klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Saturday, June 18, 2011

Kecuaian Membawa Padah

Jika dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku hidup dalam riang ria
atau kadang kala dalam keadaan bosan...
atau kadang-kadang.... tak rasa apa-apa pun....
kosong
But today..... is the worst of all...

Alkisahnya hari ni (Jumaat) aku ada appoinment untuk buat medical checkup di Hospital Banting. Oh wait... wrong statement. Aku INGAT bahawa aku ada appoinment HARI INI. Tetapi ternyata appoinment itu sebenarnya.... SEMALAM. Ya! tuan-tuan dan puan-puan SEMALAM!
Aku pun tak tahulah macam mana dengan bodoh, bengap dan carelessnya aku boleh tak perasaan bahawa tarikh 16/6/11 tu sebenarnya hari Khamis! Dengan mati-matinya aku percaya yang appoinment tu hari Jumaat! Aku rasa macam nak benamkan muka aku tujuh hasta dalam tanah saat nurse tu cakap kat aku "Hari ni kan 17 haribulan dik, 16 haribulan tu semalam" kata nurse tersebut saat aku menunjukkan kad appoinment aku.

YA ALLAH YA TUHANKU.... terduduk terdiam terpaku aku saat kata-kata itu dilemparkan.

Maka terpaksalah aku membuat appoinment baru untuk 20/6/11 (Isnin) BETUL HARI ISNIN KAN?? AKU TAKNAK SALAH LAGI!

Dengan rasa kesalnya aku keluar dari perkarangan hospital dan semestinya sedikit kata-kata kesal oleh ayahanda tercinta dilemparkan kepada aku. Yelah...bermaknanya perjalanan jauh dari Sepang ke Banting dengan tergesa-gesa mengenangkan kami dah terlambat 1 jam dari appoinment TIDAK BERMAKNA APA-APA! (if I'm in my father's shoes, aku pun bengang beb!)

Aku akui memang semunya salah aku sebab langsung tak tergerak nak check semula tarikh appointment dan confirm betul-betul. Satu kecuaian yang sangat BODOH kan?
Dan...sememangnya lumrah aku sedari dulu lagi, jika timbul apa-apa perasaan marah/kesal/kecewa oleh parents aku akan membawa effect yang besar pada aku. Mungkin ada yang berfikir "Ek eleh minah ni, relax sudah la...nak buat macam mana benda dah jadi. You ni over sangat la". Ya! memang aku over sikit, aku...aku...tak bolehlah...bila parents aku marah kat aku (especially my dad yang jarang-jarang marah. Kalau my mom tu dah selalu sangat) Aku akan rasa sedih giler! Maybe trademark ANAK MITHALI?? (perasan =.=)

THEN! My dad and I pergi pulak ke Klinik Siti (klinik swasta) untuk selesaikan satu test (test for syphilis, genorrhoea and varicocole) Satu lagi KECUAIAN aku yang tidak bertanyakan sama ada test ini dah dibuat atau belum semasa aku ke klinik tu minggu lepas untuk blood test. Ternyata doktor tu terlupa untuk buat test itu dan aku pulak dengan bengapnya tak bertanya!! (aku yakin terdapat miscommunication antara doktor dengan pembantu klinik itu, tetapi memang partly my fault sebab tak make sure betul-betul!)
And ini menambahkan lagi bengang ayah aku.

Suasana dalam kereta semasa perjalanan pulang memang agak tense. My mood really in mess, I felt really sad. But then...the atmosphere gradually become better. My dad tried to start some light conversation dan celoteh DJ radio Hot.fm sedikit sebanyak mengubat hatiku yang gundah gulana.
Actually I'm worried that my mom will be really mad with my carelessness. Bayangkan kalau mama aku ikut serta tadi...mahunya aku dibasuh tang-tang itu jugak!
Stupid mistake is actually something yang my mom susah nak forgive and forget and THAT'S including myself! Even aku pun susah nak maafkan diri sendiri yang dah lakukan stupid mistake ni.

Sampai rumah... I know ayah has to tell mama about what happen. But I locked myself dalam bilik sebab aku taknak dengar apa-apa lagi. Silap-silap aku boleh menangis meraung nanti kalau aku dengar mama punya omelan.
Anyway, malamnya..mama tak cakap apa-apa pun. Aku rasa lega..sort of...
my mood pun become much better..

However, let's take a lesson today.
RAJIN-RAJINKANLAH DIRI CHECK APA-APA YANG PATUT KALAU KITA ADA APA-APA EVENT PENTING. MAKE SURE THE DATE BETUL AND KALAU BOLEH PAKAI REMINDER.
IN SHORT, DON'T BE CARELESS!

p/s: doktor bagi ubat suruh makan/minum. Aku ada urination problem pulak..... =.=
Ubat tu betul-betul tak sedap tau! Macam nak muntah aku minum...


p/s: esok (Sabtu) ada majlis. Nak dapat fulus ni...Masyuk~

No comments: