klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Sunday, February 20, 2011

Name Generator Generator

Saje-saje...aku terbelek name generator di internet. Cuba-cuba la men"generate" nama aku dalam beberapa bahasa dan ini hasilnya.

British
Margaret Salisbury
*wahhh....very-very English. Margaret you~ memang kelas la nama nie...rasa-rasa cam Kerabat di-Raja England pun ada, bangsawan ker....cehhh..mimpi je..

Korean
Shim Min Ra
*The name is very delicate, since aku tak ada korean name yang tetap...Maybe pasni aku boleh pakai nama ni. I like~
One thing..I have the same surname like someone...
Maybe this is my destiny to be...

Shim Changmin wife!!! 
haha...XD wait for me my future husband~
"Annyeonghaseyo. Shim Min Ra imnida.."

Japanese
Nakashima Michiyo
*Michiyo tu cute sangat kan?kan?
"Konnichiwa. Watashi onamaewa Nakashima Michiyo desu".

Mafia
Antonia Testarossa
*Perghh! dengar pun dah rasa cam ganazz jerr.....hehehe. Tapi...aku tak bercadang nak jadi mafia...=.=

Harry Potter - Witch
Katie
*Pendek betul....tapi "Katie" tak kedengaran seram untuk seorang witch

Chinese
Ran Feng Tian
*Memang ada dekat-dekat with my real name... pasni Chinese friends  aku boleh panggil aku Feng Tian la ye....ape ke lawak XD 

Resepi Ayam Ala Rendang

Mesti ada yang sok sek sok sek..."apehal budak nie asyik masak jer... dah jadi blog masakan dah aku rasa blog die nie"
Haa...mesti ada kan? admit sekarang. Admit!


Hahaha you all ingat... "ade aku kisah" (tiru ayat Didie Alias). Blog aku, suka hati aku la.... 
Ok tak mau gaduh-gaduh...
resepi nie really simple. Sesuai giler untuk mereka-mereka yang malas nak masak susah-susah nie...
And the most important is..delicious!


AYAM ALA RENDANG


Bahan-bahan : 
Bahan A
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup (kalau takde, pakai je serbuk kunyit)
3 batang serai
10 biji cili api


1 ekor ayam (potong ikut suka. Nak masak 1/2 ekor je pun boleh..)
garam*
gula*
minyak masak*
air*
*secukupnya


Cara-cara :


1. Kisar semua bahan A dengan sedikit air.
2. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak masak. Tumis bahan A yang telah dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan ayam. Tambah air secukupnya. Tunggu sehingga daging ayam empuk.


Ok dah siap!





serius sedap...adik-adik I semua suka
Nasihat I, kalau nak bagi budak kecik makan, kurangkanlah cili api tu (tak pun tak payah bubuh langsung)
Kisahnya..aku terlebih bubuh cili api...kesian budak kecik tu kepedasan
Sorry la Ziq, kakak terlupa la....lain kali tak yah bubuh cili ye~~




Tuesday, February 15, 2011

Lunch Budak Takde Kerja

Alone at home masa tengah hari. Familyku semua keluar shopping-shopping sikit. Jangan ditanya kenapa aku tak join venture, alasan "MALAS" pasti diberikan.


So, kurang la kerja aku... tak payah masak for lunch. Just masak untuk diri sendiri makan.
Aku decide nak buat food ala-ala Korean gitu....walaupun bahan takde, tapi asalkan ada rupa-rupa gitu..dah puas hati.


Korek la ape benda yang ada kat peti harta tu (a.k.a peti sejuk). Jumpa sini sikit, situ sikit...jadilah!

masa nak pecahkan telur, terpecah pulak kuning telur tu....dah tak jadi


patutnya pakai red pepper powder, tapi kita gantikan la dgn cili sos

this is my lunch for today
itakadimasu~~

masakan nie..aku taktau ape namanya...."Beef Over Rice" kot..
pengaruh dari CNBlue Yonghwa time WGM

Resepi Spaghetti Bolognese

Nak berkongsi resepi yang paling terer sekali aku boleh masak. Kalau yang lain2 tu kadang-kadang fail je...tapi kalau bab Spaghetti memang tak pernah FAIL! Spaghetti maniac macam aku ni..kalau tak pandai masak sendiri buat malu jela...

Spaghetti Bolognese ala Melayu


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti       (paling sedap 'San Remo')
1 tin sos Spaghetti      (aku sarankan 'Prego')
1 labu bawang besar kuning      - dicincang
6 ulas bawang putih       - dicincang
1 tin cendawan butang      - dipotong kiub kecil
1 biji tomato segar     - dipotong kiub kecil
500g daging lembu/ayam cincang
1 sudu kecil herba oregano     (takde pun takpe)
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
air secukupnya
sedikit minyak masak     (kalau mampu, beli olive oil)
garam dan gula secukupnya

CARA-CARA :

Sos Spaghetti

1.  Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan herba oregano. Tumis sampai naik bau.


2. Masukkan daging lembu /ayam cincang dan cendawan butang. Masukkan sedikit air dan biarkan daging lembu/ayam masak.


3. Masukkan sos Spaghetti Prego, sos tomato, sos cili dan tomato segar. Masukkan sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat. Tambahkan garam dan gula secukupnya. 



*Tambahan
  - kalau tak makan daging lembu/ayam, boleh gantikan dengan seafood spt udang, sotong, tuna & sardin.
  - kalau suka pedas, tambahkan lagi cili sos sampai puas.
  - kalau tak ada sos spaghetti, boleh pakai puri tomato.

Spaghetti

1. Didihkan 2 liter air dalam periuk dan masukkan 1 peket spaghetti. Rebus spaghetti sehingga al dente dan toskan airnya.

*kalau nak tau dah al dente ke belum, campakkan sehelai spaghetti ke dinding. Kalau melekat di dinding, maknanya spaghetti anda sudah al dente dan sedia untuk diangkat dan ditoskan.


2. Spaghetti yang sudah ditos tadi, gaulkan dengan sedikit minyak/marjerin/butter supaya tak melekat.

Siap! Bolehlah hidangkan Spaghetti Bolognese you all!


*Tambahan
  - nak lebih sedap, taburkan parmesan cheese ke atasnya. Yummy~yummy~




Tuesday, February 8, 2011

Leter sana, leter sini

Satu kesedaran yg aku perasan dua tiga menjak nie....
Aku lagi kuat meleter daripada mama aku....


Kadang2 mama aku relax jer bile budak2 tu (especially si kecik yg nakal nk mampus tuh!) buat huru-hara, sepah-sepah & comot-momot.
Tapi nanti akan kedengaranlah suara high pitch aku..inilah, itulah, buat inilah, buat itulah.. bla..bla..bla..


Jadi P.R ni dah buat aku jadi mcm mak-mak


Aduhai.... =_=

dan leteran pun terus berlaku.....