klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Friday, March 18, 2011

Sungai Congkak Story [Day 3]

[110302 - Wednesday]


Around pukul 6.00am, we all bangun, mandi & solat. Lepas tu...aku bercadang nak keluar tengok-tengok dewan makan (gelap jerr...patutnya terang and ada orang shift masak breakfast)
Pendek cerita, we all tolonglah Wak Lan masak bihun goreng untuk breakfast pagi tu..


Breakfast time!

Pagi-pagi tuhh....pasangan bahagia Pariz dan Ayu menjadi bahan cerita dan gurau senda
"Main sorok-sorok" la...."menang 2 kali" la..
Aku pun tak paham apa yang diorang cakap, tapi gelak jelaa... XD

Lepas breakfast, we all semua berkumpul dan buat sikit exercise dan stretching (aikk?? bukan exercise dulu baru breakfast ke?) Tak kisahla..
Then, buat la satu sesi "peningkatan diri" la camtu....setiap seorang kena cerita pasal "pengalaman yang tak boleh dilupakan", cerita pasal impian, cita-cita..macam-macam lah

Lepas tu, tibalah saat yang ditunggu-tunggu....we all nak main paintball!

Bagi aku yang baru first time nak pegang paintball gun tu (dipanggil marker) memang excited gilerr!


We all main shooting target, tak main battle sebab tak cukup equipment.
So, lepas briefing sikit tentang cara handle paintball nie.. Each of us dibagi 5 pallet (peluru) untuk test shoot.

Masa test shoot..dapat la jugak target aku mengena sekali..

Then, lepas semua dah test shoot....we all pun buat contest. Semua dah dibahagikan ikut group. Group  mana yang shoot target paling banyak, group tu la yang menang!


kau tengok aku feeling jer...
feeling-feeling tapi tak kena!

Lepas habis main paintball, we all diberitahu bahawa ada satu lagi aktiviti air (kira macam sukan air la like that..) apa lagi..masing-masing merungut...kaki sakit la, kasut basah, penat la... sebab masing-masing dah taknak main aktiviti lasak lagi..
Tapi, nak tak nak....we have to follow..

We all semua pergi ke nearest sungai. Ikut track semalam, jalan sikit tak sampai 5 minit ada satu sungai.

masing-masing serius je dengar briefing...

Rupa-rupanya...
Wak Lan suruh kitorang mandi sungai! Siapa yang tak basah dalam kiraan 10 akan dikenakan penalti...apa lagi..masing-masing tanpa segan dan silu..terus terjun!
Actually tak ada aktiviti apa-apa pun...Wak Lan just tak nak we all terperap dalam camp base menunggu balik... so..mandi la! (nama pun ke Sungai Congkak, kalau tak mandi apa kejadahnya..)

Kira ok la....masa naik ke air terjun pun...aku tak mandi...
So..kiranya nie boleh ganti la..



Around pukul 12.00 lebih..we all turun ke base camp, mandi, packing barang and get ready for lunch.

Lunch memang extra special this time...tak taulah kenapa..terasa sedap sangat!
We all makan pakai alas daun pisang.... sebab pinggan polystrene yang ada sudah habis, no choice..terpaksalah tibai pokok-pokok pisang yang berdekatan.
Memang syok la makan, walaupun lauk just simple-simple jer....(telur dadar, sup sayur, sambal belacan & ikan masin kan simple gilerr tuhh..)

After lunch, we all kemas-kemas la apa yang patut and get ready untuk balik!

Dalam pukul 3.00pm bas pun sampai...



SELAMAT TINGGAL SUNGAI CONGKAK!

Tuesday, March 8, 2011

Sungai Congkak Story [Day 2]

[110301 - Tuesday]
Aku terjaga tepat pukul 6.00am kerana bunyi alarm si Frankie (ape la minah nie...alarm die, tapi die tak terjaga..aku plak yang terjaga =.=)
Masing-masing pun menuju ke bathroom untuk mandi. Nak tau tak? Air die...masyaalllah~~ sejuk gilerr cik kiyah oii..
(bukannya aku tak mandi semalam, pun sama jugak sejuk, tapi nie 2 kali ganda laaaagiiii sejuk!)
Macam mana sejuk air yang you all dah masukkan ais, camtulah rasanya. Alaa...normal la kan..nama pun kawasan bukit.


