klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Sunday, January 25, 2015

Buat brooch tudung warna-warni yang comel!

Assalamualaikum

Nak kongsi sikit aktiviti aku sepanjang cuti musim panas yang panjang ni


Tada!
Ha! Tahu tak apa benda dalam gambar tu? Itu brooch tudung ye cik abang dan cik kakak semua.
Comel tak? Comel kan...

Kisahnya bermula semasa Majlis Penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) dekat kampung tercinta aku, Kampung Hulu Chuchoh. Pada hari yang berbahagia tu diadakan antaranya booth demonstrasi kraf tangan. Apa yang didemokan? Cara-cara nak buat brooch tudung macam ni la!
Tanpa melepaskan peluang aku pun berguru la sekejap dengan cik kak yang menjaga booth tersebut.

Yang menariknya brooch ni dibuat menggunakan bahan kitar semula.
Selalu tak mak-mak uollz atau mungkin uollz sendiri yang menghadiri majlis perkahwinan dapat beg kain kecil yang berisi goodies? (gula-gula, towel, air kotak etc). Brooch ni buat dari beg macam tulah (PERHATIAN: beg jenis fabrik je ye, beg kertas dan plastik tidak praktikal)
Kalau dekat rumah pun buat semak je kan? bukannya pakai pun.

Memandangkan aku memang banyak masa terluang sepanjang cuti ni, yelah I kerja jadi pengurus domestik je, jadi aku ringan-ringankanlah tulang untuk berkraf tangan bagai. Bila aku kumpul-kumpul beg-beg kecil tu dapat seguni jugak tau! Hehehe over.

Antara bahan-bahan yang diperlukan

Aku berguru cuma satu design je, tapi yang penting minat telah dinyalakan kan. Dah ada minat pasti usaha-usaha yang lain itu datang. Maka selepas itu aku pun berguru dengan youtube untuk design-design lain yang lebih unik dan mungkin kompleks. Rupa-rupanya macam-macam benda kita boleh guna untuk buat brooch macam ni, contohnya kain felt, ribbon, even zip baju tu pun boleh tau!

Selain beg-beg yang dapat dari orang kahwin tu, kain-kain jenis yang lain pun boleh guna jugak. Aku dah try, rembat lebihan kain baju mama untuk buat brooch macam ni.

Brooch-brooch yang separuh siap

Tengok aku buat macam banyak je, takkan nak pakai sendiri buat sebanyak tu kan?
Memang aku cadang nak menjualnya dekat Canberra nanti, saje nak test market. Kalau laku alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Bila dah habis gian baking maka aktiviti aku inilah, ataupun masa tengah tunggu kek masak ke (tu kau multi-tasking! kelas kau tin!). Bila dapat stok dekat 100 pieces aku pun dah berhenti buat, bahan-bahan pun dah habis.
Tapi kira banyak kot aku buat, aku pun bangga dengan hasil kerja tangan sendiri. Berulang alik aku kedai beli butang dengan pin tu sampai auntie tauke, uncle dengan indon yang kerja dekat kedai alat menjahit tu pun dah kenal muka aku. Padahal sebelum ni kalau aku jejak pun paling-paling mama kirim benang, which is...setahun sekali pun tak tentu.

Jom tengok antara design yang aku suka. Suka sangat sampai aku rasa taknak jual kat sesiapa!

the 'Kemboja' series

the 'Daisy' series

the 'Teratai' series

the 'Ape entah' series - satu-satunya dalam collection

Setiap cuti musim panas aku mengharapkan masa aku diluangkan dengan sebaik mungkin, dan alhamdulillah aku berpuas hati la jugak dengan 'time spending' aku untuk summer break kali ni. Its really good that every holiday I had were spent in such a way that bring benefit for my own self. Tak kisah la benefit dunia ke benefit akhirat.

Ha! Masa nilah kita nak lemparkan kata-kata hikmat sebagai penutup.

Masa itu emas.
Tapi tak boleh beli dekat kedai Poh Kong, Emas Sri Pinang apatah lagi Habib Jewels.
So, masa itu emas yang sangat-sangat precious.
Use it wisely.

For benefit of dunya wal akhirah

Ma'assalamah!



p/s: kalau aku rajin aku buat tutorial cara-cara nak buat brooch tu. Kalau aku 'rajin' la...



3 comments:

Lyn said...

Cantiknya.....sy suka brooch warna ceria macam kat atas tu.

Unknown said...

akak no order boleh x? 50 pcs?

Fatin Shahirah Rahmat said...

Minta maaf la kak, saya tak berada di Malaysia buat masa ni... tak boleh la pulak nak ambik order.