klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, December 27, 2014

Resepi Cheesekut

Assalamualaikum semua~

Rajin tak I update baru-baru ni *main angkat-angkat kening*

Hahaha. Tengah semangat nak blogging ni, rajinlah! Nanti dah tak rajin... mahu berhabuk bersawang blog aku takde update langsung!

Tengah rajin nak mencuba semua benda yang aku tak pernah buat. Kalau menjadi aku share la, kalau tak menjadi diam-diam je. Hehehehe

Kali ni jom buat Cheesekut.


Aku kurang pasti pulak bila benda ni jadi fenomena dekat Malaysia, tapi yang aku ingat, aku mula-mula rasa Cheesekut ni masa balik summer break tahun lepas (Disember 2014). Abang yang bagi aku rasa, beli dari kawan katanya.


Maaflah... trend-trend terbaru Malaysia ni kadang-kadang aku lambat sikit tahu. Orang jauh la katakan... Kalau tak ada orang bagitahu, atau aku tak terserempak dekat FB, tak tahulah jadinya.

Mula-mula pelik la jugak, apa benda Cheesekut ni? Nama pun lain macam kan? Tak pernah dengar sebelum-sebelum ni. Bila makan... rasa cream cheese...eh? eh? rasa biskut Hup Seng feveret aku tu. Sedap jugak

Sudah setahun lepas aku makan benda ni, tahun ni baru terasa nak buat sendiri.
Pergi merayau cari resepi. Allah! mudah je benda ni rupanya...

Bahan sikit je nak pakai. Nak buat pun insyaallah senang je. Nak makan pun lagilah senang kan!?

Jom sama-sama kita buat Cheesekut!


Kalau nak Cheesekut terbaik dari langit, usahakan cari deluxe crackers macam dalam gambar. Kalau tak jumpa, cream crackers pun bolehlah

Untuk topping, selain Milo boleh jugak guna Nestum, coklat atau apa-apalah yang korang suka. Jadi kreatif. Aku kurang kreatif sikit.

Bahan-bahan

  • 1 paket biskut HUP SENG Deluxe Crackers
  • 250 g krim keju
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250 ml susu segar
  • 1 paket Milo 3 dalam 1
Cara-cara


1. Potong krim keju dalam saiz kecil supaya mudah diputar



2. Menggunakan mesin pengadun (mixer), putar krim keju, susu pekat manis dan gunakan 4 hingga 6 sudu susu untuk mencairkan krim keju. Jika tidak mahu terlalu manis, gunakan 1/4 tin sahaja susu pekat manis. Adunan krim keju hendaklah tidak terlalu cair dan tidak pula terlalu pekat.
Bagi yang tidak memiliki mesin pengadun, bolehlah menggunakan pengisar makanan (blender). Pastikan pengisar anda bebas dari bau dan rasa bawang atau cili atau yang sewaktu dengannya.



3. Celupkan biskut ke dalam susu dan susunkan biskut di dalam bekas yang sesuai. Buat satu lapisan biskut


4. Tuangkan krim keju ke atas biskut yang telah disusun tadi untuk membuat satu lapisan rata krim keju.

5. Ulangi langkah menyusun lapisan biskut dan lapisan krim keju sehingga memenuhi bekas


6. Habiskan dengan lapisan krim keju di lapisan paling atas. Taburkan serbuk Milo atau topping lain mengikut cita rasa

7. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.

Siap sudah Cheesekut yang aku idam-idamkan ni.


Aku buat dalam bekas-bekas kecil ni sebab senang nak makan. Korek je pakai sudu, kalau tak habis, tutup simpan, nanti-nanti boleh makan lagi!

Mari kita korek dan tengok dalamnya


Ada layer-layer gitu

This one was nicely done, layer dia cantik tersusun. Sebab tu dapat masuk blog!
Hahaha

Tengok-tengok je...rasa macam mana? Sedap ke tidak?

Ngap!


Mashaallah sister!! Sedap gilos!

Lemak berkrim disukai ramai gitu! Cuma rasanya topping tu kena tabur lebih sikit baru lagi sedap!
Ataupun tabur serbuk Milo tu layer by layer masa buat tu. Ha? Idea bernas! Mungkin aku boleh cuba lagi lepas ni

Selamat mencuba!

p/s: takutnya tengok banjir di Pantai Timur. Tinggi bukan main air naik! Yang dah lama tak banjir pun ikut bah sama. Semoga Allah ringankan beban mereka yang terkena musibah banjir

Thursday, December 25, 2014

Resepi kek kukus coklat versi bekas plastik dengan topping coklat ganache

Masa untuk kek coklat kukus!!

Peluh-peluh kek I keluar peti sejuk

Kek coklat kukus rasanya antara kek pertama yang aku buat (masa zaman-zaman sekolah dulu) dan dapat hasil yang memberansangkan. Bahannya senang, cara nak buat pun mudah dan rasanya mashaallah sister! Sedap sampai pejam-pejam mata!

Sebelum-sebelum ni biasanya aku kukus dalam loyang, tak pernah cuba dalam bekas plastik. Mula-mula rasa tak yakin jugak, "Ye ke boleh kukus benda ni?", takut bekas plastik tu cair. Tapi kan kalau orang lain boleh buat, mestilah boleh kan?
Lagipun macam menarik je buat dalam bekas comel-comel, nak bagi orang pun senang!

Seperti biasa, kita google resepi dulu.
Dah jumpa resepi berkenan dihati, terus pergi baking station dan buat (cewahh...ada baking station bagai! Hahaha).
Tapi aku menderhaka sikit la dekat tuan punya resepi, tak ikut betul-betul langkah-langkah yang diberi sebabnya ada sedikit malas. Hohoho...jangan ikut aku ye, kalau nak menderhaka resepi ni kena yakin bendanya akan jadi tau, kalau tak jangan berani-berani ye menderhaka. Tak jadi padan muka!

Alhamdulillah kek yang aku buat jadi. Jadi, marilah menderhaka bersama-sama aku. Muahahaha!


Masa nak buat topping tu, dekat rumah tak ada coklat masakan, nak pergi beli memang malas sangat. Ada coklat Whittakers dalam peti sejuk yang bawa balik hari tu, tak bersentuh lagi. Asalkan coklat, aku tibai jelah, it turns out ok je...cuma rasa coklat susu la...very creamy.

Aku tak suka sangat milk chocolate, lagi suka dark chocolate. So, bagi aku topping yang aku buat tu agak heavy la, tapi adik aku suka je.
Resepi asal guna minyak untuk topping, aku ganti pakai butter. Sama je hasilnya.

So, jom buat kek kukus coklat versi aku.
Let's go over the ingredients and we could get started! (gaya  Laura Vitale)

Sumber: Google

Resepi asal: http://denuanza.blogspot.com/2010/11/kek-coklat-langkah-demi-langkah.html
Olahan: http://fatinshahirahrahmat.blogspot.com/

Bahan-bahan kek coklat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh serbuk soda
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 3/4 cawan gula kaster
  • 1 cawan serbuk koko - kalau mampu beli jenama Van Houten ke, Hersheys ke, baru sedap!
  • 2 biji telur bersaiz sederhana
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan minyak jagung - atau minyak masak yang ada
  • 1 1/4 cawan air
Cara-cara
  1. Panaskan pengukus. Pastikan air dimasukkan secukupnya untuk mengelakkan pengukus kering
  2. Dalam mangkuk pengadun, ayak tepung gandum, serbuk penaik, serbuk soda, serbuk koko dan garam halus. Campurkan  gula kaster dan gaul rata
  3. Dalam bekas yang lain, satukan telur,  minyak, susu, air dan esen vanila. Kacau sehingga mesra
  4. Tuang campuran bahan basah ini ke dalam adunan tepung yang telah diayak tadi. Gaul sehingga adunan menjadi sebati sepenuhnya.
  5. Tuang adunan kek ke dalam bekas plastik sehingga 1/2 penuh sahaja
  6. Kukus selama 30 minit. Jika menggunakan bekas yang lebih kecil, kukus selama 15 ke 20 minit. Jika menggunakan loyang yang besar, kukus selama 1 jam 15 minit
  7. Elakkan membuka pengukus sehingga kek siap masak. Jika nak tahu kek telah masak atau belum, cucukkan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek anda telah masak sepenuhnya. Biarkan kek sejuk sebelum dicurahkan topping.
Bahan-bahan topping coklat
  • 250 g coklat masakan (patah-patahkan menjadi kepingan kecil)
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 2 sudu besar mentega
Cara-cara
  1. Panaskan whipping krim dengan kaedah double boiler. Cukuplah sekadar panas untuk mencairkan coklat.
  2. Alihkan krim dari double boiler dan masukkan kepingan coklat ke dalam mangkuk berisi krim panas tersebut. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya
  3. Masukkan mentega. Gaul sebati sehingga mentega cair dan topping kelihatan berkilat
  4. Curahkan topping ke atas kek
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan
Beginilah ye kaedah double-boiler (tips: paras air di dalam periuk JANGAN sampai mencecah bekas tahan panas)





