klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Monday, April 30, 2012

Kunjungan Seorang Mat Salleh

Assalamualaikum~

Aku sekarang ada di kampung, menikmati hari-hari indah selepas selesai mengambil International English Language Test System (IELTS) Sabtu lepas. Indah bukan? Bermalas-malasan menikmati lembutnya angin bayu (cehh.....nampak sangat menipunya. Panas terik tau tak!)
Tapi hari ni aku harus kembali ke realiti, bermakna pulang ke Kolej Akasia dan bersedia untuk bergelumang dengan buku-buku dan past years papers. Exam minggu depan oii!!!!
(alah sedihnya......takpe...sabar jelah)

exam fever crashed the Ausmatians

KUNJUNGAN TIDAK DISANGKA

Tengah hari tadi, sedang aku asyik surf internet sebelum ke dapur menyediakan luncheon untuk hari ini. Adik aku meng"inform" bahawa ada tetamu datang.
Oh? siapakah?
Aku pun usha la..... oh... Abang Jiji rupanya.. (cousin aku)
tapi..... dia bawa seorang mat salleh bersamanya, berT-shirt kolar, seluar kargo dan beg sandang (gaya tipikal seorang tourist?)

sumpah mat salleh tu lagi handsome dari yang ni! :D

Rupanya mat salleh tu datang nak interview. Dia nak buat research pasal tourism untuk Master thesis dia. Actually, Abang Jiji suggest mat salleh tu interview ayah, but since ayah was not at home that time....so? Aku la yang kena interview...

Aku rasa macam buat IELTS speaking untuk kali kedua pulak! XD
but this time with "native speaker". Maybe impian aku nak buat speaking dengan native speaker akhirnya tercapai? bolehlah......kehkehkehkehkeh

INTERVIEW 

Firstly, I answered some questionnaire. Then ada some additional question, sumpah soalan dia macam Part 3 IELTS, kena buat critical thinking la jugak...perghh tak boleh blah!
And since mat salleh tu cakap, dia cakap ehh bukan aku cakap... "your speaking is good, so may I record our interview?" *ohh..I'm flattered* *batting eyelashes*

Macam-macam soalan la dia tanya aku.
Apa advantages tourism bagi dekat Kampung Banghuris, from the perspective of economy, social, development.
Why family aku tak involve dalam Homestay Program.
Ada kesan ke tourism dekat family aku (yang tak join Homestay)

and ada certain soalan yang menyentap la. 

PERANG MINDA

"Do any conflict happen between Islamic views and tourism?. For example, you have sisters and you accept tourist into your house, let say a Japanese man"

Pehh......dengan kata lain, kalaulah family tu terima masuk pelancong untuk Homestay and then of course la pelancong tu dalam rumah kita. So, macam mana dengan bab-bab aurat tu semua? Kan Islam mengharamkan aurat wanita kepada bukan muhrim.
Perang minda berlaku dalam kepala aku...

terkelu sebentar aku nak mencari jawapan yang solid. Sebab aku sedar, ramai orang-orang muslim kurang sensitiviti pasal perkara-perkara macam ni. Tak kisah pun stranger dalam rumah, free-free je bukak aurat. Siapalah aku untuk judge mereka-mereka tu. Aku pun bukannya muslimah yang sempurna. However, aku taknak pulak jawapan aku nanti boleh membuat dia terfikir yang hukum Islam ni senang-senang je boleh diperlekehkan, Tak ke berat tu?

Dia further pulak the question 

"How many percent do you think people who don't mind about this (pasal buka aurat depan orang lain tulah), and how many who are open minded?"

Kalau aku cakap banyak, nampak sangatlah betapa punahnya nilai-nilai Islamik dalam masyarakat. Lagipun, aku bukannya tahu sangat pun.

"Since Banghuris is divided into three, do any competitive atmosphere occur?"

Ni soalan nak menguji semangat perpaduan dan kesepakatan orang-orang kampung la ni. Banghuris ni pun kampung yang kecil jer....kalau la ada competition antara tiganya. Berlumba-lumba nak jadi the best, nak attract lagi ramai tourists, berlawan-lawan nak tunjuk hebat. In other way, bagus sebenarnya...persaingan sihat untuk ekonomi kampung kan? Tapi, kalau lebih-lebih sangat pun...will lead to other things kan?

and last sekali 
" Do any feel of jealousy occur between those who involve in Homestay (sebab biasanya income diorang memang banyak, untung weyhh....buat Homestay) and those who don't?"

Memang aku nak terangkan konsep rezeki kat sini. Rezeki setiap hamba Allah tu lain-lain, lagipun tak elok kita berhasad dengki, cemburu dengan kesenangan orang lain kan?

Anyway, aku tak nak cerita apa jawapan aku untuk soalan-soalan mat salleh tu. Biar aku jelah tahu.
Tapi, interview ni buat aku sedar dan terfikir banyak perkara. Especially, pasal diri aku sendiri....betapa ceteknya knowledge and maturity level aku. Betapa tak cukupnya ilmu di dada ini, untuk membolehkan aku bagi hujah yang bernas. 

Betul apa ustazah aku cakap dulu, kita kena ambil tahu banyak benda, kena belajar ilmu tu tu bukan sekadar nak jawab exam. Macam mana kalau ada non-muslim yang tanya kita pasal Islam tapi kita tak tahu jawab. Apa kejadahnya tu?

Sama-samalah kita perbetulkan. :)

By the way, at the end of the interview

"Your English is really good, where did you learn to speak English"
"Ermmm.......school?"
"But its really good"
"I'm going to further my study in Australia, so I do need to improve my English right?"
"Oh really....I wish the best for you then"
"Thank you" *senyum sampai telinga*

Kalau dia pun dah puji English aku, mestilah IELTS dah boleh pass ye tak??
Heheheehehehe :)
*masuk bakul angkat sendiri*


p/s: aku tak ambik gambar dengan mat salleh tu! Alah.....tengah rush masa tu, pastu terus lupa. Plus, aku tak mandi lagi time tu!! XP

No comments: