klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Sunday, January 25, 2015

Buat brooch tudung warna-warni yang comel!

Assalamualaikum

Nak kongsi sikit aktiviti aku sepanjang cuti musim panas yang panjang ni


Tada!
Ha! Tahu tak apa benda dalam gambar tu? Itu brooch tudung ye cik abang dan cik kakak semua.
Comel tak? Comel kan...

Kisahnya bermula semasa Majlis Penilaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) dekat kampung tercinta aku, Kampung Hulu Chuchoh. Pada hari yang berbahagia tu diadakan antaranya booth demonstrasi kraf tangan. Apa yang didemokan? Cara-cara nak buat brooch tudung macam ni la!
Tanpa melepaskan peluang aku pun berguru la sekejap dengan cik kak yang menjaga booth tersebut.

Yang menariknya brooch ni dibuat menggunakan bahan kitar semula.
Selalu tak mak-mak uollz atau mungkin uollz sendiri yang menghadiri majlis perkahwinan dapat beg kain kecil yang berisi goodies? (gula-gula, towel, air kotak etc). Brooch ni buat dari beg macam tulah (PERHATIAN: beg jenis fabrik je ye, beg kertas dan plastik tidak praktikal)
Kalau dekat rumah pun buat semak je kan? bukannya pakai pun.

Memandangkan aku memang banyak masa terluang sepanjang cuti ni, yelah I kerja jadi pengurus domestik je, jadi aku ringan-ringankanlah tulang untuk berkraf tangan bagai. Bila aku kumpul-kumpul beg-beg kecil tu dapat seguni jugak tau! Hehehe over.

Antara bahan-bahan yang diperlukan

Aku berguru cuma satu design je, tapi yang penting minat telah dinyalakan kan. Dah ada minat pasti usaha-usaha yang lain itu datang. Maka selepas itu aku pun berguru dengan youtube untuk design-design lain yang lebih unik dan mungkin kompleks. Rupa-rupanya macam-macam benda kita boleh guna untuk buat brooch macam ni, contohnya kain felt, ribbon, even zip baju tu pun boleh tau!

Selain beg-beg yang dapat dari orang kahwin tu, kain-kain jenis yang lain pun boleh guna jugak. Aku dah try, rembat lebihan kain baju mama untuk buat brooch macam ni.

Brooch-brooch yang separuh siap

Tengok aku buat macam banyak je, takkan nak pakai sendiri buat sebanyak tu kan?
Memang aku cadang nak menjualnya dekat Canberra nanti, saje nak test market. Kalau laku alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Bila dah habis gian baking maka aktiviti aku inilah, ataupun masa tengah tunggu kek masak ke (tu kau multi-tasking! kelas kau tin!). Bila dapat stok dekat 100 pieces aku pun dah berhenti buat, bahan-bahan pun dah habis.
Tapi kira banyak kot aku buat, aku pun bangga dengan hasil kerja tangan sendiri. Berulang alik aku kedai beli butang dengan pin tu sampai auntie tauke, uncle dengan indon yang kerja dekat kedai alat menjahit tu pun dah kenal muka aku. Padahal sebelum ni kalau aku jejak pun paling-paling mama kirim benang, which is...setahun sekali pun tak tentu.

Jom tengok antara design yang aku suka. Suka sangat sampai aku rasa taknak jual kat sesiapa!

the 'Kemboja' series

the 'Daisy' series

the 'Teratai' series

the 'Ape entah' series - satu-satunya dalam collection

Setiap cuti musim panas aku mengharapkan masa aku diluangkan dengan sebaik mungkin, dan alhamdulillah aku berpuas hati la jugak dengan 'time spending' aku untuk summer break kali ni. Its really good that every holiday I had were spent in such a way that bring benefit for my own self. Tak kisah la benefit dunia ke benefit akhirat.

Ha! Masa nilah kita nak lemparkan kata-kata hikmat sebagai penutup.

Masa itu emas.
Tapi tak boleh beli dekat kedai Poh Kong, Emas Sri Pinang apatah lagi Habib Jewels.
So, masa itu emas yang sangat-sangat precious.
Use it wisely.

For benefit of dunya wal akhirah

Ma'assalamah!



p/s: kalau aku rajin aku buat tutorial cara-cara nak buat brooch tu. Kalau aku 'rajin' la...



