klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

A Short Visit To Kuan Wellness Ecopark


Last Sunday, we make a short visit to this one small, beautiful place.
Kuan Wellness Ecopark ni terletak di Tanjung Sepat, between Morib dengan Sungai Pelek.
Visit the official webpage here

Tak pernah tahu pun ada that kind of place near my house, tak jauh..around 15 minutes by car (I think so).
Actually my family and I baru balik dari kenduri kahwin rumah Nenek Milah, anak Nenek Milah kahwin.
After shopping sikit dekat pekan Banting tu, on the way balik, ayah singgah kejap.

Gambar kat atas tu ialah sebuah bangunan besar, the one yang people use untuk dapatkan sarang burung tu la...


I think ayah brought us here because dia nak tengok Eco Farm ni jer
Nothing much here, its just a small place with some animals, both rare and very common animals
Eco farm ni ada ayam belanda, guinea pig, rabbit, iguana, mandarin duck, burung merak, burung nuri, parrot, pigeon (lain sikit la pigeon ni) and...tak ingat lagi dah..

Parrot
Aku pergi dekat jer, tiba-tiba dia posing~
*snap*snap*

some kind of ayam yang aku tak ingat namanya
warna bulu dia sangat cantik!

burung merak stingy~
dia tak nak tunjuk ekor dia :-(

pigeon yang macam kena kacuk dengan ayam serama
jalan terkedek-kedek
comel~~

there's a cafe there, I think they served sup sarang burung

Cantik kan rumah ala-ala Inggeris ni?
They sold their product here~

classic cars for display~

And...lastly momento picture



I can't get around much
but at least, it such a pleasant experience
seems like a small portion of my 'doa' Allah makbulkan.
it happens right after I wish for a change in my daily schedule ^_^

p/s #1: there's only one unpleasant thing. Ada this kind of unpleasant smell around the place. I don't know datang dari mana

p/s #2: baca Zaf post pasal lagu Tohoshinki - Doushite....  serius terharu.
terima kasih Zaf sebab suka lagu tu!!! T___T

Sunday, December 2, 2012

Omelan Waktu Cuti

Assalamualaikum.

Haihh....
Aku tak tahu kenapa aku kerap sangat mengeluh baru-baru ni
Mungkin sebab terlalu bosan?

Orang cakap mengeluh tu tak bagus.
Bak kata orang Cina, mengeluh tu menghalau "ong", yakni "nasib baik" untuk manusia.

Tak kisahlah betul ke tidak kan? Pernyataannya disini, mengeluh itu tidak bagus.
(Dah tu yang kau buat tu apa hal?)

Nak buat macam mana? Perlakuan tu terjadi secara automatik.
Setiap hari aku mengulang rutin yang sama sepertimana selepas habis SPM dulu.
Rutin statik, sangat membosankan.

Bangun tidur > makan > laptop > masak > mandi > laptop > makan > laptop > tidur petang > makan > mandi > masak > laptop > makan > laptop > tidur.

Begitulah rutin harian aku.

(Kenapa kau tak buat perubahan? Cari hobi baru, projek baru mungkin?)
Untuk pengetahuan, aku seorang yang sangat malas.
Buat sesuatu yang aku memang tak perlu buat, wasalam lah....memang aku tak akan buat.

Apa yang aku perlu sekarang ialah percutian,
percutian bersama keluarga ke suatu tempat dimana aku boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Namun, semua itu mungkin mustahil buat masa terdekat ini.
Mama sibuk menanda kertas SPM yang berlonggok di atas meja dan ayah...  ayah tetap ayah.
Mungkin tidak lama lagi, mama akan sibuk pula menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru Tingkatan 1.
Bermaksud? ya...tiada masa terluang.

Haihh....

Masa-masa beginilah baru teringat nak cari kawan, nak mengubat resah.
Tapi, masing-masing tengah sibuk. Memerah otak menghadapi peperiksaan, begegas menghadirkan diri ke kuliah, diskusi kumpulan, tugasan pensyarah.
Mana ada masa untuk penganggur terhormat macam aku ni.

Haihh...

Sabarlah wahai hati.
Hadapi hari-harimu dengan tabah.
(ecehh.....ayat tak menahan kau kan?)