Kalau guna bekas yang segi empat tepat macam aku buat ni insyaallah boleh dapat dalam 7 ke 8 bekas, kalau guna bekas yang lebih kecil mestilah boleh dapat lagi banyak!


Yummy!

Selamat mencuba!


Monday, December 22, 2014

Resepi muffin epal dengan walnut

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak balik Malaysia untuk summer break ni, aku memang rajin baking. Kalau boleh macam hari-hari nak baking something. Tapi kadang-kadang kena tahan diri, pastikan kek sebelum ni habis dimakan baru boleh buat yang lain.
Nasib baik-baik adik-adik jenis yang rajin makan jugaklah.

Itu kisah dua tiga minggu lepas la, sekarang ni....kurang sikit. Buat benda lain pulak.

Sebelum-sebelum ni, kalau bab buat kek mesti tak jadi, kek bantatlah, bau telurlah, kurang inilah, kurang itulah. Sampai suatu saat tu aku rasa aku memang takde bakat. Tapi teringin sangat nak pandai baking sebab tengok orang lain buat menjadi. So, aku keep on baking jugaklah sikit-sikit. Sekarang ni dah menjadi sikit la... practice make perfect kan?

Hari tu beli buah oren dengan epal dekat pasaraya, buatkan cupcake oren untuk mama. Teringin nak makan kek oren katanya. So, ada la epal lebih dalam peti sejuk tu. Gian nak baking tu ada, teringat pulak ada kacang walnut yang bawa dari Australia itu hari.

Google terus resepi "apple muffin". Jumpa yang berkenan di hati, terus buatlah!


Resepi asal: http://addapinch.com/cooking/cinnamon-apple-muffins-recipe/
Olahan: http://fatinshahirahrahmat.blogspot.com/

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum (+ 2 sudu besar untuk salut epal)
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 biji epal hijau dipotong dadu - epal merah pun boleh
  • 1 cawan kacang walnut dicincang - nak pakai kacang badam pun boleh
  • 1/2 cawan mentega unsalted, suhu bilik - kalau pakai salted butter tak payah letak garam dah
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur saiz sederhana
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan susu segar penuh krim
Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200, sediakan tin muffin dengan liner muffin atau sapukan minyak atau sapukan mentega dan tepungkan, pastikan tiada lebihan tepung dalam tin muffin. Ini langkah penting untuk elak muffin melekat, tak boleh keluar pula nanti
  2. Epal dipotong dadu, lebih kurang 1/2 inci dan salutkan dengan tepung gandum. Ketepikan
  3. Dalam mangkuk sederhana besar, ayak tepung, serbuk penaik, garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan ketepikan
  4. Dengan menggunakan mesin pengadun, krimkan mentega dan gula sehingga berwarna kuning pucat, lebih kurang 3 minit dengan kelajuan sederhana. Kalau tak ada mesin pengadun, pukul pakai tangan je, pastikan kaut tepi-tepi mangkuk tu dengan spatula untuk pastikan semuanya dipukul rata
  5. Masukkan telur satu persatu, pastikan telur dipukul sebati sebelum memasukkan telur seterusnya. Masukkan esen vanila
  6. Tukar kelajuan perlahan, masukkan 1/3 adunan tepung dan setengah susu, pukul sebati sampai tak nampak tepung lagi, kemudian masukkan 1/3 tepung lagi dan setengah lagi susu, pukul sebati lagi. Habiskan dengan 1/3 adunan tepung terakhir, tanpa menunggu sebati sepenuhnya matikan mesin pengadun.
  7. Sekarang masa untuk gunakan tangan. Masukkan epal dan walnut, kaup balikkan (fold) adunan dengan menggunakan spatula. Berhenti sebaik sahaja semua bahan bercampur rata. Elakkan terlebih mengacau sebab nanti muffin jadi keras dan tak sedap
  8. Bahagi-bahagikan adunan ke dalam tin muffin, 3/4 penuh je, nanti muffin naik. Insyaallah boleh dapat 12 muffin, mungkin lebih
  9. Bakar selama 20 ke 25 minit atau sehingga permukaan muffin perang keemasan, kalau cucuk pencungkil gigi ke tengah muffin dan keluar bersih, maksudnya muffin dah masak sepenuhnya. Kalau ada melekat adunan yang masih basah dekat pencungkil gigi, bakar lagi 2 ke 3 minit. Masa membakar ni bergantung kepada oven masing-masing. Jadi, rajin-rajinlah periksa untuk mengetahui muffin dah masak sepenuhnya atau belum. Elakkan terlebih masa membakar.
  10. Keluarkan dari ketuhar dan tunggu sejuk. Tapi kalau makan masa masih suam-suam tu sedap tau.

