klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Friday, July 8, 2011

Bergelarnya aku student di INTEC

Assalamualaikum.
Annyeonghaseyo warga bloggers dan readers sekalian.
Dah lama tak nampak aku atas talian? (dengan ayat KLnya online). Memang dalam seminggu ni aku tak berkesempatan nak online sebab....
Kini dengan rasminya aku dah bergelar siswi di INTEC UiTM Kampus Seksyen 17.

*oh yeah! gimme a round applause!*

So mari kita berkenalan dengan kolej baru aku ni. INTEC ni short-form for "International Education College", salah satu kampus UiTM yang terletak di Seksyen 17, Shah Alam. INTEC ni ialah kolej persediaan untuk student-student yang nak fly ke oversea. Mostly student dekat sini dapat scholarship dari JPA, MARA, PETRONAS, Yayasan Negeri, BNM, Khazanah, TNB dan macam-macam lagilah. Ada jugak sesetengah student private under tajaan PAMA (Papa & Mama la....kihkihkih )

library INTEC yang grand giler

Ada jugak Fakulti Pendidikan (untuk student TESL) dan Fakulti Muzik dekat sini. Tapi aku tak nak sentuh pasal tu, aku nak cakap pasal program luar negara je.
Basically, semasa 3 Julai 2011 (hari aku mendaftar) just ada student-student untuk program jangka panjang.
Contohnya.
  1. American Degree Foundation Programme (ADFP) - will fly to US/UK
  2. American Credit Transfer Programme (ACTP) - also US/UK
  3. A-Level Medicine (ALM) - India/Ireland/Nottingham
  4. A-Level Germany (ALG) - Germany of course
  5. Australian Matriculation (AUSMAT) - Australian/New Zealand
  6. Russian Programme - Russia obviously
Ada jugak program-program jangka pendek, they all ni dah daftar since May lagi.
  1. Kumpulan Teknikal Jepun (KTJ)
  2. Korean Programme
  3. France Programme
  4. Middle East Programme (MEP) - will fly to Jordan/Mesir
What course I am? I'm AUSMAT, majoring in Bio-technology. yeayy for AUSMAT!!
Dalam seminggu ni aku terlibat dengan orientation week. They call it "Minggu Destini Siswa (MDS)". Very tiring I tell you, I'll tell you all a bit about it later.
ini blok ADFP tak silap aku

All in all, I'm glad that I'm here now. Bukan senang nak dapat peluang macam ni dan yang pasti aku tak akan sia-siakan rezeki Allah ni. Wish me luck for my life at INTEC.

Monday, June 27, 2011

Penangan Cinta

Assalamualaikum.Ahlan wa sahlan ya habibi ya maulana.
Eh?eh?eh??
Kenapalah tiba-tiba cik Fatin ni bukak topik cinta? Dah kena demam angau ke?
Oh tidak....bukanlah diriku ini yang kena demam angau, tapi aku nak bercerita sikit tentang best friend aku yang dah terkena panahan bidadari cinta. Cewahhh....ambik kau! bersulam-sulam punya bahasa.
Hendak dijadikan kisah, tanpa ribut petir sebagai petanda mahupun siren ambulan sebagai klunya, best friend aku telah meng"declare"kan dirinya sedang terbang diawang-awangan, menikmati manisnya cinta bersama si "dia".
Reaksi aku? 
"oh my god"
Mestilah aku terkejut! tidak pernah aku di inform bahawa dia sedang try tackle mana-mana aweks. So, bila tiba-tiba dia dah ada "someone" dan "someone" itu benar-benar telah mencuri hatinya yang selama ini dikunci rapi (aku agak-agak jelah... =.=). I'm beyond shocked.

Masih aku ingat lagi...betapa skeptikalnya dia ini terhadap aweks. Dengan erti kata lain...c.e.r.e.w.e.t. Ini tak kena, itu tak kena, kenapa awek ni macam ni, kenapa awek ni tak macam tu. Macam-macamlah!
Dengan cerita-cerita daripada dia sendiri dan sumber-sumber yang boleh dipercayai, banyak aweks try flirting with him. And from his reaction, dia macam buat endah tak endah je... (ke aku yang salah tafsir?)

For as long as I know this guy, the word "jiwang" and him doesn't walk together, so bila tiba-tiba dia ni jadi lovey-dovey semacam...terdetik dihatiku... "Wahh....hebat sungguh penangan cinta. Mampu merubah insan 360 darjah hendaknya". Sempat jugak dia berpesan padaku "You should find your man soon. Then you'll know how I feel". Oh dear..find my man? Maybe not now...not in my list for now. Semestinya aku tak akan tahu perasaan dipanah bidadari cinta ni
cupid heart hearts arrow
dan aku tak rasa aku mahu dipanah buat saat ini. Terima kasih banyak-banyak.

Buat my bro tersayang, congrats to you...and I hope kau bahagia la hendaknya.
Jangan lupa introduce si "dia" itu kat aku, sesungguhnya aku sangat-sangat nak tahu. Jampi apa yang dia dah sembur kat kau ni. LOL Peace yo!

Friday, June 24, 2011

Sebuah Kisah Cinta Comel


Boy:- Are u good in your A to Z?
Girl:- Yea!
Boy:- Look at these "ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTVWXYZ" Which letter is missing?
Girl:- Hmmmm.."U"?
Boy:- Yeah, where did that letter go?
Girl:- I dont know, where ?
Boy:- "U" went inside My Heart ! ILY! ♥


.
.
.
.
.
oh yeah.....memang sangat cheesy...tidak boleh dinafikan
tapi comel dohhhh... >.<
Sekian sahaja.
trolololololololol


Apa salahnya 'berbasa-basi'

Assalamualaikum
Di suatu petang yang hening dan damai.
Si Kakak yang baru selesai membakar sampah menegur si Adik yang dilihatnya sedang menyapu sampah di anjung rumah.

"Hai dik, menyapu ke?"
"Eh, tak adalah... tengah basuh kapal terbang ni ha.."
"Ohh....Air Asia ke MAS?"
"......." *diam*
(dan kedua-duanya ketawa terbahak-bahak selepas itu)

Macam tu lah kurang lebih conversation aku dan adik aku petang tadi. Entah apa-apa kitorang adik-beradik ni kan? Bak kata bibik housemaid aku dulu, macam orang 'kurang sajen' (maksudnya macam mereng sikit la...LOL). Apa-apa jelah...janji we all happy.

Bukan apa, tapi inilah sebenarnya budaya orang Melayu. Berbasa-basi. Memanglah dah nampak jelas apa yang orang lain buat di depan mata tapi apalah salahnya sekadar bertanya sebagai tujuan menunjukkan keprihatinan, mengikat kemesraan.

"Oii Senah, tengah masak ke?"
"Ha'ah, tengah masak ni ha Piah. Kejap lagi Abang Deris nak balik makan"
"Ohh...kau masak apa ni?"
"Asam pedas ikan pari. Abang Deris suka ni"
Mak Piah berbasikal...
Kring..kring..

Kan sedap mendengar conversation yang serupa ini. Macam nilah orang-orang tua, mak cik-mak cik yang dekat kampung tu. Walaupun dah jelas-jelas Mak Senah tu tengah masak, Mak Piah tu sibuk jugak nak tanya. Actually, inilah caranya nak jalinkan kemesraan. Nak cari topik berbual. Kira mukadimah la...
Mak Senah pulak dengan senang hatinya menjawab, siap tambah info lagi disitu.

Cuba bandingkan dengan ini.

"Hai Pak Mat tengah basuh kereta ke?"
"Tak adalah, tengah mesin rumput ni ha! Kau tak nampak ke? Dah nampak orang basuh kereta nak tanya lagi buat hapa!"
"Emm..takpelah saya masuk dulu la ye..."

Barulah orang tu nak baik-baik, nak jalinkan kemesraan. Kena marah pulak...
Bukannya tak nampak awak tu tengah basuh kereta, tapi orang tanya baik-baik jawablah baik-baik. Kalau betul, iyakan sajalah, kalau tak betul, bagi tahulah apa yang betul. Susah sangat ke?

Tak ada sebab spesifik kenapa aku bangkitkan topik ni, just terasa nak cakap pasal benda ni. Itu saja.
Conclusionnya, budaya Melayu ni sebenarnya cukup cantik. Mengajar kita berbaik-baik, prihatin dengan orang lain especially dengan jiran-jiran sekampung, setaman, semualah. Orang zaman sekarang ni dah kurang sikit sifat-sifat prihatin dengan jiran-jiran. Kadang-kadang sampai nama jiran sebelah rumah pun tak tahu.


Saturday, June 18, 2011

Kecuaian Membawa Padah

Jika dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku hidup dalam riang ria
atau kadang kala dalam keadaan bosan...
atau kadang-kadang.... tak rasa apa-apa pun....
kosong
But today..... is the worst of all...

