klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Saturday, December 27, 2014

Resepi Cheesekut

Assalamualaikum semua~

Rajin tak I update baru-baru ni *main angkat-angkat kening*

Hahaha. Tengah semangat nak blogging ni, rajinlah! Nanti dah tak rajin... mahu berhabuk bersawang blog aku takde update langsung!

Tengah rajin nak mencuba semua benda yang aku tak pernah buat. Kalau menjadi aku share la, kalau tak menjadi diam-diam je. Hehehehe

Kali ni jom buat Cheesekut.


Aku kurang pasti pulak bila benda ni jadi fenomena dekat Malaysia, tapi yang aku ingat, aku mula-mula rasa Cheesekut ni masa balik summer break tahun lepas (Disember 2014). Abang yang bagi aku rasa, beli dari kawan katanya.


Maaflah... trend-trend terbaru Malaysia ni kadang-kadang aku lambat sikit tahu. Orang jauh la katakan... Kalau tak ada orang bagitahu, atau aku tak terserempak dekat FB, tak tahulah jadinya.

Mula-mula pelik la jugak, apa benda Cheesekut ni? Nama pun lain macam kan? Tak pernah dengar sebelum-sebelum ni. Bila makan... rasa cream cheese...eh? eh? rasa biskut Hup Seng feveret aku tu. Sedap jugak

Sudah setahun lepas aku makan benda ni, tahun ni baru terasa nak buat sendiri.
Pergi merayau cari resepi. Allah! mudah je benda ni rupanya...

Bahan sikit je nak pakai. Nak buat pun insyaallah senang je. Nak makan pun lagilah senang kan!?

Jom sama-sama kita buat Cheesekut!


Kalau nak Cheesekut terbaik dari langit, usahakan cari deluxe crackers macam dalam gambar. Kalau tak jumpa, cream crackers pun bolehlah

Untuk topping, selain Milo boleh jugak guna Nestum, coklat atau apa-apalah yang korang suka. Jadi kreatif. Aku kurang kreatif sikit.

Bahan-bahan

  • 1 paket biskut HUP SENG Deluxe Crackers
  • 250 g krim keju
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250 ml susu segar
  • 1 paket Milo 3 dalam 1
Cara-cara


1. Potong krim keju dalam saiz kecil supaya mudah diputar



2. Menggunakan mesin pengadun (mixer), putar krim keju, susu pekat manis dan gunakan 4 hingga 6 sudu susu untuk mencairkan krim keju. Jika tidak mahu terlalu manis, gunakan 1/4 tin sahaja susu pekat manis. Adunan krim keju hendaklah tidak terlalu cair dan tidak pula terlalu pekat.
Bagi yang tidak memiliki mesin pengadun, bolehlah menggunakan pengisar makanan (blender). Pastikan pengisar anda bebas dari bau dan rasa bawang atau cili atau yang sewaktu dengannya.



3. Celupkan biskut ke dalam susu dan susunkan biskut di dalam bekas yang sesuai. Buat satu lapisan biskut


4. Tuangkan krim keju ke atas biskut yang telah disusun tadi untuk membuat satu lapisan rata krim keju.

5. Ulangi langkah menyusun lapisan biskut dan lapisan krim keju sehingga memenuhi bekas


6. Habiskan dengan lapisan krim keju di lapisan paling atas. Taburkan serbuk Milo atau topping lain mengikut cita rasa

7. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.

Siap sudah Cheesekut yang aku idam-idamkan ni.


Aku buat dalam bekas-bekas kecil ni sebab senang nak makan. Korek je pakai sudu, kalau tak habis, tutup simpan, nanti-nanti boleh makan lagi!

Mari kita korek dan tengok dalamnya


Ada layer-layer gitu

This one was nicely done, layer dia cantik tersusun. Sebab tu dapat masuk blog!
Hahaha

Tengok-tengok je...rasa macam mana? Sedap ke tidak?

Ngap!


Mashaallah sister!! Sedap gilos!

Lemak berkrim disukai ramai gitu! Cuma rasanya topping tu kena tabur lebih sikit baru lagi sedap!
Ataupun tabur serbuk Milo tu layer by layer masa buat tu. Ha? Idea bernas! Mungkin aku boleh cuba lagi lepas ni

Selamat mencuba!

p/s: takutnya tengok banjir di Pantai Timur. Tinggi bukan main air naik! Yang dah lama tak banjir pun ikut bah sama. Semoga Allah ringankan beban mereka yang terkena musibah banjir

Thursday, December 25, 2014

Resepi kek kukus coklat versi bekas plastik dengan topping coklat ganache

Masa untuk kek coklat kukus!!

Peluh-peluh kek I keluar peti sejuk

Kek coklat kukus rasanya antara kek pertama yang aku buat (masa zaman-zaman sekolah dulu) dan dapat hasil yang memberansangkan. Bahannya senang, cara nak buat pun mudah dan rasanya mashaallah sister! Sedap sampai pejam-pejam mata!

Sebelum-sebelum ni biasanya aku kukus dalam loyang, tak pernah cuba dalam bekas plastik. Mula-mula rasa tak yakin jugak, "Ye ke boleh kukus benda ni?", takut bekas plastik tu cair. Tapi kan kalau orang lain boleh buat, mestilah boleh kan?
Lagipun macam menarik je buat dalam bekas comel-comel, nak bagi orang pun senang!

Seperti biasa, kita google resepi dulu.
Dah jumpa resepi berkenan dihati, terus pergi baking station dan buat (cewahh...ada baking station bagai! Hahaha).
Tapi aku menderhaka sikit la dekat tuan punya resepi, tak ikut betul-betul langkah-langkah yang diberi sebabnya ada sedikit malas. Hohoho...jangan ikut aku ye, kalau nak menderhaka resepi ni kena yakin bendanya akan jadi tau, kalau tak jangan berani-berani ye menderhaka. Tak jadi padan muka!

Alhamdulillah kek yang aku buat jadi. Jadi, marilah menderhaka bersama-sama aku. Muahahaha!


Masa nak buat topping tu, dekat rumah tak ada coklat masakan, nak pergi beli memang malas sangat. Ada coklat Whittakers dalam peti sejuk yang bawa balik hari tu, tak bersentuh lagi. Asalkan coklat, aku tibai jelah, it turns out ok je...cuma rasa coklat susu la...very creamy.

Aku tak suka sangat milk chocolate, lagi suka dark chocolate. So, bagi aku topping yang aku buat tu agak heavy la, tapi adik aku suka je.
Resepi asal guna minyak untuk topping, aku ganti pakai butter. Sama je hasilnya.

So, jom buat kek kukus coklat versi aku.
Let's go over the ingredients and we could get started! (gaya  Laura Vitale)

Sumber: Google

Resepi asal: http://denuanza.blogspot.com/2010/11/kek-coklat-langkah-demi-langkah.html
Olahan: http://fatinshahirahrahmat.blogspot.com/

