klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Drama Rawak #1

Suatu malam...

Drama dalam TV3: "Tak kira! Lia dah nekad Lia nak kahwin jugak!". Watak Lia (bukan nama sebenar) yang menyatakan kemahuannya untuk berkahwin dengan teman lelakinya Syamil (bukan nama sebenar jugak) tetapi dihalang oleh ibunya.

Aku: konon-konon nak tiru dialog drama. "Kakak pun! kakak nak kahwin jugak!"

Abang: "Ah! Kau dah tak payah gatal nak kahwin! Suruh masak pun malas!". Merujuk kepada keengganan aku untuk masak malam tu sebab mama dengan ayah pergi kenduri kahwin rumah jiran, Maka aku suruh adik-adik makan nasi dengan telur goreng je.

Aku: hanya mampu tersengih.


p/s: semua hanya lakonan spontan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang dah kahwin atau dah bertunang. Eh? Eh?

p/s 2: bercakap pasal drama TV tu, aku ingat mak dia halang dia kahwin sebab dia risaukan anak dia yang masih muda. Rupanya mak dia tu suka dengan boipren anak perempuan dia tu! Gatal rupanya mak dia!

Wednesday, February 5, 2014

Apa nak bawa ke Australia? (Student version): Cili kering

Cili kering is one of the thing yang aku rasa berbaloi nak bawa balik Australia, paling kurang pun 1 kilo la. Sebabnya......cili kering ni mahal dekat sana and usually diorang jual dalam paket-paket kecil, we'alls Malaysian yang selalu sangat masak sambal tumis bagai mana cukup 1 paket? Sekali masak dah habis dah. 

Lagi satu dekat Canberra ni (I'm not sure about other places), biasanya aku jumpa dekat asian store tu jenis cili kering yang pedas sangat, baru masuk 5 biji pedasnya mintak ampun! Memanglah jimat sebab pakai sikit je dah cukup pedas, tapi kalau kita nak masak sambal mestilah nak pakai banyak kan, nak warna merah menyala kan? Alah....you'alls kalau selalu masak mestilah fahamlah perasaan aku.

So the story is, kalau nak bawa masuk cili kering ke Australia, kena buang biji sampai bersih tau! Sebabnya mereka risau kalau-kalau kita guna biji tu untuk tanam pokok cili dan kalau dibuatnya pokok kita berpenyakit, maka akan tersebarlah penyakit ke tanaman-tanaman mereka yang lain. That's my understanding la.... mungkin ada further explanation. So, memandangkan beberapa hari lagi nak balik, inilah kerja aku saban hari. Membuang biji cili kering.

my work station

kena bersih sampai macam ni ye saudara saudari sekalian

protection, sebab hidung aku sensitif sangat dengan bau cili....
baru setengah jam buat kerja dah rupa macam orang seminggu kena demam selsema


Elizabeth (dipanggil Ebi) dengan nyenyaknya tidur siang tatkala aku bertarung dengan the wrath of cili kering

Ada banyak lagi cili yang nak dibuang biji. Chow.

Sunday, October 27, 2013

Rempah 4 beradik VS Rempah 3 serangkai

Arakian tengah hari tadi hamba meng"google" resepi gulai kawah sebab cadangnya nak masak gulai daging esok. Daging rezeki dapat waktu raya korban hari tu, kalau tak dimasak, bertapalah daging tu dalam peti sejuk nanti kan.

Dipendekkan cerita, berolehlah hamba resepi idaman hati. Tapi dalam resepi tu salah satu bahannya ialah rempah 4 beradik.
Ha? Kurang tahu hamba akan istilah ini. Mama pun tak pernah mengajar istilah rempah 4 beradik ni. Boleh agak-agak jelah tapi nak lebih pasti maka sang "google"lah jawapannya.

Rempah 4 beradik terdiri daripada:

kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga

 +  +  + 

Dipanggil 4 beradik sebab selalu sangat bersama-sama dalam mana-mana masakan. Nak tambah cerita, dalam proses mencari tu, terjumpa pulak istilah rempah 3 serangkai:

biji ketumbar + jintan putih + jintan manis

 +  + 

Kebiasannya ketiga-tiga bahan ni disangai (goreng tanpa minyak) sebelum ditumbuk halus dan ditumis.

Maka itulah ilmu yang hamba peroleh pada hari ini. Diri ini pun belum dapat "master" nama-nama rempah dan herba lagi. Harus kerja lebih kuat dan mantap!

gambar: ihsan pak cik google

p/s: resepi gulai kawah , jom cuba sama-sama! Err..feeling melayu klasik pulak hari ni.

Sunday, December 2, 2012

Omelan Waktu Cuti

Assalamualaikum.

Haihh....
Aku tak tahu kenapa aku kerap sangat mengeluh baru-baru ni
Mungkin sebab terlalu bosan?

Orang cakap mengeluh tu tak bagus.
Bak kata orang Cina, mengeluh tu menghalau "ong", yakni "nasib baik" untuk manusia.

Tak kisahlah betul ke tidak kan? Pernyataannya disini, mengeluh itu tidak bagus.
(Dah tu yang kau buat tu apa hal?)

Nak buat macam mana? Perlakuan tu terjadi secara automatik.
Setiap hari aku mengulang rutin yang sama sepertimana selepas habis SPM dulu.
Rutin statik, sangat membosankan.

Bangun tidur > makan > laptop > masak > mandi > laptop > makan > laptop > tidur petang > makan > mandi > masak > laptop > makan > laptop > tidur.

Begitulah rutin harian aku.

(Kenapa kau tak buat perubahan? Cari hobi baru, projek baru mungkin?)
Untuk pengetahuan, aku seorang yang sangat malas.
Buat sesuatu yang aku memang tak perlu buat, wasalam lah....memang aku tak akan buat.

Apa yang aku perlu sekarang ialah percutian,
percutian bersama keluarga ke suatu tempat dimana aku boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Namun, semua itu mungkin mustahil buat masa terdekat ini.
Mama sibuk menanda kertas SPM yang berlonggok di atas meja dan ayah...  ayah tetap ayah.
Mungkin tidak lama lagi, mama akan sibuk pula menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru Tingkatan 1.
Bermaksud? ya...tiada masa terluang.

Haihh....

Masa-masa beginilah baru teringat nak cari kawan, nak mengubat resah.
Tapi, masing-masing tengah sibuk. Memerah otak menghadapi peperiksaan, begegas menghadirkan diri ke kuliah, diskusi kumpulan, tugasan pensyarah.
Mana ada masa untuk penganggur terhormat macam aku ni.

Haihh...

Sabarlah wahai hati.
Hadapi hari-harimu dengan tabah.
(ecehh.....ayat tak menahan kau kan?)

Mungkin hanya inilah masa yang aku ada untuk bermalas-malasan kan?
Lepas ni kalau dah tak ada langsung, dah sibuk kesana-kemari, kerja itu kerja ini, baru tahu betapa berharganya waktu ni.

p/s: mengharap perubahan jadual minggu hadapan.

mohon difaham untuk bahasa aku yang agak baku, sedang dalam mood menanda kertas BM, jadi...macam bunga-bunga sikit la.

Sunday, April 1, 2012

Bits of Love

They're just some simple things
But deep inside... we knew that they're able to make us happy somehow...
able to give splash of colors in our dull day

#1
jade bracelet from Beijing, a present from my mom
I like it anyway....
I wore it everyday
Remind me of my mom whenever I glance at it...
make me felt loved you know.

#2
received a goody bag from our ESLS lecturer, Mr. Afiq
They're actually "lebihan" from his niece birthday party, so he gave to us (Eyre's students)
Kinda funny at first... coz the guys also got the same pattern of plastic bag (Dora, Disney Princess, Barbie)
kah kah kah kah
anyway...
so sweet of him kan?

Masyi tak boleh menahan gembira dapat Disney Princess
*diasebenarnyajelessebabdiatakdapatdisneyprincess*

sweet melihat Hakeem makan heart shaped candy tu~


my attempt to feel "kanak-kanak" sikit
(randomly Mr. Afiq dekat belakang)

#3
thanks to Syifaa' coz introducing me with this lovely cookies
semalam pergi Sunway Pyramid terus beli kat Famous Amous
^______________^

#4
our love for "teh ais"
7 out of 10 I'll definitely order this drink...
<3

however I settle for "teh-o ais" for tonight
ciao~~

p/s: I know my post a bit random and ridiculous somehow
Dah tak ada idea nak post apa, tapi nak jugak update blog...
nilah jadinya..
ok assalamualaikum

Wednesday, November 23, 2011

Mimpi mainan tidur? Atau keinginan yang tersirat? Kerinduan yang tidak terubat?

Assalamualaikum... selamat pagi! Ya.....pagi buta sebenarnya...
1.18AM di sini dan hujan sedang turun membasahi bumi pada saat ini... satu situasi yang jarang-jarang you all akan nampak aku..... tidur...
No... No... No... tidak sama sekali terutamanya sem break seperti ini. Malam-malamku akan dihabiskan bersama lappie kesayanganku...

Cukuplah-cukuplah aku merepek ni... Aku nak cerita pasal mimpi sebenarnya.

Semalam aku bermimpi...bukan, bukan mimpikan si 'dia'. Anyway, siapa si 'dia' tu? Not that I have any.
Satu mimpi yang mengembalikan nostalgia lama.
Aku mimpi yang aku tengah bersedia untuk satu pertandingan pidato. Keadaan yang sangat cemas dan mendebarkan. Giliran aku akan sampai tak lama saja lagi dan aku belum hafal skrip pidato aku!
It looks like that I've just received my script or I've abandon it for a long time....so I can't even remember a single word.
Panik? Jangan cakap la.... I'm beyond panic! It seems that it's an important competition and there's a  huge audience. I can feel my adrenaline rushed and my heart beat like crazy!
Aku cuba hafal skrip aku semampu yang boleh di minit-minit yang terakhir dan bila akhirnya giliran aku dipanggil....

TOK! TOK! TOK!

terdengar bunyi pintu bilik aku diketuk, menandakan parents aku kejutkan aku.
I woke up in a speed of light. Macam 'nightmare' gitu.. sedangkan bukan nightmare pun...or maybe it is?
Keluhan lega? aku tak tahu nak lega sebab akhirnya aku tak perlu berdepan keadaan yang mencemaskan itu atau bersedih sebab aku tak dapat lihat diri aku yang dialam mimpi mencabar intelektualnya dalam berpidato.

Sejujurnya aku nak sangat tengok diri aku berpidato kembali. Hadapi kembali tekanan dan getaran menunggu giliran, menyampaikan hujah bernas, mempengaruhi penonton... sama seperti saat itu....
Aku bukanlah pemidato yang hebat, buktinya... aku tewas di Pidato Piala Diraja peringkat Daerah Sepang.
Tapi perasaan puas melihat penonton yang terpukau dengan penyampaian aku, nafas lega saat aku dapat menghabiskan bait akhir teks pidato yang telah aku pahat dalam memori.... semua tu tak dapat digambar dengan kata-kata

Aku rindu saat itu...

p/s: serius....ayat aku kali ni.... ishh!! Awie dalam Sembilu! Jiwang siot aku!

Friday, June 24, 2011

Sebuah Kisah Cinta Comel


Boy:- Are u good in your A to Z?
Girl:- Yea!
Boy:- Look at these "ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTVWXYZ" Which letter is missing?
Girl:- Hmmmm.."U"?
Boy:- Yeah, where did that letter go?
Girl:- I dont know, where ?
Boy:- "U" went inside My Heart ! ILY! ♥


.
.
.
.
.
oh yeah.....memang sangat cheesy...tidak boleh dinafikan
tapi comel dohhhh... >.<
Sekian sahaja.
trolololololololol


Wednesday, May 18, 2011

an apple at 6.00 am

Recently, I've always starving at early in the morning...
Sebabnya...tidur yang tak menentu(you know... sleep at 9.00pm, wake up at 4.00am. Sleep at 3.00am, wake up at 7.00am or sleep at 11.00pm, wake up at 6.00am)
So, sometimes I tend to wake up at 5.00am to 6.00am and mulalah perut ni nyanyi lagu keroncong.


Definitely, breakfast is not served yet..and I'm too lazy to make anything to eat. I'll just grab an apple from the fridge and my hungry gone!
It become a habit..
habit yang bagus rasanya...
an apple at early in the morning..

Sunday, April 3, 2011

Bila aku jatuh tangga...

Hmmm....hari ni aku nak merepek pasal cinta sikit. Memandangkan ahli usahasama Poyo Corp. aku, Kenzo sibuk cerita pasal sweet dia (crush dia yang entah kali ke berapa yang berada nun di UK sana). Aku pun nak cerita pasal crush aku jugak..
Aduhaii....malu dohh nak reveal the darkest secret ni (rasa macam the chamber of secrets pulak...)


jaejoong shy
tengok, my hubby pun malu tau..
>////<


Rasanya tak ramai yang tahu....even bestfriend I, Cik Frankie  pun tau sikit-sikit jer.
So, aku start ekk...


FIRST CRUSH AT ELEMENTARY


Orang yang first sekali aku suka time kat sekolah rendah dulu, Mr. N (bukan nama sebenar). Dah nama pun budak sekolah rendah kan...sah-sah la time tu semua cinta anak kambing jer..kahkahkah XD
Aku suka kat Mr. N start from darjah 3. Aku simpan perasaan lama tau! Aku ni bukan jenis yang berani dan berterus-terang. So, aku simpan secret ni diam-diam. Tak ada satu manusia pun yang tahu! (pernah hampir-hampir nak kantoi dengan member aku, Cik Joyah 1...tapi nasib baik aku cepat-cepat cover...hehe)


Kenapa aku suka Mr. N? Tak taulah....maybe sebab dialah budak lelaki paling hensem (bagi aku la..) dalam kelas masa tu. Belajar pun pandai, terer English tau!
Because aku tak berani nak cakap yang aku suka kat dia, aku try rapat dengan dia.. Dengan kepakaran aku and the fact that we kinda shared the same hobby...(heh =_=)  both of us jadi rapat tau!


I keep it that way sampai la habis sekolah rendah.
Memang berat hati nak berpisah dengan si dia bila dah habis sekolah (walaupun dia tak pernah tahu hati ini, but I'm glad that we become friend)


Bila naik sekolah menengah, perasaan aku kat Mr. N semakin pudar dan finally hilang! Memang sekarang ni kalau tengok dia, memang dah tak rasa apa-apa (even kadang-kadang tengok muka dia pun rasa menyampah!)
Bila ingat-ingat balik zaman tu...memang rasa lawak sangat. Kadang-kadang aku sendiri tanya diri aku "Kenapa kau suka sangat kat Mr. N ni dulu? Kau tengok dia sekarang, bukan hensem mana pun!"
Hahahaha XD
Memang time tu still kanak-kanak lagi kan. Apalah yang kita tahu tentang cinta...
We're still good until now, tapi macam perasan tak perasan, tegur tak tegur jer la bila terserempak tu..


a/n: aku ada gambar Mr. N ni...tapi..taknaklah tunjuk!


SECOND CRUSH AT SECONDARY


Second crush aku time kat sekolah menengah. Startnya time Form 2, aku taktaulah bila tapi rasanya aku jatuh tangga bila first time aku nampak dia. Namanya Goh Chon Seng, Ketua Pelajar tahun 2007.
(Perghh!!! tinggi taste kau! Chinese boy...Head Prefect pulak tuh!)


First sight love? pehh..-_- camtulah...
Aku panggil dia Ketua Goh.
Aku suka kat dia sebab first time aku nampak dia, dia bagi satu aura yang manly, cool, strong leadership, friendly...plus! his look not bad too you know!


Aku pun tak selalu dapat bersua dengan dia, Ketua Goh morning session aku pulak evening session time tu. So, only if I'm lucky..I'll get to see him.
Aku taktaulah Cik Frankie ingat lagi ke tidak, tapi aku selalu aku tarik Frankie temankan aku pergi mengintai Ketua Goh (tak kisahlah kat kantin ke, bilik guru ke, office ke..) Memang lawak  bila ingat-ingat balik  XD (ish.ish..ish.. kau ni..)


Partly, aku masuk ke Badan Pengawas pun sebab dia jugak.
Episod paling lawak sekali pasal Ketua Goh is when Badan Pengawas buat satu trip ke SSP, Cyberjaya. Time dalam bas, aku dengan Nic duduk sebelah Ketua Goh (aku saja pilih tempat tu tau!)
Memang along the way, aku tak lepaskan peluan curi-curi pandang dia. Paling buat aku happy tak hingat, bila dia bagi gula-gula kat aku. Actually dia pas gula-gula tu kat semua orang dalam bas, tapi tak kisahlah! aku happy sesangat! (aku tak makan gula-gula tu, simpan buat kenangan). Itu jugak first time dia bercakap dengan aku! >///<
Walaupun ayat se-simple "Nak gula-gula?"
Then, memandangkan aku tak ada gambar dia, aku try curi-curi ambil gambar Ketua Goh time dia tengah tido. (Nic yang memang tau aku ni, just geleng-geleng kepala jer) Memang lawak time dia tido tu!


camni la rupanya!
sebijik macam leadershii kesayangan aku ni!

Tapi apa-apa pun...aku berjaya tangkap gambar dia pakai handphone aku! (tapi HP tu dah rosak, gambar tu tak dapatlah diselamatkan T.T)
Anyway, sekarang rasanya aku tak rasa apa-apa lagi dengan dia (aku tak pernah pun cakap dengan dia sebenarnya, just admire dari jauh). Sekarang pun aku tak tahu apa khabarnya Ketua Goh. I'm sure dia dah ada girlfriend.
All in all, aku memang respect dia...I'm proud that aku ikut jejak langkah dia untuk jadi Ketua Pelajar tahun 2010.

3RD CRUSH, THIS IS THE CRAZIEST!

3rd crush aku ialah yang paling gila? Hahaha XD
Inilah yang paling grand sekali. I've set my eyes on him since Form 3 (maybe since Ketua Goh ada, tapi aku tak pay attention sangat) I've fall for his eyes...SERIOUSLY, mata dia cantik sangat..macam berkaca-kaca, like he cast a spell on me.
Kenapa aku suka dia? Sebab dia ni hensem gilerr!!! Muka dia tu ada iras-iras pelakon Taiwan, Mike He

ini Mike He

Aku just suka pandang dia curi-curi. Eye candy kan...
Bila naik Form 4, aku dapat tahu yang bukan aku seorang jer yang rasa dia hensem. Rupanya ada yang lain jugak! Tak lain tak bukan...Kenzo dengan Alin (perghh! tak sangka aku korang!)
Memang excited giler bila dapat tahu yang ada orang lain yang sependapat dengan aku, yang peliknya...aku tak jealous or marah....tapi aku suka! teruja!

Oh ye..aku tak kenalkan lagi ye...dialah Prince kami.... Ee Ken Wei !
(Chinese boy lagi! taste kau ni memang!)

camne? hensem kan dia? 
not to mention..cute too!

Naik Form 5, kami bercadang untuk bergerak lebih drastik. This is our last year! kalau nak buat benda gila..inilah masanya!
We organised a fanclub for him. Yes people! a fanclub!
We all nak kumpul semua orang yang rasa dia ni hensem and lovely.
So..tertubuhlah... "Charming Prince Ken" (CPK)


We all panggil dia Prince Ken.
Kenapa? because image seorang putera menaiki kuda putih, itulah image Ee Ken Wei dalam kepala kitorang
He's a prince indeed!

CPK la antaranya yang meng"live"kan senior year aku kat sekolah tu...
Kitorang buat macam-macam! (tak mau aku cerita kat sini), segala kemahiran ninja, CIA, FBI semua apply kat aktiviti ni..hehehe :D
Even banyak jugak kejadian pahit, sampai we all nak give up! tapi dengan semangat yang kuat! Kami tetap bertahan!

So, sedikit sebanyak..itulah cerita crush-crush time sekolah....
Kalau ikutkan aku takde serious feeling pun dengan diorang-diorang tu...
Just saje suka-suka (sebab diorang hensem!)
Hahaha

By the way...kalau tanya aku sekarang, Siapa crush aku?
Aku akan jawab...

THE LOVE OF MY LIFE IS...

meet my boys....TVXQ!!

080228

especially my ULTIMATE CRUSH!

jaejoong : kitorang dah kahwin last month

oh my hubby Jae!
>.<
I love you so much!


HA HA HA HA
So, who's your crush??

Sunday, February 20, 2011

Name Generator Generator

Saje-saje...aku terbelek name generator di internet. Cuba-cuba la men"generate" nama aku dalam beberapa bahasa dan ini hasilnya.

British
Margaret Salisbury
*wahhh....very-very English. Margaret you~ memang kelas la nama nie...rasa-rasa cam Kerabat di-Raja England pun ada, bangsawan ker....cehhh..mimpi je..

Korean
Shim Min Ra
*The name is very delicate, since aku tak ada korean name yang tetap...Maybe pasni aku boleh pakai nama ni. I like~
One thing..I have the same surname like someone...
Maybe this is my destiny to be...

Shim Changmin wife!!! 
haha...XD wait for me my future husband~
"Annyeonghaseyo. Shim Min Ra imnida.."

Japanese
Nakashima Michiyo
*Michiyo tu cute sangat kan?kan?
"Konnichiwa. Watashi onamaewa Nakashima Michiyo desu".

Mafia
Antonia Testarossa
*Perghh! dengar pun dah rasa cam ganazz jerr.....hehehe. Tapi...aku tak bercadang nak jadi mafia...=.=

Harry Potter - Witch
Katie
*Pendek betul....tapi "Katie" tak kedengaran seram untuk seorang witch

Chinese
Ran Feng Tian
*Memang ada dekat-dekat with my real name... pasni Chinese friends  aku boleh panggil aku Feng Tian la ye....ape ke lawak XD 

Wednesday, July 28, 2010

Sahabat dan Chemistry

sahabat ibarat isotop...walaupun nukleon prinsip brbeza tp 
proton kesefahaman yg sama..
dan berlaku hidrolisis untuk membuang unsur2
negatif pada terminal positif bagi menghasilkan polimer 
persahabatan yg mencapai tahap kestabilan 
...ukhwah yg oktet..;)

======================================

pening dan agak mengelirukan? memang....jika dibaca sekali imbas, tetapi kalau baca berulang kali, cuba mendalami (dan sambil-sambil tu cuba revise balik buku Chemistry) maknanya sangat indah dan bermakna.

Sunday, June 13, 2010

Joke Story : Doctors Meeting

Doctors meeting

A group of psychiatrists were attending a convention. Four of them decided to leave, and walked out together. One said to the other three, "People are always coming to us with their guilt and fears, but we have no one that we can go to when we have problems." The others agreed.

Then one said, "Since we are all professionals, why don't we take some time right now to hear each other out?"

The other three agreed.

The first then confessed, "I have an uncontrollable desire to kill my patients."

The second psychiatrist said, "I love expensive things and so I find ways to cheat my patients out of their money whenever I can so I can buy the things I want."

The third followed with, "I'm involved with selling drugs and often get my patients to sell them for me."

The fourth psychiatrist then confessed, "I know I'm not supposed to, but no matter how hard I try, I can't keep a secret..."