisa"

Then, terus main song "Egois" nyanyian kumpulan Mestica



Lastly, habiskan dengan sedikit chorus dari "Insha Allah" nyanyian Maher Zain



I hate to admit, tapi memang kitorang tak dapat buat dengan baik la....

1) Muzik hancur sikit at certain part (no offence to music player)
2) Harmony memang agak tak jadi
3) Lead vocal pun crack sikit kat high part (but Muazz you're still da best)
4) Aku! (aku pun tak taulah apa yang aku buat, nyanyi macam hambar then I feel like my mic is not working!)

Kitorang turun pentas dengan sedikit harapan untuk tempat ketiga atau kedua. 1st place??? nahh....we can't deserve it since we're not so good. Sautul Ummah pimpinan Wawa mesti dapat punyalah (diorang kan kumpulan nasyid sekolah...) Kira agak terlatih la...

Menghabiskan 20++ kumpulan memang letih....not to mention yang memang performance hancur (boring glerr). Aku ada tugas, merekodkan semua performance dalam video. So, I stay beside the camcorder all the time.
Lepas semua kumpulan habis ada "encore" performance (semantara judges kira markah), gabungan pelajar form 5.  Naz and Afiq yang bertindak selaku M.C untuk hari tu, tak segan2 menonjolkan bakat.
Surprised!! Afiq boleh plak bergelek atas pentas tuhh....(Masyaallah!!! serupa belly dancer dari Arab daa....)

Saat-saat yang dinantikan, keputusan......
(Kategori Menengah Atas)

tempat ketiga - kumpulan kakak-kakak dari Pra-U bawah (vocalist die memang suara sedap glerr)
tempat kedua - kumpulan Hazimah ( ada...Azleen, Ain, Azura, Khir and banyak aku tak ingat...)
tempat pertama - as expected, Sautul Ummah. 

kitorang?? jangan ditanya la....malu glerr siot... ye arr....kitorang berlatih huhahuha, konsep sikit punya glamour, baju..jangan cakap arr...kalah group lain! Tapi..last2?? even tempat ketiga pun takleh nak grab.

Tapi, ketua juri (Cikgu Rosli) pun ada cakap....dia nilai berdasarkan penghayatan lirik dan paduan suara. Yang menang tu semua lagu agak sedih-sedih dan slow pace la....penuh unsur ketuhanan.
Kitorang....lagu rancak, biasa la....fresh nasyid punya...tak main la slow and sad nie...

Anyhow..............MEMANG DAH MALU GLERR NIE!!! huhuhuhuhu *sorok muka*