Bahan-bahan kek coklat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh serbuk soda
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 3/4 cawan gula kaster
  • 1 cawan serbuk koko - kalau mampu beli jenama Van Houten ke, Hersheys ke, baru sedap!
  • 2 biji telur bersaiz sederhana
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan minyak jagung - atau minyak masak yang ada
  • 1 1/4 cawan air
Cara-cara
  1. Panaskan pengukus. Pastikan air dimasukkan secukupnya untuk mengelakkan pengukus kering
  2. Dalam mangkuk pengadun, ayak tepung gandum, serbuk penaik, serbuk soda, serbuk koko dan garam halus. Campurkan  gula kaster dan gaul rata
  3. Dalam bekas yang lain, satukan telur,  minyak, susu, air dan esen vanila. Kacau sehingga mesra
  4. Tuang campuran bahan basah ini ke dalam adunan tepung yang telah diayak tadi. Gaul sehingga adunan menjadi sebati sepenuhnya.
  5. Tuang adunan kek ke dalam bekas plastik sehingga 1/2 penuh sahaja
  6. Kukus selama 30 minit. Jika menggunakan bekas yang lebih kecil, kukus selama 15 ke 20 minit. Jika menggunakan loyang yang besar, kukus selama 1 jam 15 minit
  7. Elakkan membuka pengukus sehingga kek siap masak. Jika nak tahu kek telah masak atau belum, cucukkan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek anda telah masak sepenuhnya. Biarkan kek sejuk sebelum dicurahkan topping.
Bahan-bahan topping coklat
  • 250 g coklat masakan (patah-patahkan menjadi kepingan kecil)
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 2 sudu besar mentega
Cara-cara
  1. Panaskan whipping krim dengan kaedah double boiler. Cukuplah sekadar panas untuk mencairkan coklat.
  2. Alihkan krim dari double boiler dan masukkan kepingan coklat ke dalam mangkuk berisi krim panas tersebut. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya
  3. Masukkan mentega. Gaul sebati sehingga mentega cair dan topping kelihatan berkilat
  4. Curahkan topping ke atas kek
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan
Beginilah ye kaedah double-boiler (tips: paras air di dalam periuk JANGAN sampai mencecah bekas tahan panas)





Kalau guna bekas yang segi empat tepat macam aku buat ni insyaallah boleh dapat dalam 7 ke 8 bekas, kalau guna bekas yang lebih kecil mestilah boleh dapat lagi banyak!


Yummy!

Selamat mencuba!


Monday, December 22, 2014

Resepi muffin epal dengan walnut

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak balik Malaysia untuk summer break ni, aku memang rajin baking. Kalau boleh macam hari-hari nak baking something. Tapi kadang-kadang kena tahan diri, pastikan kek sebelum ni habis dimakan baru boleh buat yang lain.
Nasib baik-baik adik-adik jenis yang rajin makan jugaklah.

Itu kisah dua tiga minggu lepas la, sekarang ni....kurang sikit. Buat benda lain pulak.

Sebelum-sebelum ni, kalau bab buat kek mesti tak jadi, kek bantatlah, bau telurlah, kurang inilah, kurang itulah. Sampai suatu saat tu aku rasa aku memang takde bakat. Tapi teringin sangat nak pandai baking sebab tengok orang lain buat menjadi. So, aku keep on baking jugaklah sikit-sikit. Sekarang ni dah menjadi sikit la... practice make perfect kan?

Hari tu beli buah oren dengan epal dekat pasaraya, buatkan cupcake oren untuk mama. Teringin nak makan kek oren katanya. So, ada la epal lebih dalam peti sejuk tu. Gian nak baking tu ada, teringat pulak ada kacang walnut yang bawa dari Australia itu hari.

Google terus resepi "apple muffin". Jumpa yang berkenan di hati, terus buatlah!


Resepi asal: http://addapinch.com/cooking/cinnamon-apple-muffins-recipe/
Olahan: http://fatinshahirahrahmat.blogspot.com/

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum (+ 2 sudu besar untuk salut epal)
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 biji epal hijau dipotong dadu - epal merah pun boleh
  • 1 cawan kacang walnut dicincang - nak pakai kacang badam pun boleh
  • 1/2 cawan mentega unsalted, suhu bilik - kalau pakai salted butter tak payah letak garam dah
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur saiz sederhana
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan susu segar penuh krim
Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200, sediakan tin muffin dengan liner muffin atau sapukan minyak atau sapukan mentega dan tepungkan, pastikan tiada lebihan tepung dalam tin muffin. Ini langkah penting untuk elak muffin melekat, tak boleh keluar pula nanti
  2. Epal dipotong dadu, lebih kurang 1/2 inci dan salutkan dengan tepung gandum. Ketepikan
  3. Dalam mangkuk sederhana besar, ayak tepung, serbuk penaik, garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan ketepikan
  4. Dengan menggunakan mesin pengadun, krimkan mentega dan gula sehingga berwarna kuning pucat, lebih kurang 3 minit dengan kelajuan sederhana. Kalau tak ada mesin pengadun, pukul pakai tangan je, pastikan kaut tepi-tepi mangkuk tu dengan spatula untuk pastikan semuanya dipukul rata
  5. Masukkan telur satu persatu, pastikan telur dipukul sebati sebelum memasukkan telur seterusnya. Masukkan esen vanila
  6. Tukar kelajuan perlahan, masukkan 1/3 adunan tepung dan setengah susu, pukul sebati sampai tak nampak tepung lagi, kemudian masukkan 1/3 tepung lagi dan setengah lagi susu, pukul sebati lagi. Habiskan dengan 1/3 adunan tepung terakhir, tanpa menunggu sebati sepenuhnya matikan mesin pengadun.
  7. Sekarang masa untuk gunakan tangan. Masukkan epal dan walnut, kaup balikkan (fold) adunan dengan menggunakan spatula. Berhenti sebaik sahaja semua bahan bercampur rata. Elakkan terlebih mengacau sebab nanti muffin jadi keras dan tak sedap
  8. Bahagi-bahagikan adunan ke dalam tin muffin, 3/4 penuh je, nanti muffin naik. Insyaallah boleh dapat 12 muffin, mungkin lebih
  9. Bakar selama 20 ke 25 minit atau sehingga permukaan muffin perang keemasan, kalau cucuk pencungkil gigi ke tengah muffin dan keluar bersih, maksudnya muffin dah masak sepenuhnya. Kalau ada melekat adunan yang masih basah dekat pencungkil gigi, bakar lagi 2 ke 3 minit. Masa membakar ni bergantung kepada oven masing-masing. Jadi, rajin-rajinlah periksa untuk mengetahui muffin dah masak sepenuhnya atau belum. Elakkan terlebih masa membakar.
  10. Keluarkan dari ketuhar dan tunggu sejuk. Tapi kalau makan masa masih suam-suam tu sedap tau.

Siap dah muffin epal dengan walnut aku!


Dalam resepi asal memang ada topping-topping bagai, tapi aku? tak payah la semua tu. Kalau nak boleh taburkan gula bercampur serbuk kayu manis (cinnamon sugar) atas muffin sebelum bakar. Nanti jadi macam crunchy-crunchy sikit. Aku lupa nak buat. 

Rasanya arahan yang aku bagi dekat atas ni cukup lengkap, untuk beginner macam aku ni, arahan yang lengkap cukup penting sebab kadang-kadang kita tak tahu pun nak pukul banyak mana, macam mana nak buat teknik ini, teknik itu. Semuanya kena belajar, kena tengok dengan mata kepala sendiri, try buat. Baru pandai!

Selamat mencuba!

Sunday, November 30, 2014

Drama Rawak #1

Suatu malam...

Drama dalam TV3: "Tak kira! Lia dah nekad Lia nak kahwin jugak!". Watak Lia (bukan nama sebenar) yang menyatakan kemahuannya untuk berkahwin dengan teman lelakinya Syamil (bukan nama sebenar jugak) tetapi dihalang oleh ibunya.

Aku: konon-konon nak tiru dialog drama. "Kakak pun! kakak nak kahwin jugak!"

Abang: "Ah! Kau dah tak payah gatal nak kahwin! Suruh masak pun malas!". Merujuk kepada keengganan aku untuk masak malam tu sebab mama dengan ayah pergi kenduri kahwin rumah jiran, Maka aku suruh adik-adik makan nasi dengan telur goreng je.

