klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Monday, December 22, 2014

Resepi muffin epal dengan walnut

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak balik Malaysia untuk summer break ni, aku memang rajin baking. Kalau boleh macam hari-hari nak baking something. Tapi kadang-kadang kena tahan diri, pastikan kek sebelum ni habis dimakan baru boleh buat yang lain.
Nasib baik-baik adik-adik jenis yang rajin makan jugaklah.

Itu kisah dua tiga minggu lepas la, sekarang ni....kurang sikit. Buat benda lain pulak.

Sebelum-sebelum ni, kalau bab buat kek mesti tak jadi, kek bantatlah, bau telurlah, kurang inilah, kurang itulah. Sampai suatu saat tu aku rasa aku memang takde bakat. Tapi teringin sangat nak pandai baking sebab tengok orang lain buat menjadi. So, aku keep on baking jugaklah sikit-sikit. Sekarang ni dah menjadi sikit la... practice make perfect kan?

Hari tu beli buah oren dengan epal dekat pasaraya, buatkan cupcake oren untuk mama. Teringin nak makan kek oren katanya. So, ada la epal lebih dalam peti sejuk tu. Gian nak baking tu ada, teringat pulak ada kacang walnut yang bawa dari Australia itu hari.

Google terus resepi "apple muffin". Jumpa yang berkenan di hati, terus buatlah!


Resepi asal: http://addapinch.com/cooking/cinnamon-apple-muffins-recipe/
Olahan: http://fatinshahirahrahmat.blogspot.com/

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum (+ 2 sudu besar untuk salut epal)
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 biji epal hijau dipotong dadu - epal merah pun boleh
  • 1 cawan kacang walnut dicincang - nak pakai kacang badam pun boleh
  • 1/2 cawan mentega unsalted, suhu bilik - kalau pakai salted butter tak payah letak garam dah
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur saiz sederhana
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan susu segar penuh krim
Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200, sediakan tin muffin dengan liner muffin atau sapukan minyak atau sapukan mentega dan tepungkan, pastikan tiada lebihan tepung dalam tin muffin. Ini langkah penting untuk elak muffin melekat, tak boleh keluar pula nanti
  2. Epal dipotong dadu, lebih kurang 1/2 inci dan salutkan dengan tepung gandum. Ketepikan
  3. Dalam mangkuk sederhana besar, ayak tepung, serbuk penaik, garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan ketepikan
  4. Dengan menggunakan mesin pengadun, krimkan mentega dan gula sehingga berwarna kuning pucat, lebih kurang 3 minit dengan kelajuan sederhana. Kalau tak ada mesin pengadun, pukul pakai tangan je, pastikan kaut tepi-tepi mangkuk tu dengan spatula untuk pastikan semuanya dipukul rata
  5. Masukkan telur satu persatu, pastikan telur dipukul sebati sebelum memasukkan telur seterusnya. Masukkan esen vanila
  6. Tukar kelajuan perlahan, masukkan 1/3 adunan tepung dan setengah susu, pukul sebati sampai tak nampak tepung lagi, kemudian masukkan 1/3 tepung lagi dan setengah lagi susu, pukul sebati lagi. Habiskan dengan 1/3 adunan tepung terakhir, tanpa menunggu sebati sepenuhnya matikan mesin pengadun.
  7. Sekarang masa untuk gunakan tangan. Masukkan epal dan walnut, kaup balikkan (fold) adunan dengan menggunakan spatula. Berhenti sebaik sahaja semua bahan bercampur rata. Elakkan terlebih mengacau sebab nanti muffin jadi keras dan tak sedap
  8. Bahagi-bahagikan adunan ke dalam tin muffin, 3/4 penuh je, nanti muffin naik. Insyaallah boleh dapat 12 muffin, mungkin lebih
  9. Bakar selama 20 ke 25 minit atau sehingga permukaan muffin perang keemasan, kalau cucuk pencungkil gigi ke tengah muffin dan keluar bersih, maksudnya muffin dah masak sepenuhnya. Kalau ada melekat adunan yang masih basah dekat pencungkil gigi, bakar lagi 2 ke 3 minit. Masa membakar ni bergantung kepada oven masing-masing. Jadi, rajin-rajinlah periksa untuk mengetahui muffin dah masak sepenuhnya atau belum. Elakkan terlebih masa membakar.
  10. Keluarkan dari ketuhar dan tunggu sejuk. Tapi kalau makan masa masih suam-suam tu sedap tau.

Siap dah muffin epal dengan walnut aku!


Dalam resepi asal memang ada topping-topping bagai, tapi aku? tak payah la semua tu. Kalau nak boleh taburkan gula bercampur serbuk kayu manis (cinnamon sugar) atas muffin sebelum bakar. Nanti jadi macam crunchy-crunchy sikit. Aku lupa nak buat. 

Rasanya arahan yang aku bagi dekat atas ni cukup lengkap, untuk beginner macam aku ni, arahan yang lengkap cukup penting sebab kadang-kadang kita tak tahu pun nak pukul banyak mana, macam mana nak buat teknik ini, teknik itu. Semuanya kena belajar, kena tengok dengan mata kepala sendiri, try buat. Baru pandai!

Selamat mencuba!

No comments: