klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Friday, June 24, 2011

Apa salahnya 'berbasa-basi'

Assalamualaikum
Di suatu petang yang hening dan damai.
Si Kakak yang baru selesai membakar sampah menegur si Adik yang dilihatnya sedang menyapu sampah di anjung rumah.

"Hai dik, menyapu ke?"
"Eh, tak adalah... tengah basuh kapal terbang ni ha.."
"Ohh....Air Asia ke MAS?"
"......." *diam*
(dan kedua-duanya ketawa terbahak-bahak selepas itu)

Macam tu lah kurang lebih conversation aku dan adik aku petang tadi. Entah apa-apa kitorang adik-beradik ni kan? Bak kata bibik housemaid aku dulu, macam orang 'kurang sajen' (maksudnya macam mereng sikit la...LOL). Apa-apa jelah...janji we all happy.

Bukan apa, tapi inilah sebenarnya budaya orang Melayu. Berbasa-basi. Memanglah dah nampak jelas apa yang orang lain buat di depan mata tapi apalah salahnya sekadar bertanya sebagai tujuan menunjukkan keprihatinan, mengikat kemesraan.

"Oii Senah, tengah masak ke?"
"Ha'ah, tengah masak ni ha Piah. Kejap lagi Abang Deris nak balik makan"
"Ohh...kau masak apa ni?"
"Asam pedas ikan pari. Abang Deris suka ni"
Mak Piah berbasikal...
Kring..kring..

Kan sedap mendengar conversation yang serupa ini. Macam nilah orang-orang tua, mak cik-mak cik yang dekat kampung tu. Walaupun dah jelas-jelas Mak Senah tu tengah masak, Mak Piah tu sibuk jugak nak tanya. Actually, inilah caranya nak jalinkan kemesraan. Nak cari topik berbual. Kira mukadimah la...
Mak Senah pulak dengan senang hatinya menjawab, siap tambah info lagi disitu.

Cuba bandingkan dengan ini.

"Hai Pak Mat tengah basuh kereta ke?"
"Tak adalah, tengah mesin rumput ni ha! Kau tak nampak ke? Dah nampak orang basuh kereta nak tanya lagi buat hapa!"
"Emm..takpelah saya masuk dulu la ye..."

Barulah orang tu nak baik-baik, nak jalinkan kemesraan. Kena marah pulak...
Bukannya tak nampak awak tu tengah basuh kereta, tapi orang tanya baik-baik jawablah baik-baik. Kalau betul, iyakan sajalah, kalau tak betul, bagi tahulah apa yang betul. Susah sangat ke?

Tak ada sebab spesifik kenapa aku bangkitkan topik ni, just terasa nak cakap pasal benda ni. Itu saja.
Conclusionnya, budaya Melayu ni sebenarnya cukup cantik. Mengajar kita berbaik-baik, prihatin dengan orang lain especially dengan jiran-jiran sekampung, setaman, semualah. Orang zaman sekarang ni dah kurang sikit sifat-sifat prihatin dengan jiran-jiran. Kadang-kadang sampai nama jiran sebelah rumah pun tak tahu.


No comments: