klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Thursday, December 25, 2014

Resepi kek kukus coklat versi bekas plastik dengan topping coklat ganache

Masa untuk kek coklat kukus!!

Peluh-peluh kek I keluar peti sejuk

Kek coklat kukus rasanya antara kek pertama yang aku buat (masa zaman-zaman sekolah dulu) dan dapat hasil yang memberansangkan. Bahannya senang, cara nak buat pun mudah dan rasanya mashaallah sister! Sedap sampai pejam-pejam mata!

Sebelum-sebelum ni biasanya aku kukus dalam loyang, tak pernah cuba dalam bekas plastik. Mula-mula rasa tak yakin jugak, "Ye ke boleh kukus benda ni?", takut bekas plastik tu cair. Tapi kan kalau orang lain boleh buat, mestilah boleh kan?
Lagipun macam menarik je buat dalam bekas comel-comel, nak bagi orang pun senang!

Seperti biasa, kita google resepi dulu.
Dah jumpa resepi berkenan dihati, terus pergi baking station dan buat (cewahh...ada baking station bagai! Hahaha).
Tapi aku menderhaka sikit la dekat tuan punya resepi, tak ikut betul-betul langkah-langkah yang diberi sebabnya ada sedikit malas. Hohoho...jangan ikut aku ye, kalau nak menderhaka resepi ni kena yakin bendanya akan jadi tau, kalau tak jangan berani-berani ye menderhaka. Tak jadi padan muka!

Alhamdulillah kek yang aku buat jadi. Jadi, marilah menderhaka bersama-sama aku. Muahahaha!


Masa nak buat topping tu, dekat rumah tak ada coklat masakan, nak pergi beli memang malas sangat. Ada coklat Whittakers dalam peti sejuk yang bawa balik hari tu, tak bersentuh lagi. Asalkan coklat, aku tibai jelah, it turns out ok je...cuma rasa coklat susu la...very creamy.

Aku tak suka sangat milk chocolate, lagi suka dark chocolate. So, bagi aku topping yang aku buat tu agak heavy la, tapi adik aku suka je.
Resepi asal guna minyak untuk topping, aku ganti pakai butter. Sama je hasilnya.

So, jom buat kek kukus coklat versi aku.
Let's go over the ingredients and we could get started! (gaya  Laura Vitale)

Sumber: Google

Resepi asal: http://denuanza.blogspot.com/2010/11/kek-coklat-langkah-demi-langkah.html
Olahan: http://fatinshahirahrahmat.blogspot.com/

Bahan-bahan kek coklat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh serbuk soda
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 3/4 cawan gula kaster
  • 1 cawan serbuk koko - kalau mampu beli jenama Van Houten ke, Hersheys ke, baru sedap!
  • 2 biji telur bersaiz sederhana
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan minyak jagung - atau minyak masak yang ada
  • 1 1/4 cawan air
Cara-cara
  1. Panaskan pengukus. Pastikan air dimasukkan secukupnya untuk mengelakkan pengukus kering
  2. Dalam mangkuk pengadun, ayak tepung gandum, serbuk penaik, serbuk soda, serbuk koko dan garam halus. Campurkan  gula kaster dan gaul rata
  3. Dalam bekas yang lain, satukan telur,  minyak, susu, air dan esen vanila. Kacau sehingga mesra
  4. Tuang campuran bahan basah ini ke dalam adunan tepung yang telah diayak tadi. Gaul sehingga adunan menjadi sebati sepenuhnya.
  5. Tuang adunan kek ke dalam bekas plastik sehingga 1/2 penuh sahaja
  6. Kukus selama 30 minit. Jika menggunakan bekas yang lebih kecil, kukus selama 15 ke 20 minit. Jika menggunakan loyang yang besar, kukus selama 1 jam 15 minit
  7. Elakkan membuka pengukus sehingga kek siap masak. Jika nak tahu kek telah masak atau belum, cucukkan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek anda telah masak sepenuhnya. Biarkan kek sejuk sebelum dicurahkan topping.
Bahan-bahan topping coklat
  • 250 g coklat masakan (patah-patahkan menjadi kepingan kecil)
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 2 sudu besar mentega
Cara-cara
  1. Panaskan whipping krim dengan kaedah double boiler. Cukuplah sekadar panas untuk mencairkan coklat.
  2. Alihkan krim dari double boiler dan masukkan kepingan coklat ke dalam mangkuk berisi krim panas tersebut. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya
  3. Masukkan mentega. Gaul sebati sehingga mentega cair dan topping kelihatan berkilat
  4. Curahkan topping ke atas kek
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan
Beginilah ye kaedah double-boiler (tips: paras air di dalam periuk JANGAN sampai mencecah bekas tahan panas)





Kalau guna bekas yang segi empat tepat macam aku buat ni insyaallah boleh dapat dalam 7 ke 8 bekas, kalau guna bekas yang lebih kecil mestilah boleh dapat lagi banyak!


Yummy!

Selamat mencuba!


9 comments:

Chqz said...

salam dear, nak mintak clarification untuk part buat topping tu

Step no 2.
"Alih dan masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya"

maksudnya asingkan whipping cream dengan chocolate ke?
if so, bila nak gabungkan balik?

thank you in advance :)

Fatin Shahirah Rahmat said...

@Chqz Step 2 maksudnya alihkan whipping cream dari double boiler tu dan masukkan coklat dalam mangkuk berisi cream yang panas tu, kacau sampai coklat cair

Minta maaf la klau wording jadi keliru, harap dah jelas

Terima kasih singgah blog ni ☺

Maisarah said...

Salam sis, lepas siap buat tu, sis letak je dlm bekas plastik eh? Pastu kukus dgn bekas plastik skali ker? Thankssss soo much btw sis����

Fatin Shahirah Rahmat said...

@maisarah ye sis, kita kukus dalam bekas plastik tu, bekas plastik biasa yang selalu buat bungkus makanan tu, insyaallah boleh dikukus
Lepas kek sejuk bolehlah curahkan topping coklat

Terima kasih sudi singgah ☺

Anonymous said...

Assalamualaikum.. hai.. sy pun suka kek coklat. Jumpa resepi ni. Mesti sedap. Tp kan, x elok tau kukus makanan dlm bekas plastik. Bahan kimia dlm plastik tu akan bebas bile ada haba. Bende ni la antara penyebab kanser. Walaupun ade jenis plastik yg bole thn panas letak dlm microwave, tp bhn kimianye tetap ade. Sedangkan nk bubuh makanan panas2 dlm bekas plastik pun x bole, inikan pulak nk kukus skali. Baik masak cam biase je dlm loyang, jgn ikut org. Diorang mungkin x tau kot. Kesihatan tu penting. :)

Eruz Hana said...

Hi sis.nk tny if sy nk guna bekas plastik yg besar tu cmne ek.blh ke kukus ikut msa 1 jam tu.tkut cair pulak bekas tu.mohon pencerhan.tq

Fatin Shahirah Rahmat said...

Waalaikumsalam sis Anon. Terima kasih untuk nasihat tu, saya hargai sangat-sangat.
Sebelum ni terlepas pandang, jadi tak fikir panjang sangat. Terima kasih ye sebab prihatin.

Tapi kan...benda-benda macam ni ada orang yang sensitif sikit, ada je jenis yang tak kisah, jadi sis rasa terpulanglah dekat masing-masing. Sebab kalau nak cakap pasal penyebab kanser, banyak je lagi benda lain jadi penyebab dan kita mungkin tak sedar. Wallahualam.

Fatin Shahirah Rahmat said...

@Eruz Hana bekas plastik besar maksudnya yang macam tupperware tu ke?? Plastik tebal sikit and tutup warna warni tu? Kalau yang itu sis tak berani nak cakap la...sebab tak pernah buat. Bekas yang saya pakai dekat sini bekas putih biasa tu je, biasanya "microwave safe", so dia tahan panas. Kalau nak buat yang besar apa kata kukus dalam loyang/cake tin je. Alas dengan baking paper supaya tak melekat.

Terima kasih singgah ☺

Haslinda Zahari said...

Hi sis..sy ase mksdnye..panaskan whiping krim tu seketika gn kaedah double boil..bile da nmpk cm da buih2 skit sekeliling whiping tu..alihkan ke tepi n msokkn coklat yg kite ptong kecil2 or dadu ke dlm whiping krim yg kite panaskan td..ia akn mancair nnti.. :)..