Selesai mandi dan solat subuh, we all berkumpul dan buat light stretching  (mula-mula baca doa selamat dulu, bacaan oleh Imam Muda kita!)


star jump!


Sempat-sempat jugak kena sound oleh Wak Lan. Sebabnya?? Well...it suppose to be kitorang jalankan sendiri sesi ice breaking malam tadi (memang sengaja we all dibiarkan tanpa aktiviti malam tadi, suruh ambik inisiatif sendiri..bersuai kenal) But instead, semua sibuk dengan hal masing-masing (sah-sah we all bertiga pun terasa, dahlah terperap jer dalam bilik dorm malam tadi..heh -.-)
So, buatlah ice break session yang agak pendek. 
Alkisahnya..aku mendapat gelaran "minah" dalm sesi itu. Gara-gara seorang mamat Putrajaya yang tak tahu nama aku dan secukup gula sesodap rase memanggil aku "minah" (ape kejadah minah??? joyah ke..kiyah ke..kan sedap lagi tuhh). Ape-ape jelah..


After senaman, breakfast la dulu...menu: nasi goreng


Dalam 8.30am we all pun start ekspedisi mencabar tuhh.




Memang we all sudah diwarning awal-awal bahawa perjalanan mengambil masa 3 jam, melalui bukit yang curam dan sebagainya. However la kan...(korang macam tak tau aku) belum pun 1/4 perjalanan memang terasa betul letihnya... sampai-sampai aku dah tak larat nak jalan lagi (baru sikit kau dah pancit ape hal??!!!)
Maklumlah...aku ni duduk kat rumah jer..suruh jogging pun bukan main malas...sah-sah la beb =.=

rest sekejap...

Ada sekali tu, masa tengah lalu gaung...memang curam la, kena slow-slow sebab bawah tu sungai. Kalau tergelincir jatuh.... nasib baik, masuk ICU, nasib tak baik.... dapat rumah baru tiang dua. nauzubillah
Kat situ..dan-dan boleh pulak aku tergelincir..Alhamdulillah aku sempat berpaut, kalau tak....buat naya jerr..

Yang lain-lain pun ada kisah-kisahnya..ada yang berkaki ayam, berstokin saja pun ada, yang dilanda pacat sampai nangis-nangis, terpegang pokok berduri, tergelincir, dapat tongkat ali.. ehh?? 0_o

At first aku steady jerr dengan budak-budak lain...tapi last-last aku punya maintenance dah low....
Bila dah dalam 2jam perjalanan camtu... tinggal aku seorang jer girl kat belakang...terpaksalah boys-boys tuhh escort aku (diorang takleh tinggal aku sensorang, salah disisi masyarakat! XP)
Cehh...aku sorang jer tapi escort belakang dekat 5 ke 6 orang.
Tapi apa-apa pun..aku nak say sorry and thank you banyak-banyak kat diorang sebab sudi tunggu dan bersabar dengan aku yang slow (kejap-kejap nak buat pitt stop), asyik merungut dan buat bawak banyak problem.

Pariz, Faiq, Alif, Zuhud, Zuno, Wak Lan (dan sesiapa yang mungkin aku terlupa nak mention)

SORRY & TERIMA KASIH SESANGAT
 
sob..sob..sob terharu aku..

