klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Sunday, October 27, 2013

Rempah 4 beradik VS Rempah 3 serangkai

Arakian tengah hari tadi hamba meng"google" resepi gulai kawah sebab cadangnya nak masak gulai daging esok. Daging rezeki dapat waktu raya korban hari tu, kalau tak dimasak, bertapalah daging tu dalam peti sejuk nanti kan.

Dipendekkan cerita, berolehlah hamba resepi idaman hati. Tapi dalam resepi tu salah satu bahannya ialah rempah 4 beradik.
Ha? Kurang tahu hamba akan istilah ini. Mama pun tak pernah mengajar istilah rempah 4 beradik ni. Boleh agak-agak jelah tapi nak lebih pasti maka sang "google"lah jawapannya.

Rempah 4 beradik terdiri daripada:

kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga

 +  +  + 

Dipanggil 4 beradik sebab selalu sangat bersama-sama dalam mana-mana masakan. Nak tambah cerita, dalam proses mencari tu, terjumpa pulak istilah rempah 3 serangkai:

biji ketumbar + jintan putih + jintan manis

 +  + 

Kebiasannya ketiga-tiga bahan ni disangai (goreng tanpa minyak) sebelum ditumbuk halus dan ditumis.

Maka itulah ilmu yang hamba peroleh pada hari ini. Diri ini pun belum dapat "master" nama-nama rempah dan herba lagi. Harus kerja lebih kuat dan mantap!

gambar: ihsan pak cik google

p/s: resepi gulai kawah , jom cuba sama-sama! Err..feeling melayu klasik pulak hari ni.

Sunday, July 14, 2013

Resepi Puding Roti

Assalamualaikum.
Perghh....dah lama aku tak berlagak ala-ala chef and konon-kononnye share resepi terhebat aku di abad ini.
Ehh, over pulak.
Haha

Ok. Kali ni nak kongsi resepi puding roti yang simple dan sedap ni.
Resepi ni aku culik dari blog http://www.nabeelstories.com/2013/03/resepi-puding-roti-empuk-dan-gebu.html. Silalah melawat blog beliau sekiranya nak resepi penuh yang original berserta celotehnya. Aku cuma ringkaskan resepinya dan tambahkan anjakan paradigma aku sendiri. Cehh...masak pun ada anjakan paradigma?
Tertarik dengan nama tuan empunya blog sebab hampir nak sama dengan nama kawan aku seorang ni. The so called Encik Nicholas Saputra tu~~

And let the cooking begin!

Bahan-bahan

8 keping roti putih (dengar kata kalau pakai roti butterscotch lagi sedap)
2 cawan susu segar (500 ml)
4 sudu besar gula kaster
2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
2 biji telur (suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara

1. Panaskan ketuhar dalam suhu 180 darjah celcius
2. Carik-carikkan roti dan rendamkan dalam susu segar selama 30 minit. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk pengadun yang lain, campurkan telur, gula, mentega,tepung jagung dan esen vanila. Pukul sebati.
4. Masukkan roti yang telah direndam tadi dan gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius

Dah siap! 
Kalau ada kismis atau chocolate chips, bolehlah taburkan atas adunan atau campurkan sekali dalam ke adunan sebelum dibakar. Mesti lagi sedap~ yum~ yum~

Puding roti ni bolehlah dihidangkan bersama sos kastad.


Dekat sini aku jumpa sos kastad yang ready-made ni. So, mudah je tinggal tuang tak perlu nak buat bagai. Almaklumlah, cara mudah~
Tak pasti ada jual dekat Malaysia ke tak. Tapi kalau tak ada jangan risau, boleh je buat sendiri.

Sos kastad vanila

Bahan-bahan

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk atau non-stick pan.
2. Kacau atas api sehingga pekat.

Bila dah siap sos kastad, bolehlah tuang atas puding roti tadi dan sejukkan dalam peti ais atau hidangkan sekali masa nak makan puding roti tu. Kalau dapat secedok aiskrim vanila sekali, perghh....meleleh!

selamat mencuba!

Ramadhan kareem :-)

p/s: buat puding ni untuk dibawa ke majlis berbuka puasa dekat Malaysia High Commision semalam. Alhamdulillah habis licin~ ehehehehe

Tuesday, May 7, 2013

Kecelaruan makmal

This evening I'm in my 8th Chemistry lab

Electrochemistry, tajuk yang aku paling anti dalam Chemistry

I'm doing my lab procedure, but I don't even know what the h*** am I doing actually!
Kinda lost my mind a bit there

Thank god my partners are reliable.

Gotta slap myself back to life.

Oh, Bethany gave me back my PRECIOUS, BESAR GEDABAK, MAHAL GILER NAK MAM*** graphic calculator
*muka bahagia*

p/s: sangat menyampah dan sakit hati bila bukak FB/Twitter baru-baru. Bersepah cerita politik, berselerak fitnah, banyak sangat manusia fikiran sempit.

Sunday, May 5, 2013

Avoiding fashion crisis

Every time each one of us buy something new (clothing especially)

Tak kisahlah dari ebay or DFO

Masing-masing akan pakai dan buat catwalk depan everybody in the house, and everyone else will start complimenting
"Cantiknya~"
"Wow pink!"
"Mantap arr~~"
"Fuyoo~ada bulu-bulu~~"

and start getting jealous...hahaha

its like a ritual
just.... to avoid crisis of getting the same kind of baju.

Me: *excitedly wear my new winter coat*
Aleeya: *with a horror face* sama dengan baju saya!
Me: *double horror face*

nasib baik colour lain

LOL

p/s: nampak pak cik pelik atas bas tadi - manusia ni macam-macam ragam ada.

Tuesday, March 12, 2013

Hello Canberra #3 : Rumah

Assalamualaikum warga Malaysia.
Perghh....rindunya aku dekat Malaysia.

Rumah baru

Tujuan aku buat entri kali ni nak tunjuk rumah baru aku je.
Bukan tujuan nak menunjuk atau poyo dekat orang-orang di luar sana
Hanya nak tunjuk pada mama dengan ayah dekat mana anak diorang ni tinggal.

Walaupun mama ayah mungkin tak kisah sangat kakak duduk mana, tapi tetap kakak nak tunjuk jugak  rupa tempat tinggal kakak tu macam mana.

Metropolitan complex.
Kitorang tinggal dekat tingkat paling atas sekali, tingkat 5.
Tingkat paling atas, hujung sebelah kiri tu rumah kitorang :-)

kitchen kitorang
oven and dishwasher were provided.
takde fridge lagi~~~ uhuhuhu T_T

Kitorang ada balkoni yang BESAR sangat.
Boleh buat balcony party! hueh hueh :D

the left side of living room, supposely dining hall


gambar ambik when we first move in, takde apa lagi
kosong dan bersepah.



tangga ke tingkat bawah
Oh ya...rumah kitorang dua tingkat.
atas ada living room and kitchen
bawah ada 3 bedrooms and toilet

tangga ke pintu masuk

toilet and shower room yang sexy
heheehehe XP


laundry room, takde washing machine lagi.

hallway to my room
my room dekat hujung tu.

my room! (shared with Kak Rini)
with built-in wardrobe

boleh peek orang tengah mandi kat swimming pool tingkat bawah tu tau~~


Oh ya!
kitorang ada 2 basement parking space yang setakat ini digunakan untuk letak basikal
hahaha XD parking space besar-besar tapi takde kereta pun nak letak~

sampaikan ada satu toyota camry ni dengan sesedap oren sunquick parking kereta dia dekat situ
notice will come soon.... kena clamp kereta..padanlah muka kau~

Wondering?
How much we rent the house?
$800 per week (divided by 6 persons according to room rating)

swimming pool, barbecue area and 24 hours gym facilities open for the usage of Metropolitan residence.

Ini sajalah peluang nak merasa hidup macam orang kaya-kaya sikit (bak kata Umai)
untuk setahun pertama ni...koyak sikit la beg duit aku nak menyara hidup sendiri.
Jangan risau.. akan diusahakan menjadi cukup.

Sekian,
itu jelah nak cerita.

Wasalam.