Assalamulaikum.
Hari ni menghantar cik kak Ros tembam saya pergi buat passport. Nak buat lawatan ke Guangzhou katanya, haruslah punya buku merah.
Diri ini separa penganggur sempena cuti musim panas, lalu dijadikanlah sang supir oleh teman-teman yang memerlukan pengangkutan.
Diri ini separa penganggur sempena cuti musim panas, lalu dijadikanlah sang supir oleh teman-teman yang memerlukan pengangkutan.
Bertolaklah kami di pagi hari menuju ke Banting. Di situ sahaja ada pejabat imigresen yang terdekat. Sebelum ni ada cawangan dekat Sungai Pelek, dekat situlah jugak aku buat passport untuk ke Australia. Rupa-rupanya sekarang dah ditutup.
Sampai-sampai di pejabat imigresen, tak ramai lagi orang menunggu. Kerusi tak sempat panas pun, dah sampai giliran cik kak saya. Seusai buat pembayaran RM200, pegawai di kaunter bagitahu passport akan siap dalam1 jam lagi. Pantas lagi efisien sistem di Malaysia sekarang, cuba bandingkan dengan 10 tahun lalu. Banyak perubahan tahu (mesej ini tidak ditaja mana-mana badan kerajaan. =D).
Aku tengok jam tangan menunjukkan pukul 11 tepat. Takkan nak duduk menunggu satu jam? Kami pun buat keputusan nak pergi merayau-rayau kejap.
Aku tengok jam tangan menunjukkan pukul 11 tepat. Takkan nak duduk menunggu satu jam? Kami pun buat keputusan nak pergi merayau-rayau kejap.
Belum pun sempat enjin kereta dihidupkan, Ros terperasan sehelai kertas putih yang diselitkan di wiper.
"Ya Allah janganlah itu kertas saman!".
"Ya Allah janganlah itu kertas saman!".
Memang tak salah dugaan aku.
Kitorang, atau lebih tepatnya aku dah didenda RM30 sebab tak bayar parking. Ya Allah.......
Sumpah aku tak tahu parking dekat situ berbayar!
Mungkin sebab sebelum ni ayah yang uruskan perkara-perkara seperti itu, jadi aku pun kurang prihatin la benda-benda sebegini.
Manusia belajar dari pengalaman. Ya, memang aku belajar banyak hari ini.

Aku membebel pun tak guna. Nasi dah menjadi bubur.
"Jomlah kita pergi bayar Tin". Nampaknya 1 jam kitorang akan dihabiskan untuk pergi bayar saman.
Nasiblah bangunan Majlis Perbandaran Kuala Langat tu dekat je. Kitorang terus menuju ke kaunter pembayaran dan mengambil nombor giliran.
"Adik, nak bayar saman ye?", pakcik jaga di tepi pintu tu tegur. Ternampak kertas saman yang dipegang Ros agaknya.
Kitorang mengangguk je.
"Pergi naik atas mintak diskaun".
Kitorang pandang sesama sendiri dengan muka ragu-ragu. Pakcik ni betul-betul ke, saja nak bergurau?
Setelah diyakinkan dengan seorang akak yang duduk belakang kitorang. Ros pun melangkah laju ke tingkat atas, dan pulang tersenyum lebar dengan kertas saman berconteng RM15.

Syukur...saman RM30 dah diberi potongan harga 50%.
Macam nak bagi flying kiss je dekat pakcik jaga tu. Tapi aku cakap terima kasih dengan senyuman seikhlas hati je.
Haha...malu.
Macam nak bagi flying kiss je dekat pakcik jaga tu. Tapi aku cakap terima kasih dengan senyuman seikhlas hati je.
Haha...malu.
Kami keluar dari bangunan itu dengan muka berseri bak memakai Qu Puteh.
Barulah puteh!
Barulah puteh!
p/s: minggu ni minggu akhir drama TV3 slot samarinda - Zahira. Sedih iollz nak ucapkan selamat tinggal dekat Encik Iqbal yang garang macam rimau tuh!
No comments:
Post a Comment