Alkisahnya hari ni (Jumaat) aku ada appoinment untuk buat medical checkup di Hospital Banting. Oh wait... wrong statement. Aku INGAT bahawa aku ada appoinment HARI INI. Tetapi ternyata appoinment itu sebenarnya.... SEMALAM. Ya! tuan-tuan dan puan-puan SEMALAM!
Aku pun tak tahulah macam mana dengan bodoh, bengap dan carelessnya aku boleh tak perasaan bahawa tarikh 16/6/11 tu sebenarnya hari Khamis! Dengan mati-matinya aku percaya yang appoinment tu hari Jumaat! Aku rasa macam nak benamkan muka aku tujuh hasta dalam tanah saat nurse tu cakap kat aku "Hari ni kan 17 haribulan dik, 16 haribulan tu semalam" kata nurse tersebut saat aku menunjukkan kad appoinment aku.

YA ALLAH YA TUHANKU.... terduduk terdiam terpaku aku saat kata-kata itu dilemparkan.

Maka terpaksalah aku membuat appoinment baru untuk 20/6/11 (Isnin) BETUL HARI ISNIN KAN?? AKU TAKNAK SALAH LAGI!

Dengan rasa kesalnya aku keluar dari perkarangan hospital dan semestinya sedikit kata-kata kesal oleh ayahanda tercinta dilemparkan kepada aku. Yelah...bermaknanya perjalanan jauh dari Sepang ke Banting dengan tergesa-gesa mengenangkan kami dah terlambat 1 jam dari appoinment TIDAK BERMAKNA APA-APA! (if I'm in my father's shoes, aku pun bengang beb!)

Aku akui memang semunya salah aku sebab langsung tak tergerak nak check semula tarikh appointment dan confirm betul-betul. Satu kecuaian yang sangat BODOH kan?
Dan...sememangnya lumrah aku sedari dulu lagi, jika timbul apa-apa perasaan marah/kesal/kecewa oleh parents aku akan membawa effect yang besar pada aku. Mungkin ada yang berfikir "Ek eleh minah ni, relax sudah la...nak buat macam mana benda dah jadi. You ni over sangat la". Ya! memang aku over sikit, aku...aku...tak bolehlah...bila parents aku marah kat aku (especially my dad yang jarang-jarang marah. Kalau my mom tu dah selalu sangat) Aku akan rasa sedih giler! Maybe trademark ANAK MITHALI?? (perasan =.=)

THEN! My dad and I pergi pulak ke Klinik Siti (klinik swasta) untuk selesaikan satu test (test for syphilis, genorrhoea and varicocole) Satu lagi KECUAIAN aku yang tidak bertanyakan sama ada test ini dah dibuat atau belum semasa aku ke klinik tu minggu lepas untuk blood test. Ternyata doktor tu terlupa untuk buat test itu dan aku pulak dengan bengapnya tak bertanya!! (aku yakin terdapat miscommunication antara doktor dengan pembantu klinik itu, tetapi memang partly my fault sebab tak make sure betul-betul!)
And ini menambahkan lagi bengang ayah aku.

Suasana dalam kereta semasa perjalanan pulang memang agak tense. My mood really in mess, I felt really sad. But then...the atmosphere gradually become better. My dad tried to start some light conversation dan celoteh DJ radio Hot.fm sedikit sebanyak mengubat hatiku yang gundah gulana.
Actually I'm worried that my mom will be really mad with my carelessness. Bayangkan kalau mama aku ikut serta tadi...mahunya aku dibasuh tang-tang itu jugak!
Stupid mistake is actually something yang my mom susah nak forgive and forget and THAT'S including myself! Even aku pun susah nak maafkan diri sendiri yang dah lakukan stupid mistake ni.

Sampai rumah... I know ayah has to tell mama about what happen. But I locked myself dalam bilik sebab aku taknak dengar apa-apa lagi. Silap-silap aku boleh menangis meraung nanti kalau aku dengar mama punya omelan.
Anyway, malamnya..mama tak cakap apa-apa pun. Aku rasa lega..sort of...
my mood pun become much better..

However, let's take a lesson today.
RAJIN-RAJINKANLAH DIRI CHECK APA-APA YANG PATUT KALAU KITA ADA APA-APA EVENT PENTING. MAKE SURE THE DATE BETUL AND KALAU BOLEH PAKAI REMINDER.
IN SHORT, DON'T BE CARELESS!

p/s: doktor bagi ubat suruh makan/minum. Aku ada urination problem pulak..... =.=
Ubat tu betul-betul tak sedap tau! Macam nak muntah aku minum...


p/s: esok (Sabtu) ada majlis. Nak dapat fulus ni...Masyuk~