klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Wednesday, February 23, 2011

Welcoming the New Family member

New cutie in da house!!!!
This cutie baru je menjadi pendatang baru rumah I siang tadi






Chumel kan? Mata dia bulat & besar, gemuk, bulu lebat. Kiut sangat!!!
adik-adik aku semua suka kat die
>0<

Alkisah...aku terjumpa dia wondering di tepi jalan semasa aku sedang menjemput si kecik Raziq dari tadika. Orang kata cinta dari mata turun ke hati? (cehh..jiwang pulak minah nie..) kira camtu la feeling aku bila terpandang dia.
Takut si comey nie dilenyek dek kereta dan lori yang lalu lalang....aku bawak dia balik tanpa pikir dua kali. Seriously..kalau aku tak ambik dia..Maybe I can't sleep tonight sebab asyik memikir keadaannya..
Begitulah aku jika melibatkan hal ehwal haiwan sedunia (especially kucing) :-)

Dia ni very active and friendly...cepat jer die dh nak campur ngan kucing-kucing yang lain...
Dia nak main ngan Jojo, tapi Jojo buat donno jerr....
Nak main ngan Aira, Aira pandang semacam jerr..last-last main sendiri..heee
ahaks XD Jojo dah macam aku...tak suka terlompat-lompat terkinja-kinja..cool jerr..haha

Lepas aku mandikan dia petang tadi..terus aku adakan sesi photoshoot untuk featured dalam blog nie.
Penat seyhh.... dia nie xtau duduk diam..asyik lari sana..lari sini...


tengok..kontranya die ngan Jojo
>3<

penat lari-lari..minum dulu






She haven't got a name..yes..dia nie female
Any idea? I tak tau nak panggil die ape...
=.=

Tuesday, February 22, 2011

Kekejaman Manusia : Sup Bayi Manusia

Terkejut baca tajuk post tuh?



Memang patut korang terkejut... 
Inilah antara bukti-bukti betapa manusia kat abad 21 ni dah hilang ciri-ciri kemanusiaan (dah tak layak panggil manusia dah..panggil BINATANG je!!!) huuuu....sabar..sabar..


Maybe sesetengah kita dah pernah dengar kisah-kisah camnie... Sebenarnya, aku pun pernah dengar (pernah dengar "Sup Janin" la...sama ke?)
Tapi tak pernah ku melihat gambar bukti....
So.... bila nampak je ni...Istighfar tak putus-putus aku...NGERI..
Aku yang tengok je rasa macam tak tertanggung dosa, apatah lagi orang yang buat perkara-perkara terkutuk camnie. Dilaknat Allah la mereka-mereka itu!
Macam dah takde benda lain nak makan...Oii! Korang nak makan sup GAJAH sekalipun lagi terhormat dari makan benda camni


So? You all ada bran nak tengok? Kalau dah confirm you all takkan kena heart attack atau nausea melampau...silakanlah..


>>Bayi Manusia dijadikan Sup makanan...ada bran tengok kerw!!!<<


Bagi kes-kes buang bayi yang dah naik menyampah aku baca kat paper..
Takde bezanya ngan ni...
Dibuat sup / dicampak ke sungai / tong sampah / dibakar  apa beza???? Semuanya dosa terkutuk membunuh bayi yang tak berdosa!
Sama-sama la kita jadikan iktibar.

Sunday, February 20, 2011

Name Generator Generator

Saje-saje...aku terbelek name generator di internet. Cuba-cuba la men"generate" nama aku dalam beberapa bahasa dan ini hasilnya.

British
Margaret Salisbury
*wahhh....very-very English. Margaret you~ memang kelas la nama nie...rasa-rasa cam Kerabat di-Raja England pun ada, bangsawan ker....cehhh..mimpi je..

Korean
Shim Min Ra
*The name is very delicate, since aku tak ada korean name yang tetap...Maybe pasni aku boleh pakai nama ni. I like~
One thing..I have the same surname like someone...
Maybe this is my destiny to be...

Shim Changmin wife!!! 
haha...XD wait for me my future husband~
"Annyeonghaseyo. Shim Min Ra imnida.."

Japanese
Nakashima Michiyo
*Michiyo tu cute sangat kan?kan?
"Konnichiwa. Watashi onamaewa Nakashima Michiyo desu".

Mafia
Antonia Testarossa
*Perghh! dengar pun dah rasa cam ganazz jerr.....hehehe. Tapi...aku tak bercadang nak jadi mafia...=.=

Harry Potter - Witch
Katie
*Pendek betul....tapi "Katie" tak kedengaran seram untuk seorang witch

Chinese
Ran Feng Tian
*Memang ada dekat-dekat with my real name... pasni Chinese friends  aku boleh panggil aku Feng Tian la ye....ape ke lawak XD 

Resepi Ayam Ala Rendang

Mesti ada yang sok sek sok sek..."apehal budak nie asyik masak jer... dah jadi blog masakan dah aku rasa blog die nie"
Haa...mesti ada kan? admit sekarang. Admit!