Nak dijadikan kisah, dalam 3/4 perjalanan (dah nak sampai la kiranya...) Finally dapat aku melepasi bukit yang bukan main curam (nak digambarkan kecuramannya...sampai lutut bertemu dagu la, macam tulah dia punya curam) 
Tiba-tiba...
Kaki kiri aku bagai dipusing dengan sepana...kat situ jugak aku terduduk dan terbaring mengerang kesakitan (kaki aku cramp daa....) Pariz dengan sepantas kilatnya bagi first aid, pull and push kaki aku, Hampir-hampir nak kena penampar siam mamat tu (kau tarik-tarik, pusing-pusing kaki aku..sakit siott!!!)
Dalam few minutes la jugak delayed...sebab nak tunggu kaki aku lega sikit, time aku buka stokin untuk sapu ubat...dapatlah menyaksikan pacat-pacat bersekutu dengan enaknya melekat di kaki aku (aku dah agak dah...tak satu mesti dua, tiga dan seterusnya..). Lepas lega sikit...we all teruskan perjalanan.

Finally! dalam pukul 11.30am we all sampai ke air terjun!!



memang cantik betul tempat nie....air dia jernih dan sejuk! 
Betullah kata orang "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
Sakit dan susah we all nak sampai sini terbayar bila dapat tengok pemandangan yang cukup cantik dan belum tercemar nie (takdelah tercemar sangat)
Tapi...hati rasa sakit jugak bila tengok sampah-sampah yang bertaburan. Ini kes datang sini pastu tinggal je sampah-sampah yang dibawa. Apa, you all ingat ada Majlis Pembandaran ke yang datang nak kutip sampah tu?? Pakai la akal anugerah Allah tu, ni kawasan hutan...mana ada tukang kutip sampah!

Huu...sabar jela... Ok...back to the track. Disebabkan we all tak bercadang nak berendam dan disebabkan jugak kaki aku yang sakit..aku & Frankie main air jer kat tepi. Rendam-rendam kaki...


Zerry jer yang syok main air
Tuan puteri sedang bersiram~~

Dalam pukul 1.00pm kot (sorry I lost my time track). We all pun lunch..
Dah masak & packing makanan awal-awal (siapa masak, jangan tanya I..)
Memang survival gilerr...yang ada just nasi impit & ayam masak kicap. Dengan tak ada pinggan dan sudu, masing-masing makan la seadanya...plastik ke, daun ke..semua dikebas buat pinggan makan. Ala-ala mangsa Gaza..macam tulah kot..

yang macam orang kebulur pun ada aku tengok..

Lepas main air lagi sikit-sikit, bergambar posing-posing maut semua, bergurau senda simbah-simbah air (aww~ romantik you~). We all bertolak turun around 2.00pm

sempat ambik gambar syok sendiri..hehehe =_=

Perjalanan turun..we all pakai track lain.... surprisingly..perjalanan hanya mengambil masa 1 jam!! 
Memang sah kena main dengan Wak Lan & Pakcik Hadi. Actually, memang kalau ikut track sebenar hanya take about 1 hour and tak ada lalu gaung, curam, lintas sungai dan sebagainya..track dah sedia ada dan selamat. Memang senang hati betul turun (aku takde buat pitt stop pun...) Hishh...sabar jela..

sejam kemudian...
dah sampai~

Masuk je ke base camp, we all terus mandi & solat. Mula lah semua sakit-sakit kaki....macam-macam minyak disapu dan bermulalah komplen-komplen tentang pacat. Sempat jugak we all terlelap dalam 1 jam gitu...

Lepas maghrib, barulah we all muncul dekat dewan makan. Kena perli dengan yang lain-lain, "Ni hah baru keluar ICU". Takpe-takpe..relax..
Dengar-dengar dinner malam ni special sikit...ada BBQ. Weee~~ memang suka bebenor..
Dapat la jugak aku tolong-tolong sikit dekat dapur, aku masak mee hailam untuk malam tu..(sebagai nak ganti ke tidak beradaan aku kat situ masa aku "masuk ICU")

dapur kecoh time orang Penang masak nasi goreng

Memang happening dinner malam tu....makan pun sodap jerr...



Lepas tolong sediakan bahan untuk masak sarapan esok, masak air, buatkan air teh..
Aku, Frankie, Zerry & Hajar pun masuk tido...
We all bukan terus tido...no no no..... macam biasalah..gosip-gosip dulu..kekekeke
Memang syok betul dengar Hajar bercerita, dari cerita dia kerja kat Bistro Olio, Sepang Gold Coast, sampailah ke cerita couple-couple di kalangan kitorang nie.. (sambil-sambil tu menguyah Chipsmore)

Aku memang tak rapat dengan mereka-mereka yang turut serta dalam trip nie, memanglah we all semua satu sekolah rendah dulu..tapi lepas aku pindah sekolah time Form 1, sedikit sebanyak..hubungan tu dah tak serapat macam dulu...
Rasa agak asing, tapi kenalah pandai-pandai bawak diri kan...they all semua bukan orang lain..kawan-kawan satu kampung aku jugak..dari cerita-cerita Hajar, secara tak langsung aku dapat tau perkembangan diorang semua..termasuklah sejarah-sejarah lama..

Bila mata dah berat...we all pun tido~ (kaki still sakit~)

TBC

Saturday, March 5, 2011

Sungai Congkak Story [Day 1]

Nak share story Sungai Congkak. Ce..cite..ce..cite


Alkisah, hari Isnin yang lepas aku bercamping kat Sungai Congkak (honestly..macam tak boleh nak panggil camping sebenarnya) selama 3 hari 2 malam. Program ni anjuran pihak Masjid Bukit Bangkong...saja buat program untuk belia, lagi-lagi lepasan SPM
Tujuan: Isi masa lapang dengan aktiviti yang ada jugak pekdahnye...kan baguih tu..
Semua belanja (makan, minum, transport, stay) ditanggung beres oleh pihak masjid. Orang nak bagi trip free..sape taknak beb! Golden chance! Grab it while you can!


[110228 - Monday]


Plan asalnya aku nak angkut kroni-kroni aku..Kenzo, Ira, Frankie & Zerry..tapi last-last Zerry saje yang confirm nak follow..takpelah. Even agak kecoh the night before, tapi esoknya pukul 9.00am aku dah terconggok kat depan Al-Ulum (tempat berkumpul)


Time briefing..we all diinform bahawa bas akan arrive around 2.00pm. Perghh! awat lama bebenor? Aku tau camnie..lebih baik aku stay kat umah dulu..prepare lunch ke hapa. Boleh jugak adik-adik aku makan nanti.
Hati memang agak panas..tapi ingat..."Setiap yang berlaku ada hikmahnya". Aku text Frankie untuk inform hal ehwal semasa nie...wondering if dia boleh clear problem yang dihadapi & boleh join sekali. 
Alhamdulillah...Frankie cakap dia boleh join venture, bertambah la kroni aku..ecececehhh..


Me & Zerry go back to my house first.. (lunch dulu..landing-landing dulu..lama nak tunggu tu beb!)
Around 1.00pm Frankie datang rumah aku, very ayu berbaju kurung merah you~~aww~


We all bertolak pukul 2.30pm. Sempat jugak aku top-up tidur dalam 30min (semalam 3.00am baru lelap!)
Sampai sana dalam 4.30pm, memang excited tengok sungai yang mengalir kat tepi tu...



Place that we gonna stay called "Asli Adventure Base Camp"
Perghh! dengar nama pun macam dah adventure gilerr. Tempat dia okay la...ada surau, dorm, dewan makan, bathroom. Walaupun facilities tak seberapa..tapi cukup la untuk stay 3 hari.
Lepas sedikit briefing and welcoming dari tauke kem tu...We all decide tengok-tengok keliling tempat tu..buat small tour sikit


Overall, this place memang green. Ada satu kolam besar (seperti yang dilihat dalam gambar). Rasanya boleh buat aktiviti air macam rakit, kanu..oh ye..ada boleh buat flying fox juga.

Emm..siapa yang menyelia we all kat sini? emm...ada la seorang anggota biro belia dari Masjid B.B, Encik Mas Hadi dan seorang lagi, Encik Ramlan atau panggilan mesranya Wak Lan.

Dalam nak dekat-dekat maghrib camtu...aku, Zerry, Frankie & Tiya tolong Wak Lan masak dinner (kat sini kitorang kena masak sendiri..)