Aku: hanya mampu tersengih.


p/s: semua hanya lakonan spontan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang dah kahwin atau dah bertunang. Eh? Eh?

p/s 2: bercakap pasal drama TV tu, aku ingat mak dia halang dia kahwin sebab dia risaukan anak dia yang masih muda. Rupanya mak dia tu suka dengan boipren anak perempuan dia tu! Gatal rupanya mak dia!

Tuesday, February 18, 2014

Just say Alhamdulillah

Pertolongan Allah tu boleh sampai bila-bila masa saja, di masa kita paling tak jangka, 
di masa kita paling memerlukannya.

Since I've come back to Canberra banyak masalah nak kena fikir, banyak perkara perlu penyelesaian. Risaukan keadaan diri, risaukan keadaan kawan-kawan. Sampai ada suatu masa, too many things to get done in one day dan kepala ini terasa sesak sangat.

Kala malam menjelma, 
mata tak dapat nak dipejam sebab fikiran ligat memikirkan possible situation and solution.

Aku terduduk. Terdiam.

Tiada siapa dapat aku mengadu tentang permasalahan ini. Perantau di bumi asing. 
Tiada sokongan ibu bapa dapat aku pinta di saat ini

Hanya Dia, cuma Dia
Aku menadah tangan memohon kemudahan

Aku cuma hamba-Nya yang hina.
Saat aku susah baru aku teringatkan Dia.
Tapi Dia itu Maha pemurah 
Tika Dia menurunkan satu persatu penyelesaian permasalahan aku, aku bersyukur,
Walau hanya sedikit kelegaan diberi, aku bersyukur

Kelapangan hati itu suatu nikmat

Alhamdulillah.

Thursday, February 6, 2014

Benda dalam tin ini sangat sedap!

I don't know when this product was out but I've just tried it and sedap kot! 
What I'm talking about is Ayam Brand's Mackerel Goreng dalam Sos Cili!


Yelah selama ni mackerel dalam sos tomato kan and then Malaysian and sos tomato? Mana kena beb?
Even kalau masak sardin in sos tomato tu pun letak cili sebab nak bagi rasa pedas, dan ada sesetengah yang tambah sos cili kan? So, yang ini mackerel dalam sos cili barulah kena!

This thing kalau cuma panaskan and then makan dengan nasi panas pun mesti sedap nih! 
Attention to orang-orang bujang yang malas nak masak tu, this is the perfect thing, 
tapi jangan makan selalu, tak elok sangat pun.
So, tadi aku guna benda ni buat sandwich bakar for breakfast


Walaupun korang tak tanya tapi aku share jugaklah macam mana nak buat sandwich ni, 
yelah aku memang macam tu. Hahahaha

Resepi Sandwich Bakar Berinti Mackerel

Bahan-bahan
Sandwich maker
8 keping roti sandwich (wholemeal is a much healthier choice)
1 tin kecil Ayam Brand's Mackerel Goreng dalam Sos Cili (atau sardin biasa, ambil ikan sardin sahaja)
1/4 bawang besar (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 sudu besar mayonis 
sedikit marjerin untuk sapuan

Cara-cara
1. Tuangkan Ayam Brand's Mackerel Goreng dalam Sos Cili ke dalam mangkuk dan hancur-hancurkan isinya.
2. Tambahkan bawang besar, mayonis serta jus limau ke dalam mackerel dan gaulkan sebati.
3. Susun roti di dalam sandwich maker
4. Sudukan inti mackerel ke atas roti dan tutup dengan kepingan roti yang lain
5. Sapukan sedikit marjerin ke atas roti dan bakar roti di dalam sandwich maker hingga siap.
6. Ulangi proses sehingga inti mackerel habis

mamma mia! muahh!

Wednesday, February 5, 2014

Apa nak bawa ke Australia? (Student version): Cili kering

Cili kering is one of the thing yang aku rasa berbaloi nak bawa balik Australia, paling kurang pun 1 kilo la. Sebabnya......cili kering ni mahal dekat sana and usually diorang jual dalam paket-paket kecil, we'alls Malaysian yang selalu sangat masak sambal tumis bagai mana cukup 1 paket? Sekali masak dah habis dah. 

Lagi satu dekat Canberra ni (I'm not sure about other places), biasanya aku jumpa dekat asian store tu jenis cili kering yang pedas sangat, baru masuk 5 biji pedasnya mintak ampun! Memanglah jimat sebab pakai sikit je dah cukup pedas, tapi kalau kita nak masak sambal mestilah nak pakai banyak kan, nak warna merah menyala kan? Alah....you'alls kalau selalu masak mestilah fahamlah perasaan aku.

So the story is, kalau nak bawa masuk cili kering ke Australia, kena buang biji sampai bersih tau! Sebabnya mereka risau kalau-kalau kita guna biji tu untuk tanam pokok cili dan kalau dibuatnya pokok kita berpenyakit, maka akan tersebarlah penyakit ke tanaman-tanaman mereka yang lain. That's my understanding la.... mungkin ada further explanation. So, memandangkan beberapa hari lagi nak balik, inilah kerja aku saban hari. Membuang biji cili kering.

my work station

kena bersih sampai macam ni ye saudara saudari sekalian

protection, sebab hidung aku sensitif sangat dengan bau cili....
baru setengah jam buat kerja dah rupa macam orang seminggu kena demam selsema


Elizabeth (dipanggil Ebi) dengan nyenyaknya tidur siang tatkala aku bertarung dengan the wrath of cili kering

Ada banyak lagi cili yang nak dibuang biji. Chow.

Monday, February 3, 2014

Azam 2014

Assalamualaikum.

Bulan lepas aku dengan pandainya berjaya menukar blog skin aku kepada sesuatu yang lain daripada yang lain. Comel I tell you! But, as a consequences blog template aku menjadi disaster and aku tak tahu lagi macam mana nak betulkan dia. Everything jadi double entry and suggestion yang aku dapat dari internet tak boleh pakai.

Ya Allah stressnya aku dengan blog ni, silap-silap aku boleh tak tidur malam tau duk memikir saja (yelah tak ada benda lain nak difikirkan).

Akhirnya aku buat blog baru and import every entry from the previous blog to this one. Aku dah malas dah nak cari solution lain. So what do you think about this one? I try my best to suit my liking (yelah my liking...takkan you'alls punya liking kan...nak buat hapa?!)
Maka, dengan tertubuhnya blog aku yang baru ni aku pun jadi bersemangat untuk tanam azam baru 2014 ni! Nope tak terlambat lagi....we're still in the early 2014 kan.
Of course every year we thought about improving ourselves. Better than yesterday, better than last week, better than last year! Aku tak terkecuali langsung.

2013 berlalu membawa mungkin sedikit sebanyak kenangan pahit dalam hidup aku, dan semestinya banyak kenangan manis. No we shouldn't forget. Perkara negatif kita jadikan pengajaran supaya pisang tak berbuah dua kali (biarlah rambutan saja yang berbuah banyak-banyak kali) dan perkara positif kita jadikan pemangkin untuk kita bergerak lebih laju dengan semangat yang lebih jitu! (kau nampak tak ayat aku tu. Fuhh!)

Usia makin meningkat dan aku sedar masih belum signifikan kewujudan aku dalam kalangan masyarakat. Ilmu belum cukup, kematangan masih membangun dan pengalaman masih belum habis dikutip. Saban hari aku menadah tangan memohon pada yang Esa agar diberikan kekuatan semangat menempuh kehidupan, dan aku yakin Allah tidak akan menyia-nyiakan hamba-Nya. 2014, semoga aku melangkah lagi satu anak tangga, atau mungkin melompat beberapa. Amin.

p/s: klik iklan dekat atas for me please? sekali je..tak rugi pun. thank you.