Hahaha you all ingat... "ade aku kisah" (tiru ayat Didie Alias). Blog aku, suka hati aku la.... 
Ok tak mau gaduh-gaduh...
resepi nie really simple. Sesuai giler untuk mereka-mereka yang malas nak masak susah-susah nie...
And the most important is..delicious!


AYAM ALA RENDANG


Bahan-bahan : 
Bahan A
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup (kalau takde, pakai je serbuk kunyit)
3 batang serai
10 biji cili api


1 ekor ayam (potong ikut suka. Nak masak 1/2 ekor je pun boleh..)
garam*
gula*
minyak masak*
air*
*secukupnya


Cara-cara :


1. Kisar semua bahan A dengan sedikit air.
2. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak masak. Tumis bahan A yang telah dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan ayam. Tambah air secukupnya. Tunggu sehingga daging ayam empuk.


Ok dah siap!





serius sedap...adik-adik I semua suka
Nasihat I, kalau nak bagi budak kecik makan, kurangkanlah cili api tu (tak pun tak payah bubuh langsung)
Kisahnya..aku terlebih bubuh cili api...kesian budak kecik tu kepedasan
Sorry la Ziq, kakak terlupa la....lain kali tak yah bubuh cili ye~~




Tuesday, February 15, 2011

Lunch Budak Takde Kerja

Alone at home masa tengah hari. Familyku semua keluar shopping-shopping sikit. Jangan ditanya kenapa aku tak join venture, alasan "MALAS" pasti diberikan.


So, kurang la kerja aku... tak payah masak for lunch. Just masak untuk diri sendiri makan.
Aku decide nak buat food ala-ala Korean gitu....walaupun bahan takde, tapi asalkan ada rupa-rupa gitu..dah puas hati.


Korek la ape benda yang ada kat peti harta tu (a.k.a peti sejuk). Jumpa sini sikit, situ sikit...jadilah!

masa nak pecahkan telur, terpecah pulak kuning telur tu....dah tak jadi


patutnya pakai red pepper powder, tapi kita gantikan la dgn cili sos

this is my lunch for today
itakadimasu~~

masakan nie..aku taktau ape namanya...."Beef Over Rice" kot..
pengaruh dari CNBlue Yonghwa time WGM

Resepi Spaghetti Bolognese

Nak berkongsi resepi yang paling terer sekali aku boleh masak. Kalau yang lain2 tu kadang-kadang fail je...tapi kalau bab Spaghetti memang tak pernah FAIL! Spaghetti maniac macam aku ni..kalau tak pandai masak sendiri buat malu jela...

Spaghetti Bolognese ala Melayu


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti       (paling sedap 'San Remo')
1 tin sos Spaghetti      (aku sarankan 'Prego')
1 labu bawang besar kuning      - dicincang
6 ulas bawang putih       - dicincang
1 tin cendawan butang      - dipotong kiub kecil
1 biji tomato segar     - dipotong kiub kecil
500g daging lembu/ayam cincang
1 sudu kecil herba oregano     (takde pun takpe)
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
air secukupnya
sedikit minyak masak     (kalau mampu, beli olive oil)
garam dan gula secukupnya

CARA-CARA :

Sos Spaghetti

1.  Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan herba oregano. Tumis sampai naik bau.


2. Masukkan daging lembu /ayam cincang dan cendawan butang. Masukkan sedikit air dan biarkan daging lembu/ayam masak.


3. Masukkan sos Spaghetti Prego, sos tomato, sos cili dan tomato segar. Masukkan sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat. Tambahkan garam dan gula secukupnya. 



*Tambahan
  - kalau tak makan daging lembu/ayam, boleh gantikan dengan seafood spt udang, sotong, tuna & sardin.
  - kalau suka pedas, tambahkan lagi cili sos sampai puas.
  - kalau tak ada sos spaghetti, boleh pakai puri tomato.

Spaghetti

1. Didihkan 2 liter air dalam periuk dan masukkan 1 peket spaghetti. Rebus spaghetti sehingga al dente dan toskan airnya.

*kalau nak tau dah al dente ke belum, campakkan sehelai spaghetti ke dinding. Kalau melekat di dinding, maknanya spaghetti anda sudah al dente dan sedia untuk diangkat dan ditoskan.


2. Spaghetti yang sudah ditos tadi, gaulkan dengan sedikit minyak/marjerin/butter supaya tak melekat.

Siap! Bolehlah hidangkan Spaghetti Bolognese you all!


*Tambahan
  - nak lebih sedap, taburkan parmesan cheese ke atasnya. Yummy~yummy~




Tuesday, February 8, 2011

Leter sana, leter sini

Satu kesedaran yg aku perasan dua tiga menjak nie....
Aku lagi kuat meleter daripada mama aku....


Kadang2 mama aku relax jer bile budak2 tu (especially si kecik yg nakal nk mampus tuh!) buat huru-hara, sepah-sepah & comot-momot.
Tapi nanti akan kedengaranlah suara high pitch aku..inilah, itulah, buat inilah, buat itulah.. bla..bla..bla..


Jadi P.R ni dah buat aku jadi mcm mak-mak


Aduhai.... =_=

dan leteran pun terus berlaku.....