klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Wednesday, June 8, 2011

Semasa : Penggunaan Bahasa Singkatan Dalam Penulisan Karangan

BAHASA TERLARANG

Itu tajuk cover depan akhbar "Berita Harian" semalam (edisi 7 Jun 2011). Boleh baca sikit snippet dia kat >>sini<<
Tidak dinafikan, memang fenomena ni berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Aku memang selalu jumpa, because my mom is a BM's teacher, selalulah jugak dia bawak exam paper balik untuk disemak. Sometimes, aku jugak yang kena tolong semak sekali. Aku pun selalu jugak tengok benda-benda macam ni berlaku time aku sekolah dulu. 
Sedap-sedap rasa jer they all pakai 'short-form' "yg" "dgn" "x" "coz" dan macam-macam lagilah!

CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.

Aku faham....aku pun seorang pelajar sekolah jugak dulu, bukan tak boleh pakai bahasa singkat time SMS, chatting, blogging semua. Boleh......boleh sangat. Kita nak jimat time, nak jimat space...of course kena buat macam tu kan? Betul tak?
Even aku pun guna short-form time SMS semua... (even tulis blog ni, aku tak boleh elak dari guna short-form & bahasa rojak. Walaupun sometimes aku try tulis ayat penuh, tapi bila dah malas and nak rush....short-form mesti keluar punyalah...)

You all nak guna bahasa apa pun time SMS and chatting, gunalah! Hatta bahasa Kenyan sekalipun, tak ada yang nak melarang! (tapi timbang rasa la sikit, biar orang yang baca mesej tu faham). Tapi...

JANGAN GUNA BAHASA YANG YOU ALL PAKAI TIME SMS & CHATTING DALAM KARANGAN BAHASA MELAYU.

Memang la kadang-kadang bila tulis karangan...kita akan terikut-ikut dan "tertulis" secara tidak sengaja, kadang-kadang tak sedar langsung yang kita pakai short-form kan? Sebab dah terbiasa sangat tulis macam tu dalam SMS, short note, chatting semua... tangan ni secara tak sedar tulis macam tu.
Honestly, dulu aku pun ada "terbuat" macam tu, tapi bila aku sedar...aku betulkan semula.

Nasihat aku pada adik-adik sekolah menengah tu. You all kena separate mind-set you all. Bila SMS/chatting tulislah macam mana pun you all nak. Bila nak tulis karangan, set yourself dalam educated mode. Remind yourself to write full words and no short-form is allowed. Tak kisahlah dalam karangan bahasa apa pun. Please use proper language.
And lastly, SEMAK la balik karangan you all tu! Baca semula! Semak tatabahasa, ejaan, struktur ayat. Barulah tak ada kes-kes bahasa singkatan tersesat dalam karangan tu.

p/s: tengok penulisan blog aku yang bersepah dengan macam-macam bahasa macam orang takde language education? You all akan terkejut baca karangan aku yang memang mantap! Hehehe gurau jer...

No comments: