Ce cite ce cite....
Kalau nak aku gambarkan interview hari ni dalam satu perkataan. Aku rasa perkataan yang sesuai ialah "UNEXPECTABLE".
This time MARA dah keluar dari kepompong "COMMON INTERVIEW".
SUMPAH! aku tak pernah baca pasal interview JPA/MARA yang macam ni.
Aku sampai ke Anggerik Mall, Shah Alam around pukul 8.30am. Sesi interview aku start 9.00am tapi kita dikehendaki datang half an hour earlier untuk sesi pendaftaran. Aku dapat giliran "3" untuk Panel C, dekat Tingkat 3 (tingkat paling atas....semput aku naik tangga-nak tunggu lift lambat!)
Kat meja pendaftaran, aku pelik tengok ada sepeket spaghetti dengan setin sardin. Aku ingat pegawai pendaftaran tuh nak bawak balik masak untuk anak dia ke hapa.
gambar ihsan Uncle Google, exactly same brand.
Ada 9 orang candidates untuk course Biotechnology sesi pukul 9.00am ni ( 3 boys 6 girls). Bila tanya-tanya, mostly semua dari SBP la, MRSM la.... (hebat kan? korang bayangkan perasaan aku...tapi aku cool jerr...Relax la beb)
Tepat 9.45am, kitorang dipanggil masuk. Semua 9 orang masuk sekali, 4 duduk belah kanan, 5 belah kiri.
Ada 3 orang panel, 2 perempuan 1 lelaki.
Rule no. 1
-ketuk pintu
-ucap salam
-senyum!
-salam panel (yang boleh salam la!)
-duduk dengan sopan
Korang rasa-rasa firstly dia akan tanya apa? Mestilah suruh introduce diri semua kan? Itu jugak yang aku fikir...tapi jangkaan aku meleset.
Dekat depan mata aku, ada 2 buah meja yang jaraknya tak sampai 20cm, kat atas meja tu pulak ada spaghetti, setin sardin, gunting, benang dan sehelai kertas arahan.
All candidates diberitahu bahawa we all must do a simulation....together. All communication and command during the task must be done in ENGLISH only, we're given 30 minutes and we must NOT ask the panel ANYTHING.
Ha? so, apa dia suruh buat? The instruction tell us to:
-make a bridge that can connect the two table
-you must not move the table
-use only the given material and NO other material allowed
-lastly, put the 500g sardine can on top of the bridge and make sure the bridge can support the weight
-wait for 1 minute to make sure your bridge is really strong.
Firstly aku macam....WTH?!! buat bridge pakai spaghetti? boleh ke spaghetti tu support tin sardin yang berat tuh? Tak pernah dibuat orang benda ni!
Tapi sebab, we have to do it. We all buatlah.
Macam mana rupa bridge? aku taktau nak gambarkan macam mana. Tapi we all done in 25 minutes and tin sardin tu stay kat atas bridge sampai la ke akhir, meaning....kitorang berjaya!
Sepanjang proses buat tu...panel-panel tu perhatikan everyone, siap dengan kertas dan pen kat tangan. Ala-ala juri pertandingan gitu....
Actually, they all nak tengok kita punya sama ada kita mampu lead or follow instruction well. Boleh lontarkan idea, berikan pandangan, work in team, have good communication with others and kerjasama.
So, kita mestilah show yang kita ni ada required quality. Jangan duduk tercengang je tak buat apa-apa. Involve yourself dalam activity. Give ideas, help as much as you can. Even you all tak ada apa-apa idea pun... goreng jelah cakap apa-apa pun! As long as you talk and buat kerja. Beri kerjasama dekat group, penting tau! Jangan selfish!
After that, sesi jawab soalan. Everyone diberi different questions regarding the simulation that we done before. Answer semua kena full BI, lantak kaulah nak goreng apa...yang penting bila dia tanya "Anything else?", WAJIB tambah something! Nak tau aku dapat soalan apa?
"What new things that you've learn from the activity just now?"
Aku tak ingat aku jawab apa, tapi itulah the best answer aku boleh bagi. I think I have done well.
Then dia tanya if anyone nak tambah apa-apa, 5/9 candidates berlumba-lumba nak cakap something, itu termasuklah aku! Walaupun tak ada apa-apa sebenarnya nak cakap, kena jugak cakap something coz that's the chance untuk tonjolkan diri.
Then dia tanya lagi "Any other question?", ada la jugak 2-3 orang yang bertanya. Aku nak tanya jugak tapi semuanya sudah dijawab lengkap and aku rasa tak ada perlunya.
So, sesi interview wrapped up macam tu la...
Habis....
Apa pendapat you all? pelik? tak disangka-sangka? easy?
Aku rasa lega sebenarnya....taklah terlalu stressfull, very relaxing dan santai sebenarnya.
So, now....tinggal doa jer la moga-moga Allah bagi rezeki kat aku...
a/n: macam wasted jer preparation aku semua, satu soalan bio-tech pun tak ditanya. Soalan-soalan spot pun tak ada yang keluar. Wasted jawapan solid aku....
Tapi..overall...okay la tu.....