klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Tuesday, March 8, 2011

Sungai Congkak Story [Day 2]

[110301 - Tuesday]
Aku terjaga tepat pukul 6.00am kerana bunyi alarm si Frankie (ape la minah nie...alarm die, tapi die tak terjaga..aku plak yang terjaga =.=)
Masing-masing pun menuju ke bathroom untuk mandi. Nak tau tak? Air die...masyaalllah~~ sejuk gilerr cik kiyah oii..
(bukannya aku tak mandi semalam, pun sama jugak sejuk, tapi nie 2 kali ganda laaaagiiii sejuk!)
Macam mana sejuk air yang you all dah masukkan ais, camtulah rasanya. Alaa...normal la kan..nama pun kawasan bukit.


Selesai mandi dan solat subuh, we all berkumpul dan buat light stretching  (mula-mula baca doa selamat dulu, bacaan oleh Imam Muda kita!)


star jump!


Sempat-sempat jugak kena sound oleh Wak Lan. Sebabnya?? Well...it suppose to be kitorang jalankan sendiri sesi ice breaking malam tadi (memang sengaja we all dibiarkan tanpa aktiviti malam tadi, suruh ambik inisiatif sendiri..bersuai kenal) But instead, semua sibuk dengan hal masing-masing (sah-sah we all bertiga pun terasa, dahlah terperap jer dalam bilik dorm malam tadi..heh -.-)
So, buatlah ice break session yang agak pendek. 
Alkisahnya..aku mendapat gelaran "minah" dalm sesi itu. Gara-gara seorang mamat Putrajaya yang tak tahu nama aku dan secukup gula sesodap rase memanggil aku "minah" (ape kejadah minah??? joyah ke..kiyah ke..kan sedap lagi tuhh). Ape-ape jelah..


After senaman, breakfast la dulu...menu: nasi goreng


Dalam 8.30am we all pun start ekspedisi mencabar tuhh.




Memang we all sudah diwarning awal-awal bahawa perjalanan mengambil masa 3 jam, melalui bukit yang curam dan sebagainya. However la kan...(korang macam tak tau aku) belum pun 1/4 perjalanan memang terasa betul letihnya... sampai-sampai aku dah tak larat nak jalan lagi (baru sikit kau dah pancit ape hal??!!!)
Maklumlah...aku ni duduk kat rumah jer..suruh jogging pun bukan main malas...sah-sah la beb =.=

rest sekejap...

Ada sekali tu, masa tengah lalu gaung...memang curam la, kena slow-slow sebab bawah tu sungai. Kalau tergelincir jatuh.... nasib baik, masuk ICU, nasib tak baik.... dapat rumah baru tiang dua. nauzubillah
Kat situ..dan-dan boleh pulak aku tergelincir..Alhamdulillah aku sempat berpaut, kalau tak....buat naya jerr..

Yang lain-lain pun ada kisah-kisahnya..ada yang berkaki ayam, berstokin saja pun ada, yang dilanda pacat sampai nangis-nangis, terpegang pokok berduri, tergelincir, dapat tongkat ali.. ehh?? 0_o

At first aku steady jerr dengan budak-budak lain...tapi last-last aku punya maintenance dah low....
Bila dah dalam 2jam perjalanan camtu... tinggal aku seorang jer girl kat belakang...terpaksalah boys-boys tuhh escort aku (diorang takleh tinggal aku sensorang, salah disisi masyarakat! XP)
Cehh...aku sorang jer tapi escort belakang dekat 5 ke 6 orang.
Tapi apa-apa pun..aku nak say sorry and thank you banyak-banyak kat diorang sebab sudi tunggu dan bersabar dengan aku yang slow (kejap-kejap nak buat pitt stop), asyik merungut dan buat bawak banyak problem.

Pariz, Faiq, Alif, Zuhud, Zuno, Wak Lan (dan sesiapa yang mungkin aku terlupa nak mention)

SORRY & TERIMA KASIH SESANGAT
 
sob..sob..sob terharu aku..

Nak dijadikan kisah, dalam 3/4 perjalanan (dah nak sampai la kiranya...) Finally dapat aku melepasi bukit yang bukan main curam (nak digambarkan kecuramannya...sampai lutut bertemu dagu la, macam tulah dia punya curam) 
Tiba-tiba...
Kaki kiri aku bagai dipusing dengan sepana...kat situ jugak aku terduduk dan terbaring mengerang kesakitan (kaki aku cramp daa....) Pariz dengan sepantas kilatnya bagi first aid, pull and push kaki aku, Hampir-hampir nak kena penampar siam mamat tu (kau tarik-tarik, pusing-pusing kaki aku..sakit siott!!!)
Dalam few minutes la jugak delayed...sebab nak tunggu kaki aku lega sikit, time aku buka stokin untuk sapu ubat...dapatlah menyaksikan pacat-pacat bersekutu dengan enaknya melekat di kaki aku (aku dah agak dah...tak satu mesti dua, tiga dan seterusnya..). Lepas lega sikit...we all teruskan perjalanan.

