klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Showing posts with label SMK Sungai Pelek. Show all posts
Showing posts with label SMK Sungai Pelek. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Officially aku dah bersara

Mulai 01/09/2010 semalam, secara rasminya aku dah bersara dari Lembaga Pengawas beserta dengan pengawas2 Form 5 yang lain2 tuhh...

Objektifnya..of coz la sebab nak bagi kitorang nie rehat and concentrate untuk exam yang akan datang...

So, sekarang nie...aku jalani kehidupan sekolah yang biasa2 jer...
~ tak yah rush2 pagi2 untuk sampai awal
~ tak yah handle assembly pagi
~ tak yah panggil bebudak beratur
~ tak yah carik pengawas2 yang bertugas perhimpunan pagi
~ tak yah buat jadual tugasan
~ tak yah buat rondaan waktu rehat
~ tak payah buat laporan bulanan

SEMUA TU DAH TAK PERLU LAGI!

sekarang aku...
~ beratur kat dlm barisan kelas mcm yg lelain
~ masuk awal ke kelas
~ lepak ngan kengkawan yg lelain time rehat

and semua yang aku teringin nak buat

Tapi....macam mana sekalipun...aku still rindu tugas2 aku yang dulu. Memang la penat and stressful, tapi...semuanya dah jadi rutin hidup....memang terasa glerr la bila nak ubah rutin hidup bertahun2 tuh dalam mse 1 hari...

Bebudak pengawas yang lelain tuhh..."don't miss me okay"
(ke..korang lagi suka aku dah bersara nie =_=...memang aku tau sesetengah yang "terlebih" gembira bila aku dah bersara...takpe..takpe...)

Anyway...aku bersara dari tugas je tau..tittle aku still ada lagi ekk sampai hujung tahun.

Wednesday, August 25, 2010

Sudden outburst in the morning

Pagi ni..memang aku pun terkejut jugak arr dengan diri aku sendiri...

Macam biasa sebagai ketua pengawas yang paling bertanggungjawab dan berdedikasi di abad ini (semua ni fakta mengikut kamus dewan hidup aku haha XD) aku take care perhimpunan pagi macam biasa, panggil siapa MC untuk hari tu, tetapkan bila nak nyanyi lagu Negaraku, nak suruh pelajar2 beratur..

Tapi pagi ni... taktaulah...
MC bertugas dah panggil pelajar suruh beratur ikut kelas masing2. Tapi budak2 nie..buat selamba badak diorang jer...pekakkan telinga. (bukan selamba badak lagi, dah selamba GAJAH dah nie!)

Aku plak dah geram....terus aku grab mic, apelagi aku mengamuk la awal2 pagi tu! dengan cikgu kat sebelah aku (alah..cikgu Midah jer pun, aku bet dia pun xkan bleh control pelajar,,cyelah..)

nampak la jugak muka2 tak puas hati aku marah2 diorg...
Tapi, ADA AKU KESAH!!!
yang korang tak dengar arahan buat selamba dek jer spe sruh...hari2 cmnie bleh tension aku dibuatnya tau tak!

Tapi maybe tu last aku buat kot cmtu kot...pas jer aku mengamuk tuh..ada gak 2-3 org cikgu tegur..."awak ke yg mengamuk awal2 pagi tadi?" aku rse diorg tak kisah sangat coz dah tahu sangat dah perangai budak2 yg degil yg amat nie....tapi malu jugak wohh..

Pasni kne sabar skit...bulan puasa kne banyak sabar ye tak??

p/s : akhir bulan nie nak bersara...lega skit....takdelah banyak sangat beban lagi.

Saturday, July 10, 2010

Malunya aku......glamour je lebih! [Festival Nasyid SMKSP]


Hari ni selamat sudah berlangsungnya Festival Nasyid SMKSP.
Lebih 20 kumpulan dari Form 1 sampai la Pra-U bawah menyertai pertandingan nasyid nie.
Of course my group, (aku, Muazz, Fatiqah, Dayah, Yaya, Azira, Ika) dah buat persediaan untuk pertandingan nie. Mecca 2 Medina, itu nama yang kitorang pilih untuk kumpulan kitorang. Bersesuaian dengan tema ala Arabian. Dengan serba berjubah hitam ala minah saudi, kitorang membawa kelainan dengan membawa gimik istimewa (kami berpurdah!). Ya...purdah tu gimik semata-mata, hanya permulaan saja berpurdah.
Kitorang dah berlatih setengah mati untuk hari nie....

Semalam...tuisyen pukul 2, habis jer class about 3.30 aku terus ke sekolah untuk Jazz Chant's practice (ada persembahan Isnin nie) lepas tu...aku teman Fatiqah & Dayah practice, diorang nak "smooth"kan lagi muzik. Sampai serak-serak aku nyanyi, biasa jadi bass jer..nie kne jadi lead vocal plak. Sure la kantoi kat part high pitch. About 6.30 baru aku balik (thank god my mom tak soal apa-apa).

So...hari nie, Mecca 2 Medina is the 1st group to perform. Menggigil siot...terketar-ketar aku pegang microphone!
Kitorang mulakan intro dengan "Annalisa"

Then, terus main song "Egois" nyanyian kumpulan Mestica



Lastly, habiskan dengan sedikit chorus dari "Insha Allah" nyanyian Maher Zain



I hate to admit, tapi memang kitorang tak dapat buat dengan baik la....

1) Muzik hancur sikit at certain part (no offence to music player)
2) Harmony memang agak tak jadi
3) Lead vocal pun crack sikit kat high part (but Muazz you're still da best)
4) Aku! (aku pun tak taulah apa yang aku buat, nyanyi macam hambar then I feel like my mic is not working!)

Kitorang turun pentas dengan sedikit harapan untuk tempat ketiga atau kedua. 1st place??? nahh....we can't deserve it since we're not so good. Sautul Ummah pimpinan Wawa mesti dapat punyalah (diorang kan kumpulan nasyid sekolah...) Kira agak terlatih la...

Menghabiskan 20++ kumpulan memang letih....not to mention yang memang performance hancur (boring glerr). Aku ada tugas, merekodkan semua performance dalam video. So, I stay beside the camcorder all the time.
Lepas semua kumpulan habis ada "encore" performance (semantara judges kira markah), gabungan pelajar form 5.  Naz and Afiq yang bertindak selaku M.C untuk hari tu, tak segan2 menonjolkan bakat.
Surprised!! Afiq boleh plak bergelek atas pentas tuhh....(Masyaallah!!! serupa belly dancer dari Arab daa....)

Saat-saat yang dinantikan, keputusan......
(Kategori Menengah Atas)

tempat ketiga - kumpulan kakak-kakak dari Pra-U bawah (vocalist die memang suara sedap glerr)
tempat kedua - kumpulan Hazimah ( ada...Azleen, Ain, Azura, Khir and banyak aku tak ingat...)
tempat pertama - as expected, Sautul Ummah. 

kitorang?? jangan ditanya la....malu glerr siot... ye arr....kitorang berlatih huhahuha, konsep sikit punya glamour, baju..jangan cakap arr...kalah group lain! Tapi..last2?? even tempat ketiga pun takleh nak grab.

Tapi, ketua juri (Cikgu Rosli) pun ada cakap....dia nilai berdasarkan penghayatan lirik dan paduan suara. Yang menang tu semua lagu agak sedih-sedih dan slow pace la....penuh unsur ketuhanan.
Kitorang....lagu rancak, biasa la....fresh nasyid punya...tak main la slow and sad nie...

Anyhow..............MEMANG DAH MALU GLERR NIE!!! huhuhuhuhu *sorok muka*