klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Monday, January 7, 2013

Program Semai Mesra 2013 (Day 1)

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Sabtu & Ahad lepas selesai sudah aku follow program kegilaan ramai (kegilaan??) bakal-bakal flyers to Australia/New Zealand
Atas permintaan ramai, maka aku kongsikanlah pengalaman aku sepanjang program berlangsung.
("permintaan ramai" tu gimik jer...haha)

On the way to Kuala Kubu Bharu

Agak confuse juga nak cari Ampang Pecah Training Center ni (surf google map tak jumpa wo!)
Berpandukan arah yang ditunjukkan pakcik aku yang duduk area Rawang (kira dekat-dekat dengan KKB, so dia tahulah jalan-jalan dekat situ kan~) akhirnya berjumpa jugaklah tempatnya walaupun ada salah masuk jalan beberapa kali. Hehehe

Ampang Pecah Training Center, Kuala Kubu Bharu

Aku pernah ke sini untuk i-PRO Khas suatu masa dulu, memang menggamit memori lah~
Memori masuk hutan, solat dalam hutan, memori berakit, rakit hampir karam dalam tasik, memori Lin kena birthday prank! Hahaha. Lin pun cakap dia takkan pernah lupa memori tu.
Glad to meet again some of the Ausmatians! This should be a small scale reunion I guess *happy*happy*

Selesai mendaftar dapatlah a file (which contains some quiz & evaluation papers, muslim guide, chocolate) a T-shirt and some snacks.

Ice breaking

We played a few simple indoor games and make some performance.
(Dapat dengar suara merdu Lin nyanyi wo!! bakat terpendam!)

A ta'aruf session kan. Biasalah... just played around a bit to get to know each other.

First activity, we're divided into negeri asal masing-masing, then with group members, we need to think of a 3 minutes sketch to promote negeri masing-masing~

orang-orang selangor dok promote Selangor!
I'm in KLIA section! haha XD

'Tagging' game~ siang-siang lagi dah kalah dah~

Standing in The Eyes of the World

The speaker for this session is kak Amie Sofia.
Katanya dia ni personaliti TV Al-Hijrah & pemenang satu program realiti ni


Seorang graduan Universiti Al-Azhar. Sangat cantik orangnya~
She talks about how to be a unique person, someone who suit to be 'standing in the eyes of the world'

She speaks a lot about 'peribadi muslim'.
How to be a muslim yang betul-betul berkeperibadian muslim yakni memiliki 10 ciri-ciri:
1) Akidah yang sejahtera
2) Ibadah yang sahih
3) Akhlak yang mantap
4) Luas pengetahuan
5) Sihat tubuh badan
6) Mampu berdikari
7) Melawan nafsu
8) Sangat menjaga masa
9) Tersusun urusannya
10) Bermanfaat pada orang lain

Aku suka masa dia cerita pengalaman dia di Gaza,
She told us that dekat Gaza sana, dia jumpa satu pasukan pejuang Palestine yang diberi nama Briged Al-Qassam. Diorang semua pakai topeng macam ninja, tutup muka belaka.
Nevertheless, she felt Briged Al-Qassam tu sangat-sangatlah handsome.
How can you say that when you never saw their faces??

Then she told us.

Untuk jadi anggota Briged Al-Qassam they all must perform subuh prayer secara berjemaah, everyday, selama 6 bulan berturut-turut, tanpa ponteng walau sekali pun!
And they're all penghafaz-penghafaz Al-Quran.

MashaAllah. Handsome kan? Tiba-tiba aku pun rasa diorang tu handsome sangat-sangat!

And so banyak lagilah yang dia cerita, about how to be someone yang betul-betul stand out from the others.

Money Matters

Selesai pasal peribadi, let's talk about money~

The next speakers is a Jurutera Wang. Encik Mursyidi Mohd.

 

A Petronas engineer, graduated from the University of Auckland, New Zealand. Checkout his website
Basically he gave advice about financial. How to manage our finance starting from now, supaya kita tak jadi one of those belia yang diisytihar muflis akibat bebanan loan rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya.

He talks a lot about SAVING.
SAVE before you spend.
make sure your expenses DO NOT EXCEED your income
RECORD every penny that you spend for future reference

Mostly things that I've done all this time, but I'm not taking it more seriously.
Selalu sangat tergelincir dari landasan jugak.
Maybe I should strictly follow these rules from now on.

He talks about ways to become RICH! (my favourite topic! *mata bersinar*)
He said that we should make a financial plan for ourselves from the day we start to received our study income (biasiswa sponsor tu) until we retired, and sampailah kita pergi menemui Ilahi. Semua tu kena rancang starting from now!

Masterchef Musafir

No, no. Unfortunately tak ada personaliti masterchef untuk slot ni. Haha.
Basically aktiviti riadah sahaja. We need to play some games.
Ada 6 check point, and we need to solve some task for each check point in order to gain ingredients.


my groupmates!

A very fun game, paling seronok masa game "ulat beluncas". Memang epik tengok team Simamora jatuh berhempap-hempap macam domino. Kesian~

Habis keenam-enam check point, my team (Group 1) dapat tomato slices, timun slices, bread, mayonaise, and boiled eggs (tak dapat black pepper coz we all kalah game straw. Huhuhuhu)
Obviously kena buat sandwich kan? 
So, buatlah sandwich according to creativity (we made 'car sandwiches'!)

ada rupa kereta tak?
Fiqh of Traveller

Malamnya disambung pula dengan talk about sedikit ilmu fiqh.
Minta maaf banyak-banyaklah aku tak ingat nama ustaz yang bagi ceramah tu.

Ustaz ni banyak ingatkan tentang niat. You know, we all yang nak belajar oversea ni kenalah ada niat yang betul, matlamat dan hala tuju, ilmu agama yang cukup.
"Kalau niat tak betul, baik jangan pergi sajalah" macam tulah ustaz tu cakap.

Then, ustaz ada sentuh jugak beberapa part pasal ibadah such as Jamak Tamam.
Jamak Tamam dimana kita menghimpunkan dua solat, dan dilakukan dalam satu waktu.
For example Zohor dihimpunkan dengan Asar dan dilakukan dalam waktu Zohor.
Bezanya Jamak Tamam dengan Jamak Qasar ialah Jamak Tamam tidak melibatkan perjalanan melebihi 2 marhalah dan kita tidak memendekkan rakaat (means we perform full rakaat for both solah)

This Jamak Tamam is strictly for when kita mempunyai kesuntukan waktu yang tak boleh dielakkan. For instance when we're a student nanti, sometimes waktu siang macam lebih pendek kan? then we have exams. Katalah waktu exam tu memakan seluruh waktu Asar, kita tak ada kesempatan nak solat Asar, habis exam je dah maghrib. Then, we should perform Jamak Tamam on waktu Zohor sebelumnya tu.

Dia ada terangkan juga about solat dalam plane and performing wudhu by khuf.

Khuf is when winter, sejuk sangat kan? Kita tak boleh nak buka stokin untuk ambil wudhu coz sejuk sangat (it's freezing man!)
So, we can just 'sapu' sahaja dengan tangan yang basah di atas kaki yang berstokin itu.
But this come with certain syarat
- mesti berwudhu secara sempurna dahulu, sebelum memakai stokin dan berniat khuf
- stokin mesti melebihi paras buku lali
- stokin mesti tebal
- kalau stokin dibuka secara sengaja, maka batal khuf
- jika musafir, khuf sah untuk 3 hari x 5 waktu solat
- jika bukan musafir, khuf sah untuk 1 hari x 5 waktu solat

And he talks more about other things as well. Wallahualam.

Sharing is Caring

I could say, my favourite slot?
Sebab by this session we felt much closer to the seniors and more info we could gain.

We're divided by places such as Adelaide, Sydney, Brisbane, Victoria, Melbourne, Perth, New Zealand and given seniors from respective venue. 
Sayangnya Canberra tak ada langsung senior yang turun padang, dahlah kitorang cuma ada tiga orang yang aim Australian National University (ANU) (aku, Umai dengan Insyirah bertiga je), 
memang rasa macam loner sangat lah~

Last-last kitorang kena gabung dengan Sydney punya group, since Sydney is the state nearest to Canberra.
Bolehlah daripada tak ada langsung kan~
Memang in this session senior cover banyak benda. From airport pick-up, rumah, food, furniture, sampailah beli kereta. Bak kata seorang abang tu, memang lenjan senior dengan questions and whatnots cukup-cukuplah.

Banyak sangat benda dapat tahu, daripada aku yang blur semacam je..jadi cerah mata memandang. Tapi sayang masa macam pendek sangat. Sekejap jer dah 11.30 pm. masa untuk 'kembara mimpi'lah~

to be continued....

picture credit: Fairuz Izyan & Google

p/s: esok mula my first job ever!
excited + nervous = taktau nak cakap pa dah!

Friday, December 7, 2012

27th Golden Disk Award in Malaysia

Assalamualaikum.

Aku melayan Buletin Utama TV3 jam 8.00pm tadi sambil tolong mama menulis markah kertas SPM Bahasa Malaysia.
Towards the end, keluarlah berita pasal Golden Disk Award (GDA) yang akan diadakan di Malaysia bulan Januari ni.

Hah? Apa tu GDA?
GDA is one of the big yearly event untuk industri muzik di Korea, kiranya kalau kat Malaysia ni...macam Anugerah Industri Muzik (AIM) la rasa-rasanya...

As one of Kpop fan, of course la rasa excited tu menjalar ke seluruh urat saraf!
Lebih-lebih lagi when in the news, they announce that F1 Circuit in Sepang is one of the possible venue.
15 minutes away by car from my house and over 20 Kpop artists dijangka akan hadir, you can't even imagine my feeling!
Such a waste if I can't attend such an event yang selama ni aku boleh tengok through TV or youtube sahaja kan?

The venue pun not yet confirmed, I heard they might consider stadium Bukit Jalil or Genting as well..
The news reported that it will be held on 15 to 16 January 2013

somehow.... money issue is a big problem here

entry ticket start from RM688 and RM999 (entry for 2 days)

Aigoo...Aigoo.... *garu kepala*
mana aku nak cekau duit banyak tu Cik Timah oii!
Bagi yang mampu itu mungkin tiada isu di situ, tapi bagi aku yang tak berharta ni... masalah BESAR di situ!

Lagi-lagi bila depa dok sembang yang ada kemungkinan yang agak besaq juga la bahawasanya TVXQ akan attend event tu

TVXQ woi! TVXQ!!
cinta hati aku for almost 6 years!

Memang merana jiwalah aku kali ni lagi, sama kes tahun 2010 dulu bila JYJ buat showcase in Bukit Jalil and I can't attend coz it's very near to SPM that time...
even terlepas peluang nak sambut Jaejoong, Yoochun & Junsu oppa arrival in KLIA coz I have tuition on that very day.

I want to meet Yunho oppa and Changmin sama~~

Onegai  ~ ~      T^T

pilunya hati...

picture credit: frapbois tistory & google

Thursday, December 6, 2012

A Short Visit To Kuan Wellness Ecopark


Last Sunday, we make a short visit to this one small, beautiful place.
Kuan Wellness Ecopark ni terletak di Tanjung Sepat, between Morib dengan Sungai Pelek.
Visit the official webpage here

Tak pernah tahu pun ada that kind of place near my house, tak jauh..around 15 minutes by car (I think so).
Actually my family and I baru balik dari kenduri kahwin rumah Nenek Milah, anak Nenek Milah kahwin.
After shopping sikit dekat pekan Banting tu, on the way balik, ayah singgah kejap.

Gambar kat atas tu ialah sebuah bangunan besar, the one yang people use untuk dapatkan sarang burung tu la...


I think ayah brought us here because dia nak tengok Eco Farm ni jer
Nothing much here, its just a small place with some animals, both rare and very common animals
Eco farm ni ada ayam belanda, guinea pig, rabbit, iguana, mandarin duck, burung merak, burung nuri, parrot, pigeon (lain sikit la pigeon ni) and...tak ingat lagi dah..

Parrot
Aku pergi dekat jer, tiba-tiba dia posing~
*snap*snap*

some kind of ayam yang aku tak ingat namanya
warna bulu dia sangat cantik!

burung merak stingy~
dia tak nak tunjuk ekor dia :-(

pigeon yang macam kena kacuk dengan ayam serama
jalan terkedek-kedek
comel~~

there's a cafe there, I think they served sup sarang burung

Cantik kan rumah ala-ala Inggeris ni?
They sold their product here~

classic cars for display~

And...lastly momento picture



I can't get around much
but at least, it such a pleasant experience
seems like a small portion of my 'doa' Allah makbulkan.
it happens right after I wish for a change in my daily schedule ^_^

p/s #1: there's only one unpleasant thing. Ada this kind of unpleasant smell around the place. I don't know datang dari mana

p/s #2: baca Zaf post pasal lagu Tohoshinki - Doushite....  serius terharu.
terima kasih Zaf sebab suka lagu tu!!! T___T

Sunday, December 2, 2012

Omelan Waktu Cuti

Assalamualaikum.

Haihh....
Aku tak tahu kenapa aku kerap sangat mengeluh baru-baru ni
Mungkin sebab terlalu bosan?

Orang cakap mengeluh tu tak bagus.
Bak kata orang Cina, mengeluh tu menghalau "ong", yakni "nasib baik" untuk manusia.

Tak kisahlah betul ke tidak kan? Pernyataannya disini, mengeluh itu tidak bagus.
(Dah tu yang kau buat tu apa hal?)

Nak buat macam mana? Perlakuan tu terjadi secara automatik.
Setiap hari aku mengulang rutin yang sama sepertimana selepas habis SPM dulu.
Rutin statik, sangat membosankan.

Bangun tidur > makan > laptop > masak > mandi > laptop > makan > laptop > tidur petang > makan > mandi > masak > laptop > makan > laptop > tidur.