Finally! dalam pukul 11.30am we all sampai ke air terjun!!



memang cantik betul tempat nie....air dia jernih dan sejuk! 
Betullah kata orang "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
Sakit dan susah we all nak sampai sini terbayar bila dapat tengok pemandangan yang cukup cantik dan belum tercemar nie (takdelah tercemar sangat)
Tapi...hati rasa sakit jugak bila tengok sampah-sampah yang bertaburan. Ini kes datang sini pastu tinggal je sampah-sampah yang dibawa. Apa, you all ingat ada Majlis Pembandaran ke yang datang nak kutip sampah tu?? Pakai la akal anugerah Allah tu, ni kawasan hutan...mana ada tukang kutip sampah!

Huu...sabar jela... Ok...back to the track. Disebabkan we all tak bercadang nak berendam dan disebabkan jugak kaki aku yang sakit..aku & Frankie main air jer kat tepi. Rendam-rendam kaki...


Zerry jer yang syok main air
Tuan puteri sedang bersiram~~

Dalam pukul 1.00pm kot (sorry I lost my time track). We all pun lunch..
Dah masak & packing makanan awal-awal (siapa masak, jangan tanya I..)
Memang survival gilerr...yang ada just nasi impit & ayam masak kicap. Dengan tak ada pinggan dan sudu, masing-masing makan la seadanya...plastik ke, daun ke..semua dikebas buat pinggan makan. Ala-ala mangsa Gaza..macam tulah kot..

yang macam orang kebulur pun ada aku tengok..

Lepas main air lagi sikit-sikit, bergambar posing-posing maut semua, bergurau senda simbah-simbah air (aww~ romantik you~). We all bertolak turun around 2.00pm

sempat ambik gambar syok sendiri..hehehe =_=

Perjalanan turun..we all pakai track lain.... surprisingly..perjalanan hanya mengambil masa 1 jam!! 
Memang sah kena main dengan Wak Lan & Pakcik Hadi. Actually, memang kalau ikut track sebenar hanya take about 1 hour and tak ada lalu gaung, curam, lintas sungai dan sebagainya..track dah sedia ada dan selamat. Memang senang hati betul turun (aku takde buat pitt stop pun...) Hishh...sabar jela..

sejam kemudian...
dah sampai~

Masuk je ke base camp, we all terus mandi & solat. Mula lah semua sakit-sakit kaki....macam-macam minyak disapu dan bermulalah komplen-komplen tentang pacat. Sempat jugak we all terlelap dalam 1 jam gitu...

Lepas maghrib, barulah we all muncul dekat dewan makan. Kena perli dengan yang lain-lain, "Ni hah baru keluar ICU". Takpe-takpe..relax..
Dengar-dengar dinner malam ni special sikit...ada BBQ. Weee~~ memang suka bebenor..
Dapat la jugak aku tolong-tolong sikit dekat dapur, aku masak mee hailam untuk malam tu..(sebagai nak ganti ke tidak beradaan aku kat situ masa aku "masuk ICU")

dapur kecoh time orang Penang masak nasi goreng

Memang happening dinner malam tu....makan pun sodap jerr...



Lepas tolong sediakan bahan untuk masak sarapan esok, masak air, buatkan air teh..
Aku, Frankie, Zerry & Hajar pun masuk tido...
We all bukan terus tido...no no no..... macam biasalah..gosip-gosip dulu..kekekeke
Memang syok betul dengar Hajar bercerita, dari cerita dia kerja kat Bistro Olio, Sepang Gold Coast, sampailah ke cerita couple-couple di kalangan kitorang nie.. (sambil-sambil tu menguyah Chipsmore)

Aku memang tak rapat dengan mereka-mereka yang turut serta dalam trip nie, memanglah we all semua satu sekolah rendah dulu..tapi lepas aku pindah sekolah time Form 1, sedikit sebanyak..hubungan tu dah tak serapat macam dulu...
Rasa agak asing, tapi kenalah pandai-pandai bawak diri kan...they all semua bukan orang lain..kawan-kawan satu kampung aku jugak..dari cerita-cerita Hajar, secara tak langsung aku dapat tau perkembangan diorang semua..termasuklah sejarah-sejarah lama..

Bila mata dah berat...we all pun tido~ (kaki still sakit~)

TBC

No comments: