klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Tuesday, February 15, 2011

Lunch Budak Takde Kerja

Alone at home masa tengah hari. Familyku semua keluar shopping-shopping sikit. Jangan ditanya kenapa aku tak join venture, alasan "MALAS" pasti diberikan.


So, kurang la kerja aku... tak payah masak for lunch. Just masak untuk diri sendiri makan.
Aku decide nak buat food ala-ala Korean gitu....walaupun bahan takde, tapi asalkan ada rupa-rupa gitu..dah puas hati.


Korek la ape benda yang ada kat peti harta tu (a.k.a peti sejuk). Jumpa sini sikit, situ sikit...jadilah!

masa nak pecahkan telur, terpecah pulak kuning telur tu....dah tak jadi


patutnya pakai red pepper powder, tapi kita gantikan la dgn cili sos

this is my lunch for today
itakadimasu~~

masakan nie..aku taktau ape namanya...."Beef Over Rice" kot..
pengaruh dari CNBlue Yonghwa time WGM

Resepi Spaghetti Bolognese

Nak berkongsi resepi yang paling terer sekali aku boleh masak. Kalau yang lain2 tu kadang-kadang fail je...tapi kalau bab Spaghetti memang tak pernah FAIL! Spaghetti maniac macam aku ni..kalau tak pandai masak sendiri buat malu jela...

Spaghetti Bolognese ala Melayu


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti       (paling sedap 'San Remo')
1 tin sos Spaghetti      (aku sarankan 'Prego')
1 labu bawang besar kuning      - dicincang
6 ulas bawang putih       - dicincang
1 tin cendawan butang      - dipotong kiub kecil
1 biji tomato segar     - dipotong kiub kecil
500g daging lembu/ayam cincang
1 sudu kecil herba oregano     (takde pun takpe)
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
air secukupnya
sedikit minyak masak     (kalau mampu, beli olive oil)
garam dan gula secukupnya

CARA-CARA :

Sos Spaghetti

1.  Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan herba oregano. Tumis sampai naik bau.


2. Masukkan daging lembu /ayam cincang dan cendawan butang. Masukkan sedikit air dan biarkan daging lembu/ayam masak.


3. Masukkan sos Spaghetti Prego, sos tomato, sos cili dan tomato segar. Masukkan sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat. Tambahkan garam dan gula secukupnya. 



*Tambahan
  - kalau tak makan daging lembu/ayam, boleh gantikan dengan seafood spt udang, sotong, tuna & sardin.
  - kalau suka pedas, tambahkan lagi cili sos sampai puas.
  - kalau tak ada sos spaghetti, boleh pakai puri tomato.

Spaghetti

1. Didihkan 2 liter air dalam periuk dan masukkan 1 peket spaghetti. Rebus spaghetti sehingga al dente dan toskan airnya.

*kalau nak tau dah al dente ke belum, campakkan sehelai spaghetti ke dinding. Kalau melekat di dinding, maknanya spaghetti anda sudah al dente dan sedia untuk diangkat dan ditoskan.


2. Spaghetti yang sudah ditos tadi, gaulkan dengan sedikit minyak/marjerin/butter supaya tak melekat.

Siap! Bolehlah hidangkan Spaghetti Bolognese you all!


*Tambahan
  - nak lebih sedap, taburkan parmesan cheese ke atasnya. Yummy~yummy~




Tuesday, February 8, 2011

Leter sana, leter sini

Satu kesedaran yg aku perasan dua tiga menjak nie....
Aku lagi kuat meleter daripada mama aku....


Kadang2 mama aku relax jer bile budak2 tu (especially si kecik yg nakal nk mampus tuh!) buat huru-hara, sepah-sepah & comot-momot.
Tapi nanti akan kedengaranlah suara high pitch aku..inilah, itulah, buat inilah, buat itulah.. bla..bla..bla..


Jadi P.R ni dah buat aku jadi mcm mak-mak


Aduhai.... =_=

dan leteran pun terus berlaku.....

Sunday, January 30, 2011

Jojo penyeri baru hidupku

Aku kehilangan Kimi pada Ogos tahun lepas, maybe semua orang ingat yang aku biasa2 je....tapi  sebenarnya kehilangan Kimi memang cukup terasa buat aku.
Semasa aku sedang struggle untuk SPM, memang aku kurang masa untuk Kimi. Schedule aku occupied, dengan tuition, aktiviti sekolah & sbgnye. Aku dah jarang main dengan Kimi, perhatikan makan minum dia.
Maybe sebab aku kurang perhatikan dia, Kimi sakit dan akhirnya pergi buat selama-lamanya. Tinggalkan aku...sendiri...


Bila aku tengah makan sorang2 di tengah hari yang sepi, atau duduk saje2 ambik angin petang...kadang2 aku teringat pada Kimi.
Macam terdengar2 Kimi mengiau mintak perhatian, macam terasa dia bergesel2 kat kaki ni...


Aku jaga Kimi dari saiz dia sebesar tapak tangan aku....



sampailah dah besar....

 

Kadang2 adik-adik aku ckp yang aku manjakan Kimi sangat.... fufufufufu


Kimi....mummy miss you so much....

Lepas Kimi dah takde, aku tak cari pengganti lain.....aku terlalu sibuk, takut tak terjaga pulak nanti...

Tapi sekarang....
Jojo menjadi penyeri hidupku...




Chumel kan? kan? kan?

Jojo ni anak Cynthia (Cynthia is a cat that always hang out around my house)
and..oh yes...we gave names to the cat that were around our house, bukan kucing kitorang..but they're always here..
Since Jojo ni mesra & manja, I decide to take care of him...but still tak boleh detach dia dari mak dia. 
Jojo ni sangat manja... I hope dia akan membesar jadi kucing yang sihat dan comel...
Boleh main dengan mummy....kan?kan?kan?
hehehehehe

Saturday, January 29, 2011

Failed Asam Pedas

Hari Sabtu yang agak tenang.....
Tenanglah...budak2 cuti..takyah aku bangun awal2 pagi. I'm lacking of sleep recently, pagi2 mata kelat jerr..tapi xleh sambung tido sebab banyak kerja nak dibereskan.
Hasilnya, even baru 8.30PM, nampak bantal jer aku terus passed out


10.00AM aku menskodeng peti ais besar kat rumah tuhh, mencari2 ape yang nak dibuat menu untuk hari ini. Maka terjumpalah sang-sang ikan yang entah mana asalnya dan bila tarikh check-innyer...
Daripada kubiar ikan2 itu menjadi spt Imhotep, Tutankhamun ataupun mana2 mumia yang bersekutu baiklah aku masak jadi lauk familyku hari ini.
Sedangku bercadang nak diapa2kan mereka itu, mama kesayanganku pun budge-in . 

MAMA : "Masak asam pedas jer ikan tu.."

Asam pedas? Ye tak ye jugak kan....dah lama tak makan asam pedas. Tapi.....camne nak masak asam pedas? Berlaku perdebatan didalam otakku tentang cara masak asam pedas, macam itukah? macam inikah?
Tanpa dipinta, mama menerangkan cara-cara dan resepinyer...
"Tumbuk itu, ini dan itu.....tumis ini, itu dan ini....masukkan itu..."dan sbgnye. Aku mengangguk dan memulakan ops. asam pedas ni...



Few minutes later...
bila dah ada rupa kuah asam pedas, mama pun buat spot check

MAMA : "Apasal cair sangat kuah ni?"

Eh? ye tak ye? patutlah aku rasa macam tak kena...patutnya lebih merah dan menyerlah. Cubalah aku adjust sikit...setelah ditambah garam dan sbgnyer...hampir nak siap...aku pun cuba rasa masterpiece aku nie..

AKU : "Mamaaaaa! tak sedap!"

Mama pandang aku dengan pandangan 'Kalau tak sedap biarlah, sape yang masak?'. Walaupun begitu, aku hidangkan jua

Failed Asam Pedas!
TT____TT
*nangis sampai banjir*


ya...tuan2 dan puan2..memang tak sedap. Takdelah sampai tak bleh makan atau ape..cuma rasanye tak seperti asam pedas yang selalu aku makan. Kurang pedas, kurang rasa, kurang ini dan kurang itu..
Yelah..I bukan pro bab asam pedas ni...
Tapi takpe....next time pasti lebih baik
Apa2 pun..kali ini..asam pedasku...