klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Thursday, June 16, 2011

Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi

Siapa suka makan sambal?
yang tak suka pedas tu, mintak ampun jelah kalau suruh makan. Tapi buat yang suka pedas, makan tak bersambal rasa macam tak complete je..
So, kali ni aku nak buat sambal yang cukup best bagi aku! Memang betul feveret ni, lebih feveret dari sambal belacan.

BAHAN-BAHAN
10 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
10 ekor ikan bilis
2 sudu teh gula

CARA-CARA
1. Bersihkan ikan bilis dan tumbuk halus bersama bawang merah dan cili padi.
2. Panaskan sedikit minyak di atas kuali (Sikit je tau, jaga kolestrol sikit).
3. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga sedikit garing. Tambahkan gula.

Dah siap!
bilis tak tumbuk halus tadi sebab tak larat
HEHEHE

Memang cukup terangkat bila makan dengan nasi panas! Perghh!! bakal mak mertua lalu pun tak perasan!
Kekekekeke

trio inilah hidangan tengah hari tadi taugeh masak lemak, sambal ikan bilis 
dengan ikan keli goreng
Gandingan yang cukup mantap! Kita layan je.... (dengan nasi)
Selamat mencuba!

Resepi Taugeh dan Tauhu Masak Lemak Putih

Kali ni aku nak share resepi yang simple-simple je....
Actually.... kalau nak diikutkan, tak payah share pun! Memang setakat resepi campak-campak jelah!
Terlalu mudah! Tapi...mana la kita tahu...ada di luar sana yang masih tak tahu.

BAHAN-BAHAN
300g taugeh
2 keping tauhu (dipotong empat)
250ml santan pekat
250ml air
10 ekor ikan bilis
3 ulas bawang merah
garam secukup rasa

CARA-CARA

1.  Bersihkan bilis (buang kepala serta isi perut dan rendam sebentar untuk melembutkannya) dan tumbuk halus bersama bawang merah.
2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan air.
3. Letakkan periuk di atas api yang sederhana. Kacau dan masak sehingga santan mendidih
4. Masukkan taugeh, tauhu dan garam secukupnya. Biarkan selama 3 ke 4 minit.

Dah siap!
Resepi ni sesuai juga kalau nak gantikan dengan sayur ranti, sayur pucuk manis, labu, tempeh dan apa-apa lagilah yang rasa-rasanya sesuai.
Selamat mencuba ya!

New Album from Matluthfi



kredit: matluthfi90

Sumpah lawak giler mamat nie siott!
You all yang belum tengok video dia yang ini, mesti tengok! Especially Kpop fans!

Aku nak gelak je tengok lagu-lagu dalam album tu (FYI album tu just rekaan je tau..jangan ingat real pulak)
Tapi tak boleh gelak kuat-kuat coz dah tengah malam ni....

Aku first tengok dia dalam satu video for Mother's Day, tak sangka pulak aku rupanya dia seorang vlogger yang berjaya (kira famous la kan...)
Lepas ni nak subscribe and check out video-video dia yang lain. Mesti lawak punyalah!

Apa yang menarik perhatian aku dalam video ni ialah opening and closing music dia. Tahu tak lagu apa?
Purple Line from TVXQ!!! Mestilah aku happy bila my beloved's song ada dalam tu!

Wednesday, June 8, 2011

Semasa : Penggunaan Bahasa Singkatan Dalam Penulisan Karangan

BAHASA TERLARANG

Itu tajuk cover depan akhbar "Berita Harian" semalam (edisi 7 Jun 2011). Boleh baca sikit snippet dia kat >>sini<<
Tidak dinafikan, memang fenomena ni berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Aku memang selalu jumpa, because my mom is a BM's teacher, selalulah jugak dia bawak exam paper balik untuk disemak. Sometimes, aku jugak yang kena tolong semak sekali. Aku pun selalu jugak tengok benda-benda macam ni berlaku time aku sekolah dulu. 
Sedap-sedap rasa jer they all pakai 'short-form' "yg" "dgn" "x" "coz" dan macam-macam lagilah!

CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.

Aku faham....aku pun seorang pelajar sekolah jugak dulu, bukan tak boleh pakai bahasa singkat time SMS, chatting, blogging semua. Boleh......boleh sangat. Kita nak jimat time, nak jimat space...of course kena buat macam tu kan? Betul tak?
Even aku pun guna short-form time SMS semua... (even tulis blog ni, aku tak boleh elak dari guna short-form & bahasa rojak. Walaupun sometimes aku try tulis ayat penuh, tapi bila dah malas and nak rush....short-form mesti keluar punyalah...)

You all nak guna bahasa apa pun time SMS and chatting, gunalah! Hatta bahasa Kenyan sekalipun, tak ada yang nak melarang! (tapi timbang rasa la sikit, biar orang yang baca mesej tu faham). Tapi...

JANGAN GUNA BAHASA YANG YOU ALL PAKAI TIME SMS & CHATTING DALAM KARANGAN BAHASA MELAYU.

Memang la kadang-kadang bila tulis karangan...kita akan terikut-ikut dan "tertulis" secara tidak sengaja, kadang-kadang tak sedar langsung yang kita pakai short-form kan? Sebab dah terbiasa sangat tulis macam tu dalam SMS, short note, chatting semua... tangan ni secara tak sedar tulis macam tu.
Honestly, dulu aku pun ada "terbuat" macam tu, tapi bila aku sedar...aku betulkan semula.

Nasihat aku pada adik-adik sekolah menengah tu. You all kena separate mind-set you all. Bila SMS/chatting tulislah macam mana pun you all nak. Bila nak tulis karangan, set yourself dalam educated mode. Remind yourself to write full words and no short-form is allowed. Tak kisahlah dalam karangan bahasa apa pun. Please use proper language.
And lastly, SEMAK la balik karangan you all tu! Baca semula! Semak tatabahasa, ejaan, struktur ayat. Barulah tak ada kes-kes bahasa singkatan tersesat dalam karangan tu.

p/s: tengok penulisan blog aku yang bersepah dengan macam-macam bahasa macam orang takde language education? You all akan terkejut baca karangan aku yang memang mantap! Hehehe gurau jer...

Tuesday, June 7, 2011

Semasa : MPOP Hasil Pengaruh KPOP? Hasilkan Kumpulan GULA-GULA?



Terbeliak mata aku saat mengetahui tentang isu hangat ini. Gadis-gadis sexy nak mampuih kat atas ni adalah girl group pertama Malaysia yang membawa genre Kpop. Seriously...

MENYAMPAHNYA AKU TENGOK!!!! HEEEEEE.....GELI GELEMAN SIOTTT!!

Firstly aku tahu pasal diorang through blog Cik Syaza Mar'iyah (aku suka celoteh beliau pasal group ni....terbaekkkkk!). Then, nampak pulak diorang dekat HIP TV! Astaghfirullahhalazim...... apa nak jadi dengan industri hiburan tanah air kita ni? Aku tahu la fenomena K-pop tengah meletup-letup dekat Malaysia sekarang ni, tapi tak payah la nak ikut-ikut bagai!


Aku akui, aku memang Kpop hardcore tahap gaban! Tak percaya tanya member-member aku... gerenti diorang akan angguk sampai tercabut kepala. However la kan, bila orang Malaysia nak tiru-tiru macam ni...tak payah la...buat sakit mata aku je tau tak. Kalau non-muslim yang buat kerja rupa ini, Chinese ke, Indian ke, Iban ke, Melanau ke tak kisahlah! Aku boleh terima. At least Chinese girl ada rupa-rupa Korean sikit, comey la jugak aku tengok. Ini..Melayu!! Islam pulak tu!! kulit tak berapa nak cerah, cutting badan takdelah seksi mana, rupa comey pun tidak, just tahu pakai terdedah sana-sini lepas tu dancing tergedik-gedik. You all jual badan tahu tak cik kak GULA-GULA, bukan jual album!!


Rujuk gambar dia atas, 1st picture aku rasa album cover kan? Tahu tak apa first thought aku bila nampak gambar tu? Aku ingat sekumpulan GRO or kupu-kupu malam Lorong Haji Taib tengah buat promotion poster! Hakikatnya!!?
Sorry la kalau I terkasar bahasa, tapi you all yang pakai baju serupa tak cukup kain. Kain murah-murah kat Nilai 3 why tak pergi beli buat tutup apa yang patut tu??!!
2nd picture pulak....betul-betul similar dengan SNSD (Girl's Generation). Honestly, aku tak suka sangat SNSD sebenarnya. Tapi at least SNSD tu lebih sedap mata aku memandang daripa depa-depa kat atas nihh!!


Time aku search pasal cik kak GULA-GELI ni (eh? betul ke aku taip ni? Lantaklah...), aku jumpa banyak bloggers yang punya ideologi yang serupa dengan aku. Ramai yang membantah! Ramai yang tak suka!
So, aku rasa diorang ni tak akan bertahan lama dalam industri. Lama-lama tenggelam la tu.


p/s: gelak guling-guling bila baca tulisan bloggers lain, memang sinis, tajam dan lawak!
.