Berjayalah we all menyiapkan, sup tulang, sayur kubis masak tumis & telur dadar

Malam tu, after dinner...takde la aktiviti apa-apa..cuma ada la mereka-mereka yang lain decide nak jalan-jalan ambik angin dekat luar (luar base camp). Aku, Zerry & Frankie terasa malas pulak nak mengikut..jadi we all pun stay je dalam dorm. Bertiga je dalam dorm...we all gosip-gosip sikit... bila mata masing-masing dah berat..ape lagi, alas bantal tarik la selimut!
Masing-masing tak sabar nak tau apa yang bakal we all tempuhi esok, sebab esok.... kitorang akan pergi hiking untuk ke air terjun!

TBC...   

Wednesday, February 23, 2011

Welcoming the New Family member

New cutie in da house!!!!
This cutie baru je menjadi pendatang baru rumah I siang tadi






Chumel kan? Mata dia bulat & besar, gemuk, bulu lebat. Kiut sangat!!!
adik-adik aku semua suka kat die
>0<

Alkisah...aku terjumpa dia wondering di tepi jalan semasa aku sedang menjemput si kecik Raziq dari tadika. Orang kata cinta dari mata turun ke hati? (cehh..jiwang pulak minah nie..) kira camtu la feeling aku bila terpandang dia.
Takut si comey nie dilenyek dek kereta dan lori yang lalu lalang....aku bawak dia balik tanpa pikir dua kali. Seriously..kalau aku tak ambik dia..Maybe I can't sleep tonight sebab asyik memikir keadaannya..
Begitulah aku jika melibatkan hal ehwal haiwan sedunia (especially kucing) :-)

Dia ni very active and friendly...cepat jer die dh nak campur ngan kucing-kucing yang lain...
Dia nak main ngan Jojo, tapi Jojo buat donno jerr....
Nak main ngan Aira, Aira pandang semacam jerr..last-last main sendiri..heee
ahaks XD Jojo dah macam aku...tak suka terlompat-lompat terkinja-kinja..cool jerr..haha

Lepas aku mandikan dia petang tadi..terus aku adakan sesi photoshoot untuk featured dalam blog nie.
Penat seyhh.... dia nie xtau duduk diam..asyik lari sana..lari sini...


tengok..kontranya die ngan Jojo
>3<

penat lari-lari..minum dulu






She haven't got a name..yes..dia nie female
Any idea? I tak tau nak panggil die ape...
=.=

Tuesday, February 22, 2011

Kekejaman Manusia : Sup Bayi Manusia

Terkejut baca tajuk post tuh?



Memang patut korang terkejut... 
Inilah antara bukti-bukti betapa manusia kat abad 21 ni dah hilang ciri-ciri kemanusiaan (dah tak layak panggil manusia dah..panggil BINATANG je!!!) huuuu....sabar..sabar..


Maybe sesetengah kita dah pernah dengar kisah-kisah camnie... Sebenarnya, aku pun pernah dengar (pernah dengar "Sup Janin" la...sama ke?)
Tapi tak pernah ku melihat gambar bukti....
So.... bila nampak je ni...Istighfar tak putus-putus aku...NGERI..
Aku yang tengok je rasa macam tak tertanggung dosa, apatah lagi orang yang buat perkara-perkara terkutuk camnie. Dilaknat Allah la mereka-mereka itu!
Macam dah takde benda lain nak makan...Oii! Korang nak makan sup GAJAH sekalipun lagi terhormat dari makan benda camni


So? You all ada bran nak tengok? Kalau dah confirm you all takkan kena heart attack atau nausea melampau...silakanlah..


>>Bayi Manusia dijadikan Sup makanan...ada bran tengok kerw!!!<<


Bagi kes-kes buang bayi yang dah naik menyampah aku baca kat paper..
Takde bezanya ngan ni...
Dibuat sup / dicampak ke sungai / tong sampah / dibakar  apa beza???? Semuanya dosa terkutuk membunuh bayi yang tak berdosa!
Sama-sama la kita jadikan iktibar.