[BAHASA MELAYU TINGKATAN 4]
SINOPSIS : NOVEL BUKIT KEPONG
BAB 5 : PERTUKARAN
Peristiwa kekalahan pengganas komunis di Labis dua minggu yang lalu menjadi buah mulut dikalangan anggota polis. Pertahanan Rumah Pasung Bukit Kepong perlu dipertingkatkan. Lans Koperal Jidin Omar, Othman, Yusor Rono, EPC Ahmad Khalid dan EPC Mohd. Top Lazim telah diarahkan supaya bertukar ke Rumah Pasung Bukit Kepong.
Othman kebingungan apabila diberitahu tentang arahan pertukaran itu. Dia berada dalam dilema untuk meninggalkan isterinya, Limah yang sedang sarat mengandung anak sulung mereka. Dia tidak boleh membawa isterinya kerana diberitahu tentang kesulitan untuk membawa keluarga bersama ke Bukit Kepong. Akhirnya, Othman terpaksa menghantar Limah pulang ke kampung halaman mereka di Kulim, Kedah. Selesai menghantar Limah, Othman bertolak ke Bukit Kepong bersama rakan setugasnya. Sebaik sahaja tiba, dia terus melaporkan diri kepada ketuanya, Sarjan Jamil Mohd. Shah.
Sementara itu, Lektuan, Madera dan Tucksai, pemimpin penting pengganas komunis, telah merancang sesuatu menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Mereka menjalankan risikan di kawasan-kawasan kampung untuk mendapatkan maklumat. Tucksai menjalankan tugas risikannya di pekan Bukit Kepong. Tiga hari mereka menjalankan risikan, semunya berjalan lancar. Pada hari terakhir, Lektuan mengarahkan anggotanya membuat beberapa tanda penting untuk digunakan mereka nanti.
Sudah dua minggu Othman bertugas di Bukit Kepong. Othman telah ditugaskan untuk memimpin satu pasukan peronda. Suatu hari, ketika Othman sedang meronda kawasan kampung, dia terjumpa tanda-tanda yang aneh di pinggir hutan. Selepas solat maghrib. Othman terus melaporkan penemuannya kepada ketuanya. Sarjan Jamil Mohd. Shah mempertimbangkan untuk mengutarakan perkara ini kapada pihak atasan.
Semasa berlangsungnya perayaan Tahun Baru Cina, banyak orang luar terutamanya yang berketurunan Cina datang ke mukim Bukit Kepong. Kebanyakannya adalah pemuda Bukit Kepong yang telah menghilangkan diri. Othman menyedari banyak perkara yang agak mencurigakan berlaku. Dalam pada itu, ahli keluarga polis yang tinggal di berek kelamin sibuk dengan rutin harian mereka masing-masing. Antaranya Hassan Osman, dia sibuk mengajar isterinya Fatimah Lawa cara mengendalikan senapang. Menurutnya ini adalah sebagai persediaan sekiranya mereka diserang musuh. Fatimah Lawa juga tekun belajar kerana ini kehendak suaminya. Surirumah anggota-anggota polis yang lain juga akan datang berbual-bual dengan Fatimah Lawa apabila ada kelapangan.
No comments:
Post a Comment