Begitulah rutin harian aku.

(Kenapa kau tak buat perubahan? Cari hobi baru, projek baru mungkin?)
Untuk pengetahuan, aku seorang yang sangat malas.
Buat sesuatu yang aku memang tak perlu buat, wasalam lah....memang aku tak akan buat.

Apa yang aku perlu sekarang ialah percutian,
percutian bersama keluarga ke suatu tempat dimana aku boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Namun, semua itu mungkin mustahil buat masa terdekat ini.
Mama sibuk menanda kertas SPM yang berlonggok di atas meja dan ayah...  ayah tetap ayah.
Mungkin tidak lama lagi, mama akan sibuk pula menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru Tingkatan 1.
Bermaksud? ya...tiada masa terluang.

Haihh....

Masa-masa beginilah baru teringat nak cari kawan, nak mengubat resah.
Tapi, masing-masing tengah sibuk. Memerah otak menghadapi peperiksaan, begegas menghadirkan diri ke kuliah, diskusi kumpulan, tugasan pensyarah.
Mana ada masa untuk penganggur terhormat macam aku ni.

Haihh...

Sabarlah wahai hati.
Hadapi hari-harimu dengan tabah.
(ecehh.....ayat tak menahan kau kan?)

Mungkin hanya inilah masa yang aku ada untuk bermalas-malasan kan?
Lepas ni kalau dah tak ada langsung, dah sibuk kesana-kemari, kerja itu kerja ini, baru tahu betapa berharganya waktu ni.

p/s: mengharap perubahan jadual minggu hadapan.

mohon difaham untuk bahasa aku yang agak baku, sedang dalam mood menanda kertas BM, jadi...macam bunga-bunga sikit la.

Monday, November 19, 2012

The End of the Journey of an Ausmatians

7 November 2012

with the last paper for SACE, that was - - - C h e m i s t r y
that's the end for for all our trials and tribulations throughout the one year and a half in AUSMAT program.

10 November 2012

Ausmat 24/25 Graduation Dinner was held at Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam.

Well... preparation memang macam kelam-kabut sikit la....
We fully use the few days before the dinner night to complete the whole attire

Basic pink flat 
bought at Asian Avenue of Sunway Pyramid

The dress?
I thinks it's more to jubah 
bought at Plaza PKNS

Since our theme for the night is Spring : The Eternal Beauty or something..?
thus the flower corsage

And the night came...
with those whom I share a lot of memories

Aliff Rusdi and Faiz Talip
Though you guys didn't win the 'best male attire award'
under my name.... I grant you both the award!

Umai (left) the anime enthusiast
Murni (centre) the kpop enthusiast
and Mus! (back) the fashionista!

my lovely housemates!
I wouldn't forget since the first day we live together...
until we need to say goodbye to each other
1.5 years sure is fast neh?

Deserie and Clausanta
my hangout buddies!

Krishna, Masyitah, Jaya and Christie
Jiran rumah bawah, I'll not forget Jaya's allergy of cats

Yap Sin Ni with Crystal
Crystal won the 'best female attire award'!
masin tak my mulut...I said before you have the best dress CCP! XP

these housemates won the 'most ionically bonded housemates award'
They all tinggal above my house, always together and not to mention very loud at times too~

dapat spoon fed special from Iffah!
Kak Tin takkan lupa hang yang selalu sangat dok mention "Hoya~Hoya~Hoya~"
sampai semua orang pening HaHa :-)

the golden voices of Ausmat!
Yen Fong, Wan Ju & Crystal performing "We Are Young"

The winner of 'golden voice award' pun buat performance juga
saudara Syafiq Mazli a.k.a PekMaz
I tell you...memang ramai peminat PekMaz ni!
walaupun PekMaz tak nyanyi lagu "Madah Berhelah" yang menobatkan dia sebagai juara AGT
tapi voice PekMaz memang terbaik! salute PekMaz!

Masa mula-mula nak start majlis, memang ada banyak kekurangan dan kesilapan teknikal yang berlaku
I think mostly on multimedia punya deparment, memang disappointed la... it cause mood semua orang jadi macam hambar.... 
I hope those juniors involved take notes of this kind of thing, next year jangan ulang lagi~

Food!!
tak habis-habis refill~
suka~

dessert dia sedaaaaap sangaaatt! >,<
I go backward with my food
dessert --> main course --> appetiser
Hahaha XD like it like that!

sedap~sedap~sedap~

with this Certificate of Attendance
I'm officially graduated from INTEC

Sayonara INTEC, we may meet again someday

p/s: balik rumah and dapat tahu Abang pakai BB sekarang
pfffffftttttt! Jealous! =_=