klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Sunday, October 27, 2013

Rempah 4 beradik VS Rempah 3 serangkai

Arakian tengah hari tadi hamba meng"google" resepi gulai kawah sebab cadangnya nak masak gulai daging esok. Daging rezeki dapat waktu raya korban hari tu, kalau tak dimasak, bertapalah daging tu dalam peti sejuk nanti kan.

Dipendekkan cerita, berolehlah hamba resepi idaman hati. Tapi dalam resepi tu salah satu bahannya ialah rempah 4 beradik.
Ha? Kurang tahu hamba akan istilah ini. Mama pun tak pernah mengajar istilah rempah 4 beradik ni. Boleh agak-agak jelah tapi nak lebih pasti maka sang "google"lah jawapannya.

Rempah 4 beradik terdiri daripada:

kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga

 +  +  + 

Dipanggil 4 beradik sebab selalu sangat bersama-sama dalam mana-mana masakan. Nak tambah cerita, dalam proses mencari tu, terjumpa pulak istilah rempah 3 serangkai:

biji ketumbar + jintan putih + jintan manis

 +  + 

Kebiasannya ketiga-tiga bahan ni disangai (goreng tanpa minyak) sebelum ditumbuk halus dan ditumis.

Maka itulah ilmu yang hamba peroleh pada hari ini. Diri ini pun belum dapat "master" nama-nama rempah dan herba lagi. Harus kerja lebih kuat dan mantap!

gambar: ihsan pak cik google

p/s: resepi gulai kawah , jom cuba sama-sama! Err..feeling melayu klasik pulak hari ni.

Sunday, July 14, 2013

Resepi Puding Roti

Assalamualaikum.
Perghh....dah lama aku tak berlagak ala-ala chef and konon-kononnye share resepi terhebat aku di abad ini.
Ehh, over pulak.
Haha

Ok. Kali ni nak kongsi resepi puding roti yang simple dan sedap ni.
Resepi ni aku culik dari blog http://www.nabeelstories.com/2013/03/resepi-puding-roti-empuk-dan-gebu.html. Silalah melawat blog beliau sekiranya nak resepi penuh yang original berserta celotehnya. Aku cuma ringkaskan resepinya dan tambahkan anjakan paradigma aku sendiri. Cehh...masak pun ada anjakan paradigma?
Tertarik dengan nama tuan empunya blog sebab hampir nak sama dengan nama kawan aku seorang ni. The so called Encik Nicholas Saputra tu~~

And let the cooking begin!

Bahan-bahan

8 keping roti putih (dengar kata kalau pakai roti butterscotch lagi sedap)
2 cawan susu segar (500 ml)
4 sudu besar gula kaster
2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
2 biji telur (suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara

1. Panaskan ketuhar dalam suhu 180 darjah celcius
2. Carik-carikkan roti dan rendamkan dalam susu segar selama 30 minit. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk pengadun yang lain, campurkan telur, gula, mentega,tepung jagung dan esen vanila. Pukul sebati.
4. Masukkan roti yang telah direndam tadi dan gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius

Dah siap! 
Kalau ada kismis atau chocolate chips, bolehlah taburkan atas adunan atau campurkan sekali dalam ke adunan sebelum dibakar. Mesti lagi sedap~ yum~ yum~

Puding roti ni bolehlah dihidangkan bersama sos kastad.


Dekat sini aku jumpa sos kastad yang ready-made ni. So, mudah je tinggal tuang tak perlu nak buat bagai. Almaklumlah, cara mudah~
Tak pasti ada jual dekat Malaysia ke tak. Tapi kalau tak ada jangan risau, boleh je buat sendiri.

Sos kastad vanila

Bahan-bahan

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk atau non-stick pan.
2. Kacau atas api sehingga pekat.

Bila dah siap sos kastad, bolehlah tuang atas puding roti tadi dan sejukkan dalam peti ais atau hidangkan sekali masa nak makan puding roti tu. Kalau dapat secedok aiskrim vanila sekali, perghh....meleleh!

selamat mencuba!

