klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Wednesday, March 30, 2011

Mahsuri Island: Langkawi [Day 2]

a/n: busy sangat (kononnye..=.=) sampai lupa aku nak sambung cerita..

[110316 - Wednesday]

Early in the morning, around 7.30am. My family and I dah turun untuk breakfast. We need to gerak early since we all gotta catch the boat at 9.00am.

After breakfast, ayah drove the car to Pantai Cenang. Its still early, so tak banyak kereta yang lalu lalang (tenang je awal-awal pagi ni..cehh)
Pantai Cenang ni antara salah satu hot spot kat Langkawi, sepanjang jalan...berderet kedai-kedai. Mostly yang aku tengok restauran, spa & kedai cenderamata. Semuanya nampak macam high class la gitu.. maklumlah, tempat tumpuan mat salleh  kan...

Kitorang sampai kat satu jeti ni. My parents dah sewa satu boat for the whole family under package Island Hopping (kalau family ramai cam aku...lagi berbaloi sewa satu boat dari bayar tiket ikut kepala) around RM270 la camtu...
Ada banyak jenis package Island Hopping (ikut bajet & time masing-masing la..)

cuaca baik nampaknya

we get on the boat!
So, bermulalah Island Hopping kami!

ISLAND HOPPING

1st location is Pulau Dayang Bunting (Pregnant Maiden Island). While on boat, pengemudi bot tu stop sekejap untuk tunjukkan kita bentuk Pulau Dayang Bunting tu. Bentuknya macam perempuan mengandung yang tengah terbaring, nampaklah bentuk kepala, dada dan perut bulat dia tu

nampak tak shape dia?
(gambar pinjam dari uncle google)

Puas tengok, speed boat pun makin laju and kami sampai ke Pulau Dayang Bunting. The main purpose datang sini ialah nak tengok Tasik Dayang Bunting.
Setahu aku, Tasik Dayang Bunting ni ada lagendanya yang tersendiri. Katanya, perempuan yang mandul atau susah nak mengandung, bila minum atau mandi kat tasik ni..gerenti akan mengandung lepas tu!
Taktaulah aku...nak tahu lebih lanjut >>baca kat sini<<
My comment for this kind of legend, marketing strategy je tu~

Sebelum sampai ke tasik ni, kena exercise naik turun bukit sikit, perjalanan tak lama dan ada tangga disediakan, tapi memang penat la... semput aku naik bukit ni..aduii..

sampai dah...

Tasik ni memang cantik dan unik, air dia hijau dan nampak berkilau jer dari jauh... pelantar-pelantar kayu disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Ada gerai untuk sewa paddle bot, jaket keselamatan dan jual souvenir.



Kat satu bahagian tasik ni, ada banyak ikan keli. You all boleh masukkan kaki dalam air, berkerumunlah ikan keli datang nanti (macam doctor fish la...) Tahan je la geli..(aku tak boleh tahan dohh..)

Selain tu, boleh swimming jugak kat sini. Tapi kena pakai life jacket la...(10 meter dalam cik kiyah! lemas you all nanti...)
Kalau nak naik paddle boat, bolehlah sewa. RM20 untuk paddle boat biasa dan RM30 untuk solar paddle boat.

ayah, ajik & mera naik paddle boat...

After about one hour, kami bergerak turun. Time nak turun tu, ada banyak pulak kera-kera kat situ. Serius..depa semua tak takut orang! Selamba rock jer jalan sebelah kitorang, siap gendong anak lagi. Siapa-siapa yang pegang makanan, tak kisahlah coklat, roti, keropok ke..mesti kena kejar!
Lawak tengok seorang budak ni nangis beria-ia sebab takutkan kera. HAHA XD

2nd location is Eagle Feeding. We all dibawa ke satu tempat ni di mana banyak burung helang berkumpul.
Macam-macam jenis, macam-macam kaler... tengoklah helang-helang ni tangkap makanan yang dilemparkan ke air. Excited gilerr sebab jarang-jarang tengok helang. Ape lagi banyak macam ni...beratus-ratus ekor! Dah macam pasar rakyat helang...heh =.=




susah nak capture gambar helang ni..

3rd location, Pulau Beras Basah and this is the last one (according to our package, ada 3 tempat je la...)
Takde special activity sangat kat sini, just pantai dia cantik gilerr! air dia biru dan pasirnya putih melepak!



banyak gilerr ikan-ikan kat jeti..rasa macam nak snorkell jer..

Kat sini memang aktivitinya mandi-manda and picnic. Aku tak merancang nak masuk air dengan baju aku time tuh...so just enjoy the view jer la.... But seriously, kalau boleh..memang sepatut-patutnya masuk air, main air laut tu.. bukan hari-hari nak jumpa air laut biru dengan pasir putih beb! (Bagan Lalang tu sah-sah jatuh standard =.=)

syok betul si kecik tu mandi...

aku saje jer syok sendiri..kui kui kui :P

After that, kami balik la ke darat. We all naik kereta dan berlalu la dari jeti tu. Masa lalu-lalu kat Pantai Cenang, kami singgah ke Duty Free Shop ni (Coco Valley & The Zone tak silap..). Barang kat sini memang la banyak yang murah, coklat la mostly....yang lain-lain tu still expensive bagi I. Memang time ni la kitorang borong coklat banyak-banyak.

BERAS TERBAKAR

Then, ayah drive ke Padang Matsirat. Kitorang ke satu tempat nie namanya Beras Terbakar. Kenapa Beras Terbakar? of course la ada sebab dan sejarahnya.

Kat luar tempat nie ada banyak gerai-gerai. Ada jual baju, key chain, topi, sunglasses, kain batik, minyak gamat, ikan masin and macam-macam lagilah! Kiranya kalau nak shopping kat sinilah.. lebih murah nak banding dengan Duty Free Shop tadi (for the souvenir la...). We all take our lunch dekat satu gerai nie, sempoi jer...aku order char kuey teow.

Lepas tu, we all pergi la tengok tempat "beras terbakar" tu...



Actually, tempat ni kat laman sebuah rumah tradisional ni. Masa zaman perang dengan Siam dulu, penduduk-penduduk kampung kumpulkan hasil padi diorang kat sini dan bakar semuanya sebab diorang taknak hasil tu semua jatuh ke tangan Siam. So, camtulah kisahnya lebih kurang...sampai sekarang still ada kesan-kesan beras yang terbakar tu.

KOTA MAHSURI

Hari masih panjang, dan tour kitorang tak berhenti setakat itu. We all singgah ke Kota Mahsuri which I'll say, wajib ziarah ke Makam Mahsuri if you all datang ke Langkawi. Kalu tak..rugi la.

First masuk la ke Muzium Mahsuri, ada banyak artifak & replika kat dalam tu (mostly berkaitan dengan Mahsuri) Tercatat jugak kisah hidup Mahsuri dari lahir sampai la dia dihukum bunuh. Aku memang nak baca, tapi panjang sangat...malas la pulak. So, for those yang macam aku ni...jangan risau, you all boleh tahu kisahnya jugak dengan tengok movienya.

Kat dalam muzium ni ada macam satu cinema kecil, so diorang akan pasang movie Mahsuri and you all bolehlah tengok dan tahu sikit-sikit. 
Memang cukup tragis kisah Mahsuri Pandak Mayah ni...itulah akibat dendam dan sakit hati.

Keluar dari  muzium, we all lawatlah Makam Mahsuri, telaga, rumah dan macam-macam lagilah yang ada kat sana.




LAMAN PADI

Then, kami singgah sekejap ke Laman Padi. Takde ape sangat kat sini, just tunjukkan macam mana keadaan padi mengikut musim-musimnya.

Around 5.00pm we all head back to hotel. Memang letih la satu badan I tell you, ingatkan lepas mandi nak landing-landing kejap (tido ke apa..kan sodap tuhh...)
But vacation is vacation, kena la isi masa...takkan nak terperap dalam bilik hotel jer...

We all pusing-pusing pekan and then singgah ke duty free shop kat tengah-tengah Pekan Rabu. Borong la lagi some biscuits and chocolates. Mama nak beli pinggan mangkuk (kan murah pinggan mangkuk semua kat sini...) tapi cancel..sebab tak tau macam mana nak diangkut semua tuh...beli jer la sikit-sikit.

Kiranya ini sesi shopping-shopping la, we all terjah lagi mana-mana kedai yang ada kat area Pekan Rabu ni.
Pukul 9.00pm barulah perut terasa lapar, grab our dinner kat satu Seafood Restaurant ni...boleh tahan la, but still better restauran yang sebelum ni.

After dinner, we get back to hotel and ....
tido la....ZZZZzzzzz

No comments: