klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Resepi Puding Roti

Assalamualaikum.
Perghh....dah lama aku tak berlagak ala-ala chef and konon-kononnye share resepi terhebat aku di abad ini.
Ehh, over pulak.
Haha

Ok. Kali ni nak kongsi resepi puding roti yang simple dan sedap ni.
Resepi ni aku culik dari blog http://www.nabeelstories.com/2013/03/resepi-puding-roti-empuk-dan-gebu.html. Silalah melawat blog beliau sekiranya nak resepi penuh yang original berserta celotehnya. Aku cuma ringkaskan resepinya dan tambahkan anjakan paradigma aku sendiri. Cehh...masak pun ada anjakan paradigma?
Tertarik dengan nama tuan empunya blog sebab hampir nak sama dengan nama kawan aku seorang ni. The so called Encik Nicholas Saputra tu~~

And let the cooking begin!

Bahan-bahan

8 keping roti putih (dengar kata kalau pakai roti butterscotch lagi sedap)
2 cawan susu segar (500 ml)
4 sudu besar gula kaster
2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
2 biji telur (suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara

1. Panaskan ketuhar dalam suhu 180 darjah celcius
2. Carik-carikkan roti dan rendamkan dalam susu segar selama 30 minit. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk pengadun yang lain, campurkan telur, gula, mentega,tepung jagung dan esen vanila. Pukul sebati.
4. Masukkan roti yang telah direndam tadi dan gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius

Dah siap! 
Kalau ada kismis atau chocolate chips, bolehlah taburkan atas adunan atau campurkan sekali dalam ke adunan sebelum dibakar. Mesti lagi sedap~ yum~ yum~

Puding roti ni bolehlah dihidangkan bersama sos kastad.


Dekat sini aku jumpa sos kastad yang ready-made ni. So, mudah je tinggal tuang tak perlu nak buat bagai. Almaklumlah, cara mudah~
Tak pasti ada jual dekat Malaysia ke tak. Tapi kalau tak ada jangan risau, boleh je buat sendiri.

Sos kastad vanila

Bahan-bahan

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk atau non-stick pan.
2. Kacau atas api sehingga pekat.

Bila dah siap sos kastad, bolehlah tuang atas puding roti tadi dan sejukkan dalam peti ais atau hidangkan sekali masa nak makan puding roti tu. Kalau dapat secedok aiskrim vanila sekali, perghh....meleleh!

selamat mencuba!

Ramadhan kareem :-)

p/s: buat puding ni untuk dibawa ke majlis berbuka puasa dekat Malaysia High Commision semalam. Alhamdulillah habis licin~ ehehehehe

Wednesday, August 15, 2012

Resepi Puding Krim Karamel

Aku buat puding ni untuk berbuka 1 Ramadhan hari tu~
First time try... not bad~

Resepi Puding Krim Karamel

Bahan-bahan:

Bahan A
6 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat manis
10 keping biskut Cream Crackers
1 tin air (gunakan tin susu sejat tadi)
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
10 sudu besar gula pasir
sedikit air

Cara-cara:

1. Hancurkan atau kisarkan biskut Cream Crackers


2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati (jangan pukul sampai kembang)


3. Masukkan susu sejat, susu pekat, esen vanila dan air, kacau adunan sehingga sebati


4. Masukkan biskut yang telah dikisar dan kacau lagi. Biarkan adunan seketika


5. Panaskan periuk dan masukkan gula pasir. Biarkan sehingga agak hangus kemudian masukkan air. Kacau sehingga pekat


6. Masukkan gula karamel ke dalam loyang dan diikuti dengan adunan Bahan A.


7. Kukus lebih kurang 35 minit


8. Sejukkan sebelum dihidang.


Hah! senang kan? So, hari raya ni bolehlah cuba!

p/s: maaf zahir & batin

Saturday, July 28, 2012

Eyre's Ramadhan Iftar 2012

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan...

Wahh.... tak sempat nak sampaikan salam ramadhan kat blog ni ha.... dah masuk seminggu puasa baru sempat. Biasalah... busy kalahkan Menteri Perikanan Malaysia... *ohh...takde kena mengena di situ... merepek jerr minah ni sebenarnye* XP

So, this year aku berkesempatan memulakan 1 Ramadhan di rumah, 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu... that's why memang cun sangatlah! Tak seperti tahun lepas, menyambut 1 Ramadhan di Kolej Akasia--- agak menyayat hati di situ sebenarnya...

Anyway~

Hari Rabu lepas my Eyre classmates semua berkesempatan buat iftar ramai-ramai dekat Pizza Hut Seksyen 7.
Seronok sangat bila buka puasa ramai-ramai ni~
Meriah sangat!

And we're lucky since the boys banyak yang bawa kereta, so..they're our driver for the day~ (kalau tak naik teksi la jawabnya)
Eyre's gurlzz~

they serve kurma for free!

Faiz~ my driver... :p

we got Mr. A joining us!

me and Masyitah ish the lovey dovey couple!
Hahahaha XD *kid* kid*

as usual the starter soup

Erma~ the Eyre's mascot
with the garlic bread

Mountain Dew~
First time minum... sedap jugak la...

Alhamdulillah dah masuk waktu...
let's start!

first pizza

second pizza (not the whole thing la of course)

everyone enjoying their meal~

the planner of the day
Thanks Azwan~

Lastly... the Eyre's family~

This Ramadhan let us make it a turning point in our life to be someone better di sisi Allah S.W.T.
Celebrate Ramadhan everyday not only with food but with ibadah as well
InsyaAllah~

RAMADHAN KARIM...

p/s: kalau dapat buat lagi mesti besh!!