klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Friday, December 7, 2012

27th Golden Disk Award in Malaysia

Assalamualaikum.

Aku melayan Buletin Utama TV3 jam 8.00pm tadi sambil tolong mama menulis markah kertas SPM Bahasa Malaysia.
Towards the end, keluarlah berita pasal Golden Disk Award (GDA) yang akan diadakan di Malaysia bulan Januari ni.

Hah? Apa tu GDA?
GDA is one of the big yearly event untuk industri muzik di Korea, kiranya kalau kat Malaysia ni...macam Anugerah Industri Muzik (AIM) la rasa-rasanya...

As one of Kpop fan, of course la rasa excited tu menjalar ke seluruh urat saraf!
Lebih-lebih lagi when in the news, they announce that F1 Circuit in Sepang is one of the possible venue.
15 minutes away by car from my house and over 20 Kpop artists dijangka akan hadir, you can't even imagine my feeling!
Such a waste if I can't attend such an event yang selama ni aku boleh tengok through TV or youtube sahaja kan?

The venue pun not yet confirmed, I heard they might consider stadium Bukit Jalil or Genting as well..
The news reported that it will be held on 15 to 16 January 2013

somehow.... money issue is a big problem here

entry ticket start from RM688 and RM999 (entry for 2 days)

Aigoo...Aigoo.... *garu kepala*
mana aku nak cekau duit banyak tu Cik Timah oii!
Bagi yang mampu itu mungkin tiada isu di situ, tapi bagi aku yang tak berharta ni... masalah BESAR di situ!

Lagi-lagi bila depa dok sembang yang ada kemungkinan yang agak besaq juga la bahawasanya TVXQ akan attend event tu

TVXQ woi! TVXQ!!
cinta hati aku for almost 6 years!

Memang merana jiwalah aku kali ni lagi, sama kes tahun 2010 dulu bila JYJ buat showcase in Bukit Jalil and I can't attend coz it's very near to SPM that time...
even terlepas peluang nak sambut Jaejoong, Yoochun & Junsu oppa arrival in KLIA coz I have tuition on that very day.

I want to meet Yunho oppa and Changmin sama~~

Onegai  ~ ~      T^T

pilunya hati...

picture credit: frapbois tistory & google

Thursday, December 6, 2012

A Short Visit To Kuan Wellness Ecopark


Last Sunday, we make a short visit to this one small, beautiful place.
Kuan Wellness Ecopark ni terletak di Tanjung Sepat, between Morib dengan Sungai Pelek.
Visit the official webpage here

Tak pernah tahu pun ada that kind of place near my house, tak jauh..around 15 minutes by car (I think so).
Actually my family and I baru balik dari kenduri kahwin rumah Nenek Milah, anak Nenek Milah kahwin.
After shopping sikit dekat pekan Banting tu, on the way balik, ayah singgah kejap.

Gambar kat atas tu ialah sebuah bangunan besar, the one yang people use untuk dapatkan sarang burung tu la...


I think ayah brought us here because dia nak tengok Eco Farm ni jer
Nothing much here, its just a small place with some animals, both rare and very common animals
Eco farm ni ada ayam belanda, guinea pig, rabbit, iguana, mandarin duck, burung merak, burung nuri, parrot, pigeon (lain sikit la pigeon ni) and...tak ingat lagi dah..

Parrot
Aku pergi dekat jer, tiba-tiba dia posing~
*snap*snap*

some kind of ayam yang aku tak ingat namanya
warna bulu dia sangat cantik!

burung merak stingy~
dia tak nak tunjuk ekor dia :-(

pigeon yang macam kena kacuk dengan ayam serama
jalan terkedek-kedek
comel~~

there's a cafe there, I think they served sup sarang burung

Cantik kan rumah ala-ala Inggeris ni?
They sold their product here~

classic cars for display~

And...lastly momento picture



I can't get around much
but at least, it such a pleasant experience
seems like a small portion of my 'doa' Allah makbulkan.
it happens right after I wish for a change in my daily schedule ^_^

p/s #1: there's only one unpleasant thing. Ada this kind of unpleasant smell around the place. I don't know datang dari mana

p/s #2: baca Zaf post pasal lagu Tohoshinki - Doushite....  serius terharu.
terima kasih Zaf sebab suka lagu tu!!! T___T

Sunday, December 2, 2012

Omelan Waktu Cuti

Assalamualaikum.

Haihh....
Aku tak tahu kenapa aku kerap sangat mengeluh baru-baru ni
Mungkin sebab terlalu bosan?

Orang cakap mengeluh tu tak bagus.
Bak kata orang Cina, mengeluh tu menghalau "ong", yakni "nasib baik" untuk manusia.

Tak kisahlah betul ke tidak kan? Pernyataannya disini, mengeluh itu tidak bagus.
(Dah tu yang kau buat tu apa hal?)

Nak buat macam mana? Perlakuan tu terjadi secara automatik.
Setiap hari aku mengulang rutin yang sama sepertimana selepas habis SPM dulu.
Rutin statik, sangat membosankan.

Bangun tidur > makan > laptop > masak > mandi > laptop > makan > laptop > tidur petang > makan > mandi > masak > laptop > makan > laptop > tidur.

Begitulah rutin harian aku.

(Kenapa kau tak buat perubahan? Cari hobi baru, projek baru mungkin?)
Untuk pengetahuan, aku seorang yang sangat malas.
Buat sesuatu yang aku memang tak perlu buat, wasalam lah....memang aku tak akan buat.

Apa yang aku perlu sekarang ialah percutian,
percutian bersama keluarga ke suatu tempat dimana aku boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Namun, semua itu mungkin mustahil buat masa terdekat ini.
Mama sibuk menanda kertas SPM yang berlonggok di atas meja dan ayah...  ayah tetap ayah.
Mungkin tidak lama lagi, mama akan sibuk pula menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru Tingkatan 1.
Bermaksud? ya...tiada masa terluang.

Haihh....

Masa-masa beginilah baru teringat nak cari kawan, nak mengubat resah.
Tapi, masing-masing tengah sibuk. Memerah otak menghadapi peperiksaan, begegas menghadirkan diri ke kuliah, diskusi kumpulan, tugasan pensyarah.
Mana ada masa untuk penganggur terhormat macam aku ni.

Haihh...

Sabarlah wahai hati.
Hadapi hari-harimu dengan tabah.
(ecehh.....ayat tak menahan kau kan?)

Mungkin hanya inilah masa yang aku ada untuk bermalas-malasan kan?
Lepas ni kalau dah tak ada langsung, dah sibuk kesana-kemari, kerja itu kerja ini, baru tahu betapa berharganya waktu ni.

p/s: mengharap perubahan jadual minggu hadapan.

mohon difaham untuk bahasa aku yang agak baku, sedang dalam mood menanda kertas BM, jadi...macam bunga-bunga sikit la.