klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Monday, June 27, 2011

Penangan Cinta

Assalamualaikum.Ahlan wa sahlan ya habibi ya maulana.
Eh?eh?eh??
Kenapalah tiba-tiba cik Fatin ni bukak topik cinta? Dah kena demam angau ke?
Oh tidak....bukanlah diriku ini yang kena demam angau, tapi aku nak bercerita sikit tentang best friend aku yang dah terkena panahan bidadari cinta. Cewahhh....ambik kau! bersulam-sulam punya bahasa.
Hendak dijadikan kisah, tanpa ribut petir sebagai petanda mahupun siren ambulan sebagai klunya, best friend aku telah meng"declare"kan dirinya sedang terbang diawang-awangan, menikmati manisnya cinta bersama si "dia".
Reaksi aku? 
"oh my god"
Mestilah aku terkejut! tidak pernah aku di inform bahawa dia sedang try tackle mana-mana aweks. So, bila tiba-tiba dia dah ada "someone" dan "someone" itu benar-benar telah mencuri hatinya yang selama ini dikunci rapi (aku agak-agak jelah... =.=). I'm beyond shocked.

Masih aku ingat lagi...betapa skeptikalnya dia ini terhadap aweks. Dengan erti kata lain...c.e.r.e.w.e.t. Ini tak kena, itu tak kena, kenapa awek ni macam ni, kenapa awek ni tak macam tu. Macam-macamlah!
Dengan cerita-cerita daripada dia sendiri dan sumber-sumber yang boleh dipercayai, banyak aweks try flirting with him. And from his reaction, dia macam buat endah tak endah je... (ke aku yang salah tafsir?)

For as long as I know this guy, the word "jiwang" and him doesn't walk together, so bila tiba-tiba dia ni jadi lovey-dovey semacam...terdetik dihatiku... "Wahh....hebat sungguh penangan cinta. Mampu merubah insan 360 darjah hendaknya". Sempat jugak dia berpesan padaku "You should find your man soon. Then you'll know how I feel". Oh dear..find my man? Maybe not now...not in my list for now. Semestinya aku tak akan tahu perasaan dipanah bidadari cinta ni
cupid heart hearts arrow
dan aku tak rasa aku mahu dipanah buat saat ini. Terima kasih banyak-banyak.

Buat my bro tersayang, congrats to you...and I hope kau bahagia la hendaknya.
Jangan lupa introduce si "dia" itu kat aku, sesungguhnya aku sangat-sangat nak tahu. Jampi apa yang dia dah sembur kat kau ni. LOL Peace yo!

No comments: