klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Friday, May 6, 2011

Tawaran ke IPTA

Huishh....hari ni hari yang ditunggu-tunggu kebanyakan lepasan SPM macam aku.
Keputusan kemasukan ke IPTA akan keluar hari ni.
Berdebar, takut, excited, cuak.....sah-sah la semua tu ada...


Tak ketinggalan.....after 12.00 tengah hari, aku pun turut online check sama..


NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:930412******
NAMA:FATIN SHAHIRAH BINTI RAHMAT

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
Y0600 - ASASI UNDANG-UNDANG (Bumiputera sahaja)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

Benda first yang aku buat ialah menjerit!
Bukan excited atau apa....tapi terkejut!

Memang aku dah fikir masak-masak pasal Law, tapi tak sangka.... entah la! aku tak tahu nak cakap apa. (masih dalam keadaan terkejut, tapi boleh pulak minah ni berblogging)

Aku lega yang aku tak tercampak jauh je UNIMAS, memang ada aku masukkan dalam pilihan untuk 'asasi sains hayat', TAPI aku tak pernah berharap akan dapat. Jauh wooo!!!

Tapi.... rezeki Ayunk dapat UNIMAS 
(tahniah beb! ha!ha!ha!ha! jauh ko merantau...)

Frankie pulak tepat mengena sasaran Diploma account di UiTM, tapi nampaknya beliau tetap ke Matrikulasi Perlis
(jauh jugak kau merantau...)

Bagi Kenzo dan Nabil yang tidak berjaya, aku doakan rezeki korang ada untuk rayuan beb.
All the best, aku sayang kau Kenzo!

Ira dapat pulak sama UIAM dengan aku, 'asasi sains hayat'. Memandangkan bidang lain-lain...aku rasa mesti kampus lain-lain. Entahlah..nanti aku check..

Dayah, Yaya & Alan....aku tak tahu berita lagi...

Rasanya dah bermula saat perpisahan....semua akan merantau jauh-jauh
Sedih pulak bila pikir-pikirkan....tapi nilah hakikat kan...

Aku doakan kita semua berjaya mengejar cita-cita masing-masing...
baik-baik jaga diri...
AKU SAYANG KORANG SEMUA!!!!

hugs and kisses


No comments: