klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Showing posts with label refleksi diri. Show all posts
Showing posts with label refleksi diri. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Just say Alhamdulillah

Pertolongan Allah tu boleh sampai bila-bila masa saja, di masa kita paling tak jangka, 
di masa kita paling memerlukannya.

Since I've come back to Canberra banyak masalah nak kena fikir, banyak perkara perlu penyelesaian. Risaukan keadaan diri, risaukan keadaan kawan-kawan. Sampai ada suatu masa, too many things to get done in one day dan kepala ini terasa sesak sangat.

Kala malam menjelma, 
mata tak dapat nak dipejam sebab fikiran ligat memikirkan possible situation and solution.

Aku terduduk. Terdiam.

Tiada siapa dapat aku mengadu tentang permasalahan ini. Perantau di bumi asing. 
Tiada sokongan ibu bapa dapat aku pinta di saat ini

Hanya Dia, cuma Dia
Aku menadah tangan memohon kemudahan

Aku cuma hamba-Nya yang hina.
Saat aku susah baru aku teringatkan Dia.
Tapi Dia itu Maha pemurah 
Tika Dia menurunkan satu persatu penyelesaian permasalahan aku, aku bersyukur,
Walau hanya sedikit kelegaan diberi, aku bersyukur

Kelapangan hati itu suatu nikmat

Alhamdulillah.

Monday, February 3, 2014

Azam 2014

Assalamualaikum.

Bulan lepas aku dengan pandainya berjaya menukar blog skin aku kepada sesuatu yang lain daripada yang lain. Comel I tell you! But, as a consequences blog template aku menjadi disaster and aku tak tahu lagi macam mana nak betulkan dia. Everything jadi double entry and suggestion yang aku dapat dari internet tak boleh pakai.

Ya Allah stressnya aku dengan blog ni, silap-silap aku boleh tak tidur malam tau duk memikir saja (yelah tak ada benda lain nak difikirkan).

Akhirnya aku buat blog baru and import every entry from the previous blog to this one. Aku dah malas dah nak cari solution lain. So what do you think about this one? I try my best to suit my liking (yelah my liking...takkan you'alls punya liking kan...nak buat hapa?!)
Maka, dengan tertubuhnya blog aku yang baru ni aku pun jadi bersemangat untuk tanam azam baru 2014 ni! Nope tak terlambat lagi....we're still in the early 2014 kan.
Of course every year we thought about improving ourselves. Better than yesterday, better than last week, better than last year! Aku tak terkecuali langsung.

2013 berlalu membawa mungkin sedikit sebanyak kenangan pahit dalam hidup aku, dan semestinya banyak kenangan manis. No we shouldn't forget. Perkara negatif kita jadikan pengajaran supaya pisang tak berbuah dua kali (biarlah rambutan saja yang berbuah banyak-banyak kali) dan perkara positif kita jadikan pemangkin untuk kita bergerak lebih laju dengan semangat yang lebih jitu! (kau nampak tak ayat aku tu. Fuhh!)

Usia makin meningkat dan aku sedar masih belum signifikan kewujudan aku dalam kalangan masyarakat. Ilmu belum cukup, kematangan masih membangun dan pengalaman masih belum habis dikutip. Saban hari aku menadah tangan memohon pada yang Esa agar diberikan kekuatan semangat menempuh kehidupan, dan aku yakin Allah tidak akan menyia-nyiakan hamba-Nya. 2014, semoga aku melangkah lagi satu anak tangga, atau mungkin melompat beberapa. Amin.

p/s: klik iklan dekat atas for me please? sekali je..tak rugi pun. thank you.

Sunday, October 28, 2012

Menjelang South Australian Certificate of Education (SACE)



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aku mulakan perjuanganku di medan SACE, menghadapi kertas peperiksaan pertama pada hari esok, ESLS

Ya Allah, aku mohon bantuan dan keberkatan-Mu
Berikanlah ketenangan dan kelapangan hati
Permudahkanlah urusanku
Kurniakanlah kesihatan yang terbaik bagiku

Bantulah hamba-Mu ini mencapai ATAR 85.00 untuk aku lepas 'cut-off point' sponsorku
Bantulah aku membawa pengkhabaran gembira buat semua

Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat diriku, maka sekiranya pass exam SACE dan fly ke OZ itu ialah perkara yang baik buat diriku, maka kau jadikanlah ianya nyata.

Amin

To all dearest Ausmatians. lets ACE the SACE!

p/s: Terima kasih buat mereka-mereka yang menghantar "good luck" messages
Alan. Dayah, Kak Ros, Eyrian, fellow Ausmatians dan kakak-kakak senior OZ.
Alan- thank you for attempt nak jeleskan aku dengan midsem break dia
Dayah - sayang kau ketat2! 
Kak Ros - kau selalu ada disisi saat aku sangat perlukannya, tukang brainwash paling effective

Kesian kat Ayang yang jatuh sakit sorang-sorang kat Mesir. Moga kau tabah wahai sahabat.

Sunday, July 15, 2012

Some Reminder For INTEC's Juniors

Assalamualaikum.

Ya Allah, bukakanlah hati-hati mereka ini untuk mendengar dan menerima teguran serta nasihat

Lately, through my observations and discussion with my fellow friends, aku rasa ada something wrong dengan junior-junior INTEC ni. Bukanlah semua, bukanlah aku nak menuduh siapa-siapa, but those small group that have "something wrong" with them had damaged the reputation of all the juniors.
Bak kata pepatah Melayu "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"
(cehh.... tu dia.... dia dah mai dah!)

Are you right or wrong?

Memandangkan that I am a "senior" in INTEC, ada a few things that I want to remind all the juniors yang baru-baru masuk tu (especially those July 2012 intake, those yang May 2012 intake pun included juga walaupun tak adalah baru sangat you all tu).
Bukan nak gebang yang aku ni senior , hebat sangat ke, tualah sangat ke (one year difference je kot), perasan diri bagus sangat ke - - - t i d a k
Tapi aku rasa bertangunggjawab nak informed you all semua demi keamanan sejagat "1 INTEC !"
(feeling patriotik sikit ekk~)

So juniors, you all kenalah faham yang student INTEC ni bounded to a few rules and tradition yang hopefully  akan continue sampai bila-bila.
I think these kind of things ada ditekankan dalam program MDS you all (or no?). But in case ada yang amnesia ke hapa.... I'll just remind you again lah~

1. RESPECT THE SENIORS

You guys must know that you have ALM, ALG, ALUK, ADFP/ACTP and AUSMAT seniors in INTEC at this moment. So please... r e s p e c t  the seniors. Memanglah kita tak tekankan sangat konsep senior - junior ni, maybe some of you think... kita semua sama kot, same standard, same level. Takde beza-beza high ke... low ke...
But still... you must remember, we (seniors) are one year older (some are 2 years older) than you, so memang patut you guys pay some respect kan?

Bukan nak cakap that you guys tak respect seniors, but you know.... some of you... a bit rude... poyo sikit...perasan bagus sangat  (bukan aku cakap saja-saja.... ada kes tau!)

At least if you meet your seniors senyumlah.... even the one that you met bukan your senior pun, senyumlah...
kan senyum tu sedekah? kan senyum tu permulaan yang baik untuk hari yang indah?
(cehhhh.....bukan main ayat dia)
Kalau nak lagi hebat! Say "Assalamualaikum" or "Hai" kan hebat tu?

Lagi satu, kalau ada issue ke apa-apa ke (tak puas hati kan? maklumlah...manusia ni susah kita nak satisfy kan).... cakap la elok-elok. Discuss baik-baik, tak perlu la nak tinggikan suara, marah-marah bagai kan?

Respect guys...respect!

2. OFFER HELP IN THE BUS

If you get in the bus early and you get a seat for yourself, offerlah diri tu untuk tolong pegangkan buku ke, laptop, botol air, files etc etc mereka-mereka yang berdiri tu. This is a tradition for a long time already, it shows consideration and kindness you know...

Maybe you all tak pernah rasa lagi kot pegang buku+laptop+botol air from INTEC all the way to Cemara/Akasia or vice versa, plus dengan bas yang goyang-goyang... serius susah! letih tangan (macam nak cramp) and rasa macam nak hempuk orang yang duduk senang saja tanpa offer diri nak tolong kat sebelah tu!
(emo pulak.... teringat kisah lalu...)
The point is, apa salahnya buat amal jariah sikit kan? Bukan susah pun~
Mungkin hari ni hari orang yang kita tolong tu, esok-esok mungkin hari kita pulak yang perlukan pertolongan...
We never know the future kan?

3. LINE UP PLEASE!

I'm talking about the situation while boarding the bus and in the cafe.
Please practice the basic rule of humankind - - - B E R A T U R
Tak kisahlah ada kawan 10 tahun tak jumpa dekat barisan depan tu and korang nak chit chat, buat program "Jejak Kasih" ke hapa, but YOU yang datang lambat tu, please line up accordingly. Orang lain dah tunggu bukan main lama kat belakang tu, but then you just come and cut the line. Hati mana tak panas sehh!

Special case hari "Jumaat" memang....
Tengah hari kot... matahari terpacak tegak atas kepala, panasnya memang Ya Rabbi...
So, please line up.... kalau dah keluar lambat tu...tunggu belakang lah...
If you go and suka hati cut the line, memang... bahang panas matahari tu mungkin boleh menambah bahang kemarahan di dada...
I'm just saying~

One more thing about bus
Biasanya... driver bas akan gerak bila orang dah penuh dalam bas, so kalau terpaksa berdiri pun... naik jelah... Bukan lama mana pun Seksyen 17 - Seksyen 18.
Kalau bas tak penuh, alamat tak gerak-geraklah dia...
Then, penuhkan berdiri sampai belakang! especially peak hours (7.30am to 8.00am, 4.00pm to 4.30pm)
Orang lain pun nak balik jugak kot... apa salahnya bagi sedikit ruang untuk orang lain naik bas tu.

Tak susah kan? You can do it!

4. COVER IT UP!

This reminder is for girls.
Rasanya you girls mesti dah tahu kan yang we must wear long sleeves, long pants whenever we're around Cemara/Akasia or INTEC (muslim or non-muslim, e v e r y  o n e )

If you don't know... please get to know NOW.
Maybe you all ada tangan dan kaki yang cantik, mulus, gebu, cerah dan berseri macam Miss World ke Miss Asia Pacific ke hapa yang nak bagi tunjuk, but... not here okay... PERATURAN tetap PERATURAN.
Please wear properly walaupun just nak beli air kat vending machine or just keluar buang sampah ke hapa...
begini ya adik-adik~

Anyway...rasanya itu sajalah kot yang dapat aku remindkan. Kalau ada yang dah pernah buat yang tak sepatutnya... pandai-pandailah ubah diri
(siapa makan cili terasa pedasnya kan?)

No hard feelings okay... tak payahlah nak rasa menyampah, meluat ke hapa dengan aku... I'm just here to remind you.
Mana tahu you guys terlepas pandang ke kan? tak sengaja ke?

Reminder ni bukan untuk juniors je, seniors pun kenalah juga cermin diri kadang-kadang (aku pun termasuklah tu...)

Senior - - - jadilah teladan yang baik okay~

Okay bye.

picture credit: Mr Google

Monday, April 30, 2012

Kunjungan Seorang Mat Salleh

Assalamualaikum~

Aku sekarang ada di kampung, menikmati hari-hari indah selepas selesai mengambil International English Language Test System (IELTS) Sabtu lepas. Indah bukan? Bermalas-malasan menikmati lembutnya angin bayu (cehh.....nampak sangat menipunya. Panas terik tau tak!)
Tapi hari ni aku harus kembali ke realiti, bermakna pulang ke Kolej Akasia dan bersedia untuk bergelumang dengan buku-buku dan past years papers. Exam minggu depan oii!!!!
(alah sedihnya......takpe...sabar jelah)

exam fever crashed the Ausmatians

KUNJUNGAN TIDAK DISANGKA

Tengah hari tadi, sedang aku asyik surf internet sebelum ke dapur menyediakan luncheon untuk hari ini. Adik aku meng"inform" bahawa ada tetamu datang.
Oh? siapakah?
Aku pun usha la..... oh... Abang Jiji rupanya.. (cousin aku)
tapi..... dia bawa seorang mat salleh bersamanya, berT-shirt kolar, seluar kargo dan beg sandang (gaya tipikal seorang tourist?)

sumpah mat salleh tu lagi handsome dari yang ni! :D

Rupanya mat salleh tu datang nak interview. Dia nak buat research pasal tourism untuk Master thesis dia. Actually, Abang Jiji suggest mat salleh tu interview ayah, but since ayah was not at home that time....so? Aku la yang kena interview...

Aku rasa macam buat IELTS speaking untuk kali kedua pulak! XD
but this time with "native speaker". Maybe impian aku nak buat speaking dengan native speaker akhirnya tercapai? bolehlah......kehkehkehkehkeh

INTERVIEW 

Firstly, I answered some questionnaire. Then ada some additional question, sumpah soalan dia macam Part 3 IELTS, kena buat critical thinking la jugak...perghh tak boleh blah!
And since mat salleh tu cakap, dia cakap ehh bukan aku cakap... "your speaking is good, so may I record our interview?" *ohh..I'm flattered* *batting eyelashes*

Macam-macam soalan la dia tanya aku.
Apa advantages tourism bagi dekat Kampung Banghuris, from the perspective of economy, social, development.
Why family aku tak involve dalam Homestay Program.
Ada kesan ke tourism dekat family aku (yang tak join Homestay)

and ada certain soalan yang menyentap la. 

PERANG MINDA

"Do any conflict happen between Islamic views and tourism?. For example, you have sisters and you accept tourist into your house, let say a Japanese man"

Pehh......dengan kata lain, kalaulah family tu terima masuk pelancong untuk Homestay and then of course la pelancong tu dalam rumah kita. So, macam mana dengan bab-bab aurat tu semua? Kan Islam mengharamkan aurat wanita kepada bukan muhrim.
Perang minda berlaku dalam kepala aku...

terkelu sebentar aku nak mencari jawapan yang solid. Sebab aku sedar, ramai orang-orang muslim kurang sensitiviti pasal perkara-perkara macam ni. Tak kisah pun stranger dalam rumah, free-free je bukak aurat. Siapalah aku untuk judge mereka-mereka tu. Aku pun bukannya muslimah yang sempurna. However, aku taknak pulak jawapan aku nanti boleh membuat dia terfikir yang hukum Islam ni senang-senang je boleh diperlekehkan, Tak ke berat tu?

Dia further pulak the question 

"How many percent do you think people who don't mind about this (pasal buka aurat depan orang lain tulah), and how many who are open minded?"

Kalau aku cakap banyak, nampak sangatlah betapa punahnya nilai-nilai Islamik dalam masyarakat. Lagipun, aku bukannya tahu sangat pun.

"Since Banghuris is divided into three, do any competitive atmosphere occur?"

Ni soalan nak menguji semangat perpaduan dan kesepakatan orang-orang kampung la ni. Banghuris ni pun kampung yang kecil jer....kalau la ada competition antara tiganya. Berlumba-lumba nak jadi the best, nak attract lagi ramai tourists, berlawan-lawan nak tunjuk hebat. In other way, bagus sebenarnya...persaingan sihat untuk ekonomi kampung kan? Tapi, kalau lebih-lebih sangat pun...will lead to other things kan?

and last sekali 
" Do any feel of jealousy occur between those who involve in Homestay (sebab biasanya income diorang memang banyak, untung weyhh....buat Homestay) and those who don't?"

Memang aku nak terangkan konsep rezeki kat sini. Rezeki setiap hamba Allah tu lain-lain, lagipun tak elok kita berhasad dengki, cemburu dengan kesenangan orang lain kan?

Anyway, aku tak nak cerita apa jawapan aku untuk soalan-soalan mat salleh tu. Biar aku jelah tahu.
Tapi, interview ni buat aku sedar dan terfikir banyak perkara. Especially, pasal diri aku sendiri....betapa ceteknya knowledge and maturity level aku. Betapa tak cukupnya ilmu di dada ini, untuk membolehkan aku bagi hujah yang bernas. 

Betul apa ustazah aku cakap dulu, kita kena ambil tahu banyak benda, kena belajar ilmu tu tu bukan sekadar nak jawab exam. Macam mana kalau ada non-muslim yang tanya kita pasal Islam tapi kita tak tahu jawab. Apa kejadahnya tu?

Sama-samalah kita perbetulkan. :)

By the way, at the end of the interview

"Your English is really good, where did you learn to speak English"
"Ermmm.......school?"
"But its really good"
"I'm going to further my study in Australia, so I do need to improve my English right?"
"Oh really....I wish the best for you then"
"Thank you" *senyum sampai telinga*

Kalau dia pun dah puji English aku, mestilah IELTS dah boleh pass ye tak??
Heheheehehehe :)
*masuk bakul angkat sendiri*


p/s: aku tak ambik gambar dengan mat salleh tu! Alah.....tengah rush masa tu, pastu terus lupa. Plus, aku tak mandi lagi time tu!! XP

Saturday, April 21, 2012

Upgrade & Modify Diri Sendiri

Assalamualaikum... salam hujung minggu.

Hari ni aku tersentak mendengar satu nasihat dari mama petang tadi, terdetik hatiku 'Eh, betul juga...sampai bila... macam mana kalau apa yang mama cakap tu betul-betul akan berlaku?'. Lama aku memikir, terngiang-ngiang di telinga nasihat mama petang tadi. Tak perlulah aku ceritakan apa isunya dan apa nasihat itu, cukuplah sekadar aku yang tahu dan faham.

Aku terfikir, mungkin aku patut tukar sedikit cara aku. Modify my routine, change a little bit here and there...takkan nak selama-lamanya di takuk lama. Rutin yang sama setiap hari, bukannya bagus sangat...ianya buatkan kita tak berkembang, stay je dekat situ. No new knowledge, no new environment.

Maybe I can change it a bit starting tomorrow? Insyaallah... :-)

Lagi satu perkara yang buat aku terfikir-fikir juga. My facial expression.
Muka ni ialah ialah skrin perasaan. Apa yang terkandung dalam hati kita, mostly akan ditunjukkan melalui muka. Tiba-tiba hari ini, selesai bayar ais-krim dekat kaunter Petronas tu, kawanku bertanya

"Fatin marah ke?"
"Mana ada saya marah"
"Habis tu, senyumlah sikit. Saya tak dapat nak predict Fatin ni marah ke, suka ke"
"Saya kan memang macam ni" sambil gelak-gelak.
"Yelah tapi at least bila jumpa saya mesti senyum okay"

memang dah lama aku ada problem pasal facial expression ni. Orang-orang yang baru jumpa aku mesti akan cakap aku ni nampak garang, unfriendly and sombong. Tapi bila dah kenal...okay je...
Maybe sebab muka aku yang statik and susah nak senyum kot...
So, aku terfikir....maybe aku kena ubah sikit kot. Rajin-rajinkan diri senyum....
Kan senyum tu sedekah.... Insyaallah akan aku cuba upgrade-kan diri ini.
if you saw me muka macam harimau tu, just tegur je "Senyumlah sikit"  :-)

senyum~

Actually, banyak lagi yang aku asyik terfikir dua tiga menjak ni. Bila cermin balik diri sendiri, Ya Allah....banyaknya kekurangan diri aku ni. Banyaknya benda yang aku sebenarnya kena ubah, kena start ubah, kena tambah baik, kena buang jauh-jauh, kena stop immediately. Banyak perkara - banyak sangat. Sebab kita...manusia ni tak pernah akan sempurna.
Kita...manusia sentiasa melakukan dosa
sama ada kita sedar atau tidak.

Kalau nak ubah semua sekali abruptly, no...thats not the right way. Even orang yang nak berhenti merokok pun kena stop slowly, reduce, reduce again, reduce more, and more and finally stop. Kalau tiba-tiba.... alamat jadi haru nanti!

So, I've decided that I'll start slowly and steadily.

Ya Allah...istiqamahkan hatiku dalam menuju jalan kebaikan. Amin.


p/s: sebenarnya tengah busy revise Biology and Maths for test next Monday/Tuesday. Also, our IELTS is coming next Wednesday & Saturday....memang super busy.
Moga Allah S.W.T pemudahkan urusan-urusanku.

Friday, June 24, 2011

Apa salahnya 'berbasa-basi'

Assalamualaikum
Di suatu petang yang hening dan damai.
Si Kakak yang baru selesai membakar sampah menegur si Adik yang dilihatnya sedang menyapu sampah di anjung rumah.

"Hai dik, menyapu ke?"
"Eh, tak adalah... tengah basuh kapal terbang ni ha.."
"Ohh....Air Asia ke MAS?"
"......." *diam*
(dan kedua-duanya ketawa terbahak-bahak selepas itu)

Macam tu lah kurang lebih conversation aku dan adik aku petang tadi. Entah apa-apa kitorang adik-beradik ni kan? Bak kata bibik housemaid aku dulu, macam orang 'kurang sajen' (maksudnya macam mereng sikit la...LOL). Apa-apa jelah...janji we all happy.

Bukan apa, tapi inilah sebenarnya budaya orang Melayu. Berbasa-basi. Memanglah dah nampak jelas apa yang orang lain buat di depan mata tapi apalah salahnya sekadar bertanya sebagai tujuan menunjukkan keprihatinan, mengikat kemesraan.

"Oii Senah, tengah masak ke?"
"Ha'ah, tengah masak ni ha Piah. Kejap lagi Abang Deris nak balik makan"
"Ohh...kau masak apa ni?"
"Asam pedas ikan pari. Abang Deris suka ni"
Mak Piah berbasikal...
Kring..kring..

Kan sedap mendengar conversation yang serupa ini. Macam nilah orang-orang tua, mak cik-mak cik yang dekat kampung tu. Walaupun dah jelas-jelas Mak Senah tu tengah masak, Mak Piah tu sibuk jugak nak tanya. Actually, inilah caranya nak jalinkan kemesraan. Nak cari topik berbual. Kira mukadimah la...
Mak Senah pulak dengan senang hatinya menjawab, siap tambah info lagi disitu.

Cuba bandingkan dengan ini.

"Hai Pak Mat tengah basuh kereta ke?"
"Tak adalah, tengah mesin rumput ni ha! Kau tak nampak ke? Dah nampak orang basuh kereta nak tanya lagi buat hapa!"
"Emm..takpelah saya masuk dulu la ye..."

Barulah orang tu nak baik-baik, nak jalinkan kemesraan. Kena marah pulak...
Bukannya tak nampak awak tu tengah basuh kereta, tapi orang tanya baik-baik jawablah baik-baik. Kalau betul, iyakan sajalah, kalau tak betul, bagi tahulah apa yang betul. Susah sangat ke?

Tak ada sebab spesifik kenapa aku bangkitkan topik ni, just terasa nak cakap pasal benda ni. Itu saja.
Conclusionnya, budaya Melayu ni sebenarnya cukup cantik. Mengajar kita berbaik-baik, prihatin dengan orang lain especially dengan jiran-jiran sekampung, setaman, semualah. Orang zaman sekarang ni dah kurang sikit sifat-sifat prihatin dengan jiran-jiran. Kadang-kadang sampai nama jiran sebelah rumah pun tak tahu.


Saturday, June 18, 2011

Kecuaian Membawa Padah

Jika dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku hidup dalam riang ria
atau kadang kala dalam keadaan bosan...
atau kadang-kadang.... tak rasa apa-apa pun....
kosong
But today..... is the worst of all...

Alkisahnya hari ni (Jumaat) aku ada appoinment untuk buat medical checkup di Hospital Banting. Oh wait... wrong statement. Aku INGAT bahawa aku ada appoinment HARI INI. Tetapi ternyata appoinment itu sebenarnya.... SEMALAM. Ya! tuan-tuan dan puan-puan SEMALAM!
Aku pun tak tahulah macam mana dengan bodoh, bengap dan carelessnya aku boleh tak perasaan bahawa tarikh 16/6/11 tu sebenarnya hari Khamis! Dengan mati-matinya aku percaya yang appoinment tu hari Jumaat! Aku rasa macam nak benamkan muka aku tujuh hasta dalam tanah saat nurse tu cakap kat aku "Hari ni kan 17 haribulan dik, 16 haribulan tu semalam" kata nurse tersebut saat aku menunjukkan kad appoinment aku.

YA ALLAH YA TUHANKU.... terduduk terdiam terpaku aku saat kata-kata itu dilemparkan.

Maka terpaksalah aku membuat appoinment baru untuk 20/6/11 (Isnin) BETUL HARI ISNIN KAN?? AKU TAKNAK SALAH LAGI!

Dengan rasa kesalnya aku keluar dari perkarangan hospital dan semestinya sedikit kata-kata kesal oleh ayahanda tercinta dilemparkan kepada aku. Yelah...bermaknanya perjalanan jauh dari Sepang ke Banting dengan tergesa-gesa mengenangkan kami dah terlambat 1 jam dari appoinment TIDAK BERMAKNA APA-APA! (if I'm in my father's shoes, aku pun bengang beb!)

Aku akui memang semunya salah aku sebab langsung tak tergerak nak check semula tarikh appointment dan confirm betul-betul. Satu kecuaian yang sangat BODOH kan?
Dan...sememangnya lumrah aku sedari dulu lagi, jika timbul apa-apa perasaan marah/kesal/kecewa oleh parents aku akan membawa effect yang besar pada aku. Mungkin ada yang berfikir "Ek eleh minah ni, relax sudah la...nak buat macam mana benda dah jadi. You ni over sangat la". Ya! memang aku over sikit, aku...aku...tak bolehlah...bila parents aku marah kat aku (especially my dad yang jarang-jarang marah. Kalau my mom tu dah selalu sangat) Aku akan rasa sedih giler! Maybe trademark ANAK MITHALI?? (perasan =.=)

THEN! My dad and I pergi pulak ke Klinik Siti (klinik swasta) untuk selesaikan satu test (test for syphilis, genorrhoea and varicocole) Satu lagi KECUAIAN aku yang tidak bertanyakan sama ada test ini dah dibuat atau belum semasa aku ke klinik tu minggu lepas untuk blood test. Ternyata doktor tu terlupa untuk buat test itu dan aku pulak dengan bengapnya tak bertanya!! (aku yakin terdapat miscommunication antara doktor dengan pembantu klinik itu, tetapi memang partly my fault sebab tak make sure betul-betul!)
And ini menambahkan lagi bengang ayah aku.

Suasana dalam kereta semasa perjalanan pulang memang agak tense. My mood really in mess, I felt really sad. But then...the atmosphere gradually become better. My dad tried to start some light conversation dan celoteh DJ radio Hot.fm sedikit sebanyak mengubat hatiku yang gundah gulana.
Actually I'm worried that my mom will be really mad with my carelessness. Bayangkan kalau mama aku ikut serta tadi...mahunya aku dibasuh tang-tang itu jugak!
Stupid mistake is actually something yang my mom susah nak forgive and forget and THAT'S including myself! Even aku pun susah nak maafkan diri sendiri yang dah lakukan stupid mistake ni.

Sampai rumah... I know ayah has to tell mama about what happen. But I locked myself dalam bilik sebab aku taknak dengar apa-apa lagi. Silap-silap aku boleh menangis meraung nanti kalau aku dengar mama punya omelan.
Anyway, malamnya..mama tak cakap apa-apa pun. Aku rasa lega..sort of...
my mood pun become much better..

However, let's take a lesson today.
RAJIN-RAJINKANLAH DIRI CHECK APA-APA YANG PATUT KALAU KITA ADA APA-APA EVENT PENTING. MAKE SURE THE DATE BETUL AND KALAU BOLEH PAKAI REMINDER.
IN SHORT, DON'T BE CARELESS!

p/s: doktor bagi ubat suruh makan/minum. Aku ada urination problem pulak..... =.=
Ubat tu betul-betul tak sedap tau! Macam nak muntah aku minum...


p/s: esok (Sabtu) ada majlis. Nak dapat fulus ni...Masyuk~

Wednesday, June 8, 2011

Semasa : Penggunaan Bahasa Singkatan Dalam Penulisan Karangan

BAHASA TERLARANG

Itu tajuk cover depan akhbar "Berita Harian" semalam (edisi 7 Jun 2011). Boleh baca sikit snippet dia kat >>sini<<
Tidak dinafikan, memang fenomena ni berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Aku memang selalu jumpa, because my mom is a BM's teacher, selalulah jugak dia bawak exam paper balik untuk disemak. Sometimes, aku jugak yang kena tolong semak sekali. Aku pun selalu jugak tengok benda-benda macam ni berlaku time aku sekolah dulu. 
Sedap-sedap rasa jer they all pakai 'short-form' "yg" "dgn" "x" "coz" dan macam-macam lagilah!

CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.

Aku faham....aku pun seorang pelajar sekolah jugak dulu, bukan tak boleh pakai bahasa singkat time SMS, chatting, blogging semua. Boleh......boleh sangat. Kita nak jimat time, nak jimat space...of course kena buat macam tu kan? Betul tak?
Even aku pun guna short-form time SMS semua... (even tulis blog ni, aku tak boleh elak dari guna short-form & bahasa rojak. Walaupun sometimes aku try tulis ayat penuh, tapi bila dah malas and nak rush....short-form mesti keluar punyalah...)

You all nak guna bahasa apa pun time SMS and chatting, gunalah! Hatta bahasa Kenyan sekalipun, tak ada yang nak melarang! (tapi timbang rasa la sikit, biar orang yang baca mesej tu faham). Tapi...

JANGAN GUNA BAHASA YANG YOU ALL PAKAI TIME SMS & CHATTING DALAM KARANGAN BAHASA MELAYU.

Memang la kadang-kadang bila tulis karangan...kita akan terikut-ikut dan "tertulis" secara tidak sengaja, kadang-kadang tak sedar langsung yang kita pakai short-form kan? Sebab dah terbiasa sangat tulis macam tu dalam SMS, short note, chatting semua... tangan ni secara tak sedar tulis macam tu.
Honestly, dulu aku pun ada "terbuat" macam tu, tapi bila aku sedar...aku betulkan semula.

Nasihat aku pada adik-adik sekolah menengah tu. You all kena separate mind-set you all. Bila SMS/chatting tulislah macam mana pun you all nak. Bila nak tulis karangan, set yourself dalam educated mode. Remind yourself to write full words and no short-form is allowed. Tak kisahlah dalam karangan bahasa apa pun. Please use proper language.
And lastly, SEMAK la balik karangan you all tu! Baca semula! Semak tatabahasa, ejaan, struktur ayat. Barulah tak ada kes-kes bahasa singkatan tersesat dalam karangan tu.

p/s: tengok penulisan blog aku yang bersepah dengan macam-macam bahasa macam orang takde language education? You all akan terkejut baca karangan aku yang memang mantap! Hehehe gurau jer...

Monday, May 16, 2011

Tugas dan Tanggungjawab itu Amanah

Beberapa hari lalu aku mendengar kisah seorang rakan Cik Mek (bukan nama sebenar) daripada seorang rakan yang lain Cik Irama (bukan nama sebenar).
Memang panas sungguh Cik Irama bercerita mengenangkan sakit hatinya pada Cik Mek. 
Kisahnya Cik Mek tidak menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh seorang guru, tugasan dibahagikan antara Cik Mek dan Cik Irama. Cik Irama dah lama menyiapkan tugasan tapi Cik Mek pula mengabaikan tugasan tersebut sehinggalah guru itu menuntut tugasan yang diberikan. Lebih teruk lagi, Cik Mek telah menghilangkan tugasan yang diberi. Bertegas guru itu mahukan tugasan yang diberi dipulangkan dan disiapkan kerana telah cukup lama tempoh sudah diberi.


Cik Mek mengelak bersua muka dengan guru tersebut, malahan dia menarik muka masam saat berselisih dengan guru itu, dia juga mengelak untuk bertanggungjawab atas segala yang telah terjadi. Akhirnya terpaksalah Cik Irama menyiapkan tugasan itu (sebab tu Cik Irama sakit hati!)


In short, Cik Mek sebenarnya dah mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. And tindakan dia mengelak dan menyorok adalah sangat-sangat tidak matured. Bagi aku, setiap tugasan dan tanggungjwab yang diberikan ialah amanah yang MESTI kita selesaikan sebaik mungkin.


Sebab itu orang kata tanggungjwab itu suatu beban, sebab di dalamnya terkandung amanah. Tak kisahlah tugas apa pun... hatta mak kita suruh pergi kedai beli sawi sekalipun, itu satu amanah. Kita mesti balik dari kedai membawa sawi yang dipesan (kalau ada halangan lain contohnya sawi habis ke apa...itu cerita lainlah)


Kalau aku (aku bukan nak membangga diri ke apa, sekadar dikongsi menjadi peringatan dan iktibar). Aku memang jenis yang susah cakap "TIDAK" bila orang minta tolong. Especially cikgu-cikgu aku time sekolah dulu, member-member apatah lagi... selalu sangat suruh aku buat ini, buat itu.
So, bila dah terima suatu tugasan tu...aku akan siapkan juga tak kira apa (lagi pun aku dah berjanji akan tolong). Hatta terpaksa berjaga malam, tak makan tengah hari, korban tidur petang atau korban shopping trip dengan family. Mulut aku memang akan bising mengomel, merungut itu ini....but in the end, apa yang diberi mesti akan beres jugak akhirnya (kalau darurat teramat sangat, mintak time extension la..)


Sebab kalau aku abaikan tugas tu or buat cincai-cincai jerr....hati aku rasa tak sedap, rasa macam...tak senanglah...
Lagipun everyone knows me, aku ada reputasi untuk dijaga. Kalau aku buat sambil lewa jer... jatuh la air muka aku. Thats why, aku cukup terkejut dan hairan dengan orang yang ambil mudah dengan tugasan dan tanggungjawab yang diberi.


You all mesti pernah berdepan dengan spesis-spesis makhluk Allah yang suka-suka lepas tangan dalam tugas dia, tak kisahlah kat sekolah ke, kolej ke, tempat kerja ke. Tak ke mereka-mereka ni menyakitkan hati? Kita tertanya-tanya... tak ada rasa tanggungjawab ke? Rasa bersalah? Rasa malu dengan yang lain-lain? Sikit rasa pun tak ada?


Kita kenalah ada rasa tanggungjawab, baru orang respect kita and put their trust on us. Contohnya kes Cik Mek tu, you all rasa guru tu akan bagi lagi ke tugasan lain pada dia? Of course la tidak, unless maybe dia pergi minta maaf dan berjanji akan berubah.


Tugas dan tanggungjwab tu amanah...jangan pernah kita abaikan.




p/s: Tak berniat nak menyakitkan hati Cik Mek, sekadar nak menegur dia supaya berubah menjadi lebih baik. Apa yang dia buat tu dah kira menyakitkan hati guru, kan tak baik tu...