Wednesday, January 21, 2015

Pengalaman kali pertama kena saman

Assalamulaikum.

Hari ni menghantar cik kak Ros tembam saya pergi buat passport. Nak buat lawatan ke Guangzhou katanya, haruslah punya buku merah.

Diri ini separa penganggur sempena cuti musim panas, lalu dijadikanlah sang supir oleh teman-teman yang memerlukan pengangkutan.

Bertolaklah kami di pagi hari menuju ke Banting. Di situ sahaja ada pejabat imigresen yang terdekat. Sebelum ni ada cawangan dekat Sungai Pelek, dekat situlah jugak aku buat passport untuk ke Australia. Rupa-rupanya sekarang dah ditutup.

Sampai-sampai di pejabat imigresen, tak ramai lagi orang menunggu. Kerusi tak sempat panas pun, dah sampai giliran cik kak saya. Seusai buat pembayaran RM200, pegawai di kaunter bagitahu passport akan siap dalam1 jam lagi. Pantas lagi efisien sistem di Malaysia sekarang, cuba bandingkan dengan 10 tahun lalu. Banyak perubahan tahu (mesej ini tidak ditaja mana-mana badan kerajaan. =D).
Aku tengok jam tangan menunjukkan pukul 11 tepat. Takkan nak duduk menunggu satu jam? Kami pun buat keputusan nak pergi merayau-rayau kejap.

Belum pun sempat enjin kereta dihidupkan, Ros terperasan sehelai kertas putih yang diselitkan di wiper.
 
"Ya Allah janganlah itu kertas saman!".

Memang tak salah dugaan aku.

Kitorang, atau lebih tepatnya aku dah didenda RM30 sebab tak bayar parking. Ya Allah.......
Sumpah aku tak tahu parking dekat situ berbayar!
Mungkin sebab sebelum ni ayah yang uruskan perkara-perkara seperti itu, jadi aku pun kurang prihatin la benda-benda sebegini.

Manusia belajar dari pengalaman. Ya, memang aku belajar banyak hari ini.

Aku membebel pun tak guna. Nasi dah menjadi bubur.

"Jomlah kita pergi bayar Tin". Nampaknya 1 jam kitorang akan dihabiskan untuk pergi bayar saman.
Nasiblah bangunan Majlis Perbandaran Kuala Langat tu dekat je. Kitorang terus menuju ke kaunter pembayaran dan mengambil nombor giliran.

"Adik, nak bayar saman ye?", pakcik jaga di tepi pintu tu tegur. Ternampak kertas saman yang dipegang Ros agaknya.
Kitorang mengangguk je.
"Pergi naik atas mintak diskaun".
Kitorang pandang sesama sendiri dengan muka ragu-ragu. Pakcik ni betul-betul ke, saja nak bergurau?
Setelah diyakinkan dengan seorang akak yang duduk belakang kitorang. Ros pun melangkah laju ke tingkat atas, dan pulang tersenyum lebar dengan kertas saman berconteng RM15.

Syukur...saman RM30 dah diberi potongan harga 50%.
Macam nak bagi flying kiss je dekat pakcik jaga tu. Tapi aku cakap terima kasih dengan senyuman seikhlas hati je.
Haha...malu.

Kami keluar dari bangunan itu dengan muka berseri bak memakai Qu Puteh.
Barulah puteh!

p/s: minggu ni minggu akhir drama TV3 slot samarinda - Zahira. Sedih iollz nak ucapkan selamat tinggal dekat Encik Iqbal yang garang macam rimau tuh!

Friday, January 9, 2015

Koleksi Gambar Kucing-Kucing Kak Tin & Sejarahnya (Bahagian 1)

Assalamualaikum.

Kucing lovers? No? Why??
Kak Tin tak faham dengan orang yang tak suka dengan kucing, kucing tu the most adorable creatures on Earth tau tak!

How can you hate a kucing??

Oklah kalau korang tak suka kucing, pergi main jauh-jauh ok.
Orang lain suka! Saya suka! saya suka!

Alright, to begin...aku tak pernah ingat rumah aku tak pernah ada kucing. Tak kiralah kucing datang ke, kucing dapat ke, kucing pungut ke, the point is rumah aku memang sentiasa ada kucing daripada mula-mula aku duduk rumah ni (around darjah 4) sampailah sekarang

So marilah aku share koleksi gambar kucing-kucing yang pernah menjadi sebahagian daripada aku dan keluarga aku

Kimi. 

Aku pernah story pasal Kimi dekat SINI
Mungkin sebab aku besarkan Kimi dari kecik sampai besar, so bonding tu macam kuatlah kot.
Kematian Kimi memang bagi impak yang besar sangat dekat aku, Kimi mati sebab sakit, kemurungan setelah dia kehilangan semua anaknya, macam tulah bunyinya teori yang dibuat oleh adik

Kisah kematian anaknya yang terakhir tu agak tragis sekali

Historynya aku jumpa Kimi dekat sekolah, masa tu hari merentas desa tak silap (masa aku form 2 or 3 camtu). Nabil yang jumpa anak kucing dalam koperasi, lepas tu dia bagi kat aku. Masa nak balik tu aku ingat nak tinggal je kat sekolah sebab takut mama tak bagi bawa balik, tapi mama perasan, disuruhnya bawa balik. Kesian katanya.

Macam goddess gitu mama I.

Aira

Aira ni anak Adik. Ha? Siapa Adik? Bukan adik aku, ada satu kucing tu namanya 'Adik'. Nanti aku cerita.

Aira ni antaranya kucing-kucing yang agak disayang lebih sebab matanya yang cantik, biasalah kekadang ada jugak pilih kasih antara kucing. Mata dia macam pakai celak, perasan tak?

So practically Aira ni membesar kat rumah aku la, dan dia pun membesarkan anak pun dekat rumah inilah jugak

Baby kitty. Comel giler!


Kalau tak salah aku anak Aira ni tak panjang umurnya. So, tak menyempat nak dibagi nama.
Additional info dari Mera. Inilah satu-satunya anak Aira, Mera cakap Aira melahirkan di tempat yang terbuka (biasa kan kucing akan cari tempat tertutup).

Kadar pertumbuhan sihat anak-anak kucing dekat rumah aku ni pada tahap yang membimbangkan jugak sebenarnya. Jarang-jarang ada anak kucing yang boleh membesar sihat dan cerdas sampai dewasa. Kebanyakannya mati sewaktu masih bayi lagi. Kadang-kadang belum sempat bukak mata dah mati dah.

Kalau ada anak kucing yang membesar sihat sampai besar, itu kira reproductive success yang sangat bermakna. Boleh buat partayyy! Baby shower ke :-)

Banyak dah usaha dilakukan untuk membantu ibu-ibu tunggal yang membesarkan anak-anak kucing. Antaranya memberi tempat yang selesa dan hangat serta memastikan nutrien cukup untuk ibu-ibu kucing. Wah...dah macam jabatan kebajikan masyarakat dah.

Aira? Aira tak mati, err.....dia dipindahkan ke tempat lain atas alasan-alasan tertentu?

Ok fine let me be honest... Aira kena buang. Alkisahnya mem besar suruh buang anak-anak kucing zuriat Adik, so maknanya brothers and sisters Aira nilah jugak. Atas sebab apa mem besar suruh buang aku tak ingat. Tapi kata-katanya tidak boleh dibantah ye.
Tak bolehlah pulak kan kita nak buang anak-anak kucing tanpa ibunya kan, tapi nak tangkap Adik ni punyalah payah! So, in the end...solutionnya kitorang buang anak-anak kucing tu bersama-sama dengan Aira dengan harapan Aira boleh menjaga mereka (sebab Aira memang baik dengan anak-anak kucing tu, tolong jilat-jilatkan, share makanan bagai). Anak-anak kucing tu dah besarlah jugak semasa dibuang, dah bercerai susu.

Dengan berat hatinya kitorang buang Aira ni. Begitulah berlalunya kisah Aira dari rumah ni.

Lama jugak aku dan adik-adik berdebat mengenai siapa gerangannya si comel ni


Oh! Anak si dia ni...
Lepas tu kitorang berdebat pulak tentang si 'dia' ni
Siapa? Macam familiar sangat...

Lama aku fikir baru teringat
Ini Cynthia! (kelas tak nama dia *main angkat-angkat kening*)

Cynthia ni kucing datang yang tetibe jadi manja pulak dengan kitorang. Aku tak ingat dia hilang ke mana.



Sumpah aku tak ingat siapa budak berdua ni.
Kalau tak silap yang oren tu Jojo, kalau itu Jojo maksudnya budak berdua ni anak Cynthia la!
Tadi gambar diorang masih kecik, ni dah besar dah

Jojo

Jojo pun aku mention sekali dalam entri pasal Kimi

Shimo

Moment aku dengan Shimo ni sekejap je. Shimo banyak mengingatkan aku pada Kimi.
Mungkin faktor warna

Aku jumpa Shimo kat tepi jalan masa jemput Raziq dari tadika. Beberapa hari kemudian aku dengan family pergi bercuti ke Langkawi, bila balik je tengok Shimo dah hilang! Adik sepupu yang jadi tukang bagi makan pun tak pasti Shimo ke mana. Berakhir kat situ jelah moment bersama Shimo ni

Sampai sini dululah setakat ni, nanti aku sambung lagi bahagian 2 (mungkin bahagian 3)



p/s: mama saya bukannya tak suka kucing tau, dia ok je... cuma bila kucing dah mula buat hal. Contohnya kencing dan berak merata (ini boleh toleransi lagi sebab nanti aku yang bersihkan) atau bergaduh dengan kucing lain (biasanya jantan) sampai terkencing-kencing, maka itu boleh menaikkan tahap boiling point dia. Ada jugak kucing yang kitorang buang untuk mengelakkan jangkitan penyakit, contohnya satu kucing tu terlalu teruk sangat kurap dia dan susah untuk diubati, kita taknaklah lima kucing kita yang lain kena jangkitan

Wednesday, January 7, 2015

My first Etude House

Assalamualaikum

Salam tahun baru 2015!

Ya Allah, pejam celik pejam celik dah 2015 kan? Cepatnya masa berlalu.

Sebagai entri pertama untuk tahun ini, nak tulis benda simple dan random je. Nak cerita pasal my new year's present dari mama

Beg je yang besar, isi dalam dia kecik je

Korang tau tak brand Etude House, melambak outlets dekat Malaysia. Mesti tau kan..

Sebenarnya aku dah lama dah usha-usha brand Etude House ni, brand kosmetik famous dari korea tu!
Lee Min Ho & SHINee pernah jadi duta untuk brand ni! Jangan main-main!

Pastu tengok design dia pun macam cute gitu kan? Macam girlish terlebih semacam gitu.
Hah! Design cute harga dia bukanlah cute sangat uollz... so angan-angan jelah iollz nak pakai brand ni. Bak kata mama "belum kerja lagi, belum gain your own money tak payah nak eksen sangat pakai barang branded-branded mahal-mahal nih", begitulah menurut kata-kata mem besar. I menurut je cakap mem besar, jangan dilawan cakap pemberi tiket masuk ke jannah kita ni

Ceritanya...tahun baru tempoh hari kitorang satu family pergi berjimba ke Alamanda Putrajaya, cadangnya nak tengok wayang satu family. Tapi bila sampai je dekat GSC tengok line panjang macam kereta api, cancel! Kita shopping jelah!

Dok terjenguk-jenguk mencari kedai yang boleh tertambat hati. Ternampak booth Etude House ni dengan papan tanda BUY 1 FREE 1

"Bedak jenama ni bagus tau, mama pakai elok je", yes uollz. My mom pakai bedak Etude House, dibelinya sewaktu berkunjung ke Korea Selatan pertengahan tahun lalu

"Kakak nak ke?", soalan cepu emas bertabur intan diluahkan mama

Pucuk dicita ulam mendatang!

Bagai mengantuk disorongkan bantal! (betul ke peribahasa aku pakai? Bantai jelah!)

"Kalau mama nak belikan, beli jelah... kakak pakai je", ujar aku dengan muka endah tak endah. Konon-konon tak heran sangat dengan brand ni. Padahal dalam hati dah melonjak riang tak terkata.



Tu dia bedak mahai buat tepek kat muka.

Memang macam nak pengsan jugak la aku tengok harga dia, RM100++ ada la jugak untuk satu tu. Maaflah iollz biasa pakai bedak 12 hengget beli kat Watson je, tak pun tepungkan aje bedak talkum putih Baby Johnson kat muka. Dah jadi kerabat Raja Kapoooor kan.
Tapi sebab BUY 1 FREE 1 tu yang macam berbaloi kot nak beli.


Anyway, thanks mama untuk hadiahnya. Lain kali beli lagi ye.
Ihiks