Siap dah muffin epal dengan walnut aku!


Dalam resepi asal memang ada topping-topping bagai, tapi aku? tak payah la semua tu. Kalau nak boleh taburkan gula bercampur serbuk kayu manis (cinnamon sugar) atas muffin sebelum bakar. Nanti jadi macam crunchy-crunchy sikit. Aku lupa nak buat. 

Rasanya arahan yang aku bagi dekat atas ni cukup lengkap, untuk beginner macam aku ni, arahan yang lengkap cukup penting sebab kadang-kadang kita tak tahu pun nak pukul banyak mana, macam mana nak buat teknik ini, teknik itu. Semuanya kena belajar, kena tengok dengan mata kepala sendiri, try buat. Baru pandai!

Selamat mencuba!

Thursday, February 6, 2014

Benda dalam tin ini sangat sedap!

I don't know when this product was out but I've just tried it and sedap kot! 
What I'm talking about is Ayam Brand's Mackerel Goreng dalam Sos Cili!


Yelah selama ni mackerel dalam sos tomato kan and then Malaysian and sos tomato? Mana kena beb?
Even kalau masak sardin in sos tomato tu pun letak cili sebab nak bagi rasa pedas, dan ada sesetengah yang tambah sos cili kan? So, yang ini mackerel dalam sos cili barulah kena!

This thing kalau cuma panaskan and then makan dengan nasi panas pun mesti sedap nih! 
Attention to orang-orang bujang yang malas nak masak tu, this is the perfect thing, 
tapi jangan makan selalu, tak elok sangat pun.
So, tadi aku guna benda ni buat sandwich bakar for breakfast


Walaupun korang tak tanya tapi aku share jugaklah macam mana nak buat sandwich ni, 
yelah aku memang macam tu. Hahahaha

Resepi Sandwich Bakar Berinti Mackerel

Bahan-bahan
Sandwich maker
8 keping roti sandwich (wholemeal is a much healthier choice)
1 tin kecil Ayam Brand's Mackerel Goreng dalam Sos Cili (atau sardin biasa, ambil ikan sardin sahaja)
1/4 bawang besar (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 sudu besar mayonis 
sedikit marjerin untuk sapuan

Cara-cara
1. Tuangkan Ayam Brand's Mackerel Goreng dalam Sos Cili ke dalam mangkuk dan hancur-hancurkan isinya.
2. Tambahkan bawang besar, mayonis serta jus limau ke dalam mackerel dan gaulkan sebati.
3. Susun roti di dalam sandwich maker
4. Sudukan inti mackerel ke atas roti dan tutup dengan kepingan roti yang lain
5. Sapukan sedikit marjerin ke atas roti dan bakar roti di dalam sandwich maker hingga siap.
6. Ulangi proses sehingga inti mackerel habis

mamma mia! muahh!

Sunday, July 14, 2013

Resepi Puding Roti

Assalamualaikum.
Perghh....dah lama aku tak berlagak ala-ala chef and konon-kononnye share resepi terhebat aku di abad ini.
Ehh, over pulak.
Haha

Ok. Kali ni nak kongsi resepi puding roti yang simple dan sedap ni.
Resepi ni aku culik dari blog http://www.nabeelstories.com/2013/03/resepi-puding-roti-empuk-dan-gebu.html. Silalah melawat blog beliau sekiranya nak resepi penuh yang original berserta celotehnya. Aku cuma ringkaskan resepinya dan tambahkan anjakan paradigma aku sendiri. Cehh...masak pun ada anjakan paradigma?
Tertarik dengan nama tuan empunya blog sebab hampir nak sama dengan nama kawan aku seorang ni. The so called Encik Nicholas Saputra tu~~

And let the cooking begin!

Bahan-bahan

8 keping roti putih (dengar kata kalau pakai roti butterscotch lagi sedap)
2 cawan susu segar (500 ml)
4 sudu besar gula kaster
2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
2 biji telur (suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara

1. Panaskan ketuhar dalam suhu 180 darjah celcius
2. Carik-carikkan roti dan rendamkan dalam susu segar selama 30 minit. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk pengadun yang lain, campurkan telur, gula, mentega,tepung jagung dan esen vanila. Pukul sebati.
4. Masukkan roti yang telah direndam tadi dan gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius

Dah siap! 
Kalau ada kismis atau chocolate chips, bolehlah taburkan atas adunan atau campurkan sekali dalam ke adunan sebelum dibakar. Mesti lagi sedap~ yum~ yum~

Puding roti ni bolehlah dihidangkan bersama sos kastad.


Dekat sini aku jumpa sos kastad yang ready-made ni. So, mudah je tinggal tuang tak perlu nak buat bagai. Almaklumlah, cara mudah~
Tak pasti ada jual dekat Malaysia ke tak. Tapi kalau tak ada jangan risau, boleh je buat sendiri.

Sos kastad vanila

Bahan-bahan

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk atau non-stick pan.
2. Kacau atas api sehingga pekat.

Bila dah siap sos kastad, bolehlah tuang atas puding roti tadi dan sejukkan dalam peti ais atau hidangkan sekali masa nak makan puding roti tu. Kalau dapat secedok aiskrim vanila sekali, perghh....meleleh!

selamat mencuba!

Ramadhan kareem :-)

p/s: buat puding ni untuk dibawa ke majlis berbuka puasa dekat Malaysia High Commision semalam. Alhamdulillah habis licin~ ehehehehe

Wednesday, August 15, 2012

Resepi Puding Krim Karamel

Aku buat puding ni untuk berbuka 1 Ramadhan hari tu~
First time try... not bad~

Resepi Puding Krim Karamel

Bahan-bahan:

Bahan A
6 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat manis
10 keping biskut Cream Crackers
1 tin air (gunakan tin susu sejat tadi)
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
10 sudu besar gula pasir
sedikit air

Cara-cara:

1. Hancurkan atau kisarkan biskut Cream Crackers


2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati (jangan pukul sampai kembang)


3. Masukkan susu sejat, susu pekat, esen vanila dan air, kacau adunan sehingga sebati


4. Masukkan biskut yang telah dikisar dan kacau lagi. Biarkan adunan seketika


5. Panaskan periuk dan masukkan gula pasir. Biarkan sehingga agak hangus kemudian masukkan air. Kacau sehingga pekat


6. Masukkan gula karamel ke dalam loyang dan diikuti dengan adunan Bahan A.


7. Kukus lebih kurang 35 minit


8. Sejukkan sebelum dihidang.


Hah! senang kan? So, hari raya ni bolehlah cuba!

p/s: maaf zahir & batin

Thursday, June 16, 2011

Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi

Siapa suka makan sambal?
yang tak suka pedas tu, mintak ampun jelah kalau suruh makan. Tapi buat yang suka pedas, makan tak bersambal rasa macam tak complete je..
So, kali ni aku nak buat sambal yang cukup best bagi aku! Memang betul feveret ni, lebih feveret dari sambal belacan.

BAHAN-BAHAN
10 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
10 ekor ikan bilis
2 sudu teh gula

CARA-CARA
1. Bersihkan ikan bilis dan tumbuk halus bersama bawang merah dan cili padi.
2. Panaskan sedikit minyak di atas kuali (Sikit je tau, jaga kolestrol sikit).
3. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga sedikit garing. Tambahkan gula.

Dah siap!
bilis tak tumbuk halus tadi sebab tak larat
HEHEHE

Memang cukup terangkat bila makan dengan nasi panas! Perghh!! bakal mak mertua lalu pun tak perasan!
Kekekekeke

trio inilah hidangan tengah hari tadi taugeh masak lemak, sambal ikan bilis 
dengan ikan keli goreng
Gandingan yang cukup mantap! Kita layan je.... (dengan nasi)
Selamat mencuba!

Resepi Taugeh dan Tauhu Masak Lemak Putih

Kali ni aku nak share resepi yang simple-simple je....
Actually.... kalau nak diikutkan, tak payah share pun! Memang setakat resepi campak-campak jelah!
Terlalu mudah! Tapi...mana la kita tahu...ada di luar sana yang masih tak tahu.

BAHAN-BAHAN
300g taugeh
2 keping tauhu (dipotong empat)
250ml santan pekat
250ml air
10 ekor ikan bilis
3 ulas bawang merah
garam secukup rasa

CARA-CARA

1.  Bersihkan bilis (buang kepala serta isi perut dan rendam sebentar untuk melembutkannya) dan tumbuk halus bersama bawang merah.
2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan air.
3. Letakkan periuk di atas api yang sederhana. Kacau dan masak sehingga santan mendidih
4. Masukkan taugeh, tauhu dan garam secukupnya. Biarkan selama 3 ke 4 minit.

Dah siap!
Resepi ni sesuai juga kalau nak gantikan dengan sayur ranti, sayur pucuk manis, labu, tempeh dan apa-apa lagilah yang rasa-rasanya sesuai.
Selamat mencuba ya!

Monday, May 23, 2011

Resepi Ayam Ungkep

Sebagai anak Melayu keturunan Jawa, masakan jawa style memang tak boleh lari dari kehidupan aku....
So kali ni, nak share sikit resepi masakan jawa.

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
2 batang serai - dititik
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
4 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Bahan dikisar/ditumbuk
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA-CARA

1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan serai. Perap seketika.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan ayam yang telah diperap. Masukkan air secukupnya.
3. Tambahkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa dan biarkan ayam sehingga empuk.

Dah siap! mudah kan?





Maybe you all akan jumpa resepi dengan cara yang lain, tapi kalau ikut cara aku, macam nilah cara masaknya.
So, selamat mencuba!

Tuesday, April 5, 2011

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

Dah lama aku tak kongsi resepi..rindu tak dengan segmen kongsi resepi aku? Hehe...
Masakan ni kegemaran keluarga tau! Terutamanya adik-adik dan ayah.
Kalau ada ikan sungai jer..tak kisahlah Tilapia ke, Keli ke, Sembilang ke...
Everytime masak mesti licin punyalah!

p/s: masak lauk ni buat makan tengah hari tadi, dah habis dah...tak sempat nak saving sampai malam. Ecehhh

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

BAHAN-BAHAN
Bahan A

4 ekor ikan keli (atau 2 ekor ikan tilapia merah/hitam)
Garam
Serbuk kunyit
Minyak masak
Sebatang serai - dititik
Sebiji tomato - dibelah empat
100 ml santan

Bahan B

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi (letak lebih kalau nak pedas)

CARA-CARA

1. Cuci ikan keli dengan air limau nipis atau asam jawa untuk hilangkan bau hanyir. Lumurkan dengan garam serta kunyit dan goreng.

2. Tumbuk semua Bahan B sehingga lumat (kalau nak senang, blend jer...)

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan Bahan B yang telah ditumbuk tadi. Masukkan serai yang telah dititik. Tumis sehingga naik bau.

