klik iklan ini untuk sesuatu yang menakjubkan!

Tuesday, May 31, 2011

Review : Nur Kasih The Movie

Sebenarnya dah lama aku nak buat review ni, tapi asyik tangguh-tangguh je (malas la katakan...)
So, last week aku dengan my big sis, Rose out ke Midvalley untuk menonton sequel Nur Kasih ni. Sebagai salah seorang dari 19 juta peminat drama Nur Kasih, of course la aku kena tengok ye tak?
Nur Kasih (drama) ni lain daripada yang lain. As a hardcore Korean Drama watcher. Sah-sahlah aku pandang kebanyakan drama Melayu ni sebelah mata jer... Sebab? Jalan cerita dia terlalu cliche! balik-balik cerita sama, balik-balik drama korporat. Anak Datuk ini dengan anak Tan Sri itulah... rebut harta, konflik cinta. Bosan!
Tapi aku salute produksi drama Nur Kasih. Memang the best drama Melayu yang pernah aku tengok so far.

So, nak cerita pasal sequel Nur Kasih yang didatangkan dalam bentuk filem.
Dah tengok trailer die? Nah... tengoklah...


kredit: aeinbad86

Trailer yang cukup hebat, cukup mendebarkan! Mampu membuat jiwa aku ni berkobar-kobar nak pergi tengok. So hasilnya?

Nak kata aku cukup terkesan dan terkesima tatkala menonton tu memang tak sampai la...
Memang benar kata-kata yang aku dengar "Ending ada twist" "Lagi best dia punya drama" "Okay jer la.."
Memang aku akan cakap "Okay jer la...".

CERITA
Dimulakan dengan kesedihan yang ditanggung oleh Aidil setelah kehilangan isteri tercinta. Disambung pula dengan ujian demi ujian yang menimpa Adam dan Nur. Memang kali ni, kesedihan dan ujian yang mereka terpaksa lalui lebih mendalam dan dramatik! (kemalangan train kat Jordan tu beb! kan dramatik tu!).
Memang agak berat story line dia sebab satu demi satu masalah menimpa. Jalan ceritanya nak menarik penonton mengalami kesedihan yang dialami karakter Adam, Nur dan Aidil. Memang ada satu dua scene yang orang kata "scene banjir sampai boleh habis tisu dua kotak", tapi aku tak feeling sangat la... (Rose la ni asyik kacau aje! Baru aku nak feeling sikit!).
Scene suspen dan mendebarkan memang menjadi habis! Time Adam mimpi pasal insiden tembak-menembak and jugak scene time Aidil gaduh dengan budak-budak samseng tu. Perghh!! memang bergoyang jantung aku time tu!

SINEMATOGRAFI & BGM
Satu benda aku suka Kabir Bhatia ni ialah sinematografi dia (macam iklan!). Memang salah satu faktor yang menarik aku untuk menonton filem ni. Gambar dia cantik, full of art. Tambah pulak dengan shooting location dekat Jordan dan sawah padi. Memang cantik gila!
Background music memang superb... favourite aku sah-sah OST Nur Kasih nyanyian Yassin & Tiz Zaqiyah. Lagu yang Mila Jirin nyanyi tu pun tak kurang hebatnya.

PENGAJARAN
Sarat dengan pengaran dan nilai-nilai Islamic. Aku paling suka time Nur tolak job dari satu syarikat ni yang mintak firm diorang reka sebuah bangunan untuk club. Nur tolak dan bagi alasan yang benda tu 'haram' (dah nama pun club, sah-sah la tempat tonggang kencing setan, clubbing tertonggeng-tonggeng tu semua). Walaupun hakikatnya Nur sangat-sangat perlukan job untuk bayar medical treatment Adam. Haram tetap haram. Selain tu banyak la lagi! kalau feel betul-betul, memang banyak mesej yang nak disampaikan.

KONKLUSI
All in all, takdelah teruk mana... best jugak sebenarnye. Tapi untuk membuat aku pergi ke pawagam untuk menonton kali kedua tu...TIDAK.
Kurang sedikit x-factor kat situ....aku tak tau tang mana pulak..
Oh ya, aku kurang minat ending dia. I prefer something else...

p/s: terasa ada lebih baik aku tonton "Pirates of The Caribbean : On Stranger Tides" (macam best jerr)
oh tidak...GERENTI BEST! rindu Jack Sparrow!

No comments: