klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Showing posts with label gagal. Show all posts
Showing posts with label gagal. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Kecuaian Membawa Padah

Jika dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku hidup dalam riang ria
atau kadang kala dalam keadaan bosan...
atau kadang-kadang.... tak rasa apa-apa pun....
kosong
But today..... is the worst of all...

Alkisahnya hari ni (Jumaat) aku ada appoinment untuk buat medical checkup di Hospital Banting. Oh wait... wrong statement. Aku INGAT bahawa aku ada appoinment HARI INI. Tetapi ternyata appoinment itu sebenarnya.... SEMALAM. Ya! tuan-tuan dan puan-puan SEMALAM!
Aku pun tak tahulah macam mana dengan bodoh, bengap dan carelessnya aku boleh tak perasaan bahawa tarikh 16/6/11 tu sebenarnya hari Khamis! Dengan mati-matinya aku percaya yang appoinment tu hari Jumaat! Aku rasa macam nak benamkan muka aku tujuh hasta dalam tanah saat nurse tu cakap kat aku "Hari ni kan 17 haribulan dik, 16 haribulan tu semalam" kata nurse tersebut saat aku menunjukkan kad appoinment aku.

YA ALLAH YA TUHANKU.... terduduk terdiam terpaku aku saat kata-kata itu dilemparkan.

Maka terpaksalah aku membuat appoinment baru untuk 20/6/11 (Isnin) BETUL HARI ISNIN KAN?? AKU TAKNAK SALAH LAGI!

Dengan rasa kesalnya aku keluar dari perkarangan hospital dan semestinya sedikit kata-kata kesal oleh ayahanda tercinta dilemparkan kepada aku. Yelah...bermaknanya perjalanan jauh dari Sepang ke Banting dengan tergesa-gesa mengenangkan kami dah terlambat 1 jam dari appoinment TIDAK BERMAKNA APA-APA! (if I'm in my father's shoes, aku pun bengang beb!)

Aku akui memang semunya salah aku sebab langsung tak tergerak nak check semula tarikh appointment dan confirm betul-betul. Satu kecuaian yang sangat BODOH kan?
Dan...sememangnya lumrah aku sedari dulu lagi, jika timbul apa-apa perasaan marah/kesal/kecewa oleh parents aku akan membawa effect yang besar pada aku. Mungkin ada yang berfikir "Ek eleh minah ni, relax sudah la...nak buat macam mana benda dah jadi. You ni over sangat la". Ya! memang aku over sikit, aku...aku...tak bolehlah...bila parents aku marah kat aku (especially my dad yang jarang-jarang marah. Kalau my mom tu dah selalu sangat) Aku akan rasa sedih giler! Maybe trademark ANAK MITHALI?? (perasan =.=)

THEN! My dad and I pergi pulak ke Klinik Siti (klinik swasta) untuk selesaikan satu test (test for syphilis, genorrhoea and varicocole) Satu lagi KECUAIAN aku yang tidak bertanyakan sama ada test ini dah dibuat atau belum semasa aku ke klinik tu minggu lepas untuk blood test. Ternyata doktor tu terlupa untuk buat test itu dan aku pulak dengan bengapnya tak bertanya!! (aku yakin terdapat miscommunication antara doktor dengan pembantu klinik itu, tetapi memang partly my fault sebab tak make sure betul-betul!)
And ini menambahkan lagi bengang ayah aku.

Suasana dalam kereta semasa perjalanan pulang memang agak tense. My mood really in mess, I felt really sad. But then...the atmosphere gradually become better. My dad tried to start some light conversation dan celoteh DJ radio Hot.fm sedikit sebanyak mengubat hatiku yang gundah gulana.
Actually I'm worried that my mom will be really mad with my carelessness. Bayangkan kalau mama aku ikut serta tadi...mahunya aku dibasuh tang-tang itu jugak!
Stupid mistake is actually something yang my mom susah nak forgive and forget and THAT'S including myself! Even aku pun susah nak maafkan diri sendiri yang dah lakukan stupid mistake ni.

Sampai rumah... I know ayah has to tell mama about what happen. But I locked myself dalam bilik sebab aku taknak dengar apa-apa lagi. Silap-silap aku boleh menangis meraung nanti kalau aku dengar mama punya omelan.
Anyway, malamnya..mama tak cakap apa-apa pun. Aku rasa lega..sort of...
my mood pun become much better..

However, let's take a lesson today.
RAJIN-RAJINKANLAH DIRI CHECK APA-APA YANG PATUT KALAU KITA ADA APA-APA EVENT PENTING. MAKE SURE THE DATE BETUL AND KALAU BOLEH PAKAI REMINDER.
IN SHORT, DON'T BE CARELESS!

p/s: doktor bagi ubat suruh makan/minum. Aku ada urination problem pulak..... =.=
Ubat tu betul-betul tak sedap tau! Macam nak muntah aku minum...


p/s: esok (Sabtu) ada majlis. Nak dapat fulus ni...Masyuk~

Saturday, January 29, 2011

Failed Asam Pedas

Hari Sabtu yang agak tenang.....
Tenanglah...budak2 cuti..takyah aku bangun awal2 pagi. I'm lacking of sleep recently, pagi2 mata kelat jerr..tapi xleh sambung tido sebab banyak kerja nak dibereskan.
Hasilnya, even baru 8.30PM, nampak bantal jer aku terus passed out


10.00AM aku menskodeng peti ais besar kat rumah tuhh, mencari2 ape yang nak dibuat menu untuk hari ini. Maka terjumpalah sang-sang ikan yang entah mana asalnya dan bila tarikh check-innyer...
Daripada kubiar ikan2 itu menjadi spt Imhotep, Tutankhamun ataupun mana2 mumia yang bersekutu baiklah aku masak jadi lauk familyku hari ini.
Sedangku bercadang nak diapa2kan mereka itu, mama kesayanganku pun budge-in . 

MAMA : "Masak asam pedas jer ikan tu.."

Asam pedas? Ye tak ye jugak kan....dah lama tak makan asam pedas. Tapi.....camne nak masak asam pedas? Berlaku perdebatan didalam otakku tentang cara masak asam pedas, macam itukah? macam inikah?
Tanpa dipinta, mama menerangkan cara-cara dan resepinyer...
"Tumbuk itu, ini dan itu.....tumis ini, itu dan ini....masukkan itu..."dan sbgnye. Aku mengangguk dan memulakan ops. asam pedas ni...



Few minutes later...
bila dah ada rupa kuah asam pedas, mama pun buat spot check

MAMA : "Apasal cair sangat kuah ni?"

Eh? ye tak ye? patutlah aku rasa macam tak kena...patutnya lebih merah dan menyerlah. Cubalah aku adjust sikit...setelah ditambah garam dan sbgnyer...hampir nak siap...aku pun cuba rasa masterpiece aku nie..

AKU : "Mamaaaaa! tak sedap!"

Mama pandang aku dengan pandangan 'Kalau tak sedap biarlah, sape yang masak?'. Walaupun begitu, aku hidangkan jua

Failed Asam Pedas!
TT____TT
*nangis sampai banjir*


ya...tuan2 dan puan2..memang tak sedap. Takdelah sampai tak bleh makan atau ape..cuma rasanye tak seperti asam pedas yang selalu aku makan. Kurang pedas, kurang rasa, kurang ini dan kurang itu..
Yelah..I bukan pro bab asam pedas ni...
Tapi takpe....next time pasti lebih baik
Apa2 pun..kali ini..asam pedasku...






Saturday, July 10, 2010

Malunya aku......glamour je lebih! [Festival Nasyid SMKSP]


Hari ni selamat sudah berlangsungnya Festival Nasyid SMKSP.
Lebih 20 kumpulan dari Form 1 sampai la Pra-U bawah menyertai pertandingan nasyid nie.
Of course my group, (aku, Muazz, Fatiqah, Dayah, Yaya, Azira, Ika) dah buat persediaan untuk pertandingan nie. Mecca 2 Medina, itu nama yang kitorang pilih untuk kumpulan kitorang. Bersesuaian dengan tema ala Arabian. Dengan serba berjubah hitam ala minah saudi, kitorang membawa kelainan dengan membawa gimik istimewa (kami berpurdah!). Ya...purdah tu gimik semata-mata, hanya permulaan saja berpurdah.
Kitorang dah berlatih setengah mati untuk hari nie....

Semalam...tuisyen pukul 2, habis jer class about 3.30 aku terus ke sekolah untuk Jazz Chant's practice (ada persembahan Isnin nie) lepas tu...aku teman Fatiqah & Dayah practice, diorang nak "smooth"kan lagi muzik. Sampai serak-serak aku nyanyi, biasa jadi bass jer..nie kne jadi lead vocal plak. Sure la kantoi kat part high pitch. About 6.30 baru aku balik (thank god my mom tak soal apa-apa).

So...hari nie, Mecca 2 Medina is the 1st group to perform. Menggigil siot...terketar-ketar aku pegang microphone!
Kitorang mulakan intro dengan "Annalisa"

Then, terus main song "Egois" nyanyian kumpulan Mestica



Lastly, habiskan dengan sedikit chorus dari "Insha Allah" nyanyian Maher Zain



I hate to admit, tapi memang kitorang tak dapat buat dengan baik la....

1) Muzik hancur sikit at certain part (no offence to music player)
2) Harmony memang agak tak jadi
3) Lead vocal pun crack sikit kat high part (but Muazz you're still da best)
4) Aku! (aku pun tak taulah apa yang aku buat, nyanyi macam hambar then I feel like my mic is not working!)

Kitorang turun pentas dengan sedikit harapan untuk tempat ketiga atau kedua. 1st place??? nahh....we can't deserve it since we're not so good. Sautul Ummah pimpinan Wawa mesti dapat punyalah (diorang kan kumpulan nasyid sekolah...) Kira agak terlatih la...

Menghabiskan 20++ kumpulan memang letih....not to mention yang memang performance hancur (boring glerr). Aku ada tugas, merekodkan semua performance dalam video. So, I stay beside the camcorder all the time.
Lepas semua kumpulan habis ada "encore" performance (semantara judges kira markah), gabungan pelajar form 5.  Naz and Afiq yang bertindak selaku M.C untuk hari tu, tak segan2 menonjolkan bakat.
Surprised!! Afiq boleh plak bergelek atas pentas tuhh....(Masyaallah!!! serupa belly dancer dari Arab daa....)

Saat-saat yang dinantikan, keputusan......
(Kategori Menengah Atas)

tempat ketiga - kumpulan kakak-kakak dari Pra-U bawah (vocalist die memang suara sedap glerr)
tempat kedua - kumpulan Hazimah ( ada...Azleen, Ain, Azura, Khir and banyak aku tak ingat...)
tempat pertama - as expected, Sautul Ummah. 

kitorang?? jangan ditanya la....malu glerr siot... ye arr....kitorang berlatih huhahuha, konsep sikit punya glamour, baju..jangan cakap arr...kalah group lain! Tapi..last2?? even tempat ketiga pun takleh nak grab.

Tapi, ketua juri (Cikgu Rosli) pun ada cakap....dia nilai berdasarkan penghayatan lirik dan paduan suara. Yang menang tu semua lagu agak sedih-sedih dan slow pace la....penuh unsur ketuhanan.
Kitorang....lagu rancak, biasa la....fresh nasyid punya...tak main la slow and sad nie...

Anyhow..............MEMANG DAH MALU GLERR NIE!!! huhuhuhuhu *sorok muka*

Monday, June 14, 2010

Kegagalanku dalam Ujian JPJ

Ya, aku baru je balik dari IMPD. Aku ambik JPJ test untuk lesen P motosikal, dan berita sedihnya.....aku GAGAL!!!
Waaaa!!!! TT__TT sedihnya.....kecewa sungguh aku rasa.
Well aku bukannya gagal keseluruhan, cuma gagal Ujian Bahagian 2 je.
Tapi still....aku rasa sedih dan kecewa dengan kelalaian sendiri. Dua orang kakak yang sama-sama dengan aku ambik test lulus semuanya, diorang pun ambik test untuk kereta dan alhamdulillah diorang lulus jugak.
Cuma aku seorang je yang terkandas, masa bagitau kat Cikgu GG (cikgu sekolah memandu) yang aku gagal...muka dia kecewa je....macam nak menangis aku masa tu tau..

Punca aku gagal cuma one slight mistake jer. Bahagian 2 ada 5 item untuk lulus, aku kandas kat item pertama - MENITI PAPAN. Syarat untuk lulus mesti melebihi 7 saat dan kaki tak boleh cecah papan/jalan. Ini yang aku buat mistake. Careless and stupid mistake! Masa kat hujung papan tu, aku terlalu slow and eventually lost balance. Masa try nak balance balik, secara tak sengaja kaki kiri aku "ter"cecah jalan sikit...memang unlucky bagi aku...pegawai JPJ tu nampak kesilapan tu dan terus pangkah result aku, everything yang lain  - laluan kon, emergency break, pusingan 8 dan selekoh tajam semua lulus dengan jayanya...cuma tulah...meniti papan tu.

Terpaksalah aku ulang balik test Bahagian 2 tu next time (meaning kena tambah duit lagilah gamaknya - alamak, ayah mesti bising punyalah!)
Cikgu GG pun cakap maybe bukan rezeki aku hari ni, walaupun kecewa tapi nak buat macam mana kan? Bukan rezeki aku untuk lulus 100% kali ni...so takpelah..terima dengan redha jerr...

P/S: Actually aku habis pukul 11 tapi terpaksa balik sampai pukul 4 sebab nak menunggu kakak berdua tu bawak JPJ jalan-jalan (ambik JPJ test la....). Bosan menunggu tapi jumpa seorang kawan baru! Baik betul kakak tu ^_^