klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Monday, May 16, 2011

Tugas dan Tanggungjawab itu Amanah

Beberapa hari lalu aku mendengar kisah seorang rakan Cik Mek (bukan nama sebenar) daripada seorang rakan yang lain Cik Irama (bukan nama sebenar).
Memang panas sungguh Cik Irama bercerita mengenangkan sakit hatinya pada Cik Mek. 
Kisahnya Cik Mek tidak menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh seorang guru, tugasan dibahagikan antara Cik Mek dan Cik Irama. Cik Irama dah lama menyiapkan tugasan tapi Cik Mek pula mengabaikan tugasan tersebut sehinggalah guru itu menuntut tugasan yang diberikan. Lebih teruk lagi, Cik Mek telah menghilangkan tugasan yang diberi. Bertegas guru itu mahukan tugasan yang diberi dipulangkan dan disiapkan kerana telah cukup lama tempoh sudah diberi.


Cik Mek mengelak bersua muka dengan guru tersebut, malahan dia menarik muka masam saat berselisih dengan guru itu, dia juga mengelak untuk bertanggungjawab atas segala yang telah terjadi. Akhirnya terpaksalah Cik Irama menyiapkan tugasan itu (sebab tu Cik Irama sakit hati!)


In short, Cik Mek sebenarnya dah mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. And tindakan dia mengelak dan menyorok adalah sangat-sangat tidak matured. Bagi aku, setiap tugasan dan tanggungjwab yang diberikan ialah amanah yang MESTI kita selesaikan sebaik mungkin.


Sebab itu orang kata tanggungjwab itu suatu beban, sebab di dalamnya terkandung amanah. Tak kisahlah tugas apa pun... hatta mak kita suruh pergi kedai beli sawi sekalipun, itu satu amanah. Kita mesti balik dari kedai membawa sawi yang dipesan (kalau ada halangan lain contohnya sawi habis ke apa...itu cerita lainlah)


Kalau aku (aku bukan nak membangga diri ke apa, sekadar dikongsi menjadi peringatan dan iktibar). Aku memang jenis yang susah cakap "TIDAK" bila orang minta tolong. Especially cikgu-cikgu aku time sekolah dulu, member-member apatah lagi... selalu sangat suruh aku buat ini, buat itu.
So, bila dah terima suatu tugasan tu...aku akan siapkan juga tak kira apa (lagi pun aku dah berjanji akan tolong). Hatta terpaksa berjaga malam, tak makan tengah hari, korban tidur petang atau korban shopping trip dengan family. Mulut aku memang akan bising mengomel, merungut itu ini....but in the end, apa yang diberi mesti akan beres jugak akhirnya (kalau darurat teramat sangat, mintak time extension la..)


Sebab kalau aku abaikan tugas tu or buat cincai-cincai jerr....hati aku rasa tak sedap, rasa macam...tak senanglah...
Lagipun everyone knows me, aku ada reputasi untuk dijaga. Kalau aku buat sambil lewa jer... jatuh la air muka aku. Thats why, aku cukup terkejut dan hairan dengan orang yang ambil mudah dengan tugasan dan tanggungjawab yang diberi.


You all mesti pernah berdepan dengan spesis-spesis makhluk Allah yang suka-suka lepas tangan dalam tugas dia, tak kisahlah kat sekolah ke, kolej ke, tempat kerja ke. Tak ke mereka-mereka ni menyakitkan hati? Kita tertanya-tanya... tak ada rasa tanggungjawab ke? Rasa bersalah? Rasa malu dengan yang lain-lain? Sikit rasa pun tak ada?


Kita kenalah ada rasa tanggungjawab, baru orang respect kita and put their trust on us. Contohnya kes Cik Mek tu, you all rasa guru tu akan bagi lagi ke tugasan lain pada dia? Of course la tidak, unless maybe dia pergi minta maaf dan berjanji akan berubah.


Tugas dan tanggungjwab tu amanah...jangan pernah kita abaikan.




p/s: Tak berniat nak menyakitkan hati Cik Mek, sekadar nak menegur dia supaya berubah menjadi lebih baik. Apa yang dia buat tu dah kira menyakitkan hati guru, kan tak baik tu...

No comments: