klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Just say Alhamdulillah

Pertolongan Allah tu boleh sampai bila-bila masa saja, di masa kita paling tak jangka, 
di masa kita paling memerlukannya.

Since I've come back to Canberra banyak masalah nak kena fikir, banyak perkara perlu penyelesaian. Risaukan keadaan diri, risaukan keadaan kawan-kawan. Sampai ada suatu masa, too many things to get done in one day dan kepala ini terasa sesak sangat.

Kala malam menjelma, 
mata tak dapat nak dipejam sebab fikiran ligat memikirkan possible situation and solution.

Aku terduduk. Terdiam.

Tiada siapa dapat aku mengadu tentang permasalahan ini. Perantau di bumi asing. 
Tiada sokongan ibu bapa dapat aku pinta di saat ini

Hanya Dia, cuma Dia
Aku menadah tangan memohon kemudahan

Aku cuma hamba-Nya yang hina.
Saat aku susah baru aku teringatkan Dia.
Tapi Dia itu Maha pemurah 
Tika Dia menurunkan satu persatu penyelesaian permasalahan aku, aku bersyukur,
Walau hanya sedikit kelegaan diberi, aku bersyukur

Kelapangan hati itu suatu nikmat

Alhamdulillah.

Tuesday, May 17, 2011

Berakhirnya debaran MARA

a/n : aku boleh menarik nafas lega...
Akhirnya....


Dari semalam, dengar-dengar keputusan tajaan MARA untuk PILN/PIDN keluar. Aku try check laman web MARA, tapi tak ada apa-apa announcement pun.


Pagi ni, tiba-tiba...


MAMA : Dah check MARA belum?
AKU : Dah check dah semalam tak ada apa-apa pun...
MAMA : Pergi check sekarang.


So, aku bukaklah website tu semula....
"Oh! link dia dah ada la!", excitednya aku nak check keputusan tawaran. So, enter la I.C no dan tekan SEMAK.



Tahniah anda berjaya
Tarikh Pendaftaran:3 JULAI 2011 
Kursus:BIOTEKNOLOGI 
Program / Tempat:AUSTRALIAN MATRICULATION / INTEC UiTM

Alhamdulillah

Syukur....syukur Ya Allah

a/n: nampaknya....tak jadilah aku ke UIA untuk asasi undang-undang tu... still...long holiday to go~ and.....AUSTRALIA....wait for me ya!