Ramadhan kareem :-)

p/s: buat puding ni untuk dibawa ke majlis berbuka puasa dekat Malaysia High Commision semalam. Alhamdulillah habis licin~ ehehehehe

Tuesday, May 7, 2013

Kecelaruan makmal

This evening I'm in my 8th Chemistry lab

Electrochemistry, tajuk yang aku paling anti dalam Chemistry

I'm doing my lab procedure, but I don't even know what the h*** am I doing actually!
Kinda lost my mind a bit there

Thank god my partners are reliable.

Gotta slap myself back to life.

Oh, Bethany gave me back my PRECIOUS, BESAR GEDABAK, MAHAL GILER NAK MAM*** graphic calculator
*muka bahagia*

p/s: sangat menyampah dan sakit hati bila bukak FB/Twitter baru-baru. Bersepah cerita politik, berselerak fitnah, banyak sangat manusia fikiran sempit.

Sunday, May 5, 2013

Avoiding fashion crisis

Every time each one of us buy something new (clothing especially)

Tak kisahlah dari ebay or DFO

Masing-masing akan pakai dan buat catwalk depan everybody in the house, and everyone else will start complimenting
"Cantiknya~"
"Wow pink!"
"Mantap arr~~"
"Fuyoo~ada bulu-bulu~~"

and start getting jealous...hahaha

its like a ritual
just.... to avoid crisis of getting the same kind of baju.

Me: *excitedly wear my new winter coat*
Aleeya: *with a horror face* sama dengan baju saya!
Me: *double horror face*

nasib baik colour lain

LOL

p/s: nampak pak cik pelik atas bas tadi - manusia ni macam-macam ragam ada.

Tuesday, March 12, 2013

Hello Canberra #3 : Rumah

Assalamualaikum warga Malaysia.
Perghh....rindunya aku dekat Malaysia.

Rumah baru

Tujuan aku buat entri kali ni nak tunjuk rumah baru aku je.
Bukan tujuan nak menunjuk atau poyo dekat orang-orang di luar sana
Hanya nak tunjuk pada mama dengan ayah dekat mana anak diorang ni tinggal.

Walaupun mama ayah mungkin tak kisah sangat kakak duduk mana, tapi tetap kakak nak tunjuk jugak  rupa tempat tinggal kakak tu macam mana.

Metropolitan complex.
Kitorang tinggal dekat tingkat paling atas sekali, tingkat 5.
Tingkat paling atas, hujung sebelah kiri tu rumah kitorang :-)

kitchen kitorang
oven and dishwasher were provided.
takde fridge lagi~~~ uhuhuhu T_T

Kitorang ada balkoni yang BESAR sangat.
Boleh buat balcony party! hueh hueh :D

the left side of living room, supposely dining hall


gambar ambik when we first move in, takde apa lagi
kosong dan bersepah.



tangga ke tingkat bawah
Oh ya...rumah kitorang dua tingkat.
atas ada living room and kitchen
bawah ada 3 bedrooms and toilet

tangga ke pintu masuk

toilet and shower room yang sexy
heheehehe XP


laundry room, takde washing machine lagi.

hallway to my room
my room dekat hujung tu.

my room! (shared with Kak Rini)
with built-in wardrobe

boleh peek orang tengah mandi kat swimming pool tingkat bawah tu tau~~


Oh ya!
kitorang ada 2 basement parking space yang setakat ini digunakan untuk letak basikal
hahaha XD parking space besar-besar tapi takde kereta pun nak letak~

sampaikan ada satu toyota camry ni dengan sesedap oren sunquick parking kereta dia dekat situ
notice will come soon.... kena clamp kereta..padanlah muka kau~

Wondering?
How much we rent the house?
$800 per week (divided by 6 persons according to room rating)

swimming pool, barbecue area and 24 hours gym facilities open for the usage of Metropolitan residence.

Ini sajalah peluang nak merasa hidup macam orang kaya-kaya sikit (bak kata Umai)
untuk setahun pertama ni...koyak sikit la beg duit aku nak menyara hidup sendiri.
Jangan risau.. akan diusahakan menjadi cukup.

Sekian,
itu jelah nak cerita.

Wasalam.

Sunday, February 17, 2013

Hello Canberra #2

ANU at the first glance

Getting up the next morning and we could say "Good morning Canberra!"
How cool was that?!!

Today is the first day of 'O' Week (orientation week), maka bergeraklah kami di pagi hari menuju ke ANU.




We stayed at Reid, thus we need to walk merentasi City dan terus ke ANU in Acton.
Dalam 25 minit berjalan kaki... sampailah ke ANU.

Melilau mata aku melihat keadaan sekeliling, maklumlah baru pertama kali ke negara orang, semuanya terasa asing, terasa janggal...

We've lots of mission today..

First thing is enrollment!
On the way to Melville Hall, jumpa Kak Nadia - selama ni hanya berbalas email dan mendengar nama, akhirnya bersua muka!

Kak Nadia buat pHD dekat ANU ni, same course as me! Biotechnology!
So, before we enroll Kak Nadia bagi la suggestions and advice about what elective subject should me and Umai choose - subject senang score, no essay, no participant in discussion

Based on Kak Nadia suggestions, I'm taking BIOL1009 - Diversity of Life and STAT1003 - Statistical Techniques as elective subjects (setakat ini, insyaAllah tak ada perubahan) alongside BIOL1003 - Evolution, Ecology & Genetics and CHEM1101 - Chemistry 1 as core subjects.

Then taking picture for my student ID!


Commonwealth Bank

Then we all bukak akaun dekat Commonwealth bank, there's a branch around ANU... dekat area Union Courts.
So, tak perlu pergi jauh-jauh~

Oh My Vodafone!

Selesai akaun bank, tibalah masa yang ditunggu-tunggu.
Smart phone!

Dekat sini, most students akan ambil Data Plan. Which means kita bayar a certain amount every month and we'll get a phone either for free or plus a little amount every month - depends on plan and phone model.
For my case....
I took a A$55 per month plan which is A$50 for plan plus A$5 for the smart phone - Samsung Galaxy S3
The plan have A$500 value, 500 MB data. And I choose to have unlimited Voda to Voda calls.

my S3!!
screen protector + casing for A$10

call for Voda to Voda is FREE and unlimited! so...pakailah Voda wahai bakal-bakal Australian sekalian! 
(jangan mengada nak pakai Optus! - bak kata seorang kakak ni~) haha XD

habis semua, jalanlah balik~

shot wajib ambik!

Angin bayu di Commonwealth Park

In the evening, we all pergi jalan-jalan dekat Commonwealth Park.


It's so windy that evening and it felt really cold~~


Kat sini jelah nak rasa golek-golek atas rumput...
Jadi? apa lagi? moh le kita!!
rumput dia tak tajam, memang rasa best jelah baring-baring bagai~

Kakak-kakak tu belanja we all pizzas from I Love New York, pizza dia sangat besar tau!


memang puas makan even seorang satu slice je pun~

One thing we're amazed here...
memandangkan sekarang ni masih summer, so siang lebih panjang...
gambar kat atas ni..actually dah pukul 8pm tau! tapi langit masih cerah~


Menurut Kak Fatima, when it's spring...there'll flower exhibition dekat park ni. Masa tu jelah Commonwealth Park ni penuh dengan orang dan jadi tourist spot.
Tak sabar nak tunggu spring kot!! >.<

Bila masuk maghrib, we all pergi ke satu-satunya masjid yang ada dekat Canberra ni.
Maaf tak ingat dekat area mana...but that place ada banyak bangunan-bangunan High Commision for many countries, including Malaysia~

Alhamdulillah...walaupun masjid tu takdelah besar mana..tapi sangat bersih dan selesa~

we all solat maghrib dulu~

TBC

Saturday, February 16, 2013

Hello Canberra #1

Assalamualaikum....
Salam dari Canberra!!
Ecececehhhh.....

First timer's plane ride

My flight from KLIA depart on 10.50pm so dalam 8.30pm dah berada di airport untuk check-in baggage dan sebagainya...
Aku mengalami beberapa babak sedih sebenarnya pada hari bersejarah tu... 
on the way to KLIA, jalan sesak and traffic flow memang sangat slow- there's an accident in front of the Hindu temple dekat jalan berliku-liku tu (the only route from Pekan Sepang to KLIA I guess?)
tapi alhamdulillah sempat sampai ke KLIA dengan selamatnya
(be early for your flight! we never know what'll happen on that very day)

and another one, my baggage overload!
allowed baggage only 20kg, tapi aku punya sampai 35kg apa hal??!!
Terpaksalah hantar balik one of my bag (nasib baik isi dalam tu cuma makanan)
So..moral of the story people? timbanglah baggage you all tu dulu...and make sure tak lebih even 1kg pun! (for safety sake)
yang ada direct flight tu untunglah~~ apply for GRADS card and you'll have 30kg baggage allowance!


Saying goodbye to my family is surely the toughest thing for the whole process
Bila mama dah start babak air mata, adakah ku mampu kekalkan muka 'iron lady'ku?
Tentulah tak....... anak mana yang tak sedih berpisah dengan ibunya jauh beribu batu kan~~

insyi, me and umai

Agak beruntung aku dapat pergi bertiga dengan diorang ni... takdelah sesat ke, gelabah, risau dan lain-lain
It's my first time on plane man! do you expect me to know everything?!
Umai got everything under control...hehehe :D

Tepat pukul 11.00pm, our flight depart from KLIA
"Selamat tinggal Malaysia, jumpa lagi..."
I'm sure we're saying that line in our hearts while the plane go further and further...

meals on the plane - pasta with grilled fish
I like the puding roti the most! ^_^


a few shots before we landed

Hello Sydney

Our flight landed at Sydney tepat pukul 9.30am waktu Sydney (that'll be 6.30am waktu Malaysia

Lepas kastam without any problems, alhamdulillah..elehh..bukan bawak apa pun kan~~
(sedih tinggal makanan kat Malaysia T^T)

Then we went straight to Terminal 3 (got another plane to catch!)
Sesat2 sikit... tapi bila bertanya, dapatlah menuju ke jalan yang benar - malu bertanya sesat jalan tau~~

we're 1 hour early for our plane~
better early than late~

Qantas plane to Canberra
sangat comel kan??

flight comel with stewards yang KACAK! haha XD
cakap "kacak" kuat-kuat depan dia coz dia bukan faham pun~~
hehehehe~
Oh by the way...nama dia Steven! Umai yang bagi tau~ hehe

Umai changed her seat with me, dia taknak duduk sebelah pakcik Australian ni..
So, akulah yang duduk sebelah uncle tu..

Flight to Canberra is a bit bumpy...memang pengalaman yang agak tak bagus untuk first timers macam aku nihh =_=

Nasib baik uncle australian tu baik sangat~~
Bila flight tu macam bergoyang and dia nampak aku macam tak kena je..
he asked "Are you okay?"
"Its okay the flight is always a bit bumpy"

then dia story-story pasal Canberra...
tempat-tempat menarik kat Canberra - he asked me to visit some
cuaca kat Canberra - dia cerita kalau winter sejuk sangat! malam-malam can reach until 0 degree! OMO!

Uncle tu pernah pergi Malaysia tau! Tapi sekejap jelah... he just transit there before catching other flight to London.
Masa tu tahun 1995, airport KLIA tu baru bukak rasanya...
He said he stayed in a hotel near the airport, and dia ingat masa tu kecoh-kecoh pasal Anwar Ibrahim!

Memang isu tu aku tak tahu nak ulas sebab aku pun still kecik lagi time tu kan~
Then, dia puji la layanan kat hotel yang baik and airport KLIA yang cantik tu...
memang best la borak-borak dengan uncle tuhh~

Hello Canberra

50 minutes flight and here we are in Canberra!
Turun je flight aku rasa macam nak muntah.
Macam serik je nak naik flight pergi Canberra ni.. naik train jelah lain kali... =_=


Getting off our flight terus jumpa our seniors~
Kak Fatima and the gang~
Kak Fatima sorang je orang Canberra, yang lain-lain tu come from Sydney and New Castle (visit Kak Fatima and sambut kitorang!)
Sangat baik kakak-kakak ni.... Kak Mariam, Kak Afifah, Kak Izzati, Kak Atikah

Sampai je rumah Kak Fatima, kitorang makan nasi lauk kari ayam~ sedap >.<
(met Rafeeqa & Mira - JPA scholars yang sampai a day earlier than us~)

Orang baru turun flight kan~~ mestilah perut lapar... mata mengantuk (atas flight tidur berapa jam je...)

So..kitorang tidur dulu yehh~~

TBC