4. Tuangkan santan. Tambahkan air jika nak lebih kuah.

5. Masukkan tomato yang dibelah empat dan garam secukup rasa.

6. Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng. Biar sebentar kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.




Simple dan sedap! Rugi kalau tak cuba! Cewahh....

Sunday, February 20, 2011

Resepi Ayam Ala Rendang

Mesti ada yang sok sek sok sek..."apehal budak nie asyik masak jer... dah jadi blog masakan dah aku rasa blog die nie"
Haa...mesti ada kan? admit sekarang. Admit!


Hahaha you all ingat... "ade aku kisah" (tiru ayat Didie Alias). Blog aku, suka hati aku la.... 
Ok tak mau gaduh-gaduh...
resepi nie really simple. Sesuai giler untuk mereka-mereka yang malas nak masak susah-susah nie...
And the most important is..delicious!


AYAM ALA RENDANG


Bahan-bahan : 
Bahan A
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup (kalau takde, pakai je serbuk kunyit)
3 batang serai
10 biji cili api


1 ekor ayam (potong ikut suka. Nak masak 1/2 ekor je pun boleh..)
garam*
gula*
minyak masak*
air*
*secukupnya


Cara-cara :


1. Kisar semua bahan A dengan sedikit air.
2. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak masak. Tumis bahan A yang telah dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan ayam. Tambah air secukupnya. Tunggu sehingga daging ayam empuk.


Ok dah siap!





serius sedap...adik-adik I semua suka
Nasihat I, kalau nak bagi budak kecik makan, kurangkanlah cili api tu (tak pun tak payah bubuh langsung)
Kisahnya..aku terlebih bubuh cili api...kesian budak kecik tu kepedasan
Sorry la Ziq, kakak terlupa la....lain kali tak yah bubuh cili ye~~




Tuesday, February 15, 2011

Resepi Spaghetti Bolognese

Nak berkongsi resepi yang paling terer sekali aku boleh masak. Kalau yang lain2 tu kadang-kadang fail je...tapi kalau bab Spaghetti memang tak pernah FAIL! Spaghetti maniac macam aku ni..kalau tak pandai masak sendiri buat malu jela...

Spaghetti Bolognese ala Melayu


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti       (paling sedap 'San Remo')
1 tin sos Spaghetti      (aku sarankan 'Prego')
1 labu bawang besar kuning      - dicincang
6 ulas bawang putih       - dicincang
1 tin cendawan butang      - dipotong kiub kecil
1 biji tomato segar     - dipotong kiub kecil
500g daging lembu/ayam cincang
1 sudu kecil herba oregano     (takde pun takpe)
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
air secukupnya
sedikit minyak masak     (kalau mampu, beli olive oil)
garam dan gula secukupnya

CARA-CARA :

Sos Spaghetti

1.  Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan herba oregano. Tumis sampai naik bau.


2. Masukkan daging lembu /ayam cincang dan cendawan butang. Masukkan sedikit air dan biarkan daging lembu/ayam masak.


3. Masukkan sos Spaghetti Prego, sos tomato, sos cili dan tomato segar. Masukkan sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat. Tambahkan garam dan gula secukupnya. 



*Tambahan
  - kalau tak makan daging lembu/ayam, boleh gantikan dengan seafood spt udang, sotong, tuna & sardin.
  - kalau suka pedas, tambahkan lagi cili sos sampai puas.
  - kalau tak ada sos spaghetti, boleh pakai puri tomato.

Spaghetti

1. Didihkan 2 liter air dalam periuk dan masukkan 1 peket spaghetti. Rebus spaghetti sehingga al dente dan toskan airnya.

*kalau nak tau dah al dente ke belum, campakkan sehelai spaghetti ke dinding. Kalau melekat di dinding, maknanya spaghetti anda sudah al dente dan sedia untuk diangkat dan ditoskan.


2. Spaghetti yang sudah ditos tadi, gaulkan dengan sedikit minyak/marjerin/butter supaya tak melekat.

Siap! Bolehlah hidangkan Spaghetti Bolognese you all!


*Tambahan
  - nak lebih sedap, taburkan parmesan cheese ke atasnya. Yummy~yummy~