klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Sunday, December 2, 2012

Omelan Waktu Cuti

Assalamualaikum.

Haihh....
Aku tak tahu kenapa aku kerap sangat mengeluh baru-baru ni
Mungkin sebab terlalu bosan?

Orang cakap mengeluh tu tak bagus.
Bak kata orang Cina, mengeluh tu menghalau "ong", yakni "nasib baik" untuk manusia.

Tak kisahlah betul ke tidak kan? Pernyataannya disini, mengeluh itu tidak bagus.
(Dah tu yang kau buat tu apa hal?)

Nak buat macam mana? Perlakuan tu terjadi secara automatik.
Setiap hari aku mengulang rutin yang sama sepertimana selepas habis SPM dulu.
Rutin statik, sangat membosankan.

Bangun tidur > makan > laptop > masak > mandi > laptop > makan > laptop > tidur petang > makan > mandi > masak > laptop > makan > laptop > tidur.

Begitulah rutin harian aku.

(Kenapa kau tak buat perubahan? Cari hobi baru, projek baru mungkin?)
Untuk pengetahuan, aku seorang yang sangat malas.
Buat sesuatu yang aku memang tak perlu buat, wasalam lah....memang aku tak akan buat.

Apa yang aku perlu sekarang ialah percutian,
percutian bersama keluarga ke suatu tempat dimana aku boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Namun, semua itu mungkin mustahil buat masa terdekat ini.
Mama sibuk menanda kertas SPM yang berlonggok di atas meja dan ayah...  ayah tetap ayah.
Mungkin tidak lama lagi, mama akan sibuk pula menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru Tingkatan 1.
Bermaksud? ya...tiada masa terluang.

Haihh....

Masa-masa beginilah baru teringat nak cari kawan, nak mengubat resah.
Tapi, masing-masing tengah sibuk. Memerah otak menghadapi peperiksaan, begegas menghadirkan diri ke kuliah, diskusi kumpulan, tugasan pensyarah.
Mana ada masa untuk penganggur terhormat macam aku ni.

Haihh...

Sabarlah wahai hati.
Hadapi hari-harimu dengan tabah.
(ecehh.....ayat tak menahan kau kan?)

Mungkin hanya inilah masa yang aku ada untuk bermalas-malasan kan?
Lepas ni kalau dah tak ada langsung, dah sibuk kesana-kemari, kerja itu kerja ini, baru tahu betapa berharganya waktu ni.

p/s: mengharap perubahan jadual minggu hadapan.

mohon difaham untuk bahasa aku yang agak baku, sedang dalam mood menanda kertas BM, jadi...macam bunga-bunga sikit la.

No comments: