sekejapnya masa berlalu... tahu-tahu Ramadhan sudah hampir nak meninggalkan kita dan kita kena bersedia menyambut datangnya Syawal.
Wah... sedihnya Ramadhan nak berakhir. Tak tahu kenapa (bukan tak tahu..saja tak nak bagi tahu) tapi Ramadhan tahun ini sangat-sangat memberi erti buat aku.
Tapi..apa pun... kenalah juga kita bergembira untuk menyambut kemenangan kan?
Persiapan raya dekat rumah aku memang semakin rancak! Langsir dah siap jahit, dah siap pasang, baju raya, kasut raya dah beli, rumah... s e p a r u h siap kemas, kuih raya dah siap --- b e l i
Pendek kata semuanya dah hampir siaplah.
Seperti tahun-tahun sebelum ni family aku mesti ada warna tema tersendiri (seronok tau pakai ada tema ni--- macam boria sikit... AHAKS XD)
Nanti aku reveal what is the theme colour for this year.
DRAWING CLASS
Mehh flashback sikit...
Ada satu hari masa kelas ESLS tu Mr. A suruh we all draw something
(seriously sometimes I felt like I'm in a kindergarden or something o_0)
He told us to draw and colour to our heart content according to theme which is "Raya".
Since petang tu we all ada Physics test, so dia cakap this is like some kind of therapy to relax our mind la~
There! up there! is my master piece *proud*
Eyre's Gallery
MONJONG
This is today's activity.
Hari ini busy sikitlah sebab kena masak untuk monjong.
Ha? Apa tu monjong?
Ni yang aku nak story ni, memandangkan Kampung Banghuris majoritinya berketurunan Jawa asli mahupun half-half bahkan Jawa tak reti cakap Jawa sekalipun.... biasanya bila dah nak dekat raya orang-orang kat sini akan hantar sedikit makanan (menu tipikalnya nasi impit, kuah kacang, sayur masalodeh & rendang --- tapi menu masa kini sering berubah-ubah) pada saudara-mara, sahabat handai ataupun jiran tetangga.
Aku pun tak pasti sangat kenapa nama dia monjong (ada orang panggil ponjongan) mungkin berasal dari perkataan "mengunjung" kot. Tak tahulah...kena tanya pakar Bahasa dan Adat Istiadat Jawa.
Amalan monjong ni semakin rancak masa-masa beberapa hari terakhir Ramadhan ni, dan...keluarga aku sebagai pihak yang dah menerima monjong beberapa kali ni merasa terpanggil untuk membalas monjongan tersebut (bukanlah wajib, tapi macam dah adat kita yang menerima kenalah memberi semula)
Orang sekarang ni kalau mana yang tak sempat sangat nak masak biasanya kirim barang siap je (contohnya setin laici, dua biji buah epal dengan sebekas biskut raya) pun dah jadi monjong juga dah... tak kisahlah nak bagi apa pun, yang penting niat tu ikhlas.
Mama decide untuk masak gado-gado untuk monjong ni.
Gado-gado ni menu dari Indonesia dan diperkenalkan oleh Bibik Mamik kepada keluarga ini suatu ketika dahulu. Walaupun dengan ketiadaan bibik buat masa ini (dia balik beraya ke Jawa Timur), tapi mama kira dah master la resepi ni (aku jer yang tak pandai-pandai sampai sekarang).
(gambar ihsan uncle google)
Gado-gado ni ada banyak versi,
versi mama just ada nasi impit, timun, daun salad, telur rebus, tauhu goreng dan kentang rebus serta dihidangkan dengan kuah kacang istimewa (kuah kacang dia lain sikit la daripada kuah satay atau kuah lontong tu)
IKLAN HARI RAYA
Serious menyentuh hati, aku yang brutal sikit ni (eleh...brutal sangat ke??) pun mengalirkan air mata tanda tersentuhnya hati.
Watak dalam iklan tu tak menangis pun (budak yang buta tu senyum sentiasa kot...) tapi kita yang menonton ni jadi sebak dengan situasi yang dipaparkan.
Selamat Hari Raya untuk semua... sama ada yang mengenali diri ini, followers blog ini ataupun sesiapa sahaja yang accident sampai kat blog ni (tengah usha resepi ke kan~)
Maafkan saya, kalau ada salah silap, terkasar bahasa, terlebih over, ter-mengata... halalkan segala yang terkurang atau terlebih, yang berhutang tu..insyaallah akan saya bayar naik cuti nanti.
p/s: walaupun dah nak raya tapi kepala aku asyik fikir assigments (ada 4 assignments aku Cik Jah oii!!) yang nak kena hantar lepas cuti ni...
Serious takde mood langsung nak buat.... sedih T____T
Dilema aku nih.... (kena paksa diri juga tak kira apa...)