Mungkin hanya inilah masa yang aku ada untuk bermalas-malasan kan?
Lepas ni kalau dah tak ada langsung, dah sibuk kesana-kemari, kerja itu kerja ini, baru tahu betapa berharganya waktu ni.

p/s: mengharap perubahan jadual minggu hadapan.

mohon difaham untuk bahasa aku yang agak baku, sedang dalam mood menanda kertas BM, jadi...macam bunga-bunga sikit la.

Wednesday, March 30, 2011

Mahsuri Island: Langkawi [Day 2]

a/n: busy sangat (kononnye..=.=) sampai lupa aku nak sambung cerita..

[110316 - Wednesday]

Early in the morning, around 7.30am. My family and I dah turun untuk breakfast. We need to gerak early since we all gotta catch the boat at 9.00am.

After breakfast, ayah drove the car to Pantai Cenang. Its still early, so tak banyak kereta yang lalu lalang (tenang je awal-awal pagi ni..cehh)
Pantai Cenang ni antara salah satu hot spot kat Langkawi, sepanjang jalan...berderet kedai-kedai. Mostly yang aku tengok restauran, spa & kedai cenderamata. Semuanya nampak macam high class la gitu.. maklumlah, tempat tumpuan mat salleh  kan...

Kitorang sampai kat satu jeti ni. My parents dah sewa satu boat for the whole family under package Island Hopping (kalau family ramai cam aku...lagi berbaloi sewa satu boat dari bayar tiket ikut kepala) around RM270 la camtu...
Ada banyak jenis package Island Hopping (ikut bajet & time masing-masing la..)

cuaca baik nampaknya

we get on the boat!
So, bermulalah Island Hopping kami!

ISLAND HOPPING

1st location is Pulau Dayang Bunting (Pregnant Maiden Island). While on boat, pengemudi bot tu stop sekejap untuk tunjukkan kita bentuk Pulau Dayang Bunting tu. Bentuknya macam perempuan mengandung yang tengah terbaring, nampaklah bentuk kepala, dada dan perut bulat dia tu

nampak tak shape dia?
(gambar pinjam dari uncle google)

Puas tengok, speed boat pun makin laju and kami sampai ke Pulau Dayang Bunting. The main purpose datang sini ialah nak tengok Tasik Dayang Bunting.
Setahu aku, Tasik Dayang Bunting ni ada lagendanya yang tersendiri. Katanya, perempuan yang mandul atau susah nak mengandung, bila minum atau mandi kat tasik ni..gerenti akan mengandung lepas tu!
Taktaulah aku...nak tahu lebih lanjut >>baca kat sini<<
My comment for this kind of legend, marketing strategy je tu~

Sebelum sampai ke tasik ni, kena exercise naik turun bukit sikit, perjalanan tak lama dan ada tangga disediakan, tapi memang penat la... semput aku naik bukit ni..aduii..

sampai dah...

Tasik ni memang cantik dan unik, air dia hijau dan nampak berkilau jer dari jauh... pelantar-pelantar kayu disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Ada gerai untuk sewa paddle bot, jaket keselamatan dan jual souvenir.



Kat satu bahagian tasik ni, ada banyak ikan keli. You all boleh masukkan kaki dalam air, berkerumunlah ikan keli datang nanti (macam doctor fish la...) Tahan je la geli..(aku tak boleh tahan dohh..)

Selain tu, boleh swimming jugak kat sini. Tapi kena pakai life jacket la...(10 meter dalam cik kiyah! lemas you all nanti...)
Kalau nak naik paddle boat, bolehlah sewa. RM20 untuk paddle boat biasa dan RM30 untuk solar paddle boat.

ayah, ajik & mera naik paddle boat...

After about one hour, kami bergerak turun. Time nak turun tu, ada banyak pulak kera-kera kat situ. Serius..depa semua tak takut orang! Selamba rock jer jalan sebelah kitorang, siap gendong anak lagi. Siapa-siapa yang pegang makanan, tak kisahlah coklat, roti, keropok ke..mesti kena kejar!
Lawak tengok seorang budak ni nangis beria-ia sebab takutkan kera. HAHA XD

2nd location is Eagle Feeding. We all dibawa ke satu tempat ni di mana banyak burung helang berkumpul.
Macam-macam jenis, macam-macam kaler... tengoklah helang-helang ni tangkap makanan yang dilemparkan ke air. Excited gilerr sebab jarang-jarang tengok helang. Ape lagi banyak macam ni...beratus-ratus ekor! Dah macam pasar rakyat helang...heh =.=




susah nak capture gambar helang ni..

3rd location, Pulau Beras Basah and this is the last one (according to our package, ada 3 tempat je la...)
Takde special activity sangat kat sini, just pantai dia cantik gilerr! air dia biru dan pasirnya putih melepak!



banyak gilerr ikan-ikan kat jeti..rasa macam nak snorkell jer..

Kat sini memang aktivitinya mandi-manda and picnic. Aku tak merancang nak masuk air dengan baju aku time tuh...so just enjoy the view jer la.... But seriously, kalau boleh..memang sepatut-patutnya masuk air, main air laut tu.. bukan hari-hari nak jumpa air laut biru dengan pasir putih beb! (Bagan Lalang tu sah-sah jatuh standard =.=)

syok betul si kecik tu mandi...

aku saje jer syok sendiri..kui kui kui :P

After that, kami balik la ke darat. We all naik kereta dan berlalu la dari jeti tu. Masa lalu-lalu kat Pantai Cenang, kami singgah ke Duty Free Shop ni (Coco Valley & The Zone tak silap..). Barang kat sini memang la banyak yang murah, coklat la mostly....yang lain-lain tu still expensive bagi I. Memang time ni la kitorang borong coklat banyak-banyak.

BERAS TERBAKAR

Then, ayah drive ke Padang Matsirat. Kitorang ke satu tempat nie namanya Beras Terbakar. Kenapa Beras Terbakar? of course la ada sebab dan sejarahnya.

Kat luar tempat nie ada banyak gerai-gerai. Ada jual baju, key chain, topi, sunglasses, kain batik, minyak gamat, ikan masin and macam-macam lagilah! Kiranya kalau nak shopping kat sinilah.. lebih murah nak banding dengan Duty Free Shop tadi (for the souvenir la...). We all take our lunch dekat satu gerai nie, sempoi jer...aku order char kuey teow.

Lepas tu, we all pergi la tengok tempat "beras terbakar" tu...



Actually, tempat ni kat laman sebuah rumah tradisional ni. Masa zaman perang dengan Siam dulu, penduduk-penduduk kampung kumpulkan hasil padi diorang kat sini dan bakar semuanya sebab diorang taknak hasil tu semua jatuh ke tangan Siam. So, camtulah kisahnya lebih kurang...sampai sekarang still ada kesan-kesan beras yang terbakar tu.

KOTA MAHSURI

Hari masih panjang, dan tour kitorang tak berhenti setakat itu. We all singgah ke Kota Mahsuri which I'll say, wajib ziarah ke Makam Mahsuri if you all datang ke Langkawi. Kalu tak..rugi la.

First masuk la ke Muzium Mahsuri, ada banyak artifak & replika kat dalam tu (mostly berkaitan dengan Mahsuri) Tercatat jugak kisah hidup Mahsuri dari lahir sampai la dia dihukum bunuh. Aku memang nak baca, tapi panjang sangat...malas la pulak. So, for those yang macam aku ni...jangan risau, you all boleh tahu kisahnya jugak dengan tengok movienya.

Kat dalam muzium ni ada macam satu cinema kecil, so diorang akan pasang movie Mahsuri and you all bolehlah tengok dan tahu sikit-sikit. 
Memang cukup tragis kisah Mahsuri Pandak Mayah ni...itulah akibat dendam dan sakit hati.

Keluar dari  muzium, we all lawatlah Makam Mahsuri, telaga, rumah dan macam-macam lagilah yang ada kat sana.




LAMAN PADI

Then, kami singgah sekejap ke Laman Padi. Takde ape sangat kat sini, just tunjukkan macam mana keadaan padi mengikut musim-musimnya.

Around 5.00pm we all head back to hotel. Memang letih la satu badan I tell you, ingatkan lepas mandi nak landing-landing kejap (tido ke apa..kan sodap tuhh...)
But vacation is vacation, kena la isi masa...takkan nak terperap dalam bilik hotel jer...

We all pusing-pusing pekan and then singgah ke duty free shop kat tengah-tengah Pekan Rabu. Borong la lagi some biscuits and chocolates. Mama nak beli pinggan mangkuk (kan murah pinggan mangkuk semua kat sini...) tapi cancel..sebab tak tau macam mana nak diangkut semua tuh...beli jer la sikit-sikit.

Kiranya ini sesi shopping-shopping la, we all terjah lagi mana-mana kedai yang ada kat area Pekan Rabu ni.
Pukul 9.00pm barulah perut terasa lapar, grab our dinner kat satu Seafood Restaurant ni...boleh tahan la, but still better restauran yang sebelum ni.

After dinner, we get back to hotel and ....
tido la....ZZZZzzzzz

Tuesday, March 22, 2011

Mahsuri Island: Langkawi [Day 1]

a/n: walaaa~ hello hello....I baru balik dari Langkawi!! Holiday with my family. Memang seronok gilerr >.< (maklumlah dah lama tak pergi berfoya-foya, during SPM period asyik kena tinggal je..). So, nak share sikit my story in Langkawi!

[110315 - Tuesday]

My family and I start our travel around 9.00am in the morning, we're travelling by car (bukan taknak amik flight jer...tapi tiket flight mahal gilerr cik kiyah oiiii! mentang-mentang school holiday).

Dalam perjalanan, singgah solat dan makan tengah hari dekat R&R Sungai Perak. One of my favourite R&R after R&R Tapah bila we all travel ke utara. Facilities dia memang lengkap, selesa, bersih..semualah! 


gambar diculik dari uncle google

Dalam pukul 5.30pm, kami sampai ke Jeti Kuala Perlis (almost 8 hours duduk dalam kereta, naik kematu punggung aku...)
Bila sampai kat Jeti K. Perlis ni...you all jangan risau pasal parking kereta, banyak tawaran parking berbumbung.  You all tak payah susah-susah cari, diorang-diorang ni akan cari you all (kena keluar duit sikit la...)

My mama beli tiket feri, dapatlah feri Lada Satu pukul 6.15pm. Okey la tu..takde menunggu lama sangat.



Feri Lada Satu ni memang okey la...spacious, selesa... takdelah crowded sangat.
Sepanjang 1 jam perjalanan, diorang pasang DVD Nana Tanjung 2, bolehlah aku layan jugak...

feri Lada Satu

Sampai je ke Jeti Kuah, dah nak dekat maghrib dah... we all tunggu kereta sewa (tempah dan bayar deposit time dekat Jeti K.Perlis) asalnya nak sewa Proton Wira je tapi memandangkan tak muat 7 manusia nak sumbat dalam Wira tu, ayah tukar Toyota Avanza (RM180 sehari - ni harga cuti sekolah, hari biasa RM160)

Then, kami terus menuju ke Eagle Bay Hotel, tak jauh sangat dari Jeti Kuah (5 minit naik kereta). Aku dah tempah bilik hotel awal-awal lagi (sebulan sebelum tu...tempah online je kat booking.com pandai-pandai la cari yang sesuai dengan bajet) Aku dah booking 2 rooms double bed untuk 3 hari 2 malam, semua sekali RM600 including breakfast sekali.

Let me tell you, Eagle Bay ni bukanlah the best hotel (tak banyak star pun..) Banyak jugak yang aku tak puas hati kat sini (taktaulah kalau aku ni demand lebih ke ape...). Kalau ada bajet lebih, aku cadang Langkasuka (mama pun cakap dia lagi suka Langkasuka). Betul-betul located kat tengah-tengah pekan (nak fly malam-malam buta pun syok! ok..jangan ikut aku...)
Langkasuka Hotel
(gambar hotel-hotel ni pun culik kat uncle google)

Selesai mandi dan solat, around 8.30pm kami keluar dinner. 
First pusing-pusing dulu area Pekan Rabu, nak tahu jalan-jalan kat situ. 9.00pm baru we all singgah satu seafood restaurant ni (sorry aku tak ingat namanya)
Serius..time menunggu order sampai memang lama gilerr.... (masing-masing dah macam kebulur dah...) Sah-sah la..tengok customer memang ramai gilerr (kami hampir tak dapat meja tadi)
Tapi...penantian kami berbaloi...baru aku tau kenapa ramai customer, sebab masakannya memang sedap! (taktaulah maybe sedap sebab masing-masing lapar sebab lama menunggu, tapi memang sedap!)

menu biasa family aku: 
ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, daging masak merah, telur dadar, tom yam campur, udang goreng tepung
yummy~yummy~

After dinner, terus balik hotel. Masing-masing mata dah kuyu jerr....
We need a long rest coz tomorrow we're